Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 19 November 2015

CINCIN GELIGA MANI GAJAH DUA ALAM



Cincin Geliga Mani Gajah Dua Alam. Permata multi warna, kadang-kadang warna kuning kelabu, ada kalanya bertukar coklat kuning, ada kalanya  warna pink cerah menyerlah, ada kalanya coklat.

Mistik dan unik, tiada dua atau tiga.Permata tembus cahaya jika disenter dengan lampu. Cahaya kuning menyilau putih bercahaya akan keluar bersinar dari permata.

Ikatan dari Kuningan Jawa berukir, saiz 8. Pemikat, Pemukau, Penunduk, Penakluk hati, Penggentar lawan, Penarik rezeki, Pelaris diri.Insya Allah.

TANDUK NAGA PURBA




Tanduk Naga Purba. Dah jadi batu, tapi sturktur tanduk masih jelas.Dah dipotong kecil dan dah jadi permata cincin.

Kegunaan wibawa diri dan menyerlahkan karisma pemakai, penunduk dan pemukau pandangan orang. Pendinding diri dari niat jahat, penganiayaan, serangan sihir dan benda ghaib. Sesuai untuk kegunaan orang  politik, ketua jabatan dan pemimpin.Kata-kata bagai menakluk hati dan minda orang, diyakini orang serta dihormat  dan dipandang mulia dalam pergaulan.

Terhad.

KAYU MANANG BERDIRI DI AIR





Kayu Manang Berdiri di air. Kegunaan lawan bicara di mahkamah, pembungkam mulut lawan, perlawanan dan pertandingan diikuti Insya Allah akan menang, diri pemakai merasa berani, menang pergaulan harian, yakin diri, pelaris berniaga dan kekuatan batin pemakai akan lebih power dan beraura.

Ahad, 8 November 2015

SISIK GHAIB RAJA LAUT


Sisik Ghaib Raja Laut. Koleksi lama. Sisik yang telah menjadi batu.

Diperolehi ketika memancing ikan. Umpan pancing diragut ikan yang besar hingga tali joran menegang dan hampir putus.Beratnya seakan menarik seekor kerbau jantan.Bila dinaikkan yang tersangkut di pancing hanyalah sekeping sisik yang telah menjadi batu.

KAYU NIMANG MIM TEMBUS


Kayu Nimang Mim Tembus. Kayu Nimang yang menembusi kayu lain, membentuk huruf mim dan lam alif. Lubang Nimang bentuk  lubang Miss V.

Pelaris untuk kedai, pemugai orang, perukun rumah tangga, dikasihi dan dicintai ramai, pengikat hati pasangan dan langganan, pendinding diri.

Boleh digunakan dengan cara dibawa atau disimpan sahaja ataupun diberi makan pada target.

PERMATA BATU KELAPA


Permata Isi Kelapa Jadi Batu. Pada batu ada cebisan titik tempurung kelapa yang masih melekat di permata.

Serba guna terutamanya sebagai media pelaris dan penyedap masakan. Penyejuk rumah, penindih dan perukun barangan mistik yang beraura panas atau ganas. Pendinding santau dan serangan sihir, disenangi dan disukai orang, penyejuk hati orang yang panas baran.

PASAK KALAM LAUT


Pasak Kalam Laut.

Media untuk melancarkan usaha, menarik ikan untuk penangkap ikan, penerang hati untuk anak-anak, perubatan gangguan dan keteguran di laut dan di darat.

IBU KUNYIT JADI BATU


Ibu Kunyit Batu. Kunyit yang telah bertukar membatu.Koleksi lama dari seorang Sifu Cina.

Pembuka alam ghaib dalam ritual tarik karun dan emas ghaib. Pendinding diri dari gangguan halus, perubatan sihir dan gangguan jin syaitan. Media pertukaran ghaib.

Mendatangkan dan memudahkan penemuan barangan mistik seumpama geliga, buntat, kayu mistik dan sahabat mistik dari alam halus.

PERMATA TLANG GAJAH MINA


Permata Tulang Gajah Mina.

SISIK RAJA IKAN


Sisik Raja Ikan. Khas untuk pelaris pancing dan penawar gangguan ghaib dari laut atau sungai.

PERMATA MANI GAJAH 2 ALAM



Mani Gajah 2 Alam . Permata Batu Mani Gajah 2 alam. Tembus cahaya. Batu agak melekit dan masih ada imej mani gajah dalam batu permata.

Penunduk, pengasih umum, pelaris diri dan usaha. Orang bergaduh dan mengamuk akan terkedu, terdiam dan bungkam jika bertemu pemakai Batu Mani Gajah 2 alam.

KAYU NIMANG LAM JALALAH


Kayu Nimang Lam Jalalah. Penambat pencuri, penolak api, jaga rumah, pelimun rumah dari niat jahat manusia dan jin.

TANDUK PELANDUK PUTIH


Tanduk Pelanduk Putih. Berasal dari Sempadan Ranau-Telupid.

Kegunaan untuk bawa bicara di mahkamah, dikagumi bak raja, dihormati orang, pelias, menukarkan sesuatu yang merugikan dan kurang baik menjadi sesuatu yang menguntungkan dan bertukar menjadi baik, keuntungan dalam berurusan.

GELIGA BURUNG LAYANG-LAYANG PUTIH


Geliga Burung Layang-Layang Putih. Jatuh dari seekor burung Layang-Layang Putih bersaiz agak besar yang berlegar-legar di udara. Berasal dari Pulau Moliangin, Pulau Banggi.

Khasiat untuk pelaris usaha, pemanggil walet, penunduk dan kata-kata dihormat serta didengar orang.


Rabu, 4 November 2015

SUKANG GHAIB



Sukang Ghaib. Dibuat khas daripada bebarapa jenis bahan sukang, kayuan dan bahan beraura ghaib. Khas untuk :
1. Pendinding orang masuk hutan, tidak akan diganggu jembalang dan binatang buas.
2. Pendinding gangguan ketika memancing di sungai yang berpenunggu, berpuaka dan ada buaya
3. Pendinding wanita mengandung dari gangguan syaitan, jin jahat penghisap darah, Polong, Balan-Balan, Parakang, Toyol, Puntianak dan sebangsa dengannya.
4. Pendinding tidur untuk anak-anak, bayi, ibu bersalin dan mereka yang terkena gangguan jin
5. Pendinding sihir menggunakan jin syaitan.

ASMAK BAROKAH WALI


Asmak Barokah. Disediakan dalam 3 jenis bahan dalam satu pakej iaitu Minyak Cirebon, Tanah Wali dan Wafak Wali.

Memulihkan perniagaan yang bermasalah seperti kurang pelanggan, hampir bengkrap, diganggu pelalau dan sihir pembenci. Memulihkan rumah yang berpenunggu, disimpan jin jahat, pembenci dan sihir. Boleh juga digunakan untuk memulihkan orang yang terkena sihir, histeria selalu kesurupan jin dan selalu pengsan.

KEMENYAN MERAH TURKI




Kemenyan Merah Turki. Kegunaan tarik dana, tarik karun, tarik ghaib, memulihkan aura barang berkhadam, pemanggil semangat, pemulih histeria. Boleh juga digunakan untuk menjemput khadam atau makhluk ghaib.

KATILAYU LAUT SELATAN


Katilayu Laut Selatan. Berasal dari laut. Khas untuk kerezekian, daya pikat, daya tarik, pemancing ikan, penarik langganan dan perubatan.

GELANG ULAR NAGA NYI BLORONG


Gelang Ular Naga Nyi Blorong. Asli dari orang keturunan Indon. Khas untuk wibawa penunduk dan pemikat orang, kedarjatan serta kerezekian.