Blog ini memaparkan mengenai barangan mistik, antik dan ajaib yang ada di Negeri Sabah seperti geliga, buntat, kayuan, harta karun, barangan mistik dan antik.
Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah
Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Selasa, 22 Januari 2013
SIRIH HITAM BERKHADAM
Sirih Hitam untuk dimaharkan. Berguna sebagai Ibu Duit, pengasih, pelaris niaga, pertukaran dana ghaib dan merawat penyakit berkaitan mistik. Sangat sesuai untuk dibuat koleksi benda-benda mistik ajaib yang mungkin berguna suatu hari nanti.
Sirih Hitam ini berkhadam alami, scan sendiri ikut kemampuan anda.
Dalam gambar itu terdapat sehelai kain hitam sebagai bandingan dengan Sirih Hitam.Terhad 3 sahaja.
BUNGA SERAI
Bunga Serai untuk dimaharkan. Bunga Serai banyak kegunaan mistiknya iaitu sebagai Pengasih Sekampung, Pelaris Umum, Ibu Duit dan disukai golongan bunian. Bunga Serai juga berguna untuk menarik khadam barangan mistik yang lari serta menguatkan aura barangan mistik khususnya geliga. Sangat baik disimpan bersama geliga lipan, geliga semut dan geliga delima.
Ahad, 20 Januari 2013
MUSTIKA BUIH LAUT MARUDU ( BATU TIMBUL )
Mustika Buih Laut atau Batu Timbul ini satu lagi keajaiban ciptaan Tuhan. Batu ini bentuknya seakan janin dalam rahim, saiznya lebih kurang mouse komputer. Diperolehi dari Laut Teluk Marudu, Sabah. Sangat rare dan mistik kerana walaupun seketul batu tetapi boleh terapung di permukaan air.
Perhatikan gambar di atas, gambar bawah adalah Mustika Buih Laut terapung walaupun di dalam air tawar, demikian juga batu ini akan terapung di atas air laut. Batu ini juga tahan melawan arus ketika berada di atas permukaan air.
Mustika Buih Laut Marudu ini berkhadam alami dan banyak khasiatnya terutamanya dalam bidang perubatan berkaitan gangguan ghaib dari laut dan darat, penawar keracunan, sakit berkaitan sendi dan urat, pelaris dan penarik ikan untuk pemancing di laut.
Sesungguhnya segala apa yang dijadikan Allah itu tidak sia-sia dan mesti ada rahsia dan manafaatnya untuk kehidupan di muka bumi ini.
Teringat pula aku cerita Nabi Khidir A.S yang boleh timbul dari dalam laut dan berjalan di permukaan air laut, justeru itu baginda di kenali sebagai Nabi Penguasa Alam Air.
Jumaat, 18 Januari 2013
CINCIN GELIGA KIMA
Geliga Kima yang telah diikat cincin. Kima ialah kerang terbesar di dunia yang banyak terdapat di perairan Sabah. Khasiat utamanya sebagai pemanis dan pelaris diri. Sangat sesuai dijadikan koleksi.Saiz cincin aku lupa, kalau ada minat aku kasi tau, kamu sms saja.
PERMATA BATU HATI AYAM
Permata Batu Hati Ayam, real rupanya macam hati, siap ada urat-urat halus di permukaan permata. Kalau diikat cincin kemudian dipakai di jari manis, memang menawan dan cantik. Ada yang berhajat....?.
KELAPA MATA DUA
Kelapa Mata Dua. Kelapa ini masih ada airnya, boleh diproses untuk dijadikan minyak.
Minyak Kelapa Mata Dua juga mempunyai nilai mistik untuk dijadikan minyak urut, campuran minyak urut batang bagi tujuan kekuatan tenaga kelelakian, campuran minyak kebal dan seumpamanya.
Tempurung Kelapa Mata Dua dapat dijadikan permata cincin, campuran membuat bahan kebal, pelias peluru,Teropong Jin, Teropong Melihat Tuah Ayam bersabung, tarik duit Jin, terawangan dan pembisa pukulan.
Kelapa Mata Dua ini setara mistik dan auranya dengan Kelapa Buta, Kelapa Tunggal, Kelapa Hijau, Kelapa Tujuh, Kelapa Tiga, Kelapa Kembar dan Kelapa Lahuh Bulan.
CINCIN BATU GEMUNGGAL ( 2 )
Teras Gemunggal Jadi Batu. Saiz cincin 15 ( permata warna coklat ), saiz 18.5/19 ( permata warna keputihan ). Ikat Perak Bali dan kedua-dua cincin ini berkhadam alami.
Khasiat Batu Gemunggal adalah seperti yang diketahui umum sebagai pendinding diri, anti guna-guna, anti kebal dan anti racun, penghalau saka dan pemusnah ilmu hitam.
UJIAN TAHAN API SEJADAH WALI
Ujian Tahan Api atau Tahan Bakar Sejadah Wali hanyalah sebahagian daripada keistimewaan sejadah ini. Sejadah ini ada unsur mistik dan telah dibuat pengisian bersama oleh guru ghaib atau Rijalul Ghaib.
Sejadah ini boleh menjadi benteng dan tembok ghaib kepada pemilik, pelaris niaga, pembisa pukulan ghaib dan tenaga dalaman, boleh digunakan dalam perubatan berkaitan mistik. Jika digunakan untuk solat dan berzikir akan dapat menggandakan ilmu dalaman yang diamalkan. Sangat baik untuk digunakan bagi upacara berkaitan alam mistik seperti tarik dana, pertukaran barangan mistik dengan alam ghaib,tarik harta ghaib dan seumpamanya.
CINCIN BATU TAPAK ALAM
Cincin Batu Tapak Alam ini pematanya adalah batu Jasper Merah atau dikenali juga dengan nama Batu Hati Ayam. Permatanya cantik, ada corak awan merah atau corak alam dan di tengah permata ada alif condong membentuk garisan putih sebagai pembahagi atau sempadan antara dua kawasan alam.
Cincin diikat Perak Bali, saiz 18/19.
Khasiat Batu Hati ayam adalah keseimbangan aura dalam badan, meningkatkan tenaga dalaman, merangsang dan meningkatkan rasa yakin dan motivasi diri, mengubati masalah seksual dan mengubati masalah hati serta bisa-bisa urat.
Khasiat mistik Batu Tapak Alam ini adalah pendinding diri dari gangguan tidur, dinding diri dari serangan sihir, guna-guna dan gangguan makhluk halus. Batu Tapak Alam juga berkhasiat sebagai menambah keberanian, ketahanan hati dan keyakinan diri, pelaris diri, tarik rezeki dan rasa simpati orang.
Batu Tapak Alam ini alami.
Khamis, 17 Januari 2013
BUAH KALUNG TEMBAGA BERWAFAK
Wafak Buah Kalung Tembaga ini boleh diisi denga apa-apa sahaja benda mistik seperti kayu berkhadam, buluh perindu, geliga lipan, geliga semut, geliga delima dan seumpamanya. Wafak di sekeliling buah kalung adalah tulisan timbul sebagai pendinding diri dan memperkuatkan khadam benda mistik yang diisi di dalam buah kalung ini.
Hanya ada satu sahaja.Dimaharkan kosong atau boleh diisikan sedia dengan kayuan mistik berkhadam.
DUIT SYILING PAPUA CAP BUAYA
Duit Syiling Papua New Guinea tahun 1975 Cap Buaya dan ada logo tradisi Papua di bahagian belakang duit ini. Duit Syiling ini ada lubang di tengah-tengahnya dan sangat sesuai untuk dibuat koleksi duit syiling unik dan antik. Tapi kalau aku, aku jadikan sebagai Butang Sangkut Tali Parang, cantik kalau diikat di hujung tali pengikat senjata seperti Barung Suluk atau Mandau Dayak atau Kampilan Iranun.
Duit Syiling ini tahan karat dan seakan ada campuran perak.
DUIT SYILING LAMA BRITISH NORTH BORNEO ( SABAH ) TAHUN 1890 BERKHADAM
Duit Syiling Lama British North Borneo ( Sabah ) tahun 1890, tahun berlakunya peperangan antara Datu Paduka Mat Salleh dengan pihak British. Duit lama ini berkhadam dan sangat berguna sebagai Ibu Duit dan boleh digunakan untuk Tarik Dana Ghaib. Masih cantik dan elok, sangat sesuai untuk disimpan sebagai Koleksi. Jika anda berbakat, dipersilakan scan, jika ada guru-guru yang berbakat agak-agak berapa J dapat ditarik dan dijelmakan melalui Duit Lama ini.
