Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Jumaat, 14 Februari 2014

BAMBU HARIMAU SHARIFF USMAN


Bambu Harimau Poleng Tumpat. Koleksi mistik unik dari Kubu Keramat Shariff Usman Marudu. Bambu ini dikenali juga sebagai Bambu Harimau Berduri. Tumbuh melegenda tepat di tiang bendera Kubu Shariff Usman 1846. Bendera dan Lambang Shariff Usman adalah Kepala Harimau dan Bambu ini sinonim dan misteri Tiang Keramat Bendera Kubu Shariff Usman.

Shariff Usman menjadi Legenda Marudu dan terkenal hingga hampir ke seluruh Eropah khususnya di negara seperti Itali, England, German dan juga di Nusantara. Beliau diabadikan dalam Novel Terkenal karya Penulis Itali di Barat sebagai SANDOKAN THE TIGER OF MALAYA. Di Malaysia, Filem animasi SANDOKAN yang ditayangkan di TV3 adalah menceritakan legenda Shariff Usman.

Di Marudu, legenda Shariff Usman dikatakan seorang yang Kebal, Gagah Berani,Mampu Berjalan di atas air dan Boleh memanggil hiduapan air seperti ikan, udang, kerang dan ketam masuk ke Pelusuk Teluk Marudu.

Bambu ini Tumpat, Temu Ruas, Poleng Belang, Berduri Tajam dan Berkulit Keras. Pokok Bambu ini sentiasa berbunyi dan menderu seperti ngauman Harimau walaupun tiada angin yang bertiup.

Asbab Pembuntu Tembak,Pelias Peluru, Pendinding ghaib dari serangan ilmu hitam, Penunduk orang, Pemikat, Perindu,Pembuka Kebal orang dan pemakai menjadi Kebal darurat.Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan