Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Jumaat, 24 Februari 2012

GELIGA LEMBU JANTAN


Geliga Lembu Jantan. Geliga ini diperolehi dari seorang hamba Allah yang tinggal di daerah Pitas. Diserahkan kepada saya dengan rela hati. Menurut ceritanya, hamba Allah ini dulu banyak piara lembu dan banyak lembunya disedekahkan kepada orang kampung yang hendak buat kenduri.

Suatu hari, seekor daripada lembu jantan yang didermakannya tidak dapat disembelih oleh orang kampung. Lembu ini kebal lehernya dan gagal ditembusi parang sembelih walaupun tukang sembelih berganti-ganti beberapa orang. Akhirnya si pemilik lembu terpaksa menyembelih sendiri lembu tersebut dengan parang pusaka yang digelar Si Buaya ( parang pusaka yang terbuat dari besi putih ) dan barulah leher lembu itu dapat dilukai oleh parang sembelih. Peliknya, ditemui sebiji batu di leher lembu yang telah disembelih dan ianya Geliga Lembu.


Geliga Lembu ini amat sesuai untuk jaga diri dan kekuatan tenaga, lebih-lebih lagi kalau dipadukan dengan amalan Aji Lembu Sekilan ( Jawa ) atau Doa Kudarat Lembu ( Sabah ). Jangan heran, kalau ianya kebal darurat.

1 ulasan: