Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Ahad, 13 Oktober 2013

WAFAK ZULFAKAR



Wafak Zulfakar ini ditulis di kulit binatang. Ada orang kata kulit Kijang Putih, ada orang kata kulit Kerbau Putih.Apapun aura Wafak ini sangat kuat dan fungsinya sebagai pendinding diri, pemberani sewaktu perang dan denga izin Allah terlindung dari serangan senjata musuh, disegani dan dihormat orang.

KAYU RAJA MABUK


Kayu Raja Mabuk. Khas untuk kaki mabuk sahaja yang kuat singgarung.Pasangan untuk Kayu Anti Mabuk.Sesuai dibawa jalan jauh atau ke laut bagi yang cepat mabuk laut.

Orang Murut dan Dusun suka gunakan kayu ini waktu Pesta Kaamatan waktu lawan Singgarung ( Pertandingan Tahan Mabuk minum Tapai ), sampai tatidur minum tapai tidak juga pandai mabuk.

DAUN RUNDUK KASIH



Daun Runduk Kasih.Fungsinya sebagai asbab penunduk dan menarik simpati kasih orang. Bawa saja bersama, Insya Allah dengan izinNya kita akan dikasihi dan disenangi orang, orang suka berkawan dan kita terhindar dari permusuhan.

TERAS DELIMA JADI BATU



Teras Pokok Delima yang menjadi batu. Asbab menawarkan gangguan sihir berkaitan nasib buruk, pelalau,gangguan fikiran akibat sihir dan saka. Penarik aura baik dan kerezekian serta menjauhkan serangan sihir dan gangguan halus.Pemanis diri dan disenangi orang.

Sabtu, 5 Oktober 2013

SERBUK RAJA KAYU SABAH




Serbuk Raja Kayu Sabah. Macam-macam guna.Jika berak darah makan, jika kana racun makan, jika kana kurang darah makan, jika sakit sendi urat makan, jika maroyan makan,jika sakit segala-galanya makan.Kalau campur Tongkat Ali atau Red Guara ngam betul ni.

Jika ada kerasukan, kana sihir, kana lontong, kana buatan orang, histeria kasi makan serbuk raja kayu ni.Jika anak kamu kana demam kuning kasi campur di air kasi mandi, kasi minum air rebusannya sikit.

Macam-macam lagi kegunaanya kamu tanya lah Tok Dukun,Tukang Urut atau Pakar Ubatan Tradisional.

ISI KETAM JADI BATU


Isi Ketam Jadi Batu. Ada orang menggelarnya Buntat Ketam atau Mustika Ketam. Masih asli dan alami,belum dicanai lagi. Jika dicanai jadi permata cincin alangkah cantiknya!!.Barang mistik yang sangat rare...dan paling sukar diperolehi berbanding barangan lain.Ketam jenis Ketam Laut.

Asbab pemanggil rezeki tangkapan hasil laut atau yang berasal dari air khususnya ikan, ketam,udang, kerang dan yang sebangsa dengannya, pelaris niaga.

Ada orang menggunakan Mustika jenis ini untuk tujuan main dadu, katam-katam dan perjudian ( maaf dosa sendiri tanggung jika disalahgunakan untuk berjudi  saya tidak suruh kamu gunakan untuk berjudi ).


Jumaat, 4 Oktober 2013

KAYU ANTI MABUK ( KAYU PALIBAS )


Kayu Anti Mabuk atau dikenali juga dengan Kayu Palibas. Kayu yang dapat menjadikan Kaki Minum tidak pandai mabuk walaupun minum sampai mangampai. Tapi Kayu Palibas sebenarnya banyak  kegunaan lain iaitu racun menjadi tawar, barang-barang mistik ada yang menjadi tawar atau hilang powernya jika didekatkan dengan kayu ini. Minyak Pengasih menjadi hilang kesannya jika didekatkan dengan Kayu Anti Mabuk.

Kayu ini juga menjadi penawar racun, penawar sihir dan pendinding diri dari serangan ghaib dan sihir.Justeru itu ia dikenali sebagai Kayu Palibas.Malahan dalam sesetengah kes, lada menjadi tawar kesannya jika dimakan oleh pemilik kayu ini. Semua dengan izin Allah jua.

Khamis, 3 Oktober 2013

KAYU SUMBANG BIRAHI


Media Pelet yang bertindak membuka dan merangsang nafsu seks lawan jenis atau pasangan yang berlainan jantina.Jika dibawa, ia sama efek dengan Isim Birahi. Gambar di atas sudah ditebus orang tapi ada lain yang hampir serupa dengan gambar di atas.

KAYU PIMUTUH


Kayu Pimutuh Jantan dan Betina. Kayu Pimutuh berguna untuk menjadi pekasih, merukunkan rumah tangga, menaklukkan suami dan isteri yang garang sehingga menjadi penurut cakap kita dan sangat kasih kepada kita.

Pasangan utamanya ialah Serban Tempel dan Hidung Kerbau.

BATU CENDERAWASIH


Batu Cenderawasih. Dalam batu seakan kristal jernih ini terdapat helaian seakan Bulu Cenderawasih. Masih asli dan belum dicanai lagi.Media kedarjatan, pengasihan dan tarik rezeki, menyejukkan hati yang pemarah, mendamaikan keluarga.

ROTAN SONGSANG TEMU RUAS


Rotan Songsang Temu Ruas.Asli dan alami dari Sabah. Banyak gunanya bagi yang mengerti.

Jenis Rotan Saga yang menjadi pantang dan ditakuti hantu bangkit jika di Sabah, digunakan juga untuk membuang angin jahat dan buah angin ( penyebab ahmar ) yang boleh menyebabkan orang pengsan serta merta.

Berguna juga sebagai pelaris, penunduk dan pemanggil burung walet, pendinding diri dan penolak kecurian, pengubat gangguan sihir,berguna untuk menyakitkan jin jahat dan makhluk penyebab rasukan.

Rabu, 2 Oktober 2013

AKIK YAMAN BISMILLAH




Akik Yaman Bismillah. Akik Yaman asli yang kemerahan dan berwarna awan mengarus. Akik ini tembus cahaya jika disenter dengan lampu suluh. Di permukaan batu ada ukiran awan larat yang membentuk perkataan khat Ba Sin Mim ( Bismillah ).

Aura batu ini boleh tahan, jika digenggam akan terasa powernya mengarus memenuhi sekujur tubuh badan.

KAYU MANANG PUTIH


Kayu Manang Putih. Asli dari Tanah Borneo. Media untuk lawan bicara, menajamkan lidah dalam perdebatan dan pidato, penakluk bicara dan pemukau pendengar.

Media ini diperolehi dari seorang rakan keturunan Kadayan Sabah. Terhad 2 bilah sahaja.

TELUR AYAM JANTAN


Telur Ayam Jantan. Koleksi lama untuk dimaharkan. Asbab penarik rezeki, media menaklukkan isteri dan isteri-isteri yang garang dan bengis, mendamaikan rumah tangga. Berguna juga sebagai media pelet yang ampuh untuk memikat wanita dan sebagai perangsang menguatkan dan mengeraskan zakar yang pelu dan lemah sehingga nda barapa malawan.

GELIGA SISIK JIN



Geliga atau Batu Sisik Jin. Alami dan asli hasil tarikan ghaib di perkampungan Bunian Marudu. Geliga ini serbaguna termasuklah sebagai pendinding diri dari serangan ghaib dan sihir, media pelias di medan perang dan penggentar lawan pandang.

PERMATA JED SABAH


Permata Batu Jed Sabah yang telah dicanai menjadi permata cincin. Cantik dan berkilat. Asli Jed Sabah.

GELIGA SIPUT GAJAH



Geliga Siput Gajah. Siput Gajah adalah siput besar yang mendiami lautan dalam, bercengkerang besar, keras dan ada belalainya seakan gajah. Banyak terdapat di perairan negeri Sabah dan Laut Sulu.

Sangat cantik jika diikat untuk dijadikan permata cincin atau buah loket. Media pelaris untuk penangkap ikan dan siput, peniaga dan peraih. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit berkaitan kerasukan, keteguran dan terkena angin laut.

BULUH PERINDU PAGAK CARANG GANTUNG



Buluh Perindu asli berakar gantung atau dikenali juga dengan akar pagak. Jarang ada Buluh Perindu Pagak Carang Gantung yang berakar gantung dan melingkar membelit diri. Akar Buluh Perindu selalunya tertanam di dalam tanah tetapi jenis ini akar tumpang tumbuh di ruas bambu.

Media pengasih, penunduk, tarik hati orang, pelaris niaga,merukunkan orang bermadu,tarik welet dan media pembuka aura daya tarik diri. Sesuai dipakai oleh golongan yang selalu berdampingan dengan orang ramai seperti ahli politik, juru pidato, penyanyi, ketua jabatan, suami beristeri ramai dan peniaga atau kontarktor.

GELANG NAGA CINTAMANI BESI KUNING



Gelang Naga Cintamani ini adalah besi kuning yang boleh bertindak balas dengan magnet. Sesuai dipakai oleh golongan pendekar, ahli silat, pengamal perubatan dan mereka yang berminat untuk menjadikannya koleksi peribadi.

Berguna untuk media penunduk, wibawa diri, penarik hati orang, disegani dan dihormati orang. Juga sebagai media membantu kestabilan aura dalaman dan memperbaiki sakit-sakit sendi dan anggota badan.

GELIGA PETIR BESI



Geliga Petir Besi. Geliga Petir atau Batu Geliga Petir Besi ini adalah kalangan Batu Petir Kelas 1 yang sangat sukar diperolehi. Geliga ini hitam seperti arang mengerutu berkilat dan istimewanya ia melekat pada magnet, sangat sukar diperolehi Batu Petir atau Geliga Petir yang boleh bertindak balas dan menempel pada magnet.

Bentuknya semulajadi bukan dicanai atau dipotong. Pada permukaan geliga ada ukiran atau tulisan khat kalimah Allah dan Muhamad dan beberapa huruf jawi. Geliga ini hasil ritual Tarikan Ghaib di lokasi khas di Negeri Sabah.

Selasa, 1 Oktober 2013

ILMU ISTINJAH AWAL

Ilmu Istinjah atau Istinjak Awal ( Istinjah Wali ) adalah satu ilmu persucian diri. Ilmu ini adalah warisan turun temurun dari perguruan Wali 7 ( Borneo-Sulu ) dan menjadi amalan Wali-Wali tersohor seperti Syarif Makhdum ( Syariff Awlia ). Menjadi amalan kerabat Raja, KeDatuan dan KeSharifan di Tanah Sabah dan sekitarnya.

Pada mulanya ilmu ini hanya menjadi amalan keturunan dan menjadi pusaka keturunan sahaja. Walau bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan jika ia dibuka untuk dipelajari oleh orang lain jika mereka benar-benar berhajat ( pesanan Guru ).

Ilmu ini jika diamalkan, ia akan mampu membersihkan lahir dan batin, membersihkan roh dan empat anasir ( Tanah, Air, Angin dan Api ) yang menjadi anasir awal kejadian kita ( Zuriat Nabi Adam ). Jika Kesempurnaan Suci telah diperolehi maka ilmu-ilmu berkaitan kebatinan, silat batin, tasauf, laduni, ilmu Kenal Diri,Tarekat dan Ilmu Ketuhanan akan dapat dipelajari dengan mudah dan cepat mendapat hidayah, cepat naik peringkat, cepat dapat petunjuk dan power akan berlipat ganda.

Ilmu ini juga mampu menjadi landasan mengenal ilmu kebal awal, ilmu sahabat awal dan berguna untuk dunia dan akhirat.Ilmu ini menyatukan dan membersihkan syariat,tarekat,hakikat dan marifat.

Pengamal Ilmu Istinjah akan terlindung dari bencana sihir, gangguan Jin jahat,kerasukan dan seumpamanya. Kata orang-orang tua "Junub Istinjah adalah Kepala segala Ilmu". Jika istinjak kita tidak bersih maka ia adalah perkara pertama yang menjadi hisab dan Siksaan Kubur kepada si mati.Justeru itu Rasulullah selalu mengingatkan agar umatnya beristinja sebersih-bersihnya.

Istinja Awal akan membersihkan tempat buang najis depan dan belakang,membersihkan sulbi dan pusat. Setiap satunya ada bacaan ayat  ( dibaca dalam hati setelah yakin hilang rupa, hilang bau, hilang rasa dan hilang najisnya, dibaca di tempat yang bersih ).

Selepas itu ada persaksian kebersihan zahir dan batin ( dalam Kalimah Syahadat diisbatkan ). Ada Doa Kesempurna Suci. Kenapa pusat perlu dibersihkan...? kenapa sulbi perlu disucikan dan ada ayat dibacakan, semuanya berkaitan asal-usul kejadian awal dan akhir manusia di alam  Rahim, alam dunia, alam kubur dan di alam barzah.

Pusat adalah hubungan saudara awal insan, sulbi pula adalah sumber dibangkitkan insan di yaumil qiamah.

Ilmu ini bukan untuk dijual beli, bukan untuk dimaharkan. Ketika menuntut dahulu kami hanya menyediakan air sembahyang guru, air mandian, beras, lauk, kayu api dan membantu kerja harian guru. Seiring dunia siber maka gantian hadiah ikhlas sebandingnya adalah lebih baik diadakan.

Wassalam..


KAYU NIMANG PULAS PUTIH


Kayu Nimang Pulas Putih.Khasiatnya sama seperti Kayu Nimang Pulas sebagai pengikat pelanggan dan pelaris kedai, pendinding perniagaan dari kecurian dan niat jahat rakan saingan.