Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 29 September 2014

GELIGA BAMBU


Geliga Bambu. Koleksi peribadi yang ingin dilepaskan kepada kolektor yang benar-benar berminat.Kira mau simpan buat pusaka keturunan, tapi setiap yang kita miliki bukan milik kita buat selama-lamanya. Kita simpan hari ini,mungkin anak cucu kita menyerahkannya kepada orang lain suatu hari nanti.

Tiba masa beralih milik kepada orang lain. Tiada yang kekal menjadi hak kita, sedangkan duit dalam poket belum tentu hak milik kita semuanya, ada hak orang lain di dalamnya dan mungkin semuanya.

Kepada kolektor yang pernah memaharkan barangan dari Geliga Kinabalu, sebahagian kecil mahar disedekahkan kepada anak yatim dan rumah ibadat.Jadi jangan susah, hak anda ada dalam sedekah zariah yang diimpakkan, Insya Allah akan menjadi saksi di Yaumil Qiamah.Ikhlas dari anda, ikhlas dari saya. Semoga ada imbalan pahala untuk semua.Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan