Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Selasa, 26 November 2013

ROTAN PULANGGANI BUNIAN



Rotan Temu Ruas, Tunduk Rukuk, Lingkar Wali, Pulas Buku dan Songsang Buku. Lima jenis rotan mistik dalam satu batang sahaja.Rotan ini dinamakan Rotan Pulanggani berasal dari perkampungan bunian.

Asbab Penunduk ampuh, Pendinding pukau, kecurian dan ilmu hitam,Pelaris dan Pemikat dan sebagainya.

Ada orang menggunakan rotan ini sebagai media petua  pemancing ikan, media mendapatkan buruan di hutan, media menawan dan menundukkan hati orang sewaktu berurusan di jabatan, penunduk orang garang dan haiwan ganas.

Ada yang menyimpannya sebagai asab petua pelaris perniagaan dan pemanggil pelanggan secara ghaib, pendinding premis dari kecurian dan serangan ghaib. Ada yang menyimpannya di Rumah Walet untuk tujuan memanggil dan membanyakkan kedatangan burung walet.

Orang-orang Laut yang bekerja sebagai nelayan menggunakan Rotan jenis ini sebagai petua disimpan di Kelong Ikan atau Bubu Ikan untuk tujuan memanggil ikan dan memerangkap masuk ke dalam bubu dan kelong.

Dalam masa peperangan Rotan Lingkar Wali digunakan juga sebagai petua pelimun dan pengabur pandangan mata musuh, pembuka kebal lawan dan penggentar lawan pandang.

Wallahu ahlam, semua denga izin Allah jua.Allah punya kuasa, makhluk cuma sarana mengalirnya Kekuasaan dan Kebesaran Allah.

Jumaat, 22 November 2013

ROTAN SONSANG SAMBUT RUAS




Rotan Songsang Sambut Ruas. Masih asli dan alami, belum dipotong-potong. Rotan yang kuat aura mistiknya, songsang ruasnya, akar dan hujungnya dalam keadaan berlawanan atau saling bersambut ruas.

Banyak kegunaan mistiknya khasnya sebagai penjaga rumah atau premis dari gangguan ghaib, hasad dengki, khianat, niat jahat,pukau dan juga kecurian. Pembalik kiriman sihir dan ilmu hitam, ditakuti jin jahat dan hantu bangkit, pendinding diri,pembisa pukulan.

Akar Rotan Songsang seakan janggut itu menjadi petua pembuka ilmu kebal tembak. Masukkan saja  dalam lubang senapang atau sisipkan saja di Kelopak Peluru M16 tu mengikut kaedah dan cara tertentu , lepas tu tembak.... Insya Allah orang kebal tembak akan ditembusi peluru.

Asbab petua yang sangat ampuh dan alami.Tidak perlu apa-apa amalan atau ritual, cuma ikut saja kaedah dan cara penjagaan atau menyimpannya. Kata orang, petua itu lebih tua dari ilmu, ilmu perlu dipelajari dan diamlkan petua cuma perlu diketahui,diikuti dan difahami.


KOTAK GELIGA KULIT LOKAN



Kotak bertutup Kulit Lokan dan berdinding Kulit Tiram, khas untuk menyimpan barangan mistik antik seperti Geliga, Batu Delima, Mutiara, Buntat, Batu Mistik, Besi Kuning atau Keris Kecil dan barangan berkhadam.Bahagian dalaman berlapis kain baldu.

Menyimpan barangan mistik dalam Kotak Kulit Lokan akan menambahkan aura dan power barangan mistik disebabkan Kulit Lokan bersifat alami yang menyerap dan menyimpan aura alami alam yang berguna untuk menghidupkan barangan mistik.

Rabu, 20 November 2013

BAMBU TEMU RUAS


Bambu Temu Ruas. Alami dan asli. Berkhadam alami dan khasiatnya, Insya Allah ada bagi yang mengerti dan memahami kelebihan bambu jenis ini.

ROTAN TEMU RUAS SONSANG


Rotan Temu Ruas Songsang. Kecil sedikit berbanding yang terdahulu. Khasiat sama je.

KAYU NIMANG PUKI KECIL


Kayu Nimang Puki ni kecil lubangnya berbanding Nimang Puki yang diupload dahulu. Kalau dulu lubangnya besar tapi yang ini kecil saja seakan lubang jarum jahit karung.

Asli dan alami ba, khasiatnya mesti power. Maklumlah, lebih kecil lubangnya lebihlah daya tariknya, lebih kuat khasiat alaminya.

CUCUK SANGGUL ANTIK BUNGA GOYANG


Cucuk Sanggul Antik Bunga Goyang. Tembaga berpintal dengan motif bunga kelapa dan berkaki dua. Ada 3 sahaja. Jika ada yang berminat, sms saja.

BAMBU JALU 2 TEMU RUAS


Bambu Jalu 2 Temu Ruas. Pasangan bagi Bambu Jalu Temu Ruas. khasiat dan kegunaan sama dengan dengan Bambu Jalu Temu Ruas, bezanya cuma Jalunya ada dua dan powernya ada lebih sikit dari Bambu Jalu 1 Temu Ruas.

Asli dan alami dari Sabah bukan impot dari Indon atau Thailand.

Selasa, 19 November 2013

KERIS KEMBAR NAGA SASRA


Keris Kembar Naga Sasra. Bersalut besi kuning dan berukir naga. Asbab penakluk, wibawa pemimpin, dipandang orang, penentang sihir dan ilmu hitam, perubatan batin dan tarik aura baik serta kedarjatan.

GELIGA AIR JANTAN DAN BETINA




Geliga Air. Jantan dan Betina. Asbab tarik rezeki dan menyejukkan rumah tangga, meredam aura panas barangan mistik yang bersifat panas, membawa kedamaian dalam pergaulan dan diri si pemilik.

PAKEJ MISTIK 1



Pakej Mistik 1. Pakej barangan mistik terpilih dari koleksi peribadi yang ingin dimaharkan di penghujung tahun 2013 dan sempena awal tahun hijrah.

Iaitu :

1. Rotan Pulanggani Bunian ( Temu Ruas, Lingkar Wali, Songsang Ruas dan Tunduk Alam ) - hanya 1 dan tiada duanya. Asbab petua untuk pelaris ampuh, penunduk umum, pemikat, tarik hati orang, pendinding sihir,tolak kecurian, panggil walet, panggil ikan dan meramaikan penyokong politik.

2. Kul Buntet atau Keong Buntet ( anti tembak, kebal perang, pelias,pendinding ) - pusaka lama yang telah teruji dan pernah dibawa berperang.

3. Cincin Badar Besi Ghaib ( anti tembak, kebal darurat, pendinding sihir ) - ditarik dari alam sebelah, melekat kuat pada magnet macam besi tapi bukan besi.

4. Cincin Delima Merah ( berkhadam alami ).

5. Mustika Kijang ( Pelimun, perubatan sihir dan sawan ).

Dimaharkan sekaligus. Tawaran sehingga 30 Disember 2013 sahaja.

Khamis, 14 November 2013

KERIS EMAS PUTIH



Keris Emas Putih Lok Empat. Bilah dibuat dari emas putih yang keras. Sarung dan ulunya gaya kampung-kampung buatan dan gaya Sabah Style. Mana ada keris Lok Empat, di Sabah saja ada buat.

Jika ada yang minat, sarung dan ulu kamu boleh diganti ba..., buat balik gaya mewah dan ikut style kamu sendiri.

ALU PUNGGUL LESUNG BATU


Alu Lesung Batu yang patah atau dikenali sebagai Alu Punggul mempunyai daya mistik dan antik tersendiri bagi orang yang mengerti.

Digunakan untuk alas duduk ketika mengamalkan Doa Hallu ( Doa Alu ). Doa Alu ialah ilmu yang diamalkan untuk menguatkan zakar dan tenaga kelelakian.Ilmu ini diamalkan dengan cara mandi setiap malam jumaat selama 3 atau 7 jumaat beralaskan alu batu yang punggul.

Begitulah mistiknya petua orang lama, seakan tidak logik difikirkan tetapi makbul diamalkan.Maklumlah, zaman dulu mana ada Viagra jadi guna Alu Punggul lah ba....

GELIGA TIPAI




Geliga Tipai yang masih melekat pada kulit kerang Tipai. Tipai banyak terdapat di perairan Sabah. Kulit Tipai yang ada geliga ini  telah dilekatkan pada penyangkut untuk memudahkan diikat sebagai kalung atau gelang atau Key Chain.

Asbab untuk menaikkan seri dan daya penarik diri serta meredam aura negatif dalam badan.

SIPUT ULAR BATIK




Siput yang mati beragan. Kulitnya cantik seakan menyerupai  kulit ular. Jika diamati, seakan ada corak jaluran seakan kalimah Allah pada kulit siput ini. Tehad 3 sahaja.

AKIK KURSANI




Batu Akik Kursani yang asli. Melekat pada magnet, amat jarang ditemukan Batu Akik Kursani yang melekat pada magnet. Jika dicanai, cukup untuk satu permata cincin.

SAMURAI TALI PINGGANG PUTUS PAKU 6 INCI



Selasa, 12 November 2013

AYAM HITAM MULUS ( DARAH HITAM )


Ayam Hitam Mulus atau dikenali juga Ayam Cemani Super di Indonesia atau Ayam Janggi di Sabah. Ayam Hitam keseluruhan termasuk bulu, isi, daging, kaki, patuk, kuku, mata dan darahnya pun hitam. Jantina adalah betina dan umur lebih kurang satu tahun.

Hanya SATU dalam SEJUTA.Ayam ada di Sabah.

Ditukar milik dengan kadar segera. Siapa cepat dan ada duit dia punya. Harga.....anda tawarkan sendiri mengikut berapa anda mampu. Harga tertinggi dan pembayaran paling cepat adalah pilihan kami.

Cara urusan. Deal harga - bawa duit - tengok ayam-bayar cash.

Sms segera dan nyatakan harga.

Rabu, 6 November 2013

MINYAK KELAPA TUNGGAL



Minyak Kelapa Tunggal. Dihasilkan dari kelapa yang berbuah tunggal.

Buah Kelapa Tunggal ini hanya sebiji di pohon kelapa dan kedudukannya mengadap matahari hidup. Buah Kelapa Tunggal ini kemudiannya di petik pada hari jumaat sebelum azan Solat Jumaat oleh seorang anak dara sunti yang belum akil baligh. Diturunkan dengan dipetik tanpa menyentuh tanah.

Pada hari yang sama, diramu dijadikan minyak dan hasilnya adalah Minyak Kelapa Tunggal seperti di atas.

Minyak Kelapa tunggal sangat banyak khasiatnya bagi yang mengerti, antaranya sebagai media minyak pengasih yang ampuh, pelaris, media campuran minyak kebal Papakan Tunggal, menjadi campuran minyak urut patah dan media membuat minyak urut kuat Zakar. Macam-macam lagi lah gunanya sehingga Minyak Kelapa Tunggal digelar orang sebagai Minyak 1000 Guna.

BAMBU TUMPAT





Bambu Tumpat. Asli dan alami dari kawasan hutan di Pendalaman Keningau Sabah.Saiznya lebih besar dari duit syiling 50 sen.

Asbab pendinding diri yang ampuh dari sihir, gangguan halus, pelias tembak dan ilmu hitam, pembisa pukulan dan pembuka kebal musuh.Semua dengan izin Allah jua.

KAYU BERPELUK


Kayu Berpeluk. Kayu yang berlainan jenis tetapi berpeluk dan saling merangkul antara satu sama lain, macam orang sedang berasmara dan main seks sehingga tidak mahu berpisah. Ibarat Romeo dan Juliet kayu ini seakan saling mengasihi dan menyayangi, tidak mahu berpisah.

Kayu Berpeluk sering diburu orang kerana banyak kegunaannya terutamanya untuk memikat kekasih, merangsang nafsu seks, merukunkan isteri-isteri yang bermadu, pembirahi,pekasih dan mengikat pasangan yang liar agar melekat dan berbalik kasih.

Kayu ini dimaharkan secara berpasangan jantan dan betina atau laki-laki dan bini-bini.

BAMBU JALU TEMU RUAS



Bambu Jalu Temu Ruas. Khasiat adalah untuk kedarjatan, dipandang dan dihormat orang, pemanggil walet, pelaris dan memudahkan urusan harian, Insya Allah.

Sabtu, 2 November 2013

ROTAN SONGSANG TEMU RUAS


Rotan Songsang Temu Ruas. Asbab pelaris, pemikat, penunduk manusia dan memudahkan urusan harian. Pendinding pencuri, pukau dan ilmu hitam.

Ada juga menjadikan Rotan Songsang Temu Ruas untuk mendamaikan orang bermadu.

KAYU HUNGKUNG MAMATAI



Kayu Hungkung Mamatai. Kayu yang berasal dari Daerah Matunggong Kudat. Digunakan sebagai media untuk memamah kaca. Kayu ini dikunyah sedikit dan lepas tu makanlah kaca seumpama gelas atau cermin, macam makan kerupuk saja. Kaca jadi lembut dimulut dan mudah dikunyah oleh gigi tanpa melukakan mulut si pemakan.

Jika makanan mengandungi racun, Insya Allah gelas minuman akan pecah dengan sendirinya.Hanya perlu dibawa dalam poket sahaja.

GELIGA LEBAH



Geliga Lebah. Koleksi lama untuk dimaharkan. Geliga Lebah menjadi media pelaris yang ampuh serta permanis diri bagi si pemakai. Terhad 2 biji sahaja.

CUPU TEMBAGA HIJAU





Cupu Tembaga Hijau.Barang pusaka lama.Berguna untuk menjadi media Tarik Duit Ghaib. Cupu ini dibuat dari tembaga hijau jenis tebal, saiz mulut cupu ini sebesar duit syiling RM 50 sen atau sama saiz dengan duit syiling Rupiah 500.

Banyak geng-geng tarik mencari Cupu Tembaga yang mulutnya sebesar duit syiling 50 sen bagi urusan kewangan di bank ghaib.

CINCIN PERMATA MANI GAJAH




Cincin Permata Mani Gajah. Asbab pengasihan dan penunduk.