Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 12 Mac 2015

KAYU MANANG BANGGI


Kayu Manang Banggi. Salah satu jenis Kayu Manang versi orang asal Pulau Banggi.

Kayu Manang yang dipercayai jika dibawa bersama kita, apa sahaja kita buat jika diizinkan Allah akan memperolehi kemenangan.Bawa jualan laku mengalahkan lain-lain saingan, bawa pertandingan akan manang, bawa berjalan-jalan akan dipandang tinggi mengalahkan orang lain.Wallahu ahlam.

Berasal dari Pulau Banggi pemberian seorang Dukun Tradisonal Suku Kaum Bonggi-Bajau dari Kampung Limbuak Darat, Pulau Banggi. Menurut legendanya, kayu ini ditunjuk dalam mimpi oleh orang halus yang menghadiahkan kayu ini kepada salah seorang Ketua Dusun Bonggi. Orang halus meminta orang tersebut mengambil sepohon pokok kecil yang tumbuh di atas sebuah batu berhampiran sebuah gua. Kayu tersebut dikenali sebagai Kayu Mannang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan