Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Selasa, 18 Disember 2012

BUAH KALUNG BESI KURSANI METEORIT BINTANG LEKAT MAGNET


Buah Kalung ini di dalamnya ada 2 butir Besi Kursani Meteorit yang berasal dari bintang di angkasa lepas. Batu Kursani Putih Meteorit ini berciri melekat pada magnet, putih kelabu dan keras.

Buah Kalung ini ada Trade Mark perkataan "METEORIT "di bawahnya, cuba kamu zoom gambar tu. ada nampak.....?

Besi Meteorit atau Taih Bintang ini adalah salah satu bahan campuran pembuatan keris-keris lama yang beraura kuat. Keris Taming Sari misalnya, salah satu bahan pembuatannya adalah besi meteorit atau besi taih bintang. Hairan....bagaimana besi ada di angkasa, turun dari langit dan berasal dari bintang di angkasa kemudian jatuh ke bumi. Tentu besi jenis ini amat besar nilai mistiknya.

Besi Kursani Meteorit ini sangat berguna untuk menjadi besi campuran pembuatan barang kebal, ditakuti makhluk jahat, anti dan pendinding sihir, tuah kerezekian dan asbab pelias yang sangat ampuh.Orang Cina menggunakan besi bintang jenis ini sebagai bahan penentang hantu dan jin jahat.

Jika digabungkan dengan besi dari bumi, maka 2 unsur petala akan bergabung iaitu petala bumi dan petala langit. Inilah rahsia pembuatan besi yang berciri kebal......jika anda tahu Rahsia dan kaedahnya sepertimana yang terdapat pada besi Keris Taming Sari.

Isnin, 17 Disember 2012

KAYU PATAWALI/URAT NUALI DAN KAYU BALABAK LAM ALIF


Posting ini sebagai perbandingan dan jawapan terhadap satu komen sahabat kita berkaitan Kayu Balabak Lam Alif, yang menurutnya adalah Kayu Urat Nuali atau Patawali. Jadi anda bandingkan sendiri, yang di atas panjang kehijauan tu adalah Kayu Patawali yang berguna dalam bidang perubatan tinggi darah, demam malaria dan penyakit dalaman badan. Manakala yang pendek di bawah tu adalah Kayu Balabak Lam Alif yang diperolehi sendiri dari hutan belantara Pulau Banggi, Kudat.

Jika anda mampu scan secara jarak jauh, tentu anda boleh scan kemistikan kayu ini dan Hanya Jauhari Mengenal Maknikam. Wassalam.

CINCIN KEMUNING ALAM GHAIB


Cincin Kemuning Alam Ghaib ini permatanya dibuat dari Kemuning Alam Ghaib yang diperolehi hasil petunjuk ghaib. Kemistikannya ada dalam posting yang lalu. Cincin ini berkhadam.Ketika diupload, khadamnya hadir sama dan memberitahu keberadaannya.

Ikatnya perak ringan, saiz 19. Cincin ini banyak khasiatnya terutama sebagai pendinding diri dari sihir, gangguan jin dan ilmu hitam. Berguna sebagai media perubatan penyakit yang berkaitan dengan sihir, gangguan jin,penawar racun,muntah darah,berak darah,penyakit dalaman badan, keracunan dan banyak lagi kegunaannya dalam bidang perubatan. Jika diizinkan Allah, Insya Allah akan sembuh.

Cincin ini telah diuji kemujarabannya dalam mengubati sihir dan gangguan halus dan dengan izin Allah sangat mujarab.

CINCIN AKEK KUMBANG ALIF



Cincin Akek Kumbang Alif ini telah diikat dengan perak. Saiz cincin adalah 17. Cincin ini ada nilai mistiknya, permatanya adalah akik asli motif kumbang dan sangat jarang ada motif seperti ini.

Pada permatanya tertera 3 huruf ALIF dalam warna putih, kemerahan dan putih kekuningan. Jika yang faham dan mengerti RAHSIA 3 ALIF dalam Ilmu Huruf dan Ilmu Kebatinan, tentu anda mengerti Rahsia   dan kemistikan yang ada pada permata cincin ini.Huruf Alif 3 ini adalah asli alami dan bukan buatan.

Cincin ini berguna sebagai pendinding yang ampuh,pelaris diri, menambah keyakinan diri,keteguhan hati, menghilangkan was-was, menjernihkan pemikiran,membuka ilham ghaib dan memperbaiki aliran darah dalam badan.

Kemistikannya scan sendiri jika anda berbakat. Setelah puas hati, Insya Allah jika serasi maka jadi milik anda.

KAIN SELENDANG BERKHADAM


Kain Selendang Berkhadam ini adalah tenunan asli orang Pedalaman Borneo yang nenek moyang mereka ada hubungkaitnya dengan keturunan Bunian dan pernah berkahwin dengan orang Bunian. Benangnya dibuat dari kulit kayu yang mana asal-usul benangnya daripada petunjuk ajaran Puteri Bunian yang berkahwin dengan manusia biasa. Kaedah dan bahan membuat selendang ini sama dengan apa yang digunakan oleh Orang Bunian di alam mereka.Kaedah membuat dan menenun kain ini dipusakai turun temurun oleh golongan wanita yang berdarah keturunan bunian.

Justeru itu, ada setengah orang menamakan kain selendang jenis ini sebagai Selendang Bunian dan banyak kegunaannya. Antaranya sebagai asbab pelaris, tuah kehidupan dan pendinding rumah/diri dari gangguan sihir dan ilmu hitam. Selendang ini juga berguna dalam perubatan tradisional sebagai penghalau gangguan halus di badan, kerasukan dan penyakit berkaitan alam halus dan sihir.

Selendang ini masih asli dan belum dipotong. Panjangnya lebih kurang satu hasta atau 3.5 kaki.

GELIGA BURUNG BUT BUT


Geliga Burung But But ini diambil dari sarang burung But But di kawasan Pedalaman Sabah. Sangat baik untuk digunakan dalam perubatan berkaitan penyakit dalaman badan, patah tulang, sakit sendi urat dan luka dalaman.

Dari segi mistiknya, Geliga Burung But But berguna untuk asbab pengasihan dan pelaris. Sangat baik digunakan untuk memulihkan lemah anggota badan dan sebagai Penimbul atau kekuatan dan ketahanan badan.

Selasa, 11 Disember 2012

TASBIH KAYU GALEH ASAM


Tasbih Galeh Asam ini dibuat daripada Teras Asam Jawa. Tasbih Galeh Asam ini sangat terkenal di kalangan masyarakat Jawa sebagai peneutral tempat-tempat yang angker. Seangker mana sekalipun sesuatu tempat itu, kalau terkena Galeh Asam akan lari jin penunggunya.

Kegunaan Tasbih ini adalah sebagai penghalau gangguan ghaib, menghalau penunggu di rumah atau di hutan atau di gua. Jika dibawa bersama, maka sebarang jin akan menghindar dan takut kepada pembawa tasbih Galeh Asam ini.

Dapat juga digunakan untuk merawat gangguan saka, jin keturunan, jin jahat, orang terkena gangguan jin, kerasukan, orang terkena sihir, membersihkan rumah dari gangguan penunggu, hantu, toyol dan seumpamanya.

Pemakai Tasbih Galeh Asam akan terhindar dari pukau, sihir dan sebarang ilmu hitam.

Di hujung tasbih ada Kayu Berkalimah yang ada tulisan dua kalimah syahadat. Sangat sesuai untuk digunakan oleh perawat untuk berzikir ketika menentang atau melawan serangan ghaib sihir atau melawan jin syaitan, saka atau meneutralkan rumah berhantu.

BAJU ROMPI MACAN GHAIB



Baju Rompi Macan Ghaib ini diberikan oleh seorang kenalan, katanya titipan dari seorang Kiai dari Cirebon, Indonesia. Baju Rompi Berwafak ini multifungsi dan dapat digunakan untuk tujuan kebal darurat ketika perang, pelias peluru, pendinding diri dari sihir dan gangguan jin, pelaris, penunduk, bicara di mahkamah, pemudah jodoh,mengelak pukau atau kecurian atau gangguan toyol, pendinding diri dan rumah dari gangguan jahat, kebakaran atau malapetaka serta dapat digunakan untuk memohon Silat Ghaib Macan Siliwangi.

Di bahagian depan ada Wafak Macan, Wafak Pedang, Wafak Cemeti, Wafak Nur Buat, Wafak Sulaiman, Wafak Kerezekian dan Wafak Perang serta beberapa wafak lain.


Jaket ini disertakan sekali dengan Ikat Kepala Berwafak dan ada gambar Macan Ghaib yang ada hubung kaitnya dengan Macan Siliwangi yang sangat terkenal di Cirebon di era Sunan Gunung Jati ( Wali Songo ) di Jawa.

Jaket ini hanya ada satu sahaja.

CINCIN KAYU MANANG LAUT



Cincin Kayu Manang Laut ini sangat langka dan susah didapati. Hanya orang yang faham dan tahu sahaja baru boleh dapat Kayu Manang laut ini.

Khasiatnya lebih dari Kayu Manang Merah. Selain asbab penunduk dan pembungkam mulut orang, Kayu Manang laut juga dapat menjadi pendinding dari serangan sihir, ilmu hitam dan sangat ditakuti jin jahat.

Dari segi perubatan Kayu Manang Laut dapat digunakan untuk mengubati keracunan, bisa sengatan haiwan berbisa, gangguan jin, histeria dan pembisa pukulan. Jika dipukulkan kepada orang boleh mengakibatkan gila  atau pengsan atau lumpuh.

Cincin ini ada dua jenis ikatan, iaitu ikatan Perak Bali dan ikatan Syiling Kuning.

KAYU LINGKUDAU


Kulit Kayu Lingkudau ini digunakan oleh orang-orang pribumi Sabah terutamanya suku Dusun untuk tujuan menghalau roh jahat dan jin-jin yang mengganggu atau mendiami sesuatu tempat. Caranya ialah dengan dibakar dan diasapkan ke tempat yang ada penunggu, jin, hantu, toyol dan jembalang atau diasapkan kepada orang yang kerasukan atau histeria.

Kegunaan Kulit Kayu ini ialah untuk menghalau jin, hantu,jembalang, syaitan, toyol, gondorowo atau balan-balan. Digunakan juga untuk mengubati orang yang kena histeria dan orang yang kena sawan dengan cara dibakar dan dihidukan kepada pesakit.Kayu ini juga dapat digunakan untuk membalikkan ilmu jahat orang atau mengembalikan jin jahat yang disuruh kepada orang yang menyuruhnya.

Jadi kalau ada toyol atau gundorowo ( jin yang suka tinggal dalam rumah lama ) atau penunggu atau hantu dalam rumah kamu, nah...trylah bakar kayu ini waktu maghrib selepas azan maghrib. Kalau mau kasi bisa lagi, campur dengan garam dan kulit bawang merah, syaitan dan jin akan kesakitan dan cedera parah.

Kalau Jin suruhan yang mengganggu dan kamu bakarkan banda-banda tadi, dia akan kesakitan, cedera dan jika tidak sembuh lukanya tuannya akan dicangaknya hingga mati.

DUIT YAASIN LIMA NABI ISA



Duit Nabi Isa Yaasin Lima. Gambar orang tua membawa tongkat,cerek dan bungkusan. Duit syiling ini dibuat dari perak putih.Ramai orang yang terlibat dalam penarikan dana ghaib mencari duit syiling seperti ini untuk tujuan tarik duit alam ghaib.

Di bahagian depan duit syiling ada tulisan ISA dalam tulisan Jawi dan Bismillah Walhamdulillah dengan tulisan putus tiada baris.

Di bahagian belakang duit syiling ini ada tulisan perkataan YAASIIN dalam tulisan khat jawi.

Antara Mu'jizat Nabi Isa Alaihis Salam ialah dapat menurunkan hidangan dari langit untuk umatnya ketika itu seperti yang disebutkan dalam Al-Quran ( Surah Al-Maidah ayat 112-115 ). Oleh itu, berdasarkan peistiwa dan mu'jizat Nabi Isa ini ada yang mendakwa Duit Syiling Nabi Isa ini dapat digunakan untuk acara menarik wang atau rezeki dari alam ghaib.

Duit ini berguna untuk tarik rezeki, pelaris niaga, ibu duit dan tarik dana ghaib. Wallahu ahlam.

Khamis, 6 Disember 2012

CINCIN GELIGA IKAN PUTIH



Cincin Geliga Ikan Putih atau disebut ikan Golah-Golah Balung oleh orang Bajau di Sabah. Geliga ini telah dicanai dijadikan permata cincin dan diikat dengan Perak Bali jenis ikatan kuku.

Saiz Cincin  21.Geliga ada bintik coklat bekas lendir ikan yang telah mengeras menjadi batu.

Fungsi Geliga ikan ini adalah  sebagai pelaris, penarik ikan dan kerezekian. Geliga ikan juga boleh menjadi penawar keracunan makanan, menawar sengatan ikan berbisa, menawarkan kerasukan dan gangguan sampukan Jin Laut.

MINYAK BULU PERINDU SI RAJA PELET


Minyak Bulu Perindu dari Kalimantan Timur yang dijoloki Si Raja Pelet kerana orang yang sudah kena oles minyak ini tidak akan bisa menahan kerinduannya. Siang malam kerinduan dan akhirnya akan mendatangi orang yang mengolesnya.

Kegunaan Minyak Bulu Perindu;

1. Pengasihan
2. Kewibawaan
3. Dagang/penglaris
4. Tani
5. Bisnis
6.Kerahayuan
7. Menagih hutang
8. Karear
9. Seni suara
10..DLL

Selasa, 4 Disember 2012

KERIS KAYANGAN PITUH BAI


Keris Pituh Bai, itulah nama keris ini. Keris ini adalah keris alam ghaib yang telah diberi sarung dan ulu baru. Aura keris ini agak kuat dan berkhadam.

Keris ini adalah dijaga oleh Puteri Kayangan yang diiringi Panglima Kayangan. Sebaik sahaja diambil, khadam penjaga keris ini telah mengilhamkan Syair Seloka untuk memperkenalkan dirinya sebagai penjaga keris ini.

 Syair Seloka yang dilhamkan Puteri penjaga keris ini adalah seperti berikut;

Pituh Bai Tujuh Berliku
Tempaan Ghaib Sesepuh Sakti
Apa Dihajat Apa Dituju
Pasti Sampai Hasrat Di Hati

Pituh Bai Sesepuh Tujuh
Keris Keramat Berliku Tujuh
Tujuh Puteri Mahligai Tujuh
Kadam Penjaga Kayangan Tujuh

Pituh Bai Pusaka Lama
Keris Kayangan Dayang Nurkisa
Dindingkan Hamba Dari Bencana
Setiap Masa Sentiasa Bersama

Pituh Bai Pakaian Diri
Sisip Di Pinggang Wajah Berseri
Berjalan Kita Seorang Diri
Bagai Diarak Panglima Berani
         ( 8 April 2012 )

Puteri Kayangan penjaga keris ini terus bersyair sambil menari tarian silat dan setelah diberhentikan barulah dia berhenti, kalau tidak sampai esok bersyair saja kerjanya nda baranti mengalahkan Tok Dalang Wayang Kulit atau Penyair Tarian Runsai Kagayan yang kalau bakalang dan barunnsai dari petang sampai ayam bakokok nda pandai baranti, maklumlah ba orang kayangan kan suka balagu, walaupun nda ada muzik.

Kalau ada muzik gamelan atau Kulintangan atau Muzik Silat dan keris ini dihunus, gerentee si pemegang keris ini akan ikut menari dan bersilat dengan sendirinya mengikut rentak irama muzik tadi,macam-macam dunia ni.

Banyak kali sudah mau up load, nda pandai jadi-jadi ada-ada sahaja cobaannya dan hari ini baru dapat Up Load sedangkan keris ini sudah ada sejak bulan April lagi.

Isnin, 3 Disember 2012

KERIS KUNO NYI BLORONG






Keris Nyi Blorong ini terbuat dari perunggu hitam. Motif ular naga berkepala manusia iatu imej Nyi Blorong Laut Selatan.

Barang antik yang penuh mistik. Milik kawan keturunan Indon untuk ditukar milik.Fungsi dan kegunaan akan diberitahu hanya kepada pemahar yang berminat.

Sabtu, 1 Disember 2012

SABUK HIKMAT


Sabuk Hikmat ini dipakai sebagai ikat pinggang atau ikat sampin baju Melayu. Sabuk ini telah diasmakan dengan ayat-ayat perang, ayat pendinding dan ayat pemberani. Sabuk dilukiskan Wafak terpilih dan ada gambar dua masjid.

Guna Sabuk ini sebagai pendinding sihir, pelias ilmu hitam, pelias peluru, kebal perang, pemberani dan dapat digunakan untuk mengubati orang terkena sihir, kena gangguan jin syaitan, kena sampuk hantu jembalang, orang kena histeria dan sebagainya.

Sabuk seumpama dan sejenis ini pernah menjadi pakaian pejuang-pejuang lama dan Panglima Perang seperti Si Pitung di Indonesia, Si Kamlon di Sulu, Datu Acheh di Berunai dan Datu Tating di Balambangan, Sabah.

CINCIN GELIGA IKAN



Geliga Ikan Pasir yang telah dicanai dan diikat cincin dengan ikatan perak ringan agar mudah dipakai untuk dibawa memancing ikan atau menangkap ikan. Kalau ikatnya dibuat dari perak yang berukir, nda sesuai nanti menyangkut di tali pancing atau di mata pukat, bikin susah nanti, nda dapat ikan tapi bekulut dengan tali pancing.

Fungsinya semua kamu tau, bikin pelaris pancing, boleh panggil ikan, pemanis diri dan tarik rezeki, penolak sihir, pengubat kena duri ikan berbisa dan katulangan ikan.

Saiz cincin 19.

SET PENAWAR RACUN


Penawar Racun ini dibuat daripada beberapa jenis kayu-kayuan asli dari Sabah buatan urang kampung di ulu sana.

Diurang bilang bikin ubat urang kana Racun Mananahun ( racun berkhadam yang sangat terkenal di Sabah dan kalau termakan terus saja si mangsa muntah darah serta merta dan jika tidak segera diubat akan mati ).

Ubat Racun Lontong ( racun yang terkenal mistik di Sabah dan jika termakan si mangsa akan membesar perutnya macam urang kana busung dan beransur-ansur perutnya semakin membesar dan akhirnya mati ).

Ubat Racun Kelulut ( racun yang juga terkenal di Sabah, kalau termakan urang akan menjadi lemah longlai, pucat kuning badannya macam urang anemia, kurus kering, kurang darah dan akhirnya mati, racun ini dikenali juga dengan racun pusaka dan berkhadam dan setiap tahun mesti perlukan mangsa, jika tidak dapat mangsa si empunya racun akan dimakan oleh Khadam Racun Kelulut ).

Ubat Racun Tarabang iaitu Racun yang dikirim melalui angin dari jarak jauh, juga terkenal di beberapa daerah di utara Negeri Sabah.

Set Penawar Racun ini juga dapat menawarkan orang yang makan Racun Gromoxon ( Racun Rumput ) atau Racun Serangga, yang mau bunuh diri sebab putus cinta dan kecewa.

Cara guna cukup mudah, jika sudah kana racun, segera rendam dalam air panas Penawar Racun ini dan minum 3 kali sehari, Insya Allah dengan IzinNya bisa racun akan menjadi tawar.

CINCIN BESI KUNING MELEKAT MAGNET



Cincin Besi Kuning melekat magnet ni barang pusaka dari Jawa, buatan lama dan berisi. Permatanya kecil saja, ikatnya macam still dan saiznya 20.

Besi Kuning ni berfungsi sebagai pemanis diri, ubat sakit sendi dan pinggang, asbab tahan badan ( anti tua ), pendinding zahir dan batin,ditakuti makhluk halus dan jika dalam darurat, Insya Allah boleh jadi pelias dan kebal kulit.

GELIGA DELIMA MANGGIS


Geliga Manggis atau Batu Delima Manggis ini diambil dari celah-celah bawah akar pokok manggis hasil tirakat dan petunjuk ghaib. Warnanya merah jambu manggis cerah keputihan, panjang betul istilah warnanya.

Batu Geliga ini berkhadam alami dan beraura kuat. Fungsinya sebagai pelaris dan bikin tarik rezeki, wibawa dan pengasihan umum. Sangat sesuai dibawa bisnis makanan atau buah-buahan, dibawa mengadap orang berpangkat dan berurusan jabatan.Geliga ini juga menjadi pendinding diri dari sihir dan gangguan ghaib.

Koleksi peribadi, tapi kalau kena gaya kamu dan rezeki kamu, mungkin bertukar tangan juga.Tapi kalau sudah dapat memerahkan air, maharnya akan melambung setinggi gunung. Sekarang geliga ini sedang dalam pertapaan.

GELIGA LIPAN HITAM


Geliga Lipan Hitam ini jenis kecil, warna kehitaman, ada bekas gigitan lipan dan sangat kuat auranya. Bilang urang Kecil-kecil Cili Padi Kalau dimakan pedas sekali.

Kalau kamu mau tau Geliga Lipan itu asli atau tidak ada beberapa cara, aku kasi tau sikit saja maklumlah banyak Geliga Lipan Klon.

1. Lihat geliga lipan tu sama ada ada bekas dipotong atau tidak, kalau asli tiada bekas macam dipotong atau dicanai.
2. Lihat geliga lipan tu sama ada ada bekas gigitan atau tiada ( Nda semua geliga lipan ada bekas gigitan lipan )
3. Rasa atau pegang geliga lipan tu, jika ada rasa menggigit macam talabih sudah, ba asli lah ba...itu, rasanya macam kana karan tapi halus saja karannya.
4. Jika ada mimpi lipan ba jaga-jaga kamu, berkhadam geliga tu.
5. Lipan akan ada selalu datang atau kamu selalu terjumpa lipan.
6. Kamu buleh nampak jin dan alam halus walau sekilas pandang.

Geliga Lipan ada macam-macam warna, ada yang coklat, ada yang hitam, ada yang putih agak kemerahan, ada yang pink muda, ada yang merah. Hijau aku belum pernah test jadi nda barani ku ba padah di sini.

Fungsinya macam-macam tengok keindahan yang dimiliki geliga lipan tu, lain geliga lipan, lain kelebihannya tapi rata-rata fungsi utama geliga lipan adalah sebagai pelaris dan tarik tezeki, pendinding diri dari gangguan zahir dan batin, gangguan kasar dan gangguan halus, wibawa dan penunduk umum, pengasihan dan ada yang diurang bikin bejudi main jackpot atau main kuah daun terup.

Ada juga geliga lipan yang tembus pandang hingga seluar dalam sumandak pun boleh nampak, jin atas pokok pun boleh nampak.Tembus Pandang sebenarnya akan ada pada semua geliga lipan tetapi hanya geliga lipan yang telah cukup matang dan raja atas Raja Lipan saja yang memilikinya. Maklumlah Raja Lipan kan banyak rakyat hinggakan yang di celah-celah batu menyorok pun dia boleh nampak.

Kalau geliga lipan peringkat kerabat diraja belum lagi boleh tembus pandang jadi kena panggil raja lipan suruh dia piara geliga tu sampai tembus pandang.

Ada juga geliga lipan yang kebal kulit dan ada yang kebal rambut, yang ini Panglima Diraja Lipan yang empunya.Ada juga urang guna geliga lipan ni bikin tarik dana ghaib.

Kalau kamu mau cari harta terpendam, aaahhh.... Geliga Lipan ni sangat berguna boleh bikin tilik harta dalam tanah, tapi ada kaedahnya cuma nda buleh aku kasi tau, takut urang salah guna.

Jadi urang yang ada geliga lipan adalah insan bertuah, kalau tau macam mana mau gunakannya.

GELANG KULIT ULAR


Gelang Kulit Ular ini diperbuat dari kulit ular asli yang telah dilekatkan dan disusun cantik menjadi gelang aluminium ringan.Gelang ini ada aura alami yang tersendiri, khadam kamu check sendiri. Khasiatnya untuk mengubati sakit-sakit sendi badan dan lemah-lemah urat, rheumatism, artritis dan sakit pinggang.

Jika ada yang mempunyai geliga ular, gelang ini boleh mengaktifkan power geliga ular dengan cara disimpan bersama geliga.

Gelang ini tidak dijual atau dimaharkan tetapi diberi percuma dengan tukaran saguhati yang berpatutan dengan niat ikhlas sebagai hadiah untuk saya dan tidak diniatkan untuk niat jual beli atau niat tebus mahar. Jadi hadiahnya kamu tentukan sendiri setaraf kemistikan dan keunikan gelang ini.

Harap maklum....