Batu Sarang Helang dan Bulu Perindu Sarang Helang. Berasal dari sarang burung helang. Mengikut petua orang lama, dalam setiap sarang burung helang yang beranak terdapat tiga benda mistik iaitu Batu Helang, Bulu Perindu Sarang Helang dan Kayu Manang Sarang Helang.
Batu Helang digunakan untuk mengasah paruh helang dan juga sebagai media penggerun untuk menakutkan musuh serta digunakan sebagai pelimun musuh yang menjadi pelindung musuh daripada mengganggu anak burung helang . Mengambil asbab ini, maka orang dahulu kala memenafaatkan mistik Batu Helang berdasarkan fungsi tersebut.
Bulu Perindu Sarang Helang pula berfungsi untuk memanggil helang atau anak helang yang terbang dari sarangnya untuk kembali semula ke sarang. Justeru itu, sejauh manapun helang terbang menjauh dari sarangnya ia akan kembali apabila anaknya memanggil ibunya. Ia juga menjadi media mendamaikan dan merukunkan anak-anak helang daripada bergaduh sesama sendiri ketika berada dalam sarangnya.Anak-anak helang akan saling mengasihi dan merindui satu sama lain. Asab ini menjadikan Bulu Perindu Sarang Helang berguna sebagai media Pemanggil semangat orang, pengasih, perindu orang, kerukunan keluarga dan pasangan hidup, penunduk, kedamaian dan pelaris perniagaan.
Pelanggan akan terpanggil untuk kembali semula, terindu-rindu dan suka pada premis yang menyimpan Bulu Perindu sarang Helang.Orang akan kasih, sayang, suka dan cinta pada penyimpan Bulu Perindu sarang Helang. Wallahu ahlam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan