Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Ahad, 26 Julai 2015

KUBUR ANAK MAT SALLEH DITEMUI DI PARAPAT LAUT KUDAT



Kuburan anak ketiga Mat Salleh dengan Dang Bandang telah ditemui di Kampung Parapat Laut pada 18 Julai 2015 bersamaan hari kedua Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. Pada Batu Nisan Kuburan tertulis nama UNGKUNG BIN PADUKA TUAN ( TUN ) AHMAD SALLEH.

Tulisan pada Batu Nisan adalah tulisan Jawi Sulu ( Tulisan Jawi yang berbaris seperti tulisan Arab ). Gaya tulisan seperti ini adalah Versi Tulisan Jawi Lama yang digunakan oleh orang Suluk dan Bajau dalam menulis sesuatu perkataan. Versi Tulisan ini digunakan oleh orang-orang lama dahulu kala dan tidak lagi digunakan pada masa sekarang.

Penemuan bersejarah ini akan menjawab persoalan waris sebenar Paduka Mat Salleh dan wajar dikaji selidik untuk membetulkan aliran sejarah dan kekaburan berkaitan Mat Salleh. Kuburan ini tidak pernah dikunjungi oleh anak cucu Ungkung. Kuburan Ungkung atau nama lainnya HALIPAN ditemui oleh Cicit kepada Ungkung dan PAHLAWAN  iaitu Encik Nahalan Haji Mehdunah dari sebelah ibunya ( Cucu Halipan dan Pahlawan ). Encik Nahalan Mehdunah juga adalah Piut kepada ANDANG@ANANG kakak kepada Ungkung dari sebelah ayahnya. Anang adalah isteri kepada Sultan Pandapatan ( TM 1892 - 1902 ).

Ungkung adalah orang yang mengasaskan dan membuka Kampung Parapat Laut bersama-sama ZUBAHIR ( keturunan Pahlawan ) dan USMAN serta adiknya UMAR. Ungkung adalah suami kepada LAULA. Mana kala ZUBAHIR adalah suami kepada NUHALA. Usman, Umar, Laula dan Nuhala adalah cicit kepada Sultan Badaruddin II ( TM 1881 - 1884 ).Sultan Badaruddin II juga adalah moyang kepada Tun Mustapha Bin Datu Harun.

Kampung Parapat Laut diasaskan pada 10 Shaaban 1342 Hijrah atau bersamaan 16 Mac 1924 iaitu lebih kurang 20 tahun selepas Perang Tambunan 1900. Hajarat dan Salasilah keluarga diwarisi oleh Encik Nahalan daripada Alllahyarham Tuan Imam Haji Musa Bin Imam Jamaluddin ( Cucu USMAN ). Pembukaan Parapat adalah atas izin perkenan Maharaja Haji Abdul Rahim ( TM 1870 - 1931 ) yang merupakan Raja Wilayah Marudu selepas era Shariff Usman ( TM 1846 ) yang berpusat di Limau-Limauan.Tuan Haji Abdul Rahim adalah bapa mertua kepada Datu Harun, bapa Tun Mustapha.

Turut ditemui di Tanah Perkuburan Kampung Parapat Laut ialah kuburan anak Mat Salleh yang lain bernama TAHIR BIN SHARIFF ABDUL RASHID ( Nama lain kepada Mat Salleh ) dari isterinya yang ketiga bernama Shariffah Maimunah ( Keturunan Sharif Usman, Marudu ). Tahir datang dari Langkon Kota Marudu kerana menyusul abang tirinya Ungkung. Beliau adalah salah seorang dari anggota Gerila Peribumi Tun Mustapha yang berjuang menentang pemerintahan Jepun pada tahun 1946.Anggota Pejuang Gerila dari Kampung Parapat Laut yang lain ialah Haji Ali Basa yang berjuang bersama Datu Muhamadun ( adik Tun Mustapha ), Haji Ali Usman, Haji Zabarhan, Haji Julkipli dan beberapa yang lain.

Anggota Gerila Peribumi yang lain adalah dari Kampung Limau-Limauan, Kampung Talaga, Kampung Air, Kampung Landung Ayang, Pulau Banggi, Kota Marudu dan Pitas.

Kuburan Ungkung dan Tahir hendaklah dijaga dan jangan diubah suai atau diganggu untuk mengekalkan nilai sejarah dan keasliannya.


Sabtu, 25 Julai 2015

BAMBU TEMU RUAS BERDAUN


Bambu Temu Ruas yang masih berdaun. Asli dan alami. Auranya kuat dan boleh meremangkan bulu tangan jika dipegang. Asbab kegunaan banyak macam terutamanya untuk tujuan pelaris perniagaan dan memanggil langganan secara ghaib.

Pelanggan nda akan baranti datang berkunjung seakan-akan digaru-garu jantung hatinya untuk masuk kadai, apa lagi kalau kadai ikan bakar atau jual burger atau jual sup gear box.Pandang sekali mau toleh dua kali, beli sekali mesti datang berkali-kali, makan sekali mesti ketagihan lagi.

GELIGA EMBUN KECIL




Geliga Embun. Besar sedikit dari beras. Siapa minat ambillah kamu untuk koleksi mistik.

BAMBU SUNDAL BOLONG


Bambu Tumpat Sundal Bolong. Khas untuk media pengasihan, memikat pasangan dan menjinakkan orang bermadu. Hanya ini yang tinggal, yang lain ghaib sendirinya.

LADA KAYU KIMPOI AYAM



Lada atau kayuan yang dipatuk ayam jantan lepas tu dia mengamput atau mengongkeh ayam betina sangat dicari oleh orang yang mengerti daya magisnya.

Item ini boleh digunakan sebagai media pembirahi wanita dan pemikat untuk mengajak wanita bermain asmara. Awas... dosa tanggung sendiri.

Kebetulan pula bahan mistik yang dipatuk, disambar dan digigit oleh ayam hutan jantan ini adalah buah Lada Padi. Adegan ini berlaku pagi jumaat di depan mata saya waktu saya subuk tu ayam bamput. Lepas ayam tu bamput, saya terus tengok dan ambil lada ini. Sungguh bangga saya, sebab sudah bertahun-tahun saya mencari barang ini. Setiap kali ayam ada yang mau bamput saya akan subuk mana tau dapat kayunya.

Lada ini boleh ditanam bijinya.Buah yang terhasil dari lada ini sama powernya dengan item lada yang asal. Jika digunakan bikin masak di restoran, alamat semua orang yang memandang makanan yang dimasak naik nafsunya, gian, kesedapan, kepedasan dan kegilaan mau makan balik-balik.

Hanya bijinya saya dimaharkan jika ada yang berminat menanamnya.

TARING HARIMAU PUTIH ALAM GHAIB


Taring Harimau Putih. Ditarik di kawasan perkampungan Bunian di daerah Papar. Khas untuk Penakluk orang dan bikin mengurat, wibawa diri serta pembias serangan ghaib , pendinding gangguan buli dari orang ganas atau keroyokan.

PERMATA TERAS GEMUNGGAL MENJADI BATU


Teras Gemunggal Coklat yang telah menjadi batu. Teras yang bermata dan sangat cantik jika dipakai sebagai permata cincin.

GELIGA LIPAN



Geliga Lipan. Warna merah dan merah jambu. Sepasang jantan dan betina.

TASBIH KAYU BAHTERA NABI NUH


Tasbih Kayu Bahtera Nabi Nuh. Ada orang mengatakan bahawa Kayu Koka adalah kayu yang digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh ketika musim banjir besar melanda dunia zaman dahulu.

Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian saintifik dan imbasan karbon fosil kayu Bahtera Nabi Nuh di Bukit Ararat, Bahtera tersebut bukan dibuat dari Kayu koka tetapi adalah dari Kayu seperti di atas'

Asbab kegunaan untuk keselamatan di laut, keselamatan di air, penghadang rumah dari bencana alam seperti kebakaran, banjir dan angin taufan.Pendinding diri dalam perjalanan menggunakan kenderaan seperti kereta, kapal, kapal terbang. Pendinding diri dari serangan sihir dan gangguan jin serta pendinding diri dari gangguan binatang ganas seperti anjing, harimau dan sebagainya.

PERMATA BATU KECUBUNG TANAH


Batu Kecubung Tanah. Khas untuk daya pikat seakan pugai dan pengasih. Jika serasi dengan si pemakai, dia boleh menjadi kegilaan sumandak dan wanita, lebih-lebih lagi jika permata selalu diolesi minyak pengasih.

PERMATA CINCIN BATU JARUM EMAS


Permata Cincin Batu Jarum Emas. Untuk tuah berurusan dalam perniagaan, pergaulan harian, pengasihan dan disayangi orang, pemanis diri, awet muda seakan memakai susuk emas. Jarum emas dalam permata boleh membiak dan bertambah banyak mengikut keserasian dengan si pemakai.

CINCIN AKIK SULAIMAN KALIMAH ALLAH


Cincin Akik Sulaiman Merah. Dalam batu Akik Sulaiman Merah ini ada bayangan Kalimah Allah yang hanya dapat dilihat jika direnung. Tidak nampak dalam gambar. Sesuai untuk peminat batu cincin.

BATU SISIK NAGA


Permata Cincin Batu Sisik Naga. Khas untuk asbab penunduk, penakluk orang, pandangan mata yang tajam, keberanian dan menguatkan aura yakin diri dalam diri pemakai.