Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Rabu, 15 Mei 2013

BUNTAT SIPUT



Buntat Siput ini ditemui oleh seorang anak kecil di sebuah busut dan diberikan kepada bapanya. Setelah discan ternyata buntat ini berkhadam alami dan memang alami Buntat Siput.

Kegunaan Buntat Siput adalah sebagai asbab penghadang dan penutup niat jahat manusia, pendinding diri dari gangguan halus, tarik rezeki di laut dan di darat.

Masih belum diikat cincin dan sangat cantik jika dibuat permata cincin.

BATU SALIB TAPAK JALAK


Batu Salib Tapak Jalak. Satu koleksi yang sangat rare dan mengagumkan. Garisan putih yang terjadi secara alami seakan salib yang dinamakan Garisan Tapak Jalak oleh ahli-ahli spiritual mistikal.

Batu Tapak Jalak dipercayai menjadi asbab pembuka aura rezeki empat penjuru alam dan menggabungkan empat anasir kejadian manusia iaitu tanah, air, angin dan api. Justeru itu apa saja yang berhubung anasir 4 tergabung dalam Tapak Jalak.

CINCIN GELIGA ULAR SAWA


Cincin Geliga Ular Sawa. Re-upload setelah ditukar ikatan baru. Geliga Ular Sawa untuk asbab penunduk, kekuatan tenaga, tarik bisa gigitan binatang berbisa dan wibawa diri.

Cuba lihat kedut kulit di jari manis di atas cincin tersebut, huruf apa yang anda nampak....?.Wallau ahlam bissawab.

KEONG CENUAI



Keong atau siput laut yang ada akar cenuai di dalamnya. Akar ini menggantikan isi keong dan menjadi isi bagi keong laut ini. Keong Cenuai ini hasil tarikan pada satu malam di sebuah lokasi pantai di Negeri Sabah.

Khasiat utamanya sebagai pemikat dan daya tarik untuk manusia, ikan dan hidupan lain. Keong ini berkhadam alami.

BUAH HINGGABUN


Buah Hinggabun adalah sebiji buah kayu yang berguna sebagai pelimun daripada pandangan musuh. Insya Allah musuh yang berniat jahat akan hilang pandangannya dan kita tidak akan kelihatan oleh musuh atau orang yang berniat jahat terhadap kita.

CINCIN GELIGA RAJA IKAN


Cincin Geliga Raja Ikan. Sangat cantik dan ada gambar ikan dalam batu cincin ini. Gambar ikan ini akan melekat pada magnet. Koleksi peribadi yang telah ditebus oleh kawan, jadi hanya untuk jamu mata saja dan kenangan dalam blog Geliga Kinabalu.

BUNTAT KUCING BUNIAN


Buntat Kucing Bunian. Koleksi peribadi pemberian alam bunian yang telah tiba masanya untuk dilepaskan kepada pemilik baru jika ada keserasian dan ada rezeki untuk anda.

Buntat ini sangat cantik dan ada lakaran semulajadi huruf-huruf jawi pada permukaannya. Pemilik akan disayangi orang terutamanya disayangi oleh bos atau majikan, disenangi dan suka didatangi kucing ke rumahnya, senang menjinakkan kucing, mudah mendapatkan rezeki, kedamaian rumah tangga dan pendinding diri dari gangguan ghaib.

KULIT KIJANG PUTIH



Kulit Kijang Putih. Hanya ada satu sahaja. Asbab Pelaris, Ibu Duit,Pelias Tembak dan Kedarjatan.Kulit ini masih ada bulunya dan bulu pada kulit ini boleh memanjang dengan sendirinya seakan hidup.

Saiznya hanya sebesar kuku jari kelingking. Sesuai untuk disimpan didompet dan dibawa berurusan terutamanya dalam urusan mencari kerezekian, peluang hidup, tuah pekerjaan, menemui orang berdarjat seperti bos-bos dan Datuk Menteri.

Sesuai juga dibawa oleh anggota keselamatan sebagai pelias tembak ( dengan izin Allah terlindung dari peluru musuh ).

Koleksi peribadi yang telah tiba masanya untuk dilepaskan. Mudah-mudahan ada tuahnya.