Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 2 Mei 2015

PELANDUK PUTIH


Pelanduk Putih. Sekadar bahan perkongsian maklumat item mistik.

Kewujudan Pelanduk Putih bukan sekadar metos legenda tetapi memang wujud di alam nyata. Pelanduk Putih pernah juga ditemui di Melaka dan di Pulau Balambangan Banggi.

MINYAK MANI GAJAH


Minyak Mani Gajah. Diramu khas dari gabungan dua jenis mani gajah asli iaitu mani gajah warna putih dan mani gajah warna kuning yang telah diritualkan.

Khas untuk daya pikat, pengasihan dan penunduk.

TARING RAJA TUPAI


Taring Raja Tupai. Taring tupai yang panjang dan melingkar bergelang. Asalnya sepasang dan diperolehi dari seekor Tupai Kuning yang mati beragan malam jumaat. Tupai memasuki dapur rumah dan mati beragan kerana terlalu tua.

Taring ini telah diuji tembak di Kem askar di Kota Belud dengan senjata M16 dan peluru yang digunakan bercampur emas. Kebal tembak dan Pelias; ada peluru yang kena tetapi tidak tembus dan ada yang lias tersasar tidak mengenai sasaran.

Boleh juga digunakan sebagai media mengubati mati pucuk atau lemah senjata lelaki, mengubati gangguan sihir jerut dan kurang nafsu sex.

KEMENYAN HITAM


Kemenyan Hitam. Khas untuk digunakan sebagai media pemanggil golongan makhluk halus alam bawahan, Jin tanah, Jin Pokok, Jin Batu dan yang sebangsa dengannya.

Boleh digunakan juga sebagai media pugai, pengasih angin dan memanggil semangat gadis, memanggil semangat orang yang lari dari rumah, memanggil dan memandu jalan roh yang tersesat dan gentayangan.

Menguatkan item mistik yang bersifat keras dan beraura hitam seperti Keris Berdarah,barangan Kebal,item pembisa. Memulihkan minyak pugai dan pengasih yang berkhadam hitam.

Baunya agak keras dan berasap tebal.

KEMENYAN KUNING


Kemenyan Kuning. Kemenyan Mistik yang berdarjat tinggi di alam mistik dan alam halus.

Pemanggil golongan makhluk halus berdarjat tinggi di alam ghaib seperti para wali ghaib, makhluk kayangan, raja dan puteri bunian. Menguatkan dan memulihkan aura barangan mistik dan berkhadam, membuka kunci pintu alam ghaib dan pintu masuk ke alam halus.


BATU NIBUNG


Batu Nibung. Teras Nibung Tunggal yang menjadi batu. Alami dan asli berkhadam.

Item mistik yang berfungsi sebagai Pembisa Pukulan, Tumbukan Maut, Pendinding Sihir. Mangsa yang menerima pukulan dari pemakai Batu Nibung boleh menjadi pengsan menggelupur macam ayam kena sembelih atau menjadi gila atau maut tidak bernyawa dengan izin Allah.

BUAH KALUNG TARING MACAN PUTIH


Taring Macan Putih. Pusaka orang dulu-dulu. Sudah diikat untuk dijadikan Buah Kalung atau Rantai Kunci.

Asbab sebagai Daya Pemikat wanita yang ampuh, penunduk dan dihormati orang.

BESI ALAMI BERKHADAM


Besi Alami. Besi semulajadi yang belum ditempah atau diproses menjadi besian lain. Besi Alami adalah besi mistik yang sulit diperolehi.

Pembuat senjata mistik terpaksa berpuasa beberapa hari untuk mendapatkan petunjuk bagi memburu keberadaan Besi Alami atau Besi Mistik untuk dibuat senjata. Pembuat Parang Ciong Mas  misalnya berpuasa sehingga 40 hari bagi mendapatkan Besi Alami atau Besi Mistik Berkhadam.

Parang Ciong Mas mampu menembusi dan melukai sebarang Ilmu Kebal, sangat tajam, mistik dan menurut setengah orang mampu terbang ketika dalam darurat perang. Wallahu ahlam.

BALU BERTUDUNG


Balu Bertudung. Kayu Mistik yang digunakan sebagai elemen gabungan membuat item Pelias Tembak dan Kebal Darurat, Insya Allah.

Balu Tertudung akan digabungkan dengan beberapa bahan mistik lain seperti Bambu Tumpat, Tempurung Kelapa Buta atau Kelapa Tunggal Mata, Kayu Manang, Puting Parang Patah dan beberapa item lain.

Gabungan semua item mistik akan diritualkan untuk menghasilkan Pelias Tembak dan Kebal Darurat.