Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 24 Mei 2012

SARANG BURUNG TEMPUA BORNEO




Sarang Burung Tempua Borneo ini masih baru lagi, yang satu tu masih hijau lagi baru abis kontrak burung tempua tu buat rumahnya sudah kana kebas. Sarang burung ini diperolehi dari kawasan pendalaman Borneo. Pelik bin ajaib kawanan burung tempua ini hanya bersarang pada sepohon pokok Acacia Mangium ( bilang urang Sabah kayu Safoda ) jadi kalau ada yang mahu sarang burung tempua ini, stok masih ada, rakyat tempua tu masih sibuk buat sarang mereka.

Kononnya, di kawasan burung tempua bersarang akan ada ular menjaga pohon kayu tersebut dan kebetulan perkara ini memang benar. Pokok Acacia tersebut memang terdapat ular di bawah pokoknya, mangkali jadi Pengawal Keselamatan rakyat tempua. Salah satu sarang tempua ini di dalamnya ada beberapa ketul batu ( Batu Geliga ba itu....) berwarna kehitaman tapi lain kali aku upload juga dalam blog.


Sarang Burung Tempua dipercayai mempunyai khasiat mistik bagi yang mengetahui. Ia menjadi media tuah pelaris niaga bagi pemiliknya, sebab itu ada premis niaga yang menjadikan sarang burung tempua sebagai hiasan kedai. Selain dari itu, sarang tempua juga boleh digunakan sebagai media untuk  memanggil semangat urang yang lari dari rumah atau memanggil semangat kekasih yang jauh agar kembali kepada kita. Sarang ini jika tahu caranya, khadamnya akan mampu memanggil khadam angin untuk menyampaikan rasa hati dan membuatkan orang yang jauh teringat dan terpanggil rasa rindunya. Kasi masuk saja gambar dia dalam sarang burung tempua dan kasi baca baca lah Doa Panggil Sumangat banyak-banyak. Akibatnya, nangislah ba kau...ingat mau pulang nda katahanan, semua ini gara-gara sarang tempua.

Kalau kamu mau piara batu geliga, macam geliga lipan, geliga delima, geliga kala jengking atau geliga burung, sarang burung tempua ini sangat berguna. Caranya simpan saja geliga kamu dalam sarang ini berserta sejenis minyak ( aku saja tau... ) dan ritualkan selalu, Insya Allah power geliga akan mantap, khadamya akan menempel dan khasiat geliga akan dapat dipulihkan kembali.Pelik kan...tapi benar...

Kamu tau kah..? sarang burung tempua ni kalau dipadukan dengan Pugai Balabak Angin bikin panggil dan kasi pugai anak urang, bahaya....ni..., lautan Balabak kan ku renangi bukit Banggi kan ku daki boleh talanjang lari memanggil nama kita, kasian juga kannnn....Jadi kamu anak-anak perawan tu jangan kamu sumbung sikit-sikit ludah urang. Kalau bikin kasi tapa Pugai Balabak Ampopituk ngam betul ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan