Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 29 Julai 2013

BAMBU MISTIK GHAIB RAMADAN


Bambu Temu Ruas ini asalnya dari sebatang Bambu, dipotong-potong dan diasingkan berdasarkan jenis dan khasiat mistiknya menjadi 10 bahagian. Bambu ini ditemukan pada Sabtu awal Ramadan 2013, baru sahaja.

Dilhamkan dari petunjuk mimpi pada malam jumaat, awal Ramadan yang baru lalu. Dalam petunjuk itu dinampakkan sebatang bambu di satu lokasi, yakin dengan petunjuk itu saya pergi ke lokasi yang dimimpikan pada esok harinya dan Alhamdulillah ditemukan Bambu Mistik Ghaib Ramadan dalam keadaan terpacak berdiri.

Kedudukan dan nama Bambu Mistik Ghaib Ramadan mengikut gambar di atas adalah seperti berikut;

1. Bambu Temu Ruas Loreng ( Pelaris,pemanis,penunduk,pendinding sihir,pelias )
2. Bambu Loreng Ghaib ( Pendinding Ghaib,wibawa diri ,pelias)
3. Bambu Temu Ruas Simpul Buku ( Pelaris,pemanis,anti sihir, pikat )
4. Bambu Temu Ruas Satria Patel Lele (Pelaris,pemanis,pemikat,perindu,wibawa, tuah,pendinding,dikagumi)
5. Bambu Temu Ruas Pikat ( Pemikat orang, pelaris, penarik hati,disayangi,perindu )
6. Bambu Pethuk Lam Alif ( Wibawa pemimpin, penunduk ampuh,pendinding dari segala musibah,pemikat,pembisa pukulan,penawar sihir,pelias )
7. Bambu Temu Ruas Lam Alif Pikat Satria (Pemikat lawan jenis,pelaris, penunduk ampuh,pendinding segala macam sihir,wibawa diri, kepimpinan,pembisa pukulan, tawar sihir,pelias )
8. Bambu Temu Ruas Rantai Bumi Pring Bengkok Patel Lele Trisula ( untuk simpanan sendiri )
9. Bambu Pethuk ( Buluh Tumpat ) Ramadan ( Pendinding sihir yang ampuh, pelias, pembuka kebal orang,ditakuti syaitan dan jin jahat, pendinding rumah dari angkara jahat
10.Bambu Pagak Ibu Temu Ruas ( pendinding, tarik rezeki, pelaris niaga,pemikat walet, penyejuk hati)

Bambu ini mempunyai aura mistik ghaib yang kuat dan alami dan Insya Allah khasiatnya akan dirasai nanti oleh bakal pemilik sesuai keberkatan Ramadan.

Kesemua Bambu ini belum diuji tahan panas atau anti tembak atau ujian kebal, jika nanti pemahar mendapat bambu yang tahan panas,anti tembak atau kebal, maka itu adalah rezeki anda sempena bulan yang mulia ini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan