Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Rabu, 22 April 2015

BUAH KALUNG KEONG BUNTET PURBA


Buah  Kalung Keong Buntet Purba.Pendinding diri, fengsui kedamaian diri, perlindungan dari aura jahat dan negatif, pelias tembak, pelias ilmu hitam. Waallahu ahlam.

ARANG BUNIAN


Arang Bunian yang dah jadi batu, bukan Arang batu.Pemberian alam bunian kepada orang dulu-dulu. Koleksi mistik untuk dilepaskan kepada peminat yang menyukai alam bunian.

Khasiat pelaris, pemanis diri dan penawar rasukan.

TANDUK RUSA PUTIH JANTAN ( PUPUL )


Tanduk Pupul ( gugur sendiri ) Rusa Putih Jantan. Lihat sendiri, putih macam kapas. Koleksi orang lama dan pusaka keturunan bukan diburu atau ditembak. Auranya kuat dan alami.

TANDUK KIJANG PUTIH JANTAN


Tanduk Kijang Putih Jantan. Koleksi orang dulu-dulu dari Pedalaman Sabah.Masih dalam bentuk asal dan belum dicanai.

TANDUK LAMA



Tanduk Lama sejenis binatang. Sesuai untuk dibuat ulu enjata seperti badik, parang, pedang dan seumpamanya.

HATI AYAM JADI BATU


Hati Ayam Jadi Batu atau Geliga Hati Ayam.Bikin berani, menghilangkan was-was, gemuruh dan ketakutan, kalau dibawa selalu macam tiada takut apa-apa. Jangan bawa sabung ayam sudah, badosa tu tapi bawa bertinju atau lawan self defence di gelanggang boleh..

GELIGA TAPAK ORANG KENIT



Batu Tapak Kaki Orang Kenit.Dijumpai di kawasan tepi sungai di Kaindangan setelah kemunculan orang kenit di kawasan tersebut. Orang kenit ghaib tanpa ada kesan, yang tinggal hanya seketul batu kecil saiz 20 sen yang terukir tapak kaki kecil.Koleksi batu orang Kenit.

Bikin tarik rezeki, pemanggil rezeki dan kewangan, pengubat orang keteguran, pelaris dagangan, pelaris pancing.

KAYU NIMANG LARAK SALAH


Kayu Nimang Larak Salah. Gabungan Kayu Nimang dan Kayu Larak Salah. Saiznya kecil saja dan boleh digenggam dalam tangan.

Pendinding, tangkal pencuri, tangkal selisih musuh, pelias ilmu hitam,pelimun musuh.

Bawa saja jika ada sekatan jalan akan lepas, jika bawa lintas sempadan faham sendirilah, jika pencuri masuk rumah alamat nahas dia tidak dapat keluar dan jadi bingung macam orang bodoh. Jika  ditikam roh oleh musuh dalam tidur tidak akan nampak dan ghaib dari pandangan tukang santet.Insya Allah.

GELIGA GEMUNGGAL HITAM


Geliga Gemunggal Hitam.

GELIGA KATILAYU


Geliga Katilayu. Katilayu terkenal di Indonesia sebagai media pelet, pemanis, pengasihan dan pelaris.

BATU BADAR RUAS BAMBU


Batu Badar Ruas Bambu. Batu Badar Besi yang ditemui dalam Ruas Bambu Besar.Warna Coklat halus dan boleh meleket pada magnet.

Pemberian Mahaguru Adam Ahmad Yarija seorang bekas tentera, Mahaguru Silat Awal Sabah sebagai kenang-kenangan dan tanda mata.

Pelias tembak dan pelias segala ilmu hitam. Musuh atau orang yang berniat jahat seakan tidak melihat atau terpukau memandang tanpa bertindak balas.

BATU PETIR HITAM


Batu Petir Hitam. Hasil panahan petir pada batang Pokok Kelapa Tunggal.Pokok Kelapa terbelah, semua daunnya jadi hangus dan layu.Batu ini ditemui di celahan belahan Pokok Kelapa.

Batu Petir yang bertindak balas dengan magnet dan boleh mengeluarkan bau hangit terbakar. Jika batu ini mengeluarkan bau hangit, bermakna di kawasan sekitarnya terdapat jin-jin kafir. Wallahu ahlam.