Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 10 November 2014

TASBIH BATU GUNUNG BERAPI PINATUBO



Tasbih Batu Gunung Berapi Pinatubo. Maca-macam gunanya.Melipat gandakan kekuatan tenaga dalaman, kekuatan tenaga luaran,ketahanan badan,membersihkan aura jahat dan negatif dalam badan, pantang dibenci dan ditakuti oleh makhluk halus,ditakuti orang bersaka dan saka,hantu,jembalang,jin dan sebagainya.Pendinding diri dari serangan ghaib dan sihir. Bawa tidur simpan bawa bantal je.Tiada pantang.

Sesuai digunakan untuk dibawa mengubat orang sakit,kerasukan jin macam orang gila,terkena sihir,santau dan gangguan halus.Simpan je dalam poket,Insya Allah auranya boleh meresapi badan si pemakai apa lagi kalau dibawa berzikir.

Kalau ada jin yang bertenaga kuat macam tenaga lima orang dan merasuk orang histeria,cuba kamu bawa tasbih ini dan lawan dia one by one,mampukah dia mengalahkan tenaga si pemakai Tasbih dengan berseorangan?,cuba dulu baru tau.

Nah cuba...? murah saja maharnya,mampu milik.

KAYU MISTIK



Kayu Mistik. Kayu Akar Balik, Kayu Akar Songsang,Kayu Nimang,Kayu Maling,Kayu Simpul,Kayu Berjanggut,Kayu Larak Salah,Kayu Sumbang dan apa-apa saja lah yang mistik semua ada pada hanya sejengkal Kayu Mistik ini.

ROTAN SONGSANG BUNIAN


Rotan Songsang Bunian. Hitam warnanya,berkeluk bersambut ruasnya,hanya sejengkal panjangnya,kecil bak jari saiznya.

Rotan Songsang Lima Ruasnya,
Hadiah Bunian Ghaib Alamnya,
Kalau Tuan Bijak Laksana,
Mana Hujung Mana Pangkalnya?.

Ada yang berminat...?.

CINCIN GELIGA ULAR


Geliga Ular atau dikenali juga dengan NAGA MANI. Geliga Ular yang mampu menjinakkan ular,bukan menakutkan ular. Mana ada Geliga Ular jika diacukan pada ular, ular jadi takut dan cepat-cepat masuk karung, itu bukan geliga Ular tapi Batu Badar atau Black Stone.Black Stone banyak dijual di India.

Lihat saja pada permukaan permata, ada buih-buih yang membintil hasil dari liur ular yang membatu. Geliga ini jenis yang didapat dari mulut ular,bukan jenis Batu Sarang Ular.

Geliga Ular jenis ini jika diacukan pada ular, ular akan terkedu,terpaku,terpukau,tidak mampu membuka mulut atau mematuk.Lepas terkedu, ular akan menundukkan kepalanya,memalingkan kepala dan berlalu pergi perlahan-lahan bukan lari tunggang langgang.Macam juga kita jika mengadap Raja atau Sultan, mestilah hormat dan bersopan santun bukan lari dan menyorok.


KECUBUNG WULUNG




FIRUZ HIJAU PARSI


Permata Cincin batu Firuz Hijau Parsi. Kegunaannya mengikut Kitab-kitab lama adalah sebagai media anti racun, penawar racun, kebahagian dan keselamatan diri,keselamatan diri di lautan,penolak sihir dan racun terbang ( Dengan izin Allah jua).

Salah satu jenis batu cincin yang menjadi pilihan,sunnah dan pakaian Nabi Muhammad.Wallahu Ahlam.

PERMATA CINCIN BATU JED



Permata Cincin Batu Jed Hijau.Jika disenter dengan lampu, tembus memanjang sinar hijau seumpama alur lembayung hijau.

Kegunaannya sudah diketahui ramai, serbaguna membawa tuah kehidupan,keceriaan dan kegembiraan.Membuka aura positif dan kebaikan dalam diri pemakai.Wallahu Ahlam.

KITAB ISTANBUL WAFAQ




Kitab Istanbul Wafaq. Kitab Istanbul dalam bentuk wafaq. Serbaguna merangkumi pendinding diri dari segala angkara jahat. Sesuai disimpan dan dibawa dalam kereta untuk mengelakkan gangguan makhluk halus di jalanan,kemalangan,gangguan sihir,niat jahat orang dan seumpamanya ( Dengan Izin Allah jua ).

Kalau orang dulu-dulu, suka menggantung Kitab Istanbul Wafaq di ayunan bayi untuk mengelakkan gangguan jin syaitan, Pontianak,Pananggalan,Gondorowo,Balan-Balan dan lain-lain makhluk halus. Pendinidng Sawan Tangis Budak dan Sawan Babi.Wallahu Ahlam.

KITAB YASSIN TULIS TANGAN



Kitab Yassin mistik dan antik. Kecil seperti Quran Istanbul.Lengkap satu Surah Yassin dan Surah Al Fatihah dalam satu Kitab Kecil. Ayat ditulis tanpa baris dengan tulisan tangan gaya ringkas.

Setengah orang menggelar Kitab Yassin seperti ini dengan nama Yassin Wali.Asbab pendinding diri,tolak sihir,guna-guna,pelias tembak,pelimun,tolak gangguan jin syaitan,pelaris dan pendinding niaga serta serbaguna ( Insya Allah dengan izinNya ).Usia tidak diketahui.

Sesuai juga untuk dibuat koleksi antik-mistik bagi pengumpul barangan lama antik-mistik.

KALUNG BESI KUNING


Buah Kalung Besi Kuning. Dalam corong Buah Kalung ini ada Besi Berantai Berwafak. Asbab pendinding darurat, dibawa ke medan tempur, pendinding diri, kekuatan dan keberanian semangat diri,pemakai lambat penat,badan tahan kesakitan.

Khamis, 6 November 2014

ROTAN BUNTING TEMU RUAS


Rotan Bunting Temu Ruas. Masih kehijauan kerana baru keluar dari hutan, cari bukan senang dapatpun bukan senang,nak ambilpun bukan senang.Maklumlah barang alami dan asli alam,berkhadam pula tu.

Ruas Buntingnya tiga tingkat bersusun,powernya berganda untuk pelarisan,pemanggil orang,penarik rezeki dan pendinding. Boleh juga bikin lawan hantu jembalang, hantu bangkit dan seumpamanya. Semua izin Allah jua,jangan bergantung harap pada kayu,tekadkan keyakinan bahawa Allah jua empunya Maha Kekuasaan,apa yang ada hanyalah asbab.


BATU BACAN OBI



Batu Bacan Obi. Batu kegilaan orang yang suka mengurat dan memikat wanita.Mana tau, ada yang mau guna untuk pikat janda kaya.

Batu akan telus cahaya berkilauan merah menyala seperti api bernyala warna kuning merah jika disenter dengan lampu kecil.Malahan imej cahaya akan menjalur seakan memancar jauh,begitu jugalah aura pancar batu ini jika bawa mengurat sumandak.

PERMATA CINCIN BATU TOK WALI


Permata cincin Batu Tok Wali atau Batu Teras Buluh atau kadang-kadang digelar Tabassher. Kegunaan, goggle sajalah.

BUNTAT GIGI YU NUN


Buntat Gigi Ikan Yu Nun yang telah memfosil sehingga hitam menjadi batu.

Sesuai dibuat kalung sebagai asbab penakluk jagat,penggentar lawan,menggarangkan pandangan mata sehingga mengecutkan hati orang yang direnung pandang.Sesuai dipakai oleh orang yang bekerja sebagai Body Guard dan Tukang Tagih Hutang.

Jika digunakan untuk menyucuk anggota sendi dan hujung jari orang kerasukan atau histeria sambil dizikirkan ayat Nabi Yunus, jin perasuk dan jin penyihir akan meraung kesakitan dan minta ampun.


PERMATA BATU BACAN KINABALU







Batu Bacan Kinabalu. Permata cincin dan permata buah kalung Batu Bacan Kinabalu. Batu Bacan menjadi kegilaan di Indonesia sebagai batu Raja Pemikat dan Penakluk wanita. Walau bagaimanapun, di Sabah juga ada Batu Bacan yang tidak kurang hebatnya.Malahan di Indonesia harganya menjangkau ribuan ringgit.

Keunikan Batu Bacan Kinabalu ialah warnanya boleh berubah kadang-kadang hijau jernih,kadang-kadang hijau kebiruan.Jika disenter dengan lampu, biasan tembus cahaya akan menyinar warna berkilau star seakan warna pelangi putih.


GELIGA RAJA LANDAK


Geliga Raja Landak.

AKIK WULUNG MATA DEWA





Akik Wulung Mata Dewa. Jenis pamor yang jarang dan sukar dicari. Asbab daya pandang kedarjatan,terpandang mulia dan terhormat di mata orang,dikagumi orang ramai dan disenangi rakan.

CINCIN GELIGA KELAPA ANTI BASI



Geliga Kelapa Asli. Telah lulus diuji anti basi 2 hari, nasi tidak basi. Telah lulus ujian gores di wang kertas RM1.00, warna biru wang kertas melekat pada Batu Geliga apabila digores pada permukaan wang kertas iaitu ciri-ciri keaslian Geliga Kelapa, jika Geliga Kelapa Buatan, warna wang kertas tidak akan melekat di batu..

Selain anti basi, geliga ini juga menjadi asbab raja pelarisan dagangan di restoran makanan,penyedap masakan, pendinding ghaib daripada serangan sihir dan racun,dipandang hormat oleh orang,Insya Allah. Koleksi peribadi untuk dilepaskan kepada peminat tegar.