Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 26 Mac 2015

BAMBU TEMU RUAS - SEPASANG RM 250


Bambu Temu Ruas. Asli dan alami, bukan digam dan disambung.

YASSIN 5, YASSIN 7, YASSIN 9 BESI KUNING - RM 390 ( 3 item )



Yassin 5, Yassin 7, Yassin 9 Nabi Khidir Besi Kuning. Macam-macam kegunaannya.

BATU PETIR KALIMAH ALLAH-MUHAMAD


Batu Petir Coklat. Bulat, bertindak balas dengan magnet dan ada Kalimah Allah -Muhamad di permukaan Batu. Dulu ada pelanggan bertanya, mana kalimah Allah pada Batu Petir?. Jadi kali ini saya tandakan duduk letaknya Kalimah Allah - Muhamad pada Batu Petir ini menggunakan dakwat pen warna merah.Renung perlahan-lahan, berhati-hati dan tafsirkan.

Kalimah Allah atau Muhamad pada Batu Petir memang kecil, seni dan ada nilai khatnya. Oleh itu, perlulah teliti dan mahir melihat atau mengesan Kalimah berkenaan. Wallahu ahlam.

Sabtu, 21 Mac 2015

BATU PETIR KILAT


Batu Petir Kilat. Warna Kelabu berbintik pasir berkilat.

Bertindak balas kuat dengan magnet, keras seperti batu granit. Jika dipotong dengan mesin pemotong batu, bau hangit akan terhidu dan  kilat api memercik dari batu.

Jika diletakkan di kawasan yang ada jin menghuni, batu ini akan mengeluarkan bau seakan benda terbakar dan batu menjadi panas dengan sendirinya.Wallahu ahlam.

BATU TALAM BUNIAN


Batu Talam Bunian.

KAYU SANDAL SUMANDAL


Kayu Sandal Sumandal. Asli dari kawasan hutan  pinggiran pantai Sabah.

Kegunaan :

1. Bara kayu untuk kemenyan. Jika dibakar asapnya berbau wangi
2. Menghalau jin, pontianak, parakang, toyol dan gondorowo
3. Memulihkan sakit anggota dan sendi badan akibat gangguan sihir dan jin
4. Digunakan untuk merawat penyakit luka dalaman, ulser perut dan usus, gastrik, reumatik
5. Memulihkan tenaga yang lemah perempuan lepas bersalin
6. Merawat penyakit kuning dan kurang darah

KAYU MANIS SABAH


Kayu Manis Sabah. Asli dari Hutan Negeri Sabah. Rasanya manis seperti gula stevia, pedas sedikit tetapi sedap dikunyah.

Kegunaan :

1. Mengharumkan aroma bilik dan ruang tamu
2. Menyerap bau busuk di sekitar ruangan pejabat dan bilik
3. Menghalau serangga seperti semut, lalat dan lipan daripada memasuki kawasan yang diletakkan Kayu ini
4. Meneutralkan aura negatif dalam badan, bilik tidur, ruang tamu dan rumah
5. Mengurangkan stress, gangguan fikiran, gundah gulana, susah hati dan was-was
6. Menghalau jin jahat dalam rumah
7. Menyedapkan masakan
8. Menguatkan tenaga batin lelaki, mengeraskan zakar dan memulihkan lemah tenaga batin

CINCIN GELIGA TERAS KELOR TAPAK BUMI



Geliga Teras Kelor Kuning. Motif Pamor Tapak Bumi.Diikat dengan Ring Perak Bali saiz 20/21.


Sabtu, 14 Mac 2015

BATU PETIR BELANG COMBONG POKOK PISANG



Batu Petir Berbelang. Combong di tengah atau ada lubang tembus.Berbelang warnanya seakan warna belang Harimau. Dijumpai dalam teras batang pokok pisang.

KEMENYAN KAYANGAN


Kemenyan Kayangan. Kadang kala dikenali juga dengan Kemenyan Embun.

Kegunaan :

1. Kegemaran dan pemanggil makhluk alam golongan atas seperti kayangan, roh perewangan, jin dan makhluk terbang, roh gentayangan.

2. Pemuja roh orang untuk tujuan pengasih dan gila bayangan.

3. Menghalau makhluk jahat dan jin sihir, jin kafir serta mengembalikan kiriman sihir.

4. Memulihkan histeria, gila babi dan sawan, budak menangis tidak berhenti serta orang hilang semangat.

5. Menghalau makhluk golongan bawahan yang mendiami rumah, kejiranan, perkebunan atau premis niaga.

ROTAN NAGA


Rotan Naga. Rotan alam mistik yang sukar diperolehi. Setiap ruasnya berbuku timbul, berlawan buku ( temu ruas ), berjanggut, berumbi dan berlingkar.

Asbab ketahanan badan, campuran bahan kebal, penimbul badan, pelaris dan pendinding ilmu hitam, sukang racun, perubatan keracunan dan sakit dalaman.

PAMPAN MALING


Pampan Maling. Khas untuk melindungi rumah daripada kecurian sama ada oleh manusia ataupun Jin Toyol.

Set Pampan Maling mengandungi Kayu Nimang, Tali Rabun Maling dan Wafak Rajah Maling.

Insya Allah rumah terlindung daripada kecurian.

Kayu Nimang Maling : Jika pencuri memasuki rumah kita, dia tidak akan mampu mencari jalan keluar dan seolah-olah berada dalam hutan dan sesat tidak mampu mencari jalan keluar.Hanya mampu mundar mandir macam orang hilang akal dan kebingungan.

Tali Rabung Maling : Orang yang hendak mengkhianati atau hendak mencuri rumah kita akan tertahan hasratnya dan jika hendak memasuki rumah kita, pencuri akan menjadi rabun matanya, tidak dapat melihat rumah yang hendak dicurinya. Jika dapat masuk rumah mungkin kerana ilmu yang diamalkannya, dia akan sesat dan tidak nampak jalan keluar.

Wafak Rajah Maling : Pencuri yang dapat memasuki rumah kita akan melekat tangannya pada barang yang dicurinya, akan berenang lemas dan kepenatan di lantai rumah seolah-olah dia berada dalam laut atau air sehingga kesiangan.

GELIGA UBI KELEDEK


Geliga Ubi Keledek.

Khamis, 12 Mac 2015

GELIGA KELAPA JERNIH


Geliga Kelapa Jernih. Pusaka orang lama dari jenis Gelapa Kelapa yang jernih seperti air kelapa. Jenis kecil dan sesuai dibuat permata cincin atau buah kalung.

Anti basi, penyedap masakan, pelaris dagangan, pengubat racun dan keracunan makanan, perubatan sihir dan gangguan halus, pendinding diri dari serangan sihir.

Ada juga yang menggunakan Geliga Kelapa sebagai pendinding tembak dan kebal darurat.Wallahu ahlam.

Geliga Kelapa ini jika digoreskan pada permukaan wang Satu Ringgit Malaysia, warna biru wang kertas akan melekat pada geliga.

GELIGA BATU KARANG


Geliga Batu Karang. Timbul di air tawar, tenggelam di air laut. Geliga yang mistik dan unik kerana sukar diperolehi dan jarang ada dmiliki.

Banyak kegunaannya, antaranya sebagai media yang berguna untuk mencari lokasi ikan di laut jika hendak memancing atau memukat ikan, anti jin jahat, ditakuti hantu air dan jin laut, pendinding masuk hutan ( tidak dapat disesatkan oleh penunggu hutan atau diganggu makhluk halus di hutan ), pendinding pergi ke laut, pendinding ketika menyelam dan scuba, pendinding masuk gua, perubatan berkaitan gangguan halus.

KAYU MANANG BANGGI


Kayu Manang Banggi. Salah satu jenis Kayu Manang versi orang asal Pulau Banggi.

Kayu Manang yang dipercayai jika dibawa bersama kita, apa sahaja kita buat jika diizinkan Allah akan memperolehi kemenangan.Bawa jualan laku mengalahkan lain-lain saingan, bawa pertandingan akan manang, bawa berjalan-jalan akan dipandang tinggi mengalahkan orang lain.Wallahu ahlam.

Berasal dari Pulau Banggi pemberian seorang Dukun Tradisonal Suku Kaum Bonggi-Bajau dari Kampung Limbuak Darat, Pulau Banggi. Menurut legendanya, kayu ini ditunjuk dalam mimpi oleh orang halus yang menghadiahkan kayu ini kepada salah seorang Ketua Dusun Bonggi. Orang halus meminta orang tersebut mengambil sepohon pokok kecil yang tumbuh di atas sebuah batu berhampiran sebuah gua. Kayu tersebut dikenali sebagai Kayu Mannang.

Ahad, 8 Mac 2015

KAYU NIMANG PUKI


Kayu Nimang Puki. Khas pelaris, penggila orang, pekasih makan, tarik rezeki, pencegah suami isteri makan luar dan kecurangan rumah tangga.

AKAR KAYU BALABAK


Akar Kayu Balabak. Koleksi khas dari Pulau Balabak.

