Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 26 Jun 2014

BATU DELIMA PUTERI BUNIAN


Batu Delima Puteri Bunian.Koleksi simpanan lama. Kadang-kala menjelma penampakan Sang Puteri dan lima Dayang-Dayangnya. Harap Tuan Puteri tidak merajuk kerana Batu Delima ini telah diupload dalam blog dan tidak terganggu jika ada yang mencuba scan ghaib batu ini.

MINYAK LINTAH TRADISIONAL



Minyak Lintah Tradisional. Diramu khas dari bahan terpilih antaranya Lintah Darat ( untuk kasi panjang dan besar ),Kepala Belut ( untuk kasi besar kepala dan batang ),Buah Jarak ( untuk kasi keras dan tahan main, tidak mudah kalah ) dan lain-lain ramuan pusaka tradisional.

Kesannya cepat, yang penting rajin dan tekun mengurut serta mengasah Senjata Pusaka Adam. Senjata akan tegang,besar,panjang,keras dan tahan lama.

CINCIN 9 ASBAB






Cincin 9 Asbab. Diperbuat dari sembilan jenis bahan dan kayu terpilih yang mempunyai khasiat dan kegunaan alami.

Jenis-jenis kayu dalam Cincin 9 Asbab adalah :

1. Raja Kayu        -    Pendinding diri dari sihir, ditakuti jin syaitan hutan, penawar racun, penawar                                         semai, pembisa jin.

2. Sukang 1000    -    Pendinding dari segala macam sihir, pendinding serangan jin syaitan, anti
                                   racun, anti santet, penawar gigitan haiwan berbisa, ditakuti ular dan haiwan
                                   berbisa, pendinding pugai, pembisa.

3. Bujang Kalak   -    Pembisa pukulan sehingga orang dipukul boleh muntah darah, lumpuh anggota                                      lemah, penggentar orang, ditakuti jin syaitan, asbab kebal darurat.

4. Paruh Melilin   -    Sukang segala macam racun, pendinding santau, sihir, asbab pengasihan dan                                         disayangi orang.
                                 
5. Nibung Tunggal  - Pembisa pukulan, peremuk urat tulang, penguat tenaga badan, orang dipukul
                                   boleh jadi gila, ditakuti jin syaitan dan saka.

6. Cintamani Laut   - Keteguhan badan, penimbul anggota badan, anti sihir, anti santet, ditakuti jin,
                                   penangkap jin dan pelemah jin syaitan, asbab pengasihan, pembalik serangan
                                   sihir dan ilmu batin orang.

7. Kayu Manang Kuning  -  Pemenang tanding, penunduk orang, dikasihani dan disegani orang,
                                             pelaris diri dan jualan, pembungkam lawan bicara di mahkamah.

8. Kayu Penunduk      -    Penunduk orang, penunduk jin dan makhluk halus, penunduk binatang,
                                         ditakuti dan disegani lawan, dihormat orang dan ketua atau orang besar.

9. Besi Kuningan      -     Pendinding diri, keteguhan anggota badan, penimbul dan ketahanan badan,
                                        pemberat pukulan, pelias dan asbab kebal darurat.


WAFAK ISTANBUL ZULFAKAR




Wafak Istanbul Zulfakar. Himpunan ayat wafak yang diambil dari ayat terpilih dalam al quran. Wafak dihias gambar Pedang Zulfakar ( Pedang Nabi Muhamad ) yang bersilang dua.

Wafak Iztanbul ini sering digunakan sebagai pendinding sihir, pendinding gangguan iblis syaitan, pelias peluru dan Insya Allah jika dimakbulkan Allah akan kebal di medan perang.

Mudah dibawa sebagai kalung, digantung di kereta atau dijadikan key chain. Wafak Istanbul ini disimpan dalam bekas khas tembaga berwafak yang kalis karat dan kalis air.

PERMATA CINCIN BESI KUNING KALIMAH MUHAMAD



Permata Cincin Besi Kuning berukir Kalimah MUHAMAD.Pasangan bagi Permata Cincin Besi Kuning Kalimah ALLAH.

GELIGA MANI GAJAH



Geliga Mani Gajah Coklat. Jenis keras seperti batu tapi permukaan licin dan melekit sedikit. Warna coklat .Di sebelah kanan yang bentuk panjang tu adalah Mani Gajah Kristal.

Masih asli dan belum dicanai jadi permata. Koleksi simpanan lama.

ROTAN SONGSANG


Rotan Songsang. Banyak kegunaan mistiknya.

Sabtu, 21 Jun 2014

GELIGA TAPAK JALAK LINGKAR TEMBUS




Geliga Tapak Jalak Lingkar Tembus. Tapak Jalak yang jalur uratnya tembus melingkar sekeliling geliga tanpa putus atau cacat sehinggakan tidak tahu mana satu bawah dan yang mana bahagian atas. Tapak Jalak yang cantik dan auranya memang power.

Batunya kecil sahaja cuma lebih kurang sebesar duit syiling 10 sen.

AKIK ALIF LAM



Akik Alif Lam. Permata Akik yang mempunyai huruf ALIF dan LAM di dalamnya. Huruf Alif dan Lam adalah antara dua huruf yang mula-mula ditulis oleh KALAM ALLAH berdasarkan ilmu awal usul kejadian huruf dan awal Tajalli.

Dari dua huruf ini dinyatakan fenomena pewujudan dua daripada  empat anasir iaitu tanah, air, angin dan api yang menjadi asal muasal kejadian ADAM. Dua huruf ini terdapat dalam nama ALLAH dari huruf ALIF,LAM,LAM,HA (ALLAH ).

Banyak lagi rahsia dalam rahsia mengenai Huruf Awal ini sebab itu dikatakan oleh ahli Ma'rifat dan Hakikat bahawa huruf yang dua ini banyak kegunaannya bagi yang faham rahsianya, antaranya huruf ini boleh menjadi pendinding diri, penakluk dan penunduk orang, pelias ilmu hitam, tahan badan, awet muda,menguatkan tenaga dalaman,membangkitkan unsur besi kursani dalam badan, mengunci ilmu orang, meningkatkan ilmu kebatinan dan macam-macam lagi.

Sabtu, 14 Jun 2014

MINYAK GORENG PIKASIH DAN PERUKUN RUMAH TANGGA


Minyak Goreng Pikasih dan Perukun Suami isteri serta Rumah Tangga. Mudah digunakan, hanya perlu masak makanan atau goreng ikan saja dengan minyak ini, lepas tu kasi makan dia. Kalau buat goreng Ikan Basung atau Ikan Duai, sedap betul tu dan menyelerakan suami, 3 piring nasi abis dibedalnya.

Sesuai digunakan untuk suami atau isteri yang Main Kayu Tiga. Suami yang garang memukul dan menumbuk isteri akan kecut pelirnya bila berhadapan dengan isteri, takut dan kecut akibat pukulan Minyak ini.

Pernah digunakan untuk seorang suami yang sikit-sikit bawa parang mau manatak orang, kena Minyak Goreng Pikasih parangnya sampai hilang dia lupa mana simpan, sampai mati dia tidak ulang-ulang lagi bawa parang.

Anak yang degil malawan ibu bapa dan suka menengking derhaka bapa mama, kasi dia goreng kuih Jumput dan Panggi-Panggi atau Kuih Panyaram pakai minyak ini, alamat mencium tangan dan kaki lah dia jadinya.

Isteri yang lawan cakap suami, sikit-sikit minta carai, sikit-sikit mogok tidak mau mangasi nonoh, ba... ambik kau tuang terus di mulutnya minyak ni atau...ehem-ehem.... kasi lap di Kapala Tupi Keledar Bawah tu dan kasi surung dia terus.... apa-apalah mau buat, jangan kana gigit sudah... Alamat nangis-nangis dia minta ampun agar jangan dicarai, baru kau tau...

Kalau Mantua atau Ibu Mertua Mu.... pandai-pandai kamu lah apa macam mau buat.

AKIK JUNJUNG DERAJAT



Akik Junjung Derajat. Dicari orang yang faham mengenai khasiat Akik Junjung Derajat, malahan ada yang mengidamkan batu jenis sebigini. Berkaitan menaikan darjat pergaulan di mata orang banyak, menarik perhatian orang dan dihormat orang dalam pergaulan harian.Wallahu ahlam.

BATU PUKI LESUNG BUNIAN


Batu Puki Lesung Bunian.Media pelaris yang menggiurkan orang, pemanggil kerezekian berterusan ( dengan Izin Allah ) dan ,sebagai daya pengasihan alami yang tidak ada pantang,penarik rasa hati dan pandangan mata orang.

Simpan di kedai jadi pelaris dan penderas datangnya wang rezeki. Bawa berjalan dikasihi orang, jadi perhatian orang, dikagumi penampilannya, murah rezeki dan tidak dimusuhi orang.

Siapa yang tidak minat...Puki...? manusia atau haiwan... semua suka.

PRING PETUK PATEL LELE




Pring Petuk Patel Lele atau Bambu Temu Ruas Patel Lele. Bambu mistik dan alami. Kegunaanya search saja di goggle atau diupload yang lalu Geliga Kinabalu.

Patel Lele dan Pring Pethuk amat terkenal sebagai Bambu Super Mistik di Indonesia.

Bambu di atas mempunyai 3 elemen iaitu Bambu Pethuk Temu Ruas, BambuTemu Buku dan Bambu Patel Lele.

Selasa, 10 Jun 2014

BATU HATI AYAM


Permata Batu Hati Ayam.Asbab keberanian macam ayam jantan, merangsang wibawa diri dan kepimpinan. Si pemakai akan menjadi yakin diri, tidak gentar berhadapan dengan orang, tahan hati dan disegani orang.


GELIGA YIN YANG


Geliga Yin Yang. Pada permukaan geliga melakar lambang YIN dan YANG macam lambang Kumpulan Kung Fu atau Shaolin. Auranya dapat dirasakan kadang-kadang panas dan ada kalanya sejuk tergantung si pemakai batu.

Geliga yang menjadi kegilaan orang Tionghua kerana dipercayai menjadi pendinding anasir jahat, mengaktifkan tenaga dalaman, fengsui kekayaan serta mengaktifkan energi daya tarik.

PERMATA BATU BADAR PERAK


Permata Batu Badar Perak. Pelengkap kepada Batu Badar Besi. Pakaian golongan bangsawan.Energinya kuat dan alami.

AKIK TAPAK ALAM MERAH


Akik Tapak Alam Merah.

Sabtu, 7 Jun 2014

SARANG BURUNG BUDAR






Sarang Burung Budar. Sarang Burung Budar berkhasiat untuk menyimpan dan menapakan Geliga Lipan yang masih muda. Geliga Lipan yang ditapakan akan bertambah powernya dan lama-kelamaan akan Tembus Pandang jika cukup penjagaan.

Saiz sarang kecil saja dan boleh disimpan dalam bilik atau peti simpanan.

PERMATA FOSIL TERAS GEMUNGGAL HITAM


Teras Gemunggal Hitam yang dah jadi fosil.

MINYAK ZAFARON HIJAU


Minyak Zafaron Hijau. Tembus daging dan sukar didapati.

BATU PETIR BESI


Batu Petir Besi. Batu Petir yang dapat menarik magnet.Koleksi batu petir yang sangat sukar diperolehi dan jarang sekali ada dimiliki orang.Mistik dan unik.

 Batu Petir seperti inilah yang dianggap paling mistik dan power yang menjadi buruan, dicari-cari oleh Tukang Keris zaman silam untuk menjadi campuran besi keris yang ada mistik powernya.

GELIGA TAPAK JALAK LAM ALIF


Geliga Tapak Jalak Lam Alif.Koleksi yang cantik, alami dan rare.

MINYAK PENGASIH PUTERI BUNIAN



Minyak Pengasih Puteri Bunian. Khas untuk pemanis wajah dan pemikat si dia pujaan hati sehingga disayangi dan disenangi oleh kekasih awal dan akhir.

PERMATA AKIK MADU



Permata cincin batu Akik Madu.

TALI KEKANG HIDUNG KERBAU




Tali Kekang Hidung Kerbau. Tali pengikat hidung kerbau yang masih melekat di lubang cucukan hidung kerbau. Banyak kegunaan mistiknya bagi yang tahu.Patutlah ada pepatah Melayu mengatakan "BAGAI KERBAU DICUCUK HIDUNG" jadi, anda bayangkanlah sendiri kegunaannya.

Kalau orang kaya atau janda kaya kena ilmu hidung kerbau, abis wayang tinggal panggung.

PERMATA AKIK ALIF TUNGGAL


Permata Akik Hitam Alif Tunggal atau dikenali juga dengan Batu Tapak Alif. Saiz permata agak kecil sedikit, sesuai untuk semua peringkat usia.

SET PERALATAN UNTUK UPACARA TARIK DANA GHAIB DAN HARTA KARUN


Set Peralatan Mistik untuk upacara alam ghaib.

1. Kemenyan Bunian
2. Minyak Tapal Jin Biru
3. Minyak Misik Turki
4. Minyak Zafaron Kuning
5. Minyak Zafaron Hijau
6. Minyak Zafaron Hitam
7. Minyak Zafaron Merah
8. Minyak Zafaron Putih
9. Kemenyan Jin
10. Apel Jin Daun 7
11. Apel Jin Daun 5
12. Minyak Ponibasalwa Jarum 5
13. Raja Minyak ( Minyak Jin )
14. Minyak Sulaiman
15. Minyak Zafaron Biru
16. Colok Setanggi

Set lengkap sudah, tinggal cari Lokasi, Waris Sah dan Tukang.