Blog ini memaparkan mengenai barangan mistik, antik dan ajaib yang ada di Negeri Sabah seperti geliga, buntat, kayuan, harta karun, barangan mistik dan antik.
Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah
Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Isnin, 6 Jun 2016
GELIGA DELIMA MERAH
Geliga Delima Merah. Koleksi peribadi untuk dilepaskan kepada yang berminat.Ada mistiknya sehingga Delima Merah digelar sebagai Raja Batu Mistik.
PARANG BESI HITAM ULU TANDUK
Parang Besi Hitam. Parang yang mistik dan unik kerana bilah matanya tajam sehingga boleh digunakan untuk mencukur janggut. Besinya hitam seakan besi berani, jika diketuk dengan jari tiada deringan besi tetapi hanya bunyi seakan mengetuk kepingan plastik tebal.
Besinya jenis keras dan sedikit berat. Sesuai digunakan untuk menyembelih haiwan dan memotong tulang belulang. Tidak perlu diasah kerana matanya sentiasa tajam.Besinya seakan ada kandungan Minyak Bumi Beku. Parang ini ada isi ghaibnya dan boleh menjadi pendinding ghaib rumah dan si empunya.
Ulunya diperbuat dari Tanduk Kerbau. Sarungnya buatan gaya lama dari jenis kayu keras.
BARUNG SHANDIGAN ALIPULLAH
Barung Shandigan Alipullah. Barung asli buatan Sulu. Jenis besi lama dan kuno yang keras tetapi ringan, ketajamannya boleh memutuskan paku dengan sekali libas. Barung jenis pendek selalunya digunakan untuk pertempuran jarak dekat dalam kecamuk perang dan Barung Shandigan menjadi pilihan orang-orang Suluk dan Bajau untuk digunakan dalam Mag Tigad atau bertempur senjata. Barung Shandigan mampu digunakan untuk melibas, memotong, menetak, menikam sepantas kilat ketika di medan perang.
Barung Shandigan Alipullah sudah pernah makan darah dan pernah dibawa dalam medan perang sehingga bilahnya menjadi hitam kerana darah mangsanya.Sarung dan ulunya adalah versi kedua yang masih mengekalkan identiti ukiran halus gaya Sulu.
Pada bahagian Ulu Bilahnya ada Cop Mohor Perang yang dikenali sebagai Sap Tunggal Alipullah sebagai tanda dan identiti Barung Perang yang dibuat khas dari adunan dan tempaan beberapa besi terpilih sehingga Barung Alipullah dipercayai mistiknya boleh bergetar disarung jika disimpan di rumah dan ketika ada musuh atau musibah yang mendatang, boleh bergetar disarungnya jika dipakai dipinggang dan bersedia untuk Makan Darah di medan tempur sekaligus mampu mengalahkan musuh yang dilawan tempur.
Boleh berdiri dengan sendirinya di tepi sarungnya. Jarang ada parang atau Barung yang boleh berdiri di tepi sarungnya kecuali Keris, tetapi Barung Shandigan Alipullah mampu berdiri setimbang dan sehebat Keris.
Koleksi peribadi tapi jika ada yang minat boleh dirundingkan.
KERIS NAGA TUNGGAL
Keris Naga Tunggal. Pusaka orang dahulu kala warisan turun temurun.Koleksi peribadi.
Pamor Ular Naga. Pada bilahnya ada corak Ular Naga dan jaluran pamor yang membentuk kalimah Allah pada bilah secara alami. Keris Lurus tanpa Lok dan boleh berdiri di tepi sarungnya.
Keris ini ada isinya dan Insya Allah boleh menyerang musuh secara ghaib. Jika ada serangan sihir atau lawan ilmu batin, Keris ini akan hadir dalam mimpi si empunya dan terbang bertarung dengan gangguan atau penyerang sihir atau ilmu tuju yang hendak mencelakakan si empunya keris. Keesokannya, Keris ini akan kelihatan terkeluar dari sarungnya sesuai dengan kadar kekuatan serangan yang dilawannya.
Bilah Keris sentiasa berbau harum mewangi tanpa perlu diperasapkan atau dimandikan.
KAYU MANANG JADI BATU
Kayu Manang Jadi Batu. Kayu Manang menjadi Batu termasuk kulit, isi dan terasnya. Asbab kemenangan dan keunggulan dalam sesuatu hal yang diceburi atau diikuti. Pendinding diri dari sihir dan racun.
Boleh dibawa dalam peraduan atau pertandingan dan Jika serasi Insya Allah akan terasa aura dan khasiatnya sehingga menang Pertandingan yang diikuti seumpama Pertandingan Nyanyian, Pertandingan Memancing, Pertandingan Sukan dan terpilih dalam pemilihan yang diikuti.
Boleh dibawa sewaktu menghadiri Temuduga Kerja atau Berpidato atau sebarang acara pentas yang ramai audian untuk menghilangkan gemuruh, menambah keyakinan diri, menambah wibawa dan penampilan diri, menambah keunggulan perwatakan sehingga dikagumi orang.
Masih alami. Jika dicanai boleh dapat 3 hingga 4 permata cincin.
LUGU KAYU KELOR GEMUNGGAL
Teras Inti atau dikenali sebagai Lugu Kayu Kelor Gemunggal. Dijamin asli dan kuat powernya. Berasal dari Kayu Kelor Gemunggal yang mati beragan dan tua. Kayu mereput setelah sekian lama menjadi abuk tetapi yang tinggal adalah Teras Inti atau dikenali sebagai Lugu Kayu. Alami berlubang dan masih dalam keadaan asal.
Insya Allah pendinding sihir yang ampuh, digeruni jin jahat. Jika dibawa bersama maka pukau, santet, sihir, racun ghaib, racun, kelulut, semai, pugai akan jadi tawar atau Libas bilang orang Sabah. Syaitan, Saka, Jin Penunggu, Jin Laut dan Jembalang akan menyingkir dan lari menjauh dari si pemakai Lugu Kelor Gemunggal.
Ditakuti haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala. Mengubati dan menawarkan bisa gigitan dan sengatan haiwan berbisa.Jika tersengat atau tergigit haiwan berbisa, rendam dan minumkan pada si mangsa. Jika kanak-kanak atau orang dewasa terkena gangguan jin dan sihir, minumkan air rendaman,Insya Allah pulih.
Melindungi rumah dan penghuninya dari serangan dan gangguan jin, syaitan, toyol, jembalang, polong, pukau dan sebangsa dengannya.Rumah dan penghuninya terdinding dari serangan guna-guna dan sihir hitam.
PERMATA ANGKAT SERIBU
Batu Angkat 1000. Baru sampai dan stok terhad. Insya Allah, rokok dihisap jadi tawar, jika digenggam tenaga dalaman boleh berlipat ganda dan boleh mengangkat benda yang berat, jika dibawa berlari atau mendaki gunung dan bersukan tidak akan merasa cepat penat dan kekuatan tenaga bertambah macam ada Turbo Power.
Mengubati salah urat, lesu lemah anggota dan strok, angin ahmar dan rheumatik. Mengubati dan memulihkan gangguan jin dan saka dalam badan. Pendinding diri dari serangan sihir, pemukau pandangan orang sehingga dikagumi dan dihormati orang yang memandang.
Jika dipakai berterusan, Insya Allah mampu mengubati lemah tenaga batin dan mati pucuk. Menambah kekuatan zakar dan tenaga kelelakian.
TULANG JARI GAJAH MINA LAUT
Tulang Jari Gajah Mina. Pusaka orang lama dari Kepulauan Sulu. Gajah Mina adalah Raja segala haiwan di lautan dan menjadi legenda mistik lautan. Keberadaannya saling dikaitkan dengan Nabi Yunus A.S. dan Ikan Nun dalam Qisasul Anbia.
Auranya memang kuat. Asbab penunduk terutamanya untuk menundukkan haiwan di lautan.Gigunakan juga untuk dibawa memancing, menjala ikan dan memukat, Insya Allah beroleh tangkapan ikan dan haiwan laut.
Ditakuti oleh bangsa Siluman Laut seperti hantu dan Jin Air. Boleh digunakan untuk merawat rasukan dan histeria.
Langgan:
Catatan (Atom)