Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Selasa, 18 Jun 2013

AKEK SULAIMAN LAM ALIF


Akek Sulaiman Lam Alif, koleksi peribadi yang ingin dilepaskan.Jika berminat, cepat ambil sebelum dikebas orang atau hatiku berubah haluan.

AKEK SULAIMAN BERKHADAM ALAMI




Akek Sulaiman berkhadam alami untuk dimaharkan dengan mahar yang mampu milik. Banyak khasiat alami dan khasiat mistiknya. terhad 3 butir sahaja. Scan saja jarak jauh, jika ngam di hati oklah ambil saja.

CINCIN GELIGA AYAM JANTAN


Geliga Ayam Jantan yang telah diikat cincin. Koleksi peribadi. Khas untuk kegunaan lelaki bagi menguatkan kemampuan seksual macam ayam jantan juga,nda pandai jemu-jemu mengongkeh. Wibawa dan keberanian untuk menghadapi orang ramai, kawan dan lawan.

Bagi kaki sabung, ngam betul bikin kasi mandi ayam. Ayam akan berani, sanggup mati bertarung di gelanggang macam pepatah biar putih tulang jangan putih mata, daripada hidup bergelumang kalah biar mati dihimpi tanah.

Saiz cincin 18/19.

Sabtu, 15 Jun 2013

AKEK YAMAN HITAM




Akek Yaman Hitam juga tergolong dalam Batu Mulia yang menjadi pakaian Rasulullah.

Akek Yaman Hitam berguna sebagai perlindungan dari musuh, sihir dan gangguan jin syaitan. Pamornya adalah Pamor Air Mengalir yang berfungsi sebagai pelancar kerezekian, memudahkan urusan, dimuliakan orang dan disayangi.

PAKU LADAM KUDA LAMA


Paku Ladam Kuda Lama ini mempunyai nilai mistik dan antiknya. Dikatakan Paku Ladam Kuda Lama berguna sebagai pendinding rumah dari sihir dan kecurian, anti pukau dan pembisa bagi pelesit jin.

CINCIN AKEK YAMAN MERAH JUNJUNG DERAJAT



Cincin Akek Yaman Merah atau dikanali juga dengan Akek Sulaiman Merah dengan pamor junjung derajat. Akek Sulaiman atau Akek Yaman Merah adalah salah satu pakaian Rasulullah S.a.W.

Dalam Riwayat Nabi, disebutkan bahawa Nabi Muhammad dan Saidina Ali menggunakan 4 batu mulia iaitu; Batu Akek Yaman  ( Akek Yaman Merah atau Akek Yaman Hitam ) yang bertasbih memohon perlindungan , Fairuz Naishabur ( Firuz Parsi ) yang bertasbih memohon pertolongan, Yakut ( Zirkon ) yang bertasbih memohon kesihatan dan Hadidu Sein ( Badar Besi atau Batu Meteor ) yang bertasbih memohon kekuatan.

Dari Jaafar Bin Muhamad tenteng wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali "Hai Ali gunakanlah cincin di jari sebelah kanan kerana itu merupakan keutamaan dari Allah Azza Wajalla bagi orang-orang yg dekat kepadanya ( al Muqarrabin ). Ali R.A bertanya; Dengan apa ?, Jawab Rasulullah; Dengan AKEK MERAH kerana Akek Merah itu gunung pertama pasrah kepada rububiyah Allah Dan ia merupakan batu pertama yang menerima nubuwwat nabi dan batu pertama yang menerima wasiatku kepadamu dan imamah kepada anak-anak mu dan AKEK MERAH untuk pengikutmu di syurga dan merupakan neraka bagi musuhmu".

Untuk perlindungan dari bencana, peperangan, sihir, niat jahat makhluk Allah, kemuliaan dan kewibawaan.

BESI PEMANAS SETERIKA LAMA


Besi Pemanas seterika lama ini sesuai untuk dibuat koleksi barangan antik, atau kasi ngam dengan seterika lama yang tiada besi pemanas di dalamnya, bukan guna arang. Besi jenis ini buatan lama yang sangat tahan panas, tebal, keras dan berkualiti.

Jika dibuat mata keris atau pisau atau kerambit atau senjata tusuk,woooi......memang tajam,keras dan berbisa.

BUAH LOKET BADAR BESI HIJAU


Buah Loket ini dicanai dari Batu Badar Besi Hijau seakan batu Tok Wali. Bertindak balas dengan magnet, berurat-urat hijau dan hitam.

Asbab pendinding diri kebal darurat dan pelias peluru, pendinding dari sihir dan gangguan jin syaitan, pemukau pandangan mata, tarik bisa, tarik sakit dan anti pukau, kasi ubat darah gemuruh dan hati kecut.

Sesuai dipakai oleh askar, tentera atau sekuriti. Ngam dibuat buah kalung oleh sumandak atau anak gadis kesayangan kita, takut kana pugai atau kana pirik waktu di sekolah.

BONGKAH TEMBAGA ASLI


Tembaga asli yang masih belum diproses. Boleh dicanai untuk dibuat permata cincin, sebagai campuran membuat senjata mistik atau keris, campuran besi pendinding atau besi kebal, campuran alat muzik bermistik, kalung dan seumpamanya. Beraura kuat dan alami.

Didapati dari kawasan pergunungan Kinabalu, Sabah.

KERIS NAGA MONYET


Keris Naga Monyet. Kecil saja, bilahnya bentuk naga ulunya monyet. Bilah, ulu dan sarung  dari Perunggu kekuningan.

Berkhadam. Asbab penakluk jagat, wibawa raja, pendinding diri dan serat jiwa.

SARIMPAK BAJAU SAMAH



Sarimpak Bajau Samah. Jika ada kawan-kawan yang mau kawin sama awek Bajau, jangan lupa set Sarimpak ni. Sarimpak yang dipakai di kepala macam mahkota ni menjadi pakaian wanita dan bujang manis Bajau. Pakaian tradisional ini masih digunakan sewaktu majlis perkahwinan, keramaian atau menyambut Y.B. Jangan pula kamu kasi pakai sarimpak bujang kamu sambil jalan-jalan di 1 Borneo, abis nanti kana urat urang dan kana kidum-kidum, nanti stumbuk lagi namburu bala-bala, e....sampar bana. Mangan niah mangan yang panting namburu jo..

Ada yang mau beli....?

KAPAK BATU MANUSIA ZAMAN BATU


Kapak Batu manusia zaman batu atau kata saintis manusia Paleolitik yang masih tinggal dalam gua. Manusia zaman batu ini bukan keturunan Nabi Adam ( cuba kamu kaji dalam Quran, Hadis dan Ilmu Sains ) usia kewujudan mereka lebih dahulu dari Nabi Adam. Jadi, kalau mereka manusia kenapa macam monyet, kalau pula monyet kenapa macam urang.

Dalam satu Kitab Lama yang bertajuk Nur Muhamad, kulitnya warna hijau keluaran Indonesia disebutkan bahawa Adam diciptakan sebanyak 7 kali dan jarak antara satu Adam dengan yang lain lebih kurang 10,000 tahun. Adam yang terakhir iaitu Nabi Adam yang sempurna,bijaksana dan menjadi asal muasal keturunan manusia.Siapa yg ada kitab ni cuba kamu kaji, fikir dan nilaikan.Wallahu Ahlam, kamu kajilah aku kasi tau saja.

Kapak Batu ini ditemukan di lereng Gunung Kinabalu, betul-betul di luar sikit Taman Kinabalu, Ranau. Penemuan Kapak ini adalah dari wangsit atau petunjuk ghaib. Kapak ini bertindak balas dengan magnet, sangat keras batunya dan ada powernya.

Koleksi ghaib mistik yang jika ngam maharnya, bisa dilepaskan kepada kawan-kawan.

BUNTAT BUMI


Buntat Bumi. Kemerahan seakan besi, tapi bukan besi, kecoklatan seperti tanah, tapi keras seakan kayu, berkedut seakan kuih jumput pisang tapi keras tidak boleh dimakan.

Buntat ini hasil tarikan di satu lokasi bekas Kerajaan Silam di Sabah. Buntat ini berguna sebagai penyejuk rumah dan kerukunan keluarga, penyejuk hati orang sedang marah, meredam aura panas barangan mistik, merukunkan gangguan mistik atau gangguan ghaib dari makhluk ghaib seumpama jin, gondorowo, toyol, syaitan nunuk dan seumpamanya.

Asbab kesuburan kawasan ladang dan kerezekian dari hasil tanaman.

CINCIN BADAR BAMBU


Cincin Badar Bambu. Diupload semula setelah diuji cucuk jarum, ternyata kebal kulit. Insya Allah nanti akan diuji anti tembak dan jika berjaya, maka harga mahar akan melonjak lagi.

Jika ada yang telah memaharkan barangan mistik antik dari Geliga Kinabalu sebelum ini saya tidak akan heran jika ada yang bernasib baik mendapat barangan kebal atau super mistik, dah rezeki anda.

GELIGA ULAR CINTAMANI



Geliga Ular Cintamani. Geliga ini kebal kulit. Asbab pelaris,kekayaan, dikasihani makhluk Allah, kedarjatan dan kewibawaan. Memudahkan segala urusan berkaitan hidup seharian.

Simpanan dan koleksi peribadi, tetapi jika serasi di hati mungkin dimaharkan.

BUNTAT TIMAH HITAM


Buntat Timah Hitam bukannya Buntat Besi. Asli dan alami bukannya timah hitam kepingan yang telah diproses.

Buntat Timah Hitam banyak dicari oleh guru-guru proses untuk pertukaran barang ghaib atau tarik rezeki ghaib. Berguna juga sebagai asbab pendinding diri, kebal darurat, pelias ilmu hitam, pelias peluru, pelaris rezeki dan macam-macam lagi.

Jenis bulat adalah jantan manakala yang lonjong adalah betina. Buntat ini tidak bertindak balas dengan magnet.

Jumaat, 7 Jun 2013

GELIGA KEMENYAN


Geliga Kemenyan. Geliga ini adalah Kemenyan dalam kayu yang telah mengeras membatu. Geliga ini adalah koleksi yang sangat rare dan mistik.

Warnanya jernih seakan ada buih kemenyan di dalamnya, berjalur putih di bahagian tengahnya, saiznya besar sedikit dari duit syiling 10 sen. Jika dibuat permata cincin, boleh dapat dua permata.

Geliga ini berkhasiat untuk meneutralkan khadam barangan mistik yang bersifat ganas dan panas, dapat memanggil khadam-khadam barangan mistik, dapat menguatkan aura dan khasiat barangan mistik,berguna untuk mendamaikan rumah tangga, mendiamkan orang yang sedang berkelahi, dikasihi orang, segala perkataan kita akan didengar dan dituruti orang.

Geliga ini juga pendinding dari segala niat jahat orang dan pendinding gangguan makhluk halus.

AL QURAN ISTANBUL


Al-Quran Istanbul yang sangat terkenal di kalangan peminat barangan mistik dan pemburu barangan bertuah.

Al-Quran Istanbul ini saiznya besar sedikit dari duit syiling 10 sen, cukup 30 Zuz. Mistiknya, Al-Quran ini bertulisan warna merah dan tulisannya dalam tulisan Arab Lama tanpa baris iaitu antara ciri-ciri utama Al-Quran Istanbul.

Banyak khasiat dan kegunaannya, antaranya sebagai pendinding diri sewaktu perang, pendinding sihir dan gangguan jin syaitan, pelaris, penarik rezeki, kebal darurat dan banyak lagi.

BAMBU TEMU RUAS


Bambu Temu Ruas, asli, alami, masih hijau dan mistik.

Khasiatnya adalah seperti yang diketahui umum sebagai tarik rezeki, pelaris langganan, menarik ramai kawan,penarik burung walet untuk masuk ke Rumah Walet serta merukunkan orang bermadu serta mendamaikan rumahtangga yang berantakan.

GELIGA IKAN SADIN


Geliga ini ditemui dalam isi ikan sadin sewaktu makan sadin, ikan sadin dalam tin yang kita suka makan tu, Ikan Sadin Cap Ayam.

Geliga ini keras dan jernih mengkristal seakan intan, tembus warna dan kecil seakan biji kacang hijau. Khasiatnya sebagai pelaris dan pemanis wajah, tarik hati orang dan penunduk wanita.

KEONG BUNTET PUSAKA



Keong Buntet asli dan alami. Kebal tembak, telah diuji dengan ditembak dengan senapang sebanyak 6 kali tembakan oleh 3 orang penembak. Ujian dibuat 3 kali. Hasil ujian 4 kali tembakan peluru tidak meletup dan 2 kali tembakan peluru meletup tetapi sasaran tidak lut.

Keong Buntet ini adalah pusaka keturunan milik keluarga dan pernah dibawa dalam pertempuran atau peperangan bersenjata.

Dimaharkan jika pemahar benar-benar serius dan berkemampuan sesuai dengan keindahan barang ini.


TANDUK KUCING



Tanduk Kucing ini berguna sebagai Pembuntu Tembak ( peluru tidak meletup ), kebal, penunduk umum, anti racun dan anti sihir.

Saiznya kecil sahaja, berwarna kekuningan dan sedikit melengkung.

Koleksi peribadi dan hanya dimaharkan jika harganya bersesuaian.

GELIGA IKAN TAMBILAWANG


Geliga Ikan Tambilawang ( ikan Tambilawang atau ikan Selo adalah sejenis spesis ikan todak bersaiz kecil ).Ikan Tambilawang badannya panjang lurus, bermuncung tajam seakan todak, giginya sangat tajam dan kecil, warna badannya putih kebiruan dan mendiami kawasan air cetek.

Geliga Ikan Tambilawang ni agak mistik, berwarna kuning cerah dan berlainan dengan geliga ikan yang lain kerana ia bersifat agak lembut dan bukannya keras seperti batu.Saiznya kecil sahaja seakan geliga lipan.

 Geliga ini berkhasiat sebagai asbab pelaris niaga, kerezekian, pemanis diri dan penarik ikan.

Khamis, 6 Jun 2013

BESI KUNING KALIMAH ALLAH


Permata Cincin Besi Kuning berukir Kalimah Allah ini telah diisi dan diasmakan untuk menjadi pendinding ghaib dari gangguan zahir dan batin, pendinding dan pelias peluru, pelias ilmu hitam dan kebal darurat. Boleh digunakan sebagai merawat histeria dan serangan jin atau serangan sihir.

Besi Kuning ini bertindak balas dengan magnet.

BAMBU TUMPAT PETHUK



Bambu Tumpat Temu Ruas ini masih baru, bukan rekayasa atau tiruan tetapi asli, alami dan mistik.Panjang dalam sejengkal dewasa.Bambu ini pethuk atau ketemu ruas, tumpat atau tiada lubang.

Banyak gunanya Bambu jenis ini antaranya sangat ampuh sebagai sarana pelaris, pemanggil burung walet, tarik pelanggan. Bambu ini juga sangat ampuh dan mistis sebagai pendinding diri, rumah dan kedai dari serangan ghaib, kecurian, gangguan toyol dan ilmu hitam.

Jin jahat, Jin Kapir dan Syaitan sangat takut dengan bisa mistik bambu ini yang boleh mencederakan dan merosakkan mereka secara ghaib jika mereka mendekati Bambu Tumpat Pethuk.

BADAR API


Badar Api ini akan bertindak balas dengan magnet. Dikenali juga dengan Badar Besi Api. Warnanya kemerahan berurat-urat seakan api yang marak menyala.

Khasiat Badar Api adalah pelias tembak, perangsang berani, wibawa diri, menghilangkan rasa ragu dan kegelisahan, menghilangkan sifat penakut dan rendah diri,pendinding diri dari serangan zahir dan batin atau gangguan sihir. Sesuai di bawa ke medan perang atau untuk penunduk umum dalam ucapan.

Dalam bidang perubatan Badar Besi Api berguna sebagai merawat masalah urat saraf, sejuk ngilu dan berkaitan masalah jantung.

Badar Besi adalah salah satu batu cincin yang menjadi pakaian Rasululllah dan Saidina Ali.

Sabtu, 1 Jun 2013

CINCIN TANDUK TEMBADAU PASAK KAYU MANANG HITAM


Cincin Tanduk Tembadau ( Kerbau Hutan Sabah ) yang telah dipasak ditengah dengan Kayu Manang Hitam. Ikatan Cincin gaya Perak Bali, saiz 19.

Cincin ini untuk asbab kekuatan dan keberanian, wibawa diri, anti racun dan sihir, penunduk bicara, disegani dan dihormati orang. Insya Allah si pemakai akan selalu mengungguli sesuatu bidang yang diceburinya dan kedarjatan di mata orang.

CINCIN BATU TAPAK JALAK PRANA




Tapak Jalak Prana yang telah diikat cincin gaya ikatan moden menggunakan logam besi putih yang tebal.

Batu Tapak Jalak dijadikaan asbab pendinding diri, sarana pembuka rezeki dan tuah empat penjuru alam dan lapan mata angin. Tapak Jalak Prana juga boleh membalikkan ilmu jahat orang, digunakan untuk perubatan lemah badan, angin ahmar dan gangguan jin.

Saiz cincin 18/19.

CINCIN GELIGA NENAS



Cincin Geliga Nenas. Permata kuning menyerupai isi buah nenas,ada lubang seakan pusat buah nenas. Sangat baik untuk pelaris perniagaan, asbab kemajuan tanaman dan tarik rezeki.

Saiz cincin 18/19, ikatan suasa kuning.

KEMENYAN JIN ASAP LURUS





Kemenyan Jin asli dan mistik. Jika dibakar baunya meremangkan bulu roma, asap akan naik tegak setinggi lebih satu kaki. Sesuai untuk upacara tarik dana ghaib,pemulihan barangan berkhadam, pemulihan barangan mistik dan pertukaran ghaib, tarik sukma orang, pemanggil semangat kekasih dan pemanggil makhluk ghaib.

Sangat disukai dan digilai oleh golongan makhluk alam sebelah.