Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 20 Mac 2014

MINYAK ZAFARON PUTIH


Minyak Zafaron Putih. Zafaron yang agak sukar diperolehi. Sapu di tapak tangan, gosok-gosok hingga panas sambil baca salawat lepas tu hidu di belakang tapak tangan, bau tembus dihidu.

URAT BUMI


Urat Bumi. Barang ritual di satu lokasi di Tuaran, Sabah. Wasilah kekuatan tenaga dalaman, pantas pergerakan,tidak mudah penat dan tahan jalan.Barang berkhadam alami.

Bukan besi, bukan kayu tapi seperti kayu,bukan tanah tetapi seperti urat berlubang di tengah seakan tanah, bukan batu tetapi keras seperti batu. Mistik dan unik.

KAYU PI JODOH BUNIAN



Kayu Pi Jodoh Bunian. Kayu yang mistik. Dalam satu batang, tumbuh dua tunas dan salah satu tunas keluar dari tunas bukan bercabang tapi keluar dari dalam.

Kayu ini berguna untuk menemukan jodoh pasangan sesuatu seperti menemukan laki-laki atau wanita yang mencari jodoh, Insya Allah cepat dan terbuka jodohnya. Jika dibawa mencari pasangan sesuatu benda mistik seperti pasangan geliga, Insya Allah akan bertemu. Jika dibawa mencari rezeki, Insya allah dipermudahkan jalan rezekinya.

EPAL TEMBAGA



Epal Tembaga Antik untuk menyimpan geliga kesayangan seperti Geliga Delima, Geliga Lipan atau barang berkhadam yang disayangi.

IBU PELARIS RESTORAN


Ibu Pelaris Restoran dan Kedai Makan. Pelanggan akan jatuh hati dengan kedai atau restoran kita, ketagihan rasa lazat masakan kita walaupun biasa-biasa aje.Pelanggan yang memijak kedai akan datang kembali, jika di rumah terbayang-bayang kelazatan masakan restoran kita.Kedai belum buka, orang sudah tunggu, sudah buka kerusi tidak cukup terpaksa baris macam di bank.

BATU KEPALA ULAR


Batu Kepala Ular. Koleksi peribadi untuk dilepaskan kepada yang berminat.

KAYU MANANG JADI BATU


Kayu Manang Merah jadi batu.

Selasa, 4 Mac 2014

PERMATA AKIK KALIMAH ALLAH


Permata Cincin Batu Akik ada Kalimah ALLAH. Khasiatnya serbaguna termasuk pendinding, penunduk orang, ditakuti jin dan syaitan, mengubat histeria dan gangguan jin, mengubat dan pendinding sihir, keselamatan dari bencana kemalangan.

Jika ada orang yang ada saka dan susah mau mati-mati, minumkan air rendaman permata ini, Insya Allah hilang sakanya.Jika ada murid sekolah yang histeria dan dirasuk pakai permata ini dan picit hujung kuku jari tangan atau jari kaki pesakit atau minumkan air rendaman Akik Kalimah Allah.