Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 12 November 2012

CINCIN PERMATA KAYU SUKANG 1000



Kayu Sukang 1000 adalah sejenis kayu yang sangat rahsia dan popular di negeri Sabah. Sukang 1000 yang ertinya pendinding atau pengubat atau pembatal ilmu seribu guna sangat banyak gunanya. Menurut orang-orang Sabah, Kayu Sukang 1000 berfungsi seribu guna dalam dunia mistik,perubatan tradisional dan perkayuan, antaranya pendinding diri, pembatal ilmu orang, pendinding dari racun, racun terbang, santet, guna-guna, ilmu hitam dan segala macam ilmu sihir dapat dipampan oleh kayu Sukang 1000.

 Kayu Sukang 1000 juga berguna untuk mengubati gigitan binatang berbisa seperti ular, kala,lipan, sengatan binatang berbisa, ikan berbisa,penawar racun, lontong, kelulut, sihir, gangguan hantu syaitan dan jin jahat, keracunan, sakit perut dan macam-macam lagi penyakit yang berkaitan mistik.

1 ulasan: