Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Selasa, 17 Februari 2015

BATU COMBONG LESUNG BUNIAN

Batu Lesung Bunian Combong .Kemistikan dan kegunaan Batu Combong memang dimaklumi ramai di Indonesia dan Malaysia sebagai asbab tembus berurusan hal kerezekian. Pelaris kedai, tuah keberuntungan. Wallahu ahlam.

PERMATA CINCIN BATU BADAR BESI CAT EYES

Permata batu badar besi Cat Eyes yang bertindak balas kuat dengan magnet.

Isnin, 2 Februari 2015

GELIGA AYAM


Geliga Ayam. Koleksi lama. Boleh bawa sabung ayam, boleh bawa jalan-jalan bikin berani dan tidak rasa takut atau gugup. Boleh bikin daya pikat sumandak, macam ayam jantan walau satu ekor dia saja tapi bininya berapa pun boleh.

BATU BADAR BESI URAT BUMI


Batu Badar Besi. Keras seperti besi, berurat timbul di permukaan batu bukan halus mengkilat, warna kelabu kehitaman. Daya tarik magnet sangat kuat, boleh berpusing-pusing macam gasing jika didekatkan dengan magnet.Jika dicanai, urat batunya pasti akan menampakkan pola urat batu yang menarik dan cantik.

Daya mistiknya memang ada. Goggle saja.

KUKU MISTIK


Kuku Mistik. Barang pusaka lama orang dulu-dulu. Kuku sejenis binatang pemakan semut yang yang mati buragan. Boleh buat kalung atau koleksi mistik.

TEKO ANTIK



Teko antik. Kecil sebesar gelas teh tarik, antik mistik dan unik. Barang lama dan misteri.

Berkhadam dan boleh buat proses jika ada yang berminat dan mahir melakukannya.

MINYAK KUDA


Minyak Kuda. Minyak gosok tidak perlu urut.Sangat mujarab dan telah diuji coba untuk menyembuhkan sakit-sakit sendi dan urat, masam urat, pegel linu, ngilu urat atau sakit badan.

Insya Allah sakit sendi atau urat akibat gangguan sihir, buatan orang, ilmu hitam, gangguan jin dan makluk halus atau sakit sendi biasa akan sembuh dengan cepatnya. Jika sakit sendi akibat sihir atau terpijak makhluk halus hanya sapu sahaja sambil dibacakan salawat, sakit akan sembuh dan rasa sejuk akan dirasai mengalir keluar ikut aliran urat nadi.

Berkesan untuk menyembuhkan sakit urat atau sendi yang telah bertahun-tahun lamanya, akan sembuh bagai silap mata saja.Mujarab dan mustajab. Cobalah....

AL QURAN ISTAMBUL TULISAN MERAH




Al Quran Istambul. Lengkap 30 juz. Tulisan dari dakwat merah campuran zafaron, boleh dibaca hanya dengan menggunakan kanta pembesar sahaja. Saiz besar sedikit dari duit RM 10 sen.

Serba guna dalam segala hal dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja sama ada bawa pergi berperang, berurusana hal keduniaan dan kerezekian, pergi mengubat orang, pergi ke masjid atau berikhtikaf atau bawa ke pejabat tempat kerja. Insya allah ada tuah dan berkatnya sesuai hajat kita.

DUIT YASSIN 7 KAABAH TIMAH HITAM



Duit Yaasin 7 gambar Kaabah. Diperbuat dari Timah Hitam.

Timah Hitam sememangnya terkenal dalam dunia mistik sebagai media Tarik Duit Ghaib, asbab kebal perang, pengasihan, pendinding dan pembatal ilmu hitam, pelias dan pembalik ilmu hitam.

KAYU SIMPUL MARAU



Kayu Simpul Marau. Dari jenis Kayu Lima Sahabat iaitu kayu mistik yang berkaitan dengan alam bunian.

Kayu yang mempunyai daya mistik yang kuat untuk mengikat hati dan minda orang agar sentiasa setia, tidak membantah dan saling berbaik dengan kita.Sesuai untuk disimpan bagi mengikat dan mendamaikan anak isteri yang saling berbantah, isteri-isteri yang bermadu akan saling menyayangi.

Kayu ini juga berfungsi untuk menyimpul niat jahat orang yang ingin mencelakakan kita, mencegah daya sampai sihir dan ilmu hitam, membatalkan niat pencuri yang hendak mencuri barang atau memasuki rumah kita.

Boleh dibawa bicara di mahkamah untuk membuat hakim menyayangi dan simpati dengan kita dan terhalang niat jahatnya terhadap kita. Wallahu ahlam.


LESUNG BUNIAN


Lesung Bunian.Kadang kala dikenali juga sebagai Batu Puki. Asbab pelaris usaha restoran dan barang jualan, pemikat orang, penyejuk hati, menawan hati setiap orang yang berurusan dan memandang kita.

Mempunyai daya pikat yang kuat terutama untuk kaum lelaki. Orang akan sentiasa menyenangi dan menyukai kita, menjauhkan permusuhan, pendinding diri dan usaha niaga dari dengkian.