Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Jumaat, 27 Disember 2013

JERANGAU LAUT


Jerangau Laut...?, pelik dan mistik namamya. Selalunya jerangau di bukit atau dalam hutan. Jerangau Laut lebih power dari Jerangau Bukit.

Fungsi untuk pendinding racun, penawar racun dan ditakuti hantu syaitan jembalang.Ada yang menggunakannya untuk menjadi penawar macam-macam penyakit mistik.

KAYU MANANG KADAYAN


Kayu Manang yang berasal dari orang Kadayan. Kayu Manang Kadayan ini jenis timbul di air, berwarna putih dan berlubang di tengah. Macam-macam jenis kayu Manang mengikut kepercayaan masing-masing suku dan bangsa.

Fungsinya lebih kepada pelaris dan pendinding. Kalau di Sabah, ada sejenis ilmu yang boleh menghilangkan TONTOLU orang ( Hilang benda dalam seluar tu ), tapi kalau bawa kayu Manang Kadayan, Insya Allah, ilmu hilang Tontolu akan tawar dan tidak menjadi.

Jika bawa niaga, orang balik-balik datang tanpa henti, tak beli pun ( kerana tiada duit ) asalkan dapat pegang atau menjeling pada barangan kita jadilah.

LARAK SALAH BERJANGGUT


Kayu Larak Salah adalah satu lagi kayu mistik yang banyak dicari oleh peminat mistik antik.Kayu Larak ini agak unik kerana selain berjanggut, di bahagian bawahnya berduri songsang atas dan bawah. Bentuknya pula bercabang LAM ALIF.

Banyak kegunaan Kayu Larak Salah, antaranya mengembalikan sihir dan ilmu orang, pendinding sihir, pemati sihir dan ilmu jahat, pendinding pencuri. Kayu larak juga ada yang menjadi pelimun sehingga kadang-kadang kehadiran si pemakai kayu larak tidak disedari orang, pencuri pula kehilangan arah tuju ke rumah yang berhajat hendak dimasukinya.

Isnin, 23 Disember 2013

BAMBU KURUNG JIN BERAKAR


Bambu Kurung Jin yang bertemu ruas dan berakar di pertemuan dua ruas dampit. Di sudut bawah muncul tumbuh sepohon bambu kecil. Bambu kecil sebegini dikenali sebagai Bambu Perindu. Bambu Perindu memiliki khasiat alami sebagai pemerdu suara, penarik jiwa dan pengasih ampuh.

Di salah satu ruas bambu, ada lubang tembus yang dikenali sebagai Kurung Jin. Lubang Kurung Jin selalunya menyimpan urat-urat halus yang dikenali juga sebagai Bulu Perindu.Bulu Perindu Kurung Jin, selalunya dijaga oleh makhluk bunian secara alami dan memiliki khasiat daya pikat ampuh yang alami.

Mistik dan unik.Bambu yang tumbuh berakar di batang bambu yang ruasnya bertemu.Akar jenis ini dinamakan Akar Pagak.Akar jenis ini boleh dijadikan campuran Minyak Pengasih dan memiliki khasiat alami sebagai media pengasih dan penunduk.

Bambu masih hijau kerana baru diperolehi dari hutan yang menjadi perkampungan Bunian Kinabalu. Hanya ada satu sahaja.

Macam-macam lagi kegunaannya.

KAYU PITUNDUK BUNIAN


Kayu Pitunduk Bunian. Sepasang Kayu Pitunduk yang saiznya kecil saja seakan saiz wayar mouse komputer. Berpasangan jantan dan betina. Kayu ini pemberian orang bunian, diberikan untuk kegunaan manusia biasa.

Kegunaanya untuk menundukkan orang garang dan ganas, memukau pandangan sehingga dikagumi dan dituruti orang, menundukkan golongan halus dan haiwan ganas.Auranya sangat kuat jika dibawa mengadap atau berjumpa orang-orang besar dan berpangkat.

Terhad 3 pasang sahaja.

BUNTAT SIPUT SEPASANG



Buntat Siput Sepasang. Dari Sandakan, Sabah.Pusaka peninggalan suami seorang ibu tunggal.Ingin dimaharkan segera.

Berguna untuk tujuan perubatan dan pendinding diri dari anasir jahat ghaib. Ngam kalau diikat dengan cincin perak atau suasa.

Sabtu, 21 Disember 2013

GELIGA MANANG MERAH


Geliga Manang Merah yang telah dicanai menjadi permata cincin. Hanya ada satu sahaja. Koleksi peribadi untuk dimaharkan segera.

BATU KECUBUNG ASLI TRI WARNA


Batu Kecubung Asli Tri Warna. Kecubung Wulung, Kecubung Purple dan Kecubung Putih bercantum dalam seketul batu kecil, 3 dalam satu. Masih asli dan belum dicanai lagi. Jika dicanai boleh dapat 2 atau 3 permata cincin yang cantik. Sesuai juga dibuat koleksi.

Khasiatnya adalah untuk pengasihan, tarik hati wanita, pemikat, bawa mengurat cewek, play boy, disenangi dan dikasihi orang ramai dan bos, meredam kemarahan orang, penunduk bicara dan sesuai dibawa ketika pidato.

GELIGA GEMUNGGAL


Geliga Gemunggal. Koleksi peribadi untuk dimaharkan kepada yang berminat.

Selasa, 17 Disember 2013

BUNTAT SIPUT ( KEONG BUNTET )



Buntat Siput atau dikenali juga denga Keong Buntet di Indonesia. Barang lama yang pernah dibawa mengayau ( Perang potong kepala ).

Keong Buntet terkenal sebagai media ampuh untuk menepis peluru atau pelias peluru dan senjata besi, pelias dan pendinding ilmu ghaib dari musuh. Insya Allah, kebal darurat, peluru dan senjata besi musuh tidak mengenai si empunya Buntat Siput, jika mengena tidak akan lut senjata atau senapang musuh yang menembak tidak akan meletup ( buntet ).

Digunakan juga sebagai media pelaris niaga, pendinding sihir,daya tarik hati orang dan  meredam aura hitam dalam badan serta meneutralkan energi yang  panas atau negatif.

CINCIN BADAR BAMBU DWI WARNA


Cincin Permata Badar Bambu. Permata bambu menjadi batu dalam dua warna yang berlainan iaitu hitam dan keputihan, ibarat Yin dan Yang atau malam dan siang.Barang yang mistik, pelik dan antik,tapi tiada yang mustahil di dunia ini jika Allah menghendakinya.

Sesuai untuk dibuat koleksi dan pendinding diri terutamanya ketika darurat seumpama dikeroyok orang, pendinding ilmu hitam, pembisa dan penunduk.

Ahad, 15 Disember 2013

BATU KEMBAR KURSANI


Kursani yang berkembanr dengan batu putih. Asli dan alami bersifat Yin dan Yang. Jika dicanai boleh dapat 3 permata cincin yang beraura YIN dan YANG.

MINYAK SULAIMAN TURKI



Minyak Sulaiman Turki asli. Kegunaan ritual mistik, pendinding rumah dan perniagaan, pelaris niaga dan langganan. Digunakan untuk menundukkan makhluk ghaib dan melembutkan hati orang. Hanya perlu simpan dalam rumah, kereta atau pejabat Insya Allah makhluk halus yang jahat akan takut dan tidak berani mendekati minyak ini, manusia akan senang dengan kita dan dimurahkan rezeki.

Tiada pantangan khusus. Minyak telah disegel dengan kristal. Minyak hidup dan ada mistiknya, ia boleh menembusi segel kristal dan merembes keluar ketika bulan penuh dalam kitaran bulan tertentu tetapi kandungan minyak masih sentiasa penuh walaupun disimpan bertahun-tahun.

KAYU MENJADI BESI


Kayu menjadi Besi. Mistik dan antik.... kayu bertukar menjadi besi. Kayu yang telah mengeras, membatu dan akhirnya menjadi besi. Ada sedikit tindak balas dengan magnet. Koleksi peribadi hasil ritual di sebuah lokasi mistik.

BATU CENDERAWASIH MERAH


Batu Cenderawasih Merah.Masih asli dan alami. Sesuai untuk dibuat koleksi atau dicanai menjadi permata cincin sebagai asbab pengasihan dan kerezekian, junjung derajat dan pelarisan.

 Jika ada yang berminat akan dihadiahkan bulu cenderawasih merah bersama-sama batu ini.

BESI PETIR


Besi Petir. Batu Petir jenis besi. Koleksi yang paling sukar didapati. Boleh dibuat campuran pembuatan keris atau senjata mistik.

Rabu, 11 Disember 2013

CINCIN BATU KECUBUNG WULUNG BULAT


MUSTIKA BAMBU PERINDU TUMPAT TUNGGAL



Mustika Bambu Tumpat Tunggal. Dari dalam ruas Pokok Bambu Tunggal. Bambu Tunggal yang hidup hanya sepohon dikenali juga sebagai Bambu Perindu iaitu salah satu jenis Buluh Perindu. Buluh sepohon yang tumpat ini di dalam teras bawahnya diperolehi Mustika Bambu.

CINCIN GELIGA KAYU MANANG



Cincin geliga Kayu Manang. Koleksi peribadi untuk dimaharkan. Hanya ada satu sahaja.

Ahad, 8 Disember 2013

PASU TEMBAGA MINI SAIZ 50 SEN


PasuTembaga Kuning. Saiz mulutnya sebesar tepat saiz duit syiling 50 sen Malaysia. Banyak dicari oleh guru-guru tarik untuk tujuan tertentu terutamanya untuk tarik dana alam ghaib.

CINCIN PERMATA KAYU STIGI LAUT



Cincin Permata Kayu Stigi Laut. Dikenali juga sebagai Kayu Manang Laut kerana cirinya yang tahan di arus, tidak tenggelam di air dan khasiatnya yang serbaguna. Stigi Laut apa bila ia berwarna merah dikenali sebagai Kayu Manang Darah. Stigi Laut juga tahan sehingga berpuluh-puluh tahun dalam air laut.

Khasiatnya sangat banyak ( Lihat Tasbih Kayu Stigi ).

LOKET KEONG BUNTET PURBA



Loket Keong Buntet Purba. Kegunaan adalah seperti up load yang lalu ( lihat Keong Buntet Putba ).

KEMENYAN MADU MEKAH



Kemenyan Madu dari Mekah. Aromanya sangat harum dan sangat berguna untuk sebarang ritual mistik. Disukai oleh orang ghaib, bunian dan khadam muslim barangan mistik. Boleh digunakan untuk menangas badan agar harum dan menghilangkan sakit sendi badan atau gangguan mistik.

Boleh digunakan untuk upacara berkaitan alam ghaib seperti tarik dana, panggil khadam dan menguatkan aura barangan mistik.