Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 29 Julai 2013

GELIGA KIJANG JANTAN BERTARING


Geliga Kijang Jantan Bertaring. Ditemui dalam perut Kijang Jantan Bertaring. Banyak khasiatnya terutama sebagai pelaris dan penarik rezeki, penunduk dan perubatan.


BAMBU MISTIK GHAIB RAMADAN


Bambu Temu Ruas ini asalnya dari sebatang Bambu, dipotong-potong dan diasingkan berdasarkan jenis dan khasiat mistiknya menjadi 10 bahagian. Bambu ini ditemukan pada Sabtu awal Ramadan 2013, baru sahaja.

Dilhamkan dari petunjuk mimpi pada malam jumaat, awal Ramadan yang baru lalu. Dalam petunjuk itu dinampakkan sebatang bambu di satu lokasi, yakin dengan petunjuk itu saya pergi ke lokasi yang dimimpikan pada esok harinya dan Alhamdulillah ditemukan Bambu Mistik Ghaib Ramadan dalam keadaan terpacak berdiri.

Kedudukan dan nama Bambu Mistik Ghaib Ramadan mengikut gambar di atas adalah seperti berikut;

1. Bambu Temu Ruas Loreng ( Pelaris,pemanis,penunduk,pendinding sihir,pelias )
2. Bambu Loreng Ghaib ( Pendinding Ghaib,wibawa diri ,pelias)
3. Bambu Temu Ruas Simpul Buku ( Pelaris,pemanis,anti sihir, pikat )
4. Bambu Temu Ruas Satria Patel Lele (Pelaris,pemanis,pemikat,perindu,wibawa, tuah,pendinding,dikagumi)
5. Bambu Temu Ruas Pikat ( Pemikat orang, pelaris, penarik hati,disayangi,perindu )
6. Bambu Pethuk Lam Alif ( Wibawa pemimpin, penunduk ampuh,pendinding dari segala musibah,pemikat,pembisa pukulan,penawar sihir,pelias )
7. Bambu Temu Ruas Lam Alif Pikat Satria (Pemikat lawan jenis,pelaris, penunduk ampuh,pendinding segala macam sihir,wibawa diri, kepimpinan,pembisa pukulan, tawar sihir,pelias )
8. Bambu Temu Ruas Rantai Bumi Pring Bengkok Patel Lele Trisula ( untuk simpanan sendiri )
9. Bambu Pethuk ( Buluh Tumpat ) Ramadan ( Pendinding sihir yang ampuh, pelias, pembuka kebal orang,ditakuti syaitan dan jin jahat, pendinding rumah dari angkara jahat
10.Bambu Pagak Ibu Temu Ruas ( pendinding, tarik rezeki, pelaris niaga,pemikat walet, penyejuk hati)

Bambu ini mempunyai aura mistik ghaib yang kuat dan alami dan Insya Allah khasiatnya akan dirasai nanti oleh bakal pemilik sesuai keberkatan Ramadan.

Kesemua Bambu ini belum diuji tahan panas atau anti tembak atau ujian kebal, jika nanti pemahar mendapat bambu yang tahan panas,anti tembak atau kebal, maka itu adalah rezeki anda sempena bulan yang mulia ini.






BULUH PERINDU COMBONG ALAM 2


Buluh Perindu Combong Alam. Khasiat sama dengan Buluh Perindu Combong Alam yang diupload dulu ( 11 Julai 2013 ) dan adalah kembarnya.

Rabu, 17 Julai 2013

KAYU MANANG CINTAMANI BUNIAN


Kayu Manang Cintamani Bunian. Ditemui di lokasi pembalakan sewaktu menebang kayu balak. Sebatang kayu balak yang ditebang telah mengenai sepohon pokok kecil, anehnya pokok kayu balak yang sebesar 2 pemeluk bahagian atasnya telah ditembusi oleh pokok kecil yang cuma sebesar lengan orang  dewasa. Pokok kecil mengalahkan pokok besar atau menang dalam perlawanan.

Pokok yang kecil ditebang oleh si pembalak dan diambil sedikit bahagian atasnya. Bahagian akarnya dan batang bawahnya sengaja ditinggalkan. Ketika si pembalak menoleh sebentar, pohon kecil itu ghaib dalam sekelip mata dan tidak sempat diambil keseluruhannya. Aneh, mistik dan ajaib.

Khasiat utamanya adalah sebagai media untuk memenangi apa-apa perlawanan, pertandingan, perbicaraan, persaingan.Media pelaris niaga, pelaris diri, wibawa raja,kepimpinan, pengasih, penunduk dan penarik wang.

Kata-kata si pemakai akan didengar oleh semua orang, susah dibantah dan disanggah, disegani dan dihormat orang. Sesuai untuk orang politik dan pemimpin masyarakat.

BATU PETIR PUTIH


Batu Petir Putih. Keras jika digergaji dengan gergaji besi tidak lut, jika digosok dengan emas kesan emas akan melekat pada permukaan batu. Batu Petir Putih sangat jarang ditemui orang dan lebih kuat powernya dari Batu Petir Hitam.

CINCIN KAYU BALABAK BERKALIMAH ALIF, LAM, MIM


Cincin Kayu Balabak berkalimah ini, alami dan mistik. Kayunya berukiran kalimah Alif, Lam dan Mim iaitu nama asma Allah yang ghaib dan mempunyai makna tersembunyi.Huruf Alif Lam Mim menjadi kalimat awal dalam beberapa Surah dalam al-quran antaranya Surah Al-Baqarah.Kalimat Alif Lam Mim juga banyak gunanya dalam ilmu ghaib dan kebatinan.Macam-macam dunia ni dan asma Allah ada di mana-mana sahaja.

KAYU HINGGAPAN TABUAN


Kayu Hinggapan Tabuan ini berguna sebagai media pelaris ampuh dan penarik peminat, penarik ikan, penarik rezeki dan pemakai akan digilai serta disukai orang. Kayu ini dihinggapi Tebuan Hitam yang bunyi sayapnya macam bunyi kereta Formula One tu sebanyak 313 kali dalam masa 3 jam pada hari jumaat. Setelah cukup bilangan 313 kali, barulah kayu ini dirabut dari tabuan hitam, talumpat-lumpat aku basilat mengelak serangan Tabuan Hitam.

Petua guru menjelaskan Kayu Hinggapan Tabuan adalah kayu yang dihinggapi sebanyak 3 kali oleh tabuan hitam, tapi kayu ni dihinggapi tabuan yang sama berulang alik sebanyak 313 kali sama dengan bilangan rasul bertepatan hari jumaat.Auranya memang bagagar, scan saja ba.

Khamis, 11 Julai 2013

BULUH PERINDU COMBONG ALAM


Bambu Temu Ruas Combong. Khasiatnya sama denga lain-lain bambu temu ruas, cuma disebabkan ia combong maka fungsi utamanya adalah sebagai media perindu dan penyedap suara sama seperti buluh perindu merdu suara. Dikenali juga sebagai Buluh Perindu Combong Alam.

Buluh Perindu Combong Alam akan mengeluarkan bunyi jika ditiup angin dan ia mempunyai nilai mistik untuk menjadi pemerdu suara, penunduk umum, pemikat hati orang walaupun berjauhan dan media pelaris ampuh untuk menarik pelanggan. Sangat bagus untuk dibawa menyanyi atau berpidato, sebab itu ada pepatah menyebutkan "Suara merdu bak Buluh Perindu".

Gema mistiknya akan menyebar ke alam selagi mana suara itu dapat didengar oleh orang, maka orang akan tertawan dan seakan-akan dipanggil-panggil untuk datang menemui si empunya suara.

KAYU LANGGENG SARI


Kayu Langgeng Sari adalah salah satu kayu mistik yang menjadi tongkat salah seorang Wali Songo di Tanah Jawa. Banyak khasiat kayu ini, antaranya sebagai media wibawa, kata-kata kita didengar orang ramai, disegani orang, dihormati orang, membuka ilham positif, pelaris diri dan bisnis, tuah kehidupan dan pendinding diri dari niat jahat musuh serta sihir.

Sangat sesuai dibawa dalam beg tangan atau dibuat permata cincin.

KAYU TAPAK JALAK



Kayu Tapak Jalak. Khasiatnya untuk pendinding rumah dan membuka ruang rezeki 4 penjuru alam, pengikat hati orang dikasihi dan pengikat pelanggan agar setia pada kita.

KOIN LIBERTY 1804 "KING OF AMERICAN COINS"



Koin Liberty asli bernilai USD 4.4 Juta di jual pada 30 Ogos 1999 sebab itu ia digelar King Of American Coins dan menjadi kegilaan orang.

KAYU NIMANG PUKI


Kayu Nimang Puki. Lucu namanya tapi bagagar jiwa kalau dengar namanya disebut orang. Ketawa ada, asyik pun ada, birahi jadinya, lucu tapi nikmat.Sebut namanya mesti orang malu-malu tapi mau...

Koleksi kayu pelik dan mistik yang berkhasiat sebagai Ibu Pelaris Dagangan. Siapa yang tidak sukakan puki..., semua makhluk bernafsu mesti tergila-gilakan barang atu, jadi jika diasbabkan pada diri atau dagangan kita waduuuh..... mesti orang jadi asyik, minat dan sukakan kita hinggakan walaupun restorannya kutur tapi orang mau juga. Inilah sikap manusia, kalau sudah suka kutur pun nda paduli.

JAMRUD BUNIAN


Batu Jamrud Bunian. Kecil saja, jika disuluh dengan lampu senter cahaya tembus keluar. Masih asli, alami dan mistik.

CINCIN BATU KALA


Cincin permata Batu Kala. Ada imej kalajengking dalam permata. Asbab penunduk umum.

Selasa, 9 Julai 2013

TEMPURUNG BUTA


Tempurung Kelapa Buta ini adalah bahagian bawah kelapa buta. Asbab campuran kebal dan pendinding diri atau sebagai koleksi mistik antik.

KAYU SUMBANG


Kayu Sumbang adalah kayu yang sangat sukar untuk didapati. Kayu ini berkhasiat sebagai pelet pengasihan dan pemikat lawan jenis semulajadi dan pelaris niaga yang alami. Jika serasi dengan pemilik, sesiapa sahaja berlawanan jantina boleh menjadi jatuh cinta, sayang dan birahi dengan kita, sebab itu kayu jenis ini digelar kayu sumbang.

GELIGA LIPAN COKLAT BERMATA


Geliga Lipan Coklat bermata dan ada bekas gigitan lipan. Agak besar berbanding geliga lipan hitam. Saiznya sebesar kacang hijau.Koleksi peribadi yang ingin dimaharkan.

Selasa, 2 Julai 2013

PERMATA NIBUNG TUNGGAL JADI BATU



Nibung Tunggal jadi batu, dicanai dibuat permata. Asbab pembisa tumbukan, anti sihir, penunduk dan pemberani hati yang penakut.Berguna juga untuk melumpuhkan dan melukakan orang kebal. Jangan digunakan untuk menumbuk atau memukul orang, bisa jadi lumpuh, pengsan KO dan muntah darah. Pakaian pendekar zaman dahulu.

AKEK YAMAN MERAH API



Akek Yaman Merah pamor api dan asap putih. Pamor dalam batu ada bentuk kalimah Allah. Asli dan alami. Akek ini berisi isian alami dan semulajadi.

AKEK SULAIMAN 8


Akek Sulaiman angka 8, sangat popular bagi masyarakat Tionghua. Dipercayai membawa tuah dalam perniagaan dan kekayaan. Akek Sulaiman ini berisi.

Isnin, 1 Julai 2013

BUNTAT BESI JAWA


Buntat Besi Jawa atau dikenali juga sebagai Pelor Jawa. Digunakan sebagai asbab pendinding peluru, kebal darurat dan pendinding diri.

Pelor Jawa ini adalah campuran sebati beberapa jenis besi rahsia berkhasiat yang telah diukir huruf wafak, diasmakan dan diisikan ilmu oleh kiai di Indonesia.

PAKU DEMAK KUNINGAN



Paku Demak Kuningan ini adalah paku berukir huruf al quran, berwarna kuning, melekat pada magnet. Digunakan sebagai pendinding rumah dari gangguan sihir dan serangan ghaib, ditakuti toyol, digunakan sebagai pasak rumah dari gangguan pencuri dan kecurian. Ada juga yang menggunakan Paku Demak sebagai pemaku suami-suami yang nakal dan ganas di luar.

PUSAT KIJANG PUTIH


Pusat Kijang Putih ini satu lagi barangan mistik yang banyak dicari orang sebagai media pelaris niaga dan penarik pelanggan. Dikenali juga dengan kasturi kijang.

CINCIN PERMATA BATU MANI GAJAH


Permata Mani Gajah yang banyak dicari dan diminati orang. Media pelet dan pengasih serta penunduk orang yang ampuh. Menjadi pendamai orang yang sedang bergaduh, pendinding diri dari gangguan orang dan wibawa serta dipandang orang, kata-kata si pemakai didengar dan disegani orang, dihormati seakan raja.

JARUM EMAS KURSANI



Jarum Emas Besi Kursani ini adalah koleksi lama yang ingin dimaharkan. Jarum asli keemasan ini melekat pada magnet kerana ia mengandungi besi kursani.

Khasiat Jarum Emas Kursani ini adalah sebagai media meniupkan ilmu pengasih dan pendunduk, pendinding diri dari gangguan sihir, media amalan ilmu menguatkan zakar atau ilmu Jarum Ali dan media ilmu susuk.

AKEK SULAIMAN LAM ALIF KEMBAR



Permata cincin Pamor Lam Alif atau Lam Jalalah yang asli dan alami. Pamor Lam Alif menjalur kembar tembus dari depan ke belakang batu Akek. Amat rare, antik dan mistik.

Lam Alif adalah pernyataan Sifat Allah dan Zat Allah dalam Ilmu Usul. Jika dipakai di tubuh badan, dilukis secara marifat di tubuh, di mata, dihidung, di depan, di langkah silat, di telapak tangan akan ada khasiat dan rahsia mistiknya yang Insya Allah berguna sebagai pendidinding sihir, pendinding racun dan santet, ditakuti jin syaitan, menjadi penunduk orang, pelias peluru, pembisa pukulan dan macam-macam lagi khasiat Lam Alif ini.Amaran..!.Jangan dicuba tanpa belajar dan merujuk guru.

Semua khasiat ini, Insya Allah akan mengiringi Akek Sulaiman Lam Alif tanpa perlu diamal atau dimarifatkan atau dituliahkan oleh guru.


MINYAK ZAFARON 6 WARNA TEMBUS DAGING

 Zafaron Oren, Zafaron Darah, Zafaron Merah, Zafaron Hitam keHijauan, Zafaron Coklat, Zafaron Kuning
Minyak Zafaron yang dicari oleh ramai peminat mistik ajaib. Ada 6 jenis dan 6 warna yang berbeza, kesemuanya asli. Jika disapukan di telapak tangan, baunya akan tembus dan dapat dihidu di belakang tapak tangan.Baunya tahan 3 hingga 7 hari masih dapat dihidu jika dicalitkan dan tahan berbulan jika disapukan pada barangan mistik dan berkhadam. Ajaib dan mistik.

Jika disapukan ke tubuh badan dan dibawa tidur waktu malam, Insya Allah berbagai bayangan ghaib akan muncul, menjelma dan dapat menembusi alam ghaib dalam tidur.

Ada di antara ahli tarik yang mencari Zafaron Kuning untuk tujuan menarik dana ghaib dan ada pula yang mencari Zafaron Merah untuk mengembalikan dan mengaktifkan batu mistik seperti Merah Delima dan Batu Delima Buah.

Ada pula yang memerlukan Zafaron Hitam untuk tujuan memelihara keindahan barangan mistik dan barangan kebal seperti Geliga Lipan dan ada yang mencari Zafaron Darah untuk tujuan tarik harta ghaib, semuanya mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing.

Ada pula yang mencari Zafaron Oren-Kuning untuk tujuan Ibu Duit, Pelaris niaga dan Pengasihan.

Ada juga yang mahu menjadikan Minyak Zafaron sebagai koleksi mistik-ajaib.