Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 13 Oktober 2012

GELIGA SEDULUR PAPAT



Pernah kamu dengar Ilmu Sedulur Papat Lima Pancer?.Ilmu ni dalam bahasa Jawa, tapi kalau orang Suluk dan Bajau diorang panggil Ilmu Sahabat Empat. Ilmu ni adalah ilmu kuno orang-orang Nusantara ni dan merupakan ilmu tua yang sangat mistik dan merupakan inti ilmu kebatinan sejati atau bilang orang Bajau Suluk "Pasok Ilmu" atau inti segala ilmu batin.

Nda payah lah aku huraikan ilmu ini di sini, sebab satu hari satu malam satu bulan satu tahun pun nda abis dibalajar. Cuma ringkasnya, ilmu ini adalah ilmu kaji diri yang membuat kita kenal diri, kenal sahabat awal atau kembar kita ketika di alam rahim ibu kita.

Geliga diatas dinamakan Geliga Sedulur Papat ( pinjam bahasa Jawa ) kerana ia adalah berasal dari tali pusat seorang bayi yang akhirnya mengecut dan menjadi batu geliga. Maklumlah ba...tempatnya di pusat, sebab itu rupanya pun macam batu cincin yang sudah dicanai. Sebenarnya bentuknya semulajadi begitu kerana ia terbentuk dalam lubang pusat bayi tersebut.

Geliga ni banyak gunanya sejajar dengan fungsi sedulur kita dan antaranya ialah sebagai pendinding diri, tarik rezeki, pembuka pancaindera ghaib,kekuatan, kebal darurat, perubatan, silat batin, tahu sebelum sesuatu kejadian berlaku dan pelias peluru. Banyak gunanya barang ni.

Geliga ini ada kadam alami iaitu Sedulur Papat yang ada bersama-sama geliga ini.

1 ulasan: