Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 2 Mei 2015

BESI ALAMI BERKHADAM


Besi Alami. Besi semulajadi yang belum ditempah atau diproses menjadi besian lain. Besi Alami adalah besi mistik yang sulit diperolehi.

Pembuat senjata mistik terpaksa berpuasa beberapa hari untuk mendapatkan petunjuk bagi memburu keberadaan Besi Alami atau Besi Mistik untuk dibuat senjata. Pembuat Parang Ciong Mas  misalnya berpuasa sehingga 40 hari bagi mendapatkan Besi Alami atau Besi Mistik Berkhadam.

Parang Ciong Mas mampu menembusi dan melukai sebarang Ilmu Kebal, sangat tajam, mistik dan menurut setengah orang mampu terbang ketika dalam darurat perang. Wallahu ahlam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan