Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 21 Jun 2014

AKIK ALIF LAM



Akik Alif Lam. Permata Akik yang mempunyai huruf ALIF dan LAM di dalamnya. Huruf Alif dan Lam adalah antara dua huruf yang mula-mula ditulis oleh KALAM ALLAH berdasarkan ilmu awal usul kejadian huruf dan awal Tajalli.

Dari dua huruf ini dinyatakan fenomena pewujudan dua daripada  empat anasir iaitu tanah, air, angin dan api yang menjadi asal muasal kejadian ADAM. Dua huruf ini terdapat dalam nama ALLAH dari huruf ALIF,LAM,LAM,HA (ALLAH ).

Banyak lagi rahsia dalam rahsia mengenai Huruf Awal ini sebab itu dikatakan oleh ahli Ma'rifat dan Hakikat bahawa huruf yang dua ini banyak kegunaannya bagi yang faham rahsianya, antaranya huruf ini boleh menjadi pendinding diri, penakluk dan penunduk orang, pelias ilmu hitam, tahan badan, awet muda,menguatkan tenaga dalaman,membangkitkan unsur besi kursani dalam badan, mengunci ilmu orang, meningkatkan ilmu kebatinan dan macam-macam lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan