Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 29 September 2014

GELIGA KEMENYAN



Geliga Kemenyan. Dalam geliga masih ada cairan kemenyan yang membeku.Mistiknya imej  dalam geliga ini kadang-kadang berubah rupa,seakan hidup dan beralih kedudukan. Kalau buat permata mesti jadi cincin kesayangan.

Jangan heran, kalau anda memiliki Geliga ini macam-macam gambaran dan bayangan anda akan nampak sekilas pandang.Gambaran hitam,putih bergerak,ada yang berekor,seakan asap dan macam-macam lagi.Maklumlah,Kemenyan kan pembuka pintu gerbang alam ghaib jadi hati-hati kalau nampak khadam di sekeliling anda.Kalau nampak Puteri Bunian kan bertuah.... boleh minta dia jadi isteri anda.

Kalau ada yang berbakat meneropong alam sebelah,Geliga ini sesuai untuk anda.

MINYAK SERAT JIWA


Minyak Serat Jiwa Biru.Banyak kegunaanya, antaranya sebagai media serat jiwa untuk memuja kekasih,memanggil semangat orang lari,memanggil roh yang gentayangan,menarikh khazanah ghaib,memanggil jin, bunian, khadam dan makhluk halus sebangsa dengannya.

GELIGA BULU PERINDU EMAS

Geliga Bulu Perindu Emas.Bulu Perindu yang ada dalam geliga boleh bertambah dari masa ke semasa jika ia serasi dengan si pemilik.

Asbab pengasihan,pelarisan,ketenangan hati,kedamaian dan meneutralkan aura negatif dalam badan akibat unsur jahat seperti pengaruh sihir,pelalau,gangguan jin, stress dan gangguan kesihatan.

GELIGA BAMBU


Geliga Bambu. Koleksi peribadi yang ingin dilepaskan kepada kolektor yang benar-benar berminat.Kira mau simpan buat pusaka keturunan, tapi setiap yang kita miliki bukan milik kita buat selama-lamanya. Kita simpan hari ini,mungkin anak cucu kita menyerahkannya kepada orang lain suatu hari nanti.

Tiba masa beralih milik kepada orang lain. Tiada yang kekal menjadi hak kita, sedangkan duit dalam poket belum tentu hak milik kita semuanya, ada hak orang lain di dalamnya dan mungkin semuanya.

Kepada kolektor yang pernah memaharkan barangan dari Geliga Kinabalu, sebahagian kecil mahar disedekahkan kepada anak yatim dan rumah ibadat.Jadi jangan susah, hak anda ada dalam sedekah zariah yang diimpakkan, Insya Allah akan menjadi saksi di Yaumil Qiamah.Ikhlas dari anda, ikhlas dari saya. Semoga ada imbalan pahala untuk semua.Amin.

KAYU BALABAK GUNUNG SI BUMBUNG


Kayu Balabak dari Gunung Si Bumbung,Pulau Banggi.Gunung Si Bumbung adalah gunung mistik di Pulau Banggi, gunung yang dianggap keramat dan misteri bagi orang asli Bonggi dan orang Molbog.

Khas untuk yang benar-benar berminat dengan Kayu Balabak asli, bukan sekadar cakap-cakap saja. Disahkan dan diakui oleh Suku Kaum Molbog  atau Bangsa Balabak yang merupakan waris tulen keturunan Si Lampituk.

Ahad, 28 September 2014

GELIGA TIMOTULONG




Geliga Timotulong atau Batu Orang Halus kata orang Sabah. Kadang-kadang dikenali juga sebagai Gong Bunian. Sepasang jantan dan betina.

Asbab pemanggil golongan orang halus atau golongan bunian,penarik hati,pemerdu alatan muzik, pendinding diri dan penarik hati orang meminati dan mengagumi kita.

IBU DUIT MISTIK





Ibu Duit Mistik. Mempunyai Nombor Siri yang bersambut di awal dan di akhir yang mempunyai rahsia mistiknya yang tersembunyi.

Ibu Duit ini mempunyai tuah dan ada auranya yang tersembunyi untuk menarik datangnya duit secara jalan rahsia,tidak disangka-sangka dan mistik.Rezeki dan peluang Insya Allah akan selalu terbuka pokoknya sentiasa berusaha dan tawakkal.

Ibu Duit Mistik ini tidak perlu diritualkan, tetapi jika diisikan amalan kerezekian dan Ilmu Ibu Duit adalah lebih baik lagi dan auranya akan lebih terbuka dan power.Wallau Ahlam.

BATU SULAIMAN COMBONG



Batu Sulaiman Combong atau Geliga Sulaiman Combong. Lubangnya tembus alami dan bukan rekayasa.

Batu Combong menjadi kegilaan di Indonesia dengan tujuan asbab pelarisan,memudahkan urusan tembus apa yang diurus dan Insya Allah dimudahkan.

Ada yang menggunakan Batu Combong sebagai teropong ghaib atau tembus pandang tergantung amalan dan kemahiran masing-masing.

Orang yang berurusan dilayan baik dan lancar urusannya umpama wasilah Raja Sulaiman yang menguasai makhluk ghaib dan alam nyata.Wallahu ahlam.

KAYU MALING BUNIAN


Kayu Maling Bunian. Khas untuk menangkal pencuri dan penjahat, pendinding diri, rumah atau premis perniagaan. Diperolehi dari sebuah Istana Bunian di Tenghilan, Sabah dengan keizinan Raja Bunian yang mendiami istana tersebut.Lokasi terperinci biarlah menjadi rahsia kerana itu syaratnya.

Insya Allah orang yang berniat jahat kepada kita tidak akan menjadi dan niatnya bertukar menjadi baik,pencuri yang ingin mencuri rumah atau kedai akan kabur pandangannya,pintu masuk menjadi ghaib dari pandangan penjahat,fikiran orang yang ingin menzalimi kita dan harta benda kita akan menjadi bingung seakan hilang ingatan.

Jika digunakan, simpan saja di tempat tertentu dan tawakkal kepada Allah.

Selasa, 16 September 2014

TARING HARIMAU PUSAKA

Taring Harimau Pusaka. Bukan diburu, tapi pusaka lama orang dulu-dulu.Sudah ada lubang sedia agar senang dibuat koleksi.

Goggle saja kegunaanya,anda akan tahu apa mistiknya.

PERMATA SUKANG SERIBU

Sukang Seribu. Pendining dari segala macam ilmu jahat,sihir,racun terbang dan serangan jin.Bagus dipakai terutamanya kalau bawa tidur, tikam roh dan sihir tuju roh tidak akan mengenai si pemakai.Insya Allah mujarab dan mustajab.

GELIGA MANI GAJAH

Geliga Mani Gajah.Kira mau simpan untuk kegunaan senndiri, ikat sebagai kalung untuk dibawa jalan-jalan cari makan.Kalau buat kalung, orang nda parasan kalau bawa mangurat, konon-konon mau tapuk tapi ramai yang tanya, jadi siapa yang benar-benar minat mangkali kalau ngam cerita boleh runding kalau kena maharnya.

Geliga ni, kecil saja macam jari telunjuk,tapi lihat saja apa ukiran tertulis di geliga ini, malaslah aku mau kasi tau, kamu bacalah sendiri.

BUTU BUAYA


Butu Buaya.Khas untuk kekuatan tenaga seks lelaki, jika diamalkan kekuatan seks akan berlipat ganda, tahan di ranjang, barang akan lebih power sikit-sikit naik, pantang diusik badiri terus.Kekerasannya juga meningkat dan tegang teguh kukuh dan gagah.

PERMATA CINCIN BESI KUNING ALLAH MUHAMMAD


Permata Cincin Besi Kuning. Tertulis Kalimah Allah dan satu lagi tertulis Kalimah Muhamad.Jika dipakai berpasangan, sangat cantik dan mustajab digunakan dalam segala tujuan.

GELIGA AKAR CINTAMANI LAUT





Geliga Akar Cintamani Laut yang telah dicanai menjadi permata cincin.

Asbab berkasih sayang, dicintai dan disukai orang,kemurahan rezeki, disegani orang, pendinding diri dari serangan jin, sihir dan ilmu hitam.

GELIGA GEMUNGGAL


Geliga Gemunggal. Siapa yang mau, sms saja.Koleksi peribadi untuk dilepaskan kepada yang memerlukan dan berminat untuk menjadikannya koleksi peribadi, tiada tukar-tukar barang macam di Tamu,tak main tukar menukar macam ubi kayu tukar sama ikan masin, kalau mau tebus mahar saja.

GELIGA KAYU MANANG


Geliga Kayu Manang. Simpanan lama, tapi ini kali sedia untuk dilepaskan kepada para peminat dan kolektor barangan mistik-pelik.

KUASA BATU CINCIN ( MAJALAH MISTERI )


Perkongsian ilmu pengetahuan mengenai khasiat alami Batu Cincin.Sekadar paparan sahaja terutamanya bagi kolektor batu-batu cincin.

Batu cincin mempunyai khasiat alami dan semulajadi walaupun tanpa bantuan jin atau penjaga batuan cincin, tiada nama yang pelik-pelik dan mistik-mistik pun tetap ada khasiat alaminya. Wallahu ahlam.

SISIK TENGGILING BUDAR


Sisik Tenggiling Budar.

1. Asbab mencegah dan menyembuhkan sakit pinggang
2. Menguatkan pinggang
3. Penunduk bicara di mahkamah
4. Anti Buaya.Buaya akan takut jika dibawa menyelam dalam air
5. Menjaga dan meningkatkan tenaga kelelakian.
6. Mencegah daripada sesat di hutan, bawa sahaja masuk hutan, Insya Allah hantu Kokok dan jembalang hutan akan takut.

TANDUK KUCING


Tanduk Kucing untuk dimaharkan kepada yang benar-benar berminat sahaja.!!, siapa cepat dia punya.

Isnin, 8 September 2014

CINCIN GELIGA IKAN KARUK


Geliga Ikan Karuk yang sudah diikat dengan cincin perak saiz 20. Koleksi yang jadi pakaian diri sejak sekian lama. Anti Pukau,Anti Hipnotes dan Anti Santet.

Ikan Karuk adalah ikan yang boleh hidup dua alam, ada air dia hidup, tiada air pun berjam-jam dia hidup juga.Kalau piara dalam rumah, cukup simpan dalam balang atau botol kaca saja,tidak payah pakai oksigen, air berkabut pun dia hidup juga.

Khasiat cincin Geliga Ikan Karuk ini,kalau pencuri mau masuk rumah dan kasi pukau penghuni rumah guna tanah kubur atau tangkorak orang mati dibunuh, pukaunya tidak akan menjadi dan kita tidak akan tertidur oleh ilmu pukau. Kalau pukau guna ilmu Tulang Kukam dan digunakan untuk memukau orang pemakai cincin ini, juga tidak menjadi.

Mau kasi hepnotis, pakai saja cincin ini alamat berpeluh-peluh dia kasi hipnotes berjam-jam tidak menjadi, mau cuba kasi rasuk jadi tidak sedar untuk mengubat konon dengan cara pukau mata dan ingatan, tidak akan jadi juga.Insya Allah banyak lagi khasiat alaminya.

SIPUT JADI BATU







Siput Jadi Batu. Siput yang telah mengaraskan diri sehingga menjadi batu, sampai tai-tainya pun jadi batu atau derhaka kali kana sumpah oleh Mama Mantuanya yang banyak mulut sikit-sikit menyumpah dan menyampah. Walaupun demikian, buruk jangan disangka lemah. Berkhadam alami ni siput, kalau kau pegang kemudian kau panggil khadamnya, bagagar ba badan,badiri segala bulu-buluan badan.

Banyak gunanya,goggle saja lah, nda payah lagi aku cerita banyak.

BATU PETIR BIRU


Batu Petir Biru. Koleksi Batu Petir yang jarang dijumpai,biru macam air terjun yang dalam atau lautan yang dalam. Kalau bikin umban kepala jin alamat menangis lah dia kesakitan minta ampun tidak merasuk lagi kecuali kamu panggil kasi suruh rasuk dalam badan orang, lepas rasuk tanya dia..  siapa kau...? dari mana kau...? kenapa kau datang...? ( padahal dipanggil ),siapa suruh kau datang...? (padahal dipanggil datang ).

BATU KRISTAL KINABALU


Batu Kristal Gunung Kinabalu. Batu ini jika disimpan di kawasan berair seperti akurium atau air terjun buatan dalam rumah boleh membesar dan hidup berkembang.

Simpan saja dalam rumah, Insya Allah rumah akan sejuk suasananya, segala jin-jin beraura panas akan menyingkir kesejukan dan takut. Sesuai untuk meneutralkan keadaan rumah yang agak berhawa panas dan membosankan sehingga penghuni rumah sering rasa stress dan tidak selesa di rumah.

Kalau dibuat permata cincin pun boleh .Orang yang berdarah pemanas, tinggi darah, selalu stress, selalu menyampah, selalu macam bingung-bingung, perempuan ada Bigat, ada gangguan jin saka beransur-ansur akan rasa tenang dan sejuk,seimbang peredaran darahnya dan tenteram hatinya. Kalau bawa berzikir lembut dan lunak terlebihlah baiknya.

PUGAI KELULUT


Pugai Kelulut. Gabungan antara Akar Kelulut dan Bulu Perindu. Mudah digunakan, calit saja orang akan merindu dan suka kepada si pemugai.

Kedua-dua gabungan bahan ini telah diaktifkan dan dibangkitkan auranya serta diritualkan dengan Isim Nabi Yusuf, Doa Nabi Daud, ayat Pengasih Nabi Yusuf,Doa Si Burung Pungguk, Isim Permanis,Doa Pag Datu, Doa Kata Puki dan Doa Sandaran Bulan.

Sesuai untuk golongan muda yang suka mangurat Sumandak atau gadis-gadis yang mau target boy frend ensem.Tiada Pantang berat, tiada pakai hantu syaitan atau pakai jin gimbaran,tiada pakai saka manyaka.

BATU BAMBU ULAR


Batu Bambu Ular atau Tabassheer. Hijau berbelang bersisik seperti ular. Segala jenis besi akan melekat jika diletakkan berdekatan dengan Batu ini. Dijumpai dari dalam Bambu Poleng yang besar.

Pohon bambu tempat Batu ini dijumpai dijaga oleh seekor ular besar. Berasal dari daerah Keningau Sabah.

BATU GUA BUNIAN


Batu Gua Bunian. Kalau dicanai jadi permata cincin boleh dapat dua butir permata.Tembus cahaya jika disenter dengan lampu.

LEKLAI MALAWALI


Leklai Pulau Malawali, Banggi.Macam besi tapi tidak melekat magnet, macam buih tapi dah mengeras. Besar macam penumbuk.Banyak kegunaanya, goggle saja.

BATU AKAR BAHAR



Batu Akar Bahar. Berguna sebagai pendinding diri, anti sihir,anti pukau,penakluk jin,menangkap jin, menyiksa jin, pembalik ilmu sihir, mengaktifkan tenaga dalaman. Sesuai dipakai oleh golongan Perawat Perubatan Alternatif dan Para Pendekar Silat.

Isnin, 1 September 2014

CINCIN GELIGA KEONG


Cincin Geliga Keong. Koleksi peribadi yang dah diuji. Pernah diuji tembak dengan cara dimasukkan dalam botol mineral yang penuh berisi air,digantung dengan tali dan kemudian ditembak dengan senapang angin sebanyak 7 das, 4 tembakan meleset tidak mengenai botol mineral.Apabila ditembak dalam jarak dekat sebanyak 3 das tembakan, botol mineral kena  tetapi botol mineral langsung tidak terjejas, tidak lut atau tidak bocor 3 kali tembak.

Kekuatan senapang angin boleh membunuh seekor anjing jika ditembak,boleh menembusi zink rumah dalam jarak 100 meter.Wallau ahlam.

BAMBU TUMPAT HARIMAU SYARIFF USMAN



Bambu Tumpat Harimau Syariff Usman. Bambu mistik dan banyak kegunaanya.Search saja dalam ruangan di atas dalam Geliga Kinabalu mengenai kegunaan dan aura mistiknya.

Pewaris Syariff Usman wajib memilikinya sebagai tanda ingatan kepada perjuangan nenek moyang anda. Bukan senang mau dapat Bambu Tumpat Berduri Gereng Harimau. Bambu Harimau atau Bambu Gereng adalah bekas Tiang Bendera Syariff Usman Marudu. Bendera Syariff Usman pula adalah berlambangkan Harimau Merah.Mistik atau ada karamah di sebaliknya hanya darah pejuang sejati saja yang faham dan mengerti.

TANDUK MISTIK



Tanduk Mistik. Siapa mau...? tafsirkan sendiri tanduk apa, Tanduk Jin kah?,Tanduk Hantu kah, Tanduk Kuda kah?,Tanduk Dinosor kah,Tanduk Burung Garuda kah atau apa-apa sajalah. Jarang ada tanduk yang tidak berlubang dan padat di dalam. Jika minat dan anda sudah scan tanduk apa yang mistik ni,sms saja.

AKAR KELULUT


Akar Kelulut. Asbab untuk pengasihan, pelaris diri.Mantap jika digabungkan dengan Bulu Perindu dan bawa selalu dalam poket, Insya Allah orang sayang, minat dan suka mengikut kita.

BATU MUNTAH BALAT


Permata Cincin Batu Muntah Balat. Balat bererti Sea Cucumber dalam bahasa kami urang.Hanya satu saja,belum pernah diikat, batu cantik dan berkilat.

BUAH NENAS BATU


Buah Nenas Batu. Tumbuhan di pergunungan Sabah. Tumbuhan perubatan untuk mengubati darah tinggi, kencing manis,sakit belakang,darah tidak teratur,haid nda katantuan,badan masuk angin dan selalu kantut-kantut,selalu mengantuk, saki lutut,sakit pinggang,gout,batu karang,dugal dan selalu rasa penat.

Boleh digunakan oleh semua golongan manusia, tua atau muda, laki-laki atau bini-bini.

BULUH TEMU RUAS BENGKOK


Buluh Temu Ruas Bengkok. Semua orang tahu sudah guna barang ini. Bikin Penunduk dan Pelaris dan macam-macam lagi, search saja di goggle.

SARANG KELULUT




Sarang Kelulut. Barang mistik yang banyak kegunaannya. Boleh bikin Pugai, bikin Pelaris kedai, bikin pemanggil langganan. Digunakan juga untuk memanggil dan mengaktifkan khadam barang mistik yang merajuk atau kurang powernya.

Sangat mustajab untuk digunakan bagi memeram Geliga, mengaktifkan dan menambah power Geliga Lipan, Geliga Delima dan Barang Kebal yang hilang powernya.