EPAL ATAU APEL JIN DAUN 3, DAUN 5 DAN DAUN 7
Epal atau Apel Jin Daun 3, Daun 5 dan Daun 7 untuk mereka yang meminati alam ghaib. Apel Jin berguna untuk upacara tarik dana ghaib, tarik harta karun, pertukaran khazanah alam ghaib, menembusi alam ghaib dan sangat diperlukan untuk memerintah khadam dan penghuni alam halus.
Juga menjadi pasangan dan pelengkap bagi minyak-minyak yang diperlukan untuk berhubung dengan khadam atau makhluk alam ghaib.Minyak Zafaron, Minyak Misik dan lain-lain minyak mestilah dilengkapi dengan Epal Jin jika ingin berhubung dengan khadam atau alam ghaib dan makhluk bunian.
Jika ada Apel Jin, makhluk alam sebelah sanggup bertukar khazanah mereka seperti harta, barang mistik, keris alam ghaib, geliga, kayuan alam ghaib dan seumpamanya dengan Epal Jin yang kita ada, tetapi mestilah ba melalui perantaraan guru-guru yang berilmu dan berbakat.
Isnin, 14 Januari 2013
MINYAK SERAT JIWA SI ABOK ABOK
Minyak Serat Jiwa Si Abok Abok ini pusaka orang tua-tua dari Daerah Segaliud Sabah. Minyak ini bertindak sebagai Ibu Pengasih dan Penarik Jiwa sekalian hamba Allah. Sangat mudah untuk digunakan, hanya perlu simpan di rumah atau bawa bersama ke mana pun kita pergi, Insya Allah orang akan kasih, senang dan mesra dengan kita, tarik rezeki, tarik kawan dan menjauhi lawan.Orang yang terkena aura minyak ini akan sentiasa ingat, rindu muka kita dan senang dengan kita.
Sangat sesuai untuk mereka yang bekerja Makan Gaji atau mereka yang selalu bertemu dengan khalayak ramai khususnya orang politik agar disenangi rakyat dan orang ramai, apa lagi bos kita nda akan senang duduk kalau nda nampak muka kita, kalau kita nda dia nampak rasa macam makan lauk tidak bergaram, hilang rasanya hilang serinya, dunia rasa hambar, alam rasa tawar.
SIPUT BERKALIMAH ALLAH DAN LAFAL BISMILLAH
Siput Berkalimah ini adalah satu lagi anugerah alam untuk kita hayati, renungi dan tanda kebesaran Allah sebagai Tuhan Seru Sekalian Alam. Siput laut ini adalah jenis siput laut dalam dari perairan Sabah.
Jika diperhatikan dan dihayati pada kulit luar sang siput, jelas dan nyata ada Kalimah Allah dan satu lagi ada lafal Bismillah. Hanya ada 2 sahaja siput berkalimah dari ribuan siput yang ada dalam spesis yang sama, dah rezeki dapat maka kita terimalah.
Khasiatnya, Insya Allah membawa keberkatan dalam hidup, pendinding rumah dan pelaris niaga. Kalau tak berniaga pun, boleh simpan buat koleksi mistik dan antik untuk direnungi dan muhasabah diri tentang ciptaan DIA Yang Maha Kuasa.
GELIGA SEMUT
Geliga Semut ini untuk dimaharkan kepada yang berminat. Asli dan alami, bukan manik buatan. Hanya ada 3 butir sahaja, yang kecil itu adalah anak geliga. Geliga Semut ini pandai beranak dan akan bertambah jika lama disimpan.
Khasiat alami Geliga Semut ialah media penarik rezeki, pelaris ampuh, pengasihan dan pendinding perniagaan.Orang yang menyimpan Geliga Semut, Insya Allah murah rezeki seperti kata pepatah di mana ada gula di situ ada semut, mati semut kerana gula.
Geliga Semut juga media penyedap masakan terutamanya di restoran dan gerai makan ( caranya, biarlah rahsia....) sehingga masakan yang dimakan sangat lazat dan bikin ketagihan.
Petua orang tua-tua, kalau rumah banyak semut rezeki murah, tapi kalau simpan Geliga Semut dalam rumah, alamat rumah banyak semut dan itu tanda utama Geliga Semut yang anda miliki ori dan bukan manik buatan.
HALIA MERAH
Halia Merah atau disebut juga Halia Bara. Banyak gunanya dalam bidang mistik dan perubatan tradisional. Antaranya ialah sebagai media Ilmu Tikam Roh ( ilmu menikam roh orang secara jarak jauh ), pembalik ilmu jahat, ubat gangguan halus dan berguna dalam bidang perubatan membuang angin jahat dalam badan, membuang toksin dan racun dalam badan dan juga sebagai ubat Semai ( racun buatan yang dikenakan kepada orang dengan cara mencalit di kulit atau pakaian si mangsa, racun yang sangat terkenal di Sabah, kalau orang terkena racun ini dia akan mengalami gatal kulit yang dahsyat, kulit terkupas sehingga berdarah, seakan kurap seluruh badan dan boleh membawa maut ).
Halia Merah juga menjadi media Ilmu Buntang, iaitu sejenis ilmu untuk bersabung ayam. Ayam lawan yang terkena Ilmu Buntang akan menjadi takut dan akhirnya lari keluar lompat ring.
Jika ada yang berminat, dimaharkan ibu halia yang masih hidup dan bertunas, sesuai untuk ditanam di rumah.
SEJADAH HITAM
Sejadah Hitam memang jarang didapati. Sejadah Hitam mempunyai nilai mistik di alam ghaib, justeru itu ramai tok guru, kaki tarik dan peminat alam mistik mencarinya.
Kegunaan utama Sejadah Hitam adalah memudahkan kita menembusi alam ghaib, ini disebabkan warna hitam adalah warna yang sangat terang dan tinggi tarafnya di alam ghaib. Warna Hitam disukai di alam ghaib, ibarat lampu penyuluh di gelap malam. Apa sahaja yang hitam, ibarat harta bernilai bagi makhluk di alam sebelah.Oleh sebab itulah upacara menembus dan berhubung dengan alam ghaib selalu dilakukan dalam gelap gulita, hitam tanpa cahaya. Warna hitam adalah cermin terang di alam ghaib.
Sejadah Hitam digunakan untuk upacara berkaitan alam ghaib seperti bersuluk menembus alam ghaib, berhubung dengan makhluk halus, memperkuatkan power dan aura zikir amalan, pendinding dari serangan ilmu ghaib dan sihir. Ahli Suluk atau orang yang beramal di atas Sejadah Hitam akan susah dan tidak mampu diterawang oleh lawan saing ilmu.batin. Sejadah Hitam juga ada aura pembalik alami dalam perlawanan ilmu ghaib.
KEMENYAN BUNIAN
Kemenyan Bunian asli dan alami. Pemberian Bunian di daerah Kinabatangan, Sabah yang didiami oleh suku Kaum Orang Sungai. Suku Kaum ini mempunyai metos susur galur keturunan yang ada hubungkaitnya dengan alam bunian dan orang kayangan. Ada metos mengatakan keturunan orang Sungai berasal dari dalam tanah dan asal mulanya di daerah Sungai Kinabatangan.
Kemenyan ini diambil dari dalam tanah melalui petunjuk dan arahan yang diberikan oleh orang bunian. Besarnya sebesar paha orang dewasa, tetapi dalam gambar di atas hanya sebesar bola ping pong sahaja.
Kemenyan Bunian ini baunya sangat wangi, jika dibakar dan kita terhidu baunya, bulu roma akan tegak meremang seakan ada unsur ghaib yang turut hadir.
Kegunaan utama Kemenyan Bunian ialah media no.1 untuk upacara memanggil dan menarik harta karun, geliga alam ghaib, keris alam ghaib dan yang sewaktu dengannya di alam sebelah. Jika dibakar di kawasan yang ada harta karun ghaib, hijab ghaib akan terbuka dan penampakan harta karun akan dapat dilihat.
Kemenyan Bunian juga media terbaik dan tercepat untuk upacara puja roh kekasih yang jauh. Orang yang dipuja rohnya dengan Kemenyan Bunian akan mabuk kepayang, gila bayang dan bisa jadi histeria akibat terlalu kerinduan.
Jika digunakan untuk menangas barangan mistik, minyak pugai, geliga dan barang berkhadam, maka power barangan mistik akan berlipat ganda. Barangan mistik yang lemah powernya atau yang telah disalah guna untuk upacara mistik akan dapat dipulihkan dengan Kemenyan Bunian.
Kemenyan Bunian juga adalah bahan campuran minyak pugai, media tarik rezeki alam ghaib dan berguna dalam perubatan khususnya yang berkaitan dengan urat saraf, gangguan halus, saka, mengubat penyakit kulit dan demam campak.
KAYU SAWARI GADING DUYUNG
Kayu Sawari Gading Duyung ini ialah kayu tumbuhan laut yang tumbuh di dasar lautan dan lumutnya menjadi kesukaan ikan duyung. Khasiat kayu ini ialah sebagai Raja Pengasih dan Pelaris serta Pemanggil Ikan di laut.
Kayu Sawari Gading juga sesuai dibuat permata cincin atau ulu senjata.Kayu ini agak mistik sebab ia adalah jenis tumbuhan laut dan kayunya agak besar dan tidak seperti kebiasaan kayu sawari gading yang selalunya kecil dahan atau batangnya.
CELAPA TEMBAGA MINI UNTUK MENYIMPAN GELIGA
CELAPA TEMBAGA MINI |
Ahad, 13 Januari 2013
BATU TOK WALI GUNUNG KINABALU
Batu Tok Wali atau disebut juga Batu Bambu atau Tabasheer sememangnya tidak asing lagi kepada peminat alam mistik dan batuan. Batu ini asli dari kawasan Gunung Kinabalu dan diperolehi dari rumpunan bambu betung.
Khasiat Batu Tok Wali seperti diketahui ramai adalah asbab ilmu kebal, pendinding diri zahir dan batin, perubatan anggota dalaman badan, anti racun dan penawar bisa. Batu ini dimaharkan sebutir dan besarnya segenggam tangan.
CINCIN AKIK SULAIMAN MATA DEWA
Cincin Akik Sulaiman Mata Dewa. Permata Akik Sulaiman atau orang Sabah selalu sebut sebagai Manik Sulaiman sememangnya adalah jenis permata yang sangat tinggi nilai mistiknya, sangat dicari-cari tetapi sangat jarang ditemui pada masa kini.
Orang-orang lama di Sabah sangat menghargai dan memandang tinggi nilai mistik Manik Sulaiman. Manik Sulaiman berkhasiat sebagai anti bakar, pendinding diri dan junjung derajat. Rumah yang menyimpan Manik Sulaiman dipercayai tidak akan hangus dimakan api dan pemilik Manik Sulaiman dipandang tinggi, diminati, disayangi dan dihormati oleh orang ramai. Justeru itu orang lama selalunya menjadikan Manik Sulaiman sebagai pusaka keturunan dari generasi ke generasi.
Manik Sulaiman juga jika disimpan lama akan memiliki satu keistimewaan yang luar biasa iaitu ia akan menjadikan si pemakai kebal apa lagi jika selalu dibawa mengamlkan ilmu kebal atau dizikirkan amalan ilmu kebal, Manik Sulaiman akan menyerap aura zikir dan menyimpannya.
Cincin Manik Sulaiman ini pamornya melingkar di sekeliling permata dan pamor sebegini dikenali sebagai Mata Dewa, fungsinya sebagai penunduk pandangan lawan, anti pukau, wibawa diri, penarik hati dan kasih orang. Pamor Mata Dewa juga dapat membuka mata batin si pemakai jika Manik Sulaiman Mata Dewa seringkali dibawa mengamal ilmu pandang tembus atau buka mata batin atau dibawa berzikir.
Sabtu, 12 Januari 2013
ROTAN SONGSANG TEMU RUAS
Rotan Songsang adalah satu lagi kayuan mistik yang tidak kurang hebatnya dan mempunyai khasiat mistiknya yang tersendiri. Rotan Sonsang Temu Ruas ini sangat mistik kerana ruasnya songsang dan terbalik, iaitu arah ruasnya songsang dari atas mengadap ke arah bawah dan ada yang mengadap arah ke atas iaitu berlawanan antara bahagian atas dan bahagian bawah. Memang ajaib, mistik dan rare rotan seumpama ini.
Rotan Songsang Temu Ruas ini berfungsi sebagai pembalik ilmu jahat orang, meredam niat tidak baik bertukar kepada baik, maknanya jika ada orang yang ingin menganiayai atau marah dengan kita, sebaik sahaja bertemu dengan empunya Rotan Songsang Temu Ruas, Insya Allah niat jahat dan marahnya akan menjadi reda, tawar dan bertukar baik.
Jika ingin menggunakan Rotan Songsang sebagai Pembalik Ilmu jahat dan sihir kiriman orang, letakkan sahaja Rotan Songsang secara terbalik, iaitu bahagian akarnya letakkan arah ke atas, Insya Allah pelesit, Jerangkung, Jin, Balan-Balan akan takut dan kiriman sihir akan berbalik kepada si pengirim, ajaib dan mistik ciptaan Allah Tuhan Maha Kuasa.
Rotan Temu Ruas...berkhasiat sebagai pengasihan, pelaris, junjung derajat, wibawa ganda dan tarik rezeki dengan izin Allah jua.
Salam dan Sejahtera kepada Nabi Allah Illias A.S, Penghulu alam tumbuh-tumbuhan dan kayu-kayuan.
CINCIN PERMATA KEONG BUNTET ASLI
Cincin Perak Bali dengan permata Keong Buntet Asli atau Siput Jadi Batu untuk mereka yang meminati gaya dan penampilan cincin antik dan mistik. Jika dipakai dijari, mesti orang akan terpesona dan pandang lirik matanya sampai tiga kali ke jari manis anda. Mana tidak, seketul Keong Buntet tersergam megah dan mistik di jari anda.
Keong Buntet khasiatnya adalah Pelias dan pembias sihir, pembias atau pelias peluru, asbab kebal darurat dan pendinding diri, penawar gangguan jin dan sihir.
Ring saiz 18/19.
DUIT SYILING MALAYSIA 1 SEN 1967 DAN 1970
Duit Syiling Satu Sen Malaysia Keluaran Tahun 1967 dan 1970. Sangat rare dan sangat sesuai dijadikan koleksi peribadi. Dijual pada harga yang murah dari harga pasaran.
Antara jenis duit syiling Malaysia yang melambung naik harganya pada tahun 2012 dan tahun ini akan naik lagi. Jadi baik kamu beli sementara masih murah.
CINCIN BAMBU TUMPAT GERENG
Cincin Bambu Tumpat Gereng Berduri atau Bambu Tumpat Harimau. Bambu Tumpat Gereng ini adalah dari jenis Bambu Tumpat Gereng Berduri. Sangat mistik kerana sudahpun bambunya tumpat, berduri lagi, temu ruas dan jenis gereng pula tu. Bambu Gereng adalah bambu yang akan mengeluarkan bunyi nyauman seakan harimau jika ditiup angin, sifatnya mirif Buluh Perindu.
Bambu Tumpat Gereng Berduri ini adalah pemberian dari Rijalul Ghaib di Makam Syarif Usman Sabil Allah ( Raja Marudu 1845 ) di Kubu Marudu. Kegunaan utama Bambu Tumpat Gereng Berduri ini adalah sebagai Pendinding diri, pembisa pukulan, ditakuti makhluk ghaib, anti ilmu kebal, anti panas, anti pukau dan sihir, anti racun,pelaris, penunduk, perindu dan pemikat,junjung derajat dan kewibawaan dan kegunaan lain yang bersifat mistik.
Bambu ini adalah bersifat 9 dalam 1 iaitu ( Tumpat-Berduri-Temu Ruas-Perindu-Gereng-Berkhadam-Alami-Mistik-Rare ).
Permata cincin ini adalah solid dari sebatang bambu ( bukan di belah-belah ) yang telah dijadikan permata cincin. Saiz ring 19.
Jumaat, 11 Januari 2013
IBU DUIT NOMBOR CANTIK
Duit Kertas Ringgit Malaysia 1, Nombor Siri AAX2225888 sangat rare, sesuai untuk dijadikan Ibu Duit dan dijadikan koleksi peribadi. Ada yang minat?, jika untuk Ibu Duit, pemahar akan diberikan amalan Ilmu Usul Ibu Duit. Insya Allah rezeki akan melimpah ruah dan tak putus-putus.Ibu Duit akan mampu memanggil duit datang tak putus-putus.
Rabu, 9 Januari 2013
KAYU NIMANG JUMPA
Kayu Nimang Jumpa ini adalah jenis Kayu Nimang yang hujung dengan hujung bertemu menjadi lingkaran seperti huruf O atau berlubang di tengah lingkarannya. Fungsi utamanya sebagai Pendinding Pencuri dari mencuri di rumah kita, perabun mata musuh, tolak bala dan niat jahat. Pencuri yang memasuki rumah pemilik Kayu Nimang Jumpa akan sesat jalan dalam rumah yang dimasukinya, tidak ketemu jalan keluar sehinggalah tuan rumah menyedarkannya atau Polis menangkapnya.
Jika ada orang yang berniat jahat hendak mencelakakan tuan rumah atau ahli keluarganya macam mau menculik anak dara, mau merampok atau mau simpan ilmu pembenci di rumah kita atau mau simpan pukau di rumah kita, Insya Allah dia akan sesat jalan tidak ketemu jalan ke rumah kita macam ada saja halangannya, rumah kita akan ghaib dari pandangan orang yang berniat jahat.
CINCIN BATU TOK WALI
Cincin Batu Tok Wali atau Batu Buluh ini sangat terkenal di kalangan peminat dunia mistik dan antik. Batu Cincin Tok Wali ini berkhasiat sebagai asbab kebal, pendinding diri dan penawar racun.
Cincin telah diikat dengan besi bersalut jenis ringan, saiz ring 18.
BESI LELEH JENIS KERAS
Besi Leleh sangat terkenal dalam dunia mistik terutamanya di Tanah Melayu dan Selatan Thailand. Besi leleh ini jenis yang telah mengeras, masih asli dalam bentuk asal dan sangat rare. Ada yang nak tambah koleksi besi...?, maharkan satu atau dua besi leleh ini.
Khasiat Besi leleh ni banyak, antaranya sebagai Pasak Rumah dari gangguan sihir dan ilmu permainan orang, tolak gangguan jin yang suka tumpang menghuni rumah seperti Gundorowo, Toyol, Kuntilanak dan Saka. Besi Leleh juga menjadi ramuan pembisa dalam pembuatan senjata dan sebagai ramuan racun paling bahaya.
CINCIN KECUBUNG AIR GUNUNG KINABALU
Cincin Kecubung Air dari Gunung Kinabalu. Asli dari Sabah dan hanya ada satu sahaja. Kecubung Air ini di dalam permatanya seakan ada kursani lumut, sangat rare dan cantik di pandang mata. Permata telah diikat dengan Perak Bali jenis ringan dan memang bergaya jika dipakai di jari manis.
Permata Kecubung Air tidak kurang juga hebatnya berkhasiat sebagai tarik rezeki, tuah pergaulan, penarik hati orang, meredam aura panas dan panas baran, meneutralkan ketidakseimbangan aura dalam badan dan kedamaian hati serta ketenangan fikiran.
Jika kamu selalu rasa tension dalam kerja atau frust akibat gaduh dengan bini atau girlfriend, pakailah cincin Kecubung Air. Insya Allah hati akan dingin dan damai, fikiran kusut dan celaru akan tenang, kesabaran hati akan meningkat. Nah cuba....?
CINCIN KECUBUNG WULUNG
Cincin Kecubung Wulung berwarna hitam berkilat ini telah diikat dengan ikatan besi ringan yang tahan karat. Saiz ring 19. Keccubung Wulung berkhasiat sebagai pengasihan, penarik cinta lawan jenis, mudah berurusan dan disayangi.Hanya ada satu sahaja.
SABUT ZAFARON ASLI
Sabut Zafaron Asli dari pokok Zafaron. Sangat baik untuk disimpan bersama-sama geliga untuk meningkatkan aura geliga dan memelihara keindahan geliga terutamanya Batu Delima dan Geliga Lipan.Setelah geliga disapu dengan minyak Zafaron dan minyak Misik, simpanlah secebis sabut Zafaron bersama geliga anda, khasiat geliga akan terpelihara, jika geliga telah tiada power, sabut Zafaron sangat baik untuk meningkatkan power geliga.
Langgan:
Catatan (Atom)