TONGGIRU LAUT


Tonggiru Laut. Khas untuk pendinding segala serangan racun secara ghaib dan anti mabuk minuman keras.Mudah dibawa, simpan je dalam dompet atau selit di gigi waktu lawan tanding mabuk.

Jika kena racun, rendam saja kasi minum.

PERMATA KAYU TERAS KELOR KUNING BERPASAK


Permata Kayu Teras Kelor Kuning berpasak Kayu Sukang 1000, Badar Besi Bambu, Kayu Limpanas ( Tas Sabah ) dan Ibu Besi Alami.

Saiz M.Sesuai untuk pendinding diri dari segala anasir sihir.

KAYU PANGAH ROTAN TEMBUS



Kayu Super Mistik. Kayu Pangah lawan Rotan Saga. Mistiknya Rotan ini yang mampu menembusi kekerasan Kayu Pangah sehingga tembus berlubang, memang keras dan mistik.

Kayu Pangah Rotan Tembus khas untuk kekuatan zakar lelaki yang kerasnya seperti rotan tembus ini,tahan bermain diranjang, mengubati mati pucuk dan lemah tenaga batin.

Kekuatannya mampu menandingi Sulah Basing, Zimat Ekor Kuyuk dan Ilmu Paku Ali. Khas untuk koleksi.

MINYAK LINTAH TAPAH



Minyak Lintah Tapah. Khas untuk kasi besar dan kasi panjang butu. Lima hari saja sudah nampak kesannya.

Lintah Tapah telah diproses khas secara batin dan tradisional dengan campuran herba asli tradisional. Lintah Tapah masih terdapat dalam botol.Cubalah.... baru tau..

RAJA SUKANG RACUN


Raja Sukang Racun. Asli buatan Sabah. Sangat banyak kegunaaannya:

1. Penawar Segala Racun Zahir seperti termakan kaca, racun sujum, racun tikus, racun babi hutan, racun serangga, racun kulat, gromoxone racun rumput, keracunan makanan, mabuk dan segala racun zahir.

2. Penawar dan Anti Racun Terbang, Racun Kelulut, Racun Lontong, Racun Santau, Racun Semai, Racun Kulit Luka Bernanah, Racun Sihir.Jika dibawa bersama dalam poket, segala jenis racun akan menjadi tawar dan hilang bisanya.

3. Sukang Segala Racun. Racun akan tawar dan tidak mudarat atau mati sendirinya jika berdekatan dengan Raja Sukang.

4. Jika dibawa menyelam dan kebetulan ada Sang Buaya, mulut buaya akan terkatup tidak mampu terbuka mengigit, ekornya akan membengkok ke kepalanya dan seakan terikat secara mistk.

Pantang :

1. Jangan dibawa mengepom rumput. Rumput tidak akan mati dan racun tidak memberi kesan kepada rumput akibat menjadi tawar bisa racunnya.

2. Jangan dibawa menuba ikan. Tuba akan hilang bisa dan racunnya secara misteri, ikan tidak akan mati.

NIMANG PUKI BAMBU TUMPAT PERINDU




Kayu Super Mistik. Kayu Nimang Puki Sulah Bambu Tumpat Perindu. Satu dalam sejuta, Kayu Nimang Puki ditembusi dan disulah oleh Bambu Tumpat Perindu Sambut Ruas. Gabungan dua jenis Kayu Mistik secara alami yang tiada duanya iaitu Kayu Nimang Puki dan Bambu Perindu Tumpat Bersambut Ruas.Asli dan alami.

Pelaris dan penunduk mustajab, pekasih orang, pelancar urusan, gedung kerezekian, perukun rumah tangga dan kejiranan, diminati dan disayangi orang ramai dan kenalan,dirindui orang dan sahabat, pendinding sihir, anti toyol dan kecurian, ditakuti gondorowo dan jin kafir, junjung derajat dan kejayaan dalam kerjaya harian.Wallahu ahlam.

Sangat baik dibawa berniaga atau disimpan dipremis niaga, mesti super gila-gila larisnya. Insya Allah.

CINCIN GALEH KELOR KUNING BERPASAK


Cincin Galeh Kelor Kuning. Telah dipasak di dalamnya dengan Kayu Sukang 1000, Kayu Limpanas Sabah, Badar Besi Bambu, Ibu Besi Alami.

Ring cincin Perak Bali, saiz 19.

KEMENYAN MERAH TAPAL JIN



Kemenyan Merah Tapal Jin. Lima Daun dan Tujuh Daun. Disimpan dalam cupu tembaga kuningan yang disegel dalam balang kristal.

Khas untuk upacara mistik dan berkaitan alam halus.

KEMENYAN MERAH


Kemenyan Merah. Khas untuk upacara mistik seperti tarik dana, tarik karun, panggil khadam dan seumpamanya.

Jumaat, 6 Mac 2015

PEBARAAN ANTIK



Pebaraan atau tempat Bara Kemenyan. Kata orang Bajau, TugTugan.

Pebaraan yang antik hasil buatan tangan, bukan kilang. Sudah lama digunakan jadi faham-fahamlah berapa lama ia sudah digunakan untuk berhubung dengan alam mistik sama ada untuk tujuan upacara selamatan, upacara arwah atau sumpamanya.

Scan sendiri, jika mistiknya atau antiknya sesuai untuk anda.

KAYU SIMPUL COMBONG


Kayu Simpul Combong. Kayu Mistik yang jarang ditemui tetapi sangat mistik dan unik. Banyak gunanya terutamanya sebagai gedung tarik rezeki dan penambah kekayaan, pemikat dan pengikat hati, pendinding pencuri, kerukunan suami isteri anak beranak.Wallahu ahlam.

ROTAN SUMPAH MERAH RUAS PANJANG



Rotan Merah. Asli Sabah. Warna kemerahan, keras boleh buat kayu cota Security Guard. Ruas Rotan Merah sangat panjang tidak seperti rotan biasa atau Rotan Kuning yang ruasnya rapat dan berdekatan.

Rotan Sumpah Merah ditakuti oleh segala jenis jin jahat, anti ilmu hitam, pukau dan santet serta pembisa mistik kerana rotan jenis ini menjadi sumpahan dan ada perjanjiannya di alam halus sehingga ia ditakuti oleh penghuni alam sebelah.

Jika digunakan untuk pemukul orang alamat orang akan jadi senteng gila, jadi buduh-buduh atau lumpuh atau maut. Boleh digunakan untuk jaga rumah, jaga diri dan senang disimpan dalam kereta tidak menyalahi undang-undang JPJ atau Polis. Koleksi terhad.

CINCIN PERMATA BATU SUNGAI DAREH


Cincin Permata Sungai Dareh. Ikat Perak Bali. Sesuai untuk mereka yang mengoleksi dan peminat batu cincin.

CINCIN MANI GAJAH KUNING




Cincin Mani Gajah Kuning. Boleh berdiri sendirinya tanpa sokongan benda kedua.Jika dipusingkan dengan jari, cincin ini akan berputar seperti gasing dalam keadaan tegak berdiri seperti gambar di atas menandakan ia berkhadam aktif dan alami.

Ikat Perak Tulen hand made, saiz 18.

GELIGA MANI GAJAH KUNING



Geliga Mani Gajah. Warnanya kuning yang dipecayai oleh ahli mistik sebagai jenis yang terbaik dan telah memasuki dunia alam ghaib.Sememangnya agak sukar mencari jenis yang kuning dan dianggap cukup matang bekaitan Mani Gajah ni.


Ahad, 1 Mac 2015

MINYAK ZAFARON SULAIMAN TIGA WARNA


Minyak Zafaron Sulaiman. Tiga warna iaitu Zafaron Merah, Zafaron Putih dan Zafaron Hitam.Disimpan dalam segel kristal berwafak. Media menarik khadam, pendinding serangan ghaib dalam rumah, media tarik dana dan harta karun dan macam-macam lagilah.

BATU PUKI


Batu Puki.

Pemikat orang dari segala penjuru, penyedap ghaib makanan yang dimasak,media ibu duit ghaib, pelaris ampuh apa sahaja yang diperjualkan, penawan hati semua orang, membuka aura daya tarik ghaib pada diri seseorang sehingga sangat disukai oleh orang.

Sesuai digunakan sebagai media politik untuk menarik sokongan orang ramai dan meramaikan peminat.

BATU KALIMAYU COMBONG


Batu Kalimayu Combong. Item mistik yang berguna sebagai media menjadikan apa-apa urusan berjalan lancar macam ada pelincir, disenangi orang ramai, dilayan diambil perhatian oleh sesiapa yang memandang kita walaupun tidak kenal seakan terpanggil untuk melayan dan menghormati kita.

Lawan menjadi kawan, orang asing menjadi kenalan, teguran menjadi kemesraan, pandangan menjadi sayang, penampilan memukau pandangan dan hati orang, tutur kata kita bagai penyejuk hati yang melembutkan perasaan orang, apa yang ada di hadapan akan jatuh hormat pada kita, Insya Allah.

TANDUK PELANDUK TIMBANG


Tanduk Pelanduk Timbang. Item mistik yang sukar diperolehi.Dimaharkan jika tawaran mahar berpatutan dan pemahar serasi dengan item ini, maksudnya jika rezeki anda.