Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 22 Februari 2016

GELIGA ULAR BERKALIMAH MUHAMMAD


Geliga Ular. Ada kalimah Allah Muhammad pada permukaan batu. Tenung baik-baik, renung hati-hati dan scan sendiri, kamu akan nampak kalimahnya.

Awas... jika nampak imej ular seakan naga dalam geliga ini cepat-cepat tebus maharnya, jangan tunggu sampai dapat gaji nanti orang lain kebas bawa lari tiada lagi jadi pengganti, hanya satu dalam dunia ini.

GELIGA KATILAYU


Geliga Katilayu. Masih alami dan dapat dari pokok Katilayu.

Digilai peminat mistik terutamanya di Indonesia yang maklum dan tahu kegunaan alami Getah Katilayu. Antaranya memudahkan urusan, menarik langganan, memikat orang, menarik cinta sayang, memudahkan dapat ikan dan buruan, memudahkan mencari dan menarik customer terutamanya dalam perniagaan Direct - Selling, pendinding diri dari kejahatan sihir dan gangguan penjahat jalanan.

Baik untuk dijadikan buah loket dan dibawa jalan-jalan cari makan.Sesuai untuk semua jantina baik lelaki, wanita ataupun pondan.

PERMATA CINCIN BATU KAWIN


Permata Cincin Batu Kawin. Batu ini gabungan dua jenis batu yang berlainan jenis menjadi melekat secara alami.

Antara kegunaannya menurut orang-orang lama adalah mendekatkan jodoh orang yang lambat kahwin, mengubati wanita atau lelaki yang kena Pelalau Jodoh sehingga tak kawin-kawin dan jadi bujang lapok. Menarik lawan jenis, maksudnya jika lelaki memakai maka mudah perempuan mendekat dan tertarik, begitu juga sebaliknya.

Menjadi ibu duit dan penarik duit sehingga tidak terbalik poket, ada saja jalan, ruang dan peluang untuk masuknya duit dan kerezekian. Tapi mestilah berusaha juga walaupun berniaga kecil-kecilan, jika diam-diam duitpun diam dan slow masuk kocek, sebaliknya jika rajin berusaha duit akan berganda-ganda masuk melalui jalan yang tidak disangka-sangka. Apapun, batu hanya wasilah, Tuhan juga empunya kuasa.

MINYAK BUMI PASAK BUMI


Minyak Bumi. Minyak Bumi jenis ini dikenali dengan Minyak Pasak Bumi kerana jika diterbalikkan botolnya, minyaknya tidak akan tumpah meskipun botolnya tunggang terbalik. Minyaknya tidak beku, tetapi tidak pula tumpah walaupun muncung botol berada di bawah dan penutupnya terbuka.

Dicari orang kerana minyak ini banyak kegunaanya seperti pendinding segala macam angkara jahat manusia dan jin khianat, menjaga rumah daripada kemasukan sihir dan kecurian, mematikan niat jahat orang, menahan kemarahan orang, pendinding racun, mematikan sihir dan santau.

Berguna juga sebagai media penunduk dan pengasih ampuh. Ada pula mencarinya untuk tujuan menarik duit. Wallahu ahlam.

TANDUK ANAK KIJANG PUTIH



Tanduk Anak Kijang Putih. Berasal dari Pedalaman Pensiangan. Selalunya, anak kijang belum bertanduk sehingga usianya melebihi setahun. Berbeza dengan anak kijang putih ini yang sejak kecil telah tumbuh tanduknya. Anak kijang yang tidak beribu telah terjerat dan ternyata ia bertanduk meskipun masih anak lagi. Begitulah cerita asal mulanya Tanduk ini.

Penunduk dan menaikkan wibawa diri sehingga dikagumi dan dihormati orang. Kata-kata didengar, diikuti, disegani. Orang yang memandang baik lelaki atau wanita menjadi kagum dan takjub seolah-olah terpukau apabila si pemikai melintas dan terpandang oleh orang.

GELIGA KIMPOI AYAM


Geliga Kimpoi Ayam. Batu Geliga yang sukar diperolehi. Batu ini digigit oleh ayam jantan sambil memanggil ayam betina. Apabila ayam betina datang berlari-lari menuju ayam jantan, batu ini dilepaskan dan ayam betina dikimpoinya. Ayam jantan mengawan ayam betina berkali-kali.

Petua orang dahulu kala, batu atau kayu yang dipatuk dan digigit ayam jantan selepas itu ia mengawan ayam betina maka batu tersebut besar gunanya, iaitu :

1. Boleh menarik birahi wanita jika dipakai dan digentel-gentel. Wanita akan terangsang, naik berahi dan jatuh cinta
2. Boleh dijadikan pelaris diri sehingga sesiapa yang memandang menjadi suka berkawan dan berminat dengan kita
3. Boleh menjadi pelaris perniagaan
4. Boleh merangsang dan menambah nafsu kejantanan lelaki
5. Menguatkan tenaga batin lelaki mahupun wanita

Wallahu ahlam.

Isnin, 1 Februari 2016

GELIGA KELAPA


Geliga Kelapa.


GELIGA TELUR AYAM JANTAN


Geliga dalam Telur Ayam Jantan.

CINCIN GELIGA LAUT


PERMATA TAPAK ALAM YIN YANG


Permata Tapak Alam atau Batu Yin Yang.

KAYU PITUGI


Kayu Pitugi. Petua untuk dibawa memburu dan memancing bagi memudahkan dapat menangkap haiwan di hutan dan juga ikan di laut.

SIPUT GERGASI



Siput Gergasi. Siput terbesar di dunia dan menjadi Raja segala Siput.

Untuk hiasan di rumah atau pejabat yang boleh menjadi proteksi dan penolak gangguan makhluk jahat seperti gendorowo dan toyol yang suka mengganggu rumah, meneutralkan aura jahat dalam rumah sehingga rumah terasa santai dan bahagia didiami.

PARUH MELILIN MERAH


Paruh Melilin Merah.

Pendinding dan pengubat racun dan santau yang memang diakui kemujarabannya dik kerana burung Melilin adalah spesis yang memakan pucuk Raja Kayu sebagai menu wajibnya.

TAIH BINTANG


Taih Bintang.Jenis logam, bukan batu.

Proteksi diri dari sebarang sihir dan gangguan halus, sebagai ramuan besi keris yang ada power dan kuasa mistik.

GINSENG SABAH


Ginseng Sabah. Dikenali juga dengan Tongkat Ali Merah.

Akar kayu yang banyak gunanya terutama untuk ketegangan alat sulit lelaki, menaikkan nafsu syahwat, menguatkan tenaga batin, mencergaskan badan, menaikkan stamina, membuang angin dalam badan, mencuci buah pinggang, mencegah kolesterol dan kencing manis.

BAMBU PETHUK ENAM BERTEMU RUAS


Bambu Bertemu Ruas. Kecil dan alami. Mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Sepasang iaitu :

1. Dua Ruas Bertemu, pendek
2. Enam Ruas Bertemu tiga sambung.

KAYU RAJA PETUNDUK



Kayu Raja Petunduk. Melingkar seakan ular, bersila bagai seorang pahlawan. Koleksi Kayu Petunduk yang pasti mistik dan unik.

Aura dan powernya berganda melebihi Kayu Petunduk biasa yang selalunya lurus tegak sahaja tapi tidak melingkar dan memperlihatkan posisi orang bersila yang sedang tunduk duduk.

MANI GAJAH JADI BATU


Mani Gajah Batu. Mani Gajah yang telah menjadi batu. Masih alami dan belum dicanai.Permukaan batu kelihatan tidak sekata seakan berbuih.