Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Selasa, 17 April 2012

PAPAKAN TUNGGAL



Papakan Tunggal adalah minyak kebal orang-orang Sabah. Tidak diketahui suku mana yang mula-mula mencipta minyak ini, tetapi ianya banyak digunakan oleh orang-orang Dusun, Murut dan suku-suku asli yang lain. Papakan Tunggal dicipta daripada minyak kelapa tunggal ( Kelapa mata satu ) dan sejenis sarang serangga dan beberapa ramuan lain.

Minyak Papakan Tunggal, jika disapu dikulit, kulit akan menjadi kebal tidak lut senjata tajam dan kekebalan ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Ianya akan hilang setelah si pemakai membuang air kecil ( kancing bilang orang Sabah ). Minyak ini tidak kebal umum, tetapi hanya kebal lapisan kulit sahaja.

Jika selalu disapukan di kulit, lama-kelamaan kebalnya boleh bersifat kekal dan si pemakai akan kebal berterusan terutamanya ketika dalam keadaan darurat.

Pada zaman dahulu, minyak ini digunakan untuk peperangan atau ketika melawan orang-orang Sagaih ( pemotong kepala ) dan dimiliki oleh ketua-ketua kaum yang handal. Menurut pemilik asal minyak ini, bapanya yang mengamalkan Minyak Papakan Tunggal telah tertembak oleh kawannya ketika memburu payau di hutan.
Anehnya, bapanya tidak luka kulitnya sebaliknya peluru senapang menjalar dibadannya mengenai matanya dan sehingga sekarang mata bapanya buta. Ketika ditembak bapanya sedang memanjat pokok mengendap haiwan buruan. Setelah ditembak bapanya jatuh ke tanah dan matanya buta walaupun tidak luka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan