Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Jumaat, 30 November 2012

CINCIN KEONG BUNTET BESI KURSANI



Cincin Fosil Siput Purba yang telah menjadi Besi Kursani atau dikenali dalam dunia mistik sebagai Keong Buntet Besi Kursani. Bayangkanlah usianya, kalau sudah siput jadi besi mestilah berjuta tahun yang silam, lebih tua dari Nabi Adam.Bahagian isi dalam siput telah menjadi besi kusani kristal keputihan berkilat dan bahagian luar besi kekuningan. Bilang urang Sabah Zaman Purba itu dipanggil Zaman Kuda Makan Tambaga, nah inilah ba itu barangnya.

Unik, mistik dan antik. Auranya memang power, kalau dipakai sekujur tubuh rasa menyelinap, bulu roma menegak, ketenangan menyelinap, panas barang mereda, barang dalam seluar canggar menegak ( maklumlah ada besi kursani, kau niat saja kodel-kodel terus si Awang Botak, kanyat-kanyat dia macam ada koneksen dengan besi kursani dalam badan dan dalam keong ni )

Khasiatnya sebagai pendinding diri dari ilmu jahat, kebal cucuk,pelaris, tarik tuah, wibawa diri, ketahanan badan, pemulih aliran darah dan sakit sendi otot badan,ditakuti hantu syaitan, feng sui, pendinding tidur dari gangguan, awet muda dan kuat batin.

Keong Buntet Kursani juga menjadi penstabil dan penenang aura panas dari barang-barang mistik dan barang berkhadam yang berenegri panas, garang dan kuat.Kalau kamu ada barang mistik yang kalau dipakai macam mau bagaduh saja atau kamu jadi cepat panas baran atau selalu kana ganggu khadam, nah pakai atau simpan banda ini, Insya Allah tenang khadamnya dan duduk diam-diam macam murid tahun 1 takut dan hormat sama cikgunya.

SELENDANG SAKTI


Selendang Sakti ini diperbuat daripada kain sejadah hitam bersaiz selendang yang dihiasi ambu-ambu merah di setiap hujung selendang. Bahagian belakang berwarna hijau sebagai lambang warna tentera Imam Mahdi. Selendang Sakti juga dikenali sebagai Selendang Wali.

Di bahagian depan selendang dihiasi tulisan ayat al Quran dan Wafak terpilih yang dibuat di bulan dan hari yang khusus oleh seorang Kiai.

Kain selendang ini ngam-ngam kalau di sangkut di bahu atau dikalungkan di leher, macam selendang bikin kasi kalung orang Kenamaan yang datang melawat Sabah. Kalau dibikin selendang untuk perang atau waktu mau menubat urang, ngam betul ni.

Khasiatnya 1001 macam, antaranya anti tembak,anti sihir, anti jin jahat, anti racun dan anti segala macam ilmu hitam, pemberani, pelaris ampuh dan tarik rezeki, wibawa dan pemberani diri, penaik aura pemimpin dan karisma diri, penunduk orang ramai, pemukau orang garang, penawar histeria dan kerasukan, senjata bisa jurus selendang, perubatan berkaitan gangguan jin dan sihir, penghancur ilmu pelalau dan perempuan nda pandai kawin-kawin, pengubat budak kena gangguan, ditakuti jin jahat yang selalu menindih orang waktu tidur macam mau merogol tu dan boleh bersilat batin jika keadaan terdesak.

Kalau disimpan di kedai boleh bikin pelaris ampuh, tolak pukau, ditakuti toyol, tolak ilmu saingan lawan dan kasi mati ilmu sihir pelalau kadai dan jika pencuri masuk kadai atau masuk rumah mau curi duit atau barang,dia akan bingung nda dapat kaluar sampai kalaparan, dia nampak api saja di sekelilingnya, nda kau mampus...siapa suruh mancuri.

Insya Allah semua dengan izinNya jua.

CINCIN TERAS KELOR HITAM




Permata Teras Kelor Hitam ini ambil dari kawasan Pandasan, Kota Belud. Kawasan Pandasan adalah kawasan berlakunya Perang Embo Ali diera penjajahan British dahulu.Embo Ali atau Shariff Ali adalah adik beradik Datu Paduka Mat Salleh yang terlibat memerangi British di kawasan Pandasan dan Tempasuk, Kota Belud, Sabah.

Teras Kelor Hitam ini asli diperolehi hasil daripada petunjuk ghaib dan telah dicanai menjadi beberapa ketul permata cincin. Teras Kelor Hitam ini berkhadam dan beraura alami dan tiada sebarang isian ilmu tambahan.

Penggunaannya tiada pantang larang. Kegunaan adalah sebagai pendinding ilmu hitam, racun terbang, santau, santet, guna-guna, ditakuti jin jahat dan sukang segala macam ilmu hitam. Teras Kelor juga adalah bersifat anti kebal atau penawar dan pelibas ilmu kebal, pelibas ilmu jahat, penawar orang histeria dan orang kesarungan, pembuka susuk berkhadam,penghalau gimbaran orang yang susah mau mati, penghalau akuan dan saka juga digunakan untuk menawar guna-guna,penawar orang terkena sihir dan membuang sial badan.

Kalau anak gadis atau wanita memakai Teras Kelor, dipugai nda kana, dikasi kana Ilmu Pirik ( ilmu kasi keluar air Miss V Sumandak, ramai budak sekolah di Sabah ni pandai ilmu ini ) nda kana,dikasi kana Ilmu Isim Birahi ( sejenis ilmu bikin kasi naik nafsu birahi sumandak ) nda mampan, dikasi ilang barang kasayangan dalam kain tu pun nda apa-apa.

Nak...cuba....?.Khasiat, Insya Allah dijamin.

Khamis, 22 November 2012

KEONG BUNTET PURBA


Keong Buntet Purba ini telah berusia jutaan tahun, sejak zaman Dinosaur lagi. Oleh itu usianya telah sangat tua dan auranya juga memang kuat. Keong Buntet ini seakan telah menjadi besi dan ada unsur logam di dalamnya.

Cuba kamu zoooom gambar keong tu...apa yang kamu lihat....?, tafsirkan sendiri.

Keong ini telahpun diikat dengan still dan ada bintang lima dalam lingkaran sebagai hiasan sahaja. Keong ini diikat untuk menjadi buah kalung.Saiz Keong ini kecil sahaja hampir sama dengan saiz duit siling Malaysia 20 sen.

Khasiat Keong Buntet Purba ini adalah sebagai tolak sihir dan ilmu hitam, tolak niat jahat orang, menghalang mimpi buruk dan gangguan tidur, pelias, fengsui dan tuah badan, pelaris diri.dan wibawa diri.

TALI PINGGANG HIKMAT



Tali Pinggang Hikmat ini dibuat dari kulit dan di bahagian dalam tali pinggang ada tulisan ayat Quran dan wafak serta rajah dan wafak Zulfakar. Pengisian telah dibuat oleh seorang Kiai.

Tali Pinggang ini banyak kegunaannya, antaranya ialah pendinding dari sihir dan gangguan jin syaitan, tolak bala, pemberani bak Harimau Ali, penggerun, penunduk orang garang, disegani dan dihormati lawan dan kawan, kata-kata dituruti orang dan jika dalam keadaan terdesak akan ada pertolongan ghaib dan bisa bersilat batin, jika digunakan untuk melibas musuh bisanya seperti panah api.


GELIGA AIR HUJAN


Geliga Air Hujan sangat jernih dan kecil sahaja lebih kurang 2 kali saiz beras. Bentuknya macam jantung pisang atau benyuk titisan air. Kalau dipegang sangat sejuk dan mendamaikan, sejuknya naik ke sekujur tubuh badan.

Cuba kamu tengok dalam geliga tu? apa kamu nampak....? ada kalimah Allah muncul dalam refleks geliga, Subhanallah....sudah ku katakan dulu, bayangan kekuasaan Allah ada di mana-mana.

Geliga ini berkhasiat untuk penyejuk rumah tangga, peredam rasa marah orang, ketenangan dan ketenteraman jiwa, tarik rezeki, pelaris umum, penakluk hati orang ramai, dikasihani orang ramai dan meredam aura panas dari sebarang geliga atau benda mistik lain.

Dari segi perubatan, Insya Allah apa sahaja penyakit berunsur panas seperti gangguan jin syaitan, panas badan, kataguran, histeria dan kasarungan, buatan orang, penyakit giap ( kudis ular berbentuk melingkar ), melecur, kena semaie ( racun kulit paling ditakuti di Sabah yang diperbuat dari air nanah orang mati dan beberapa racun gatal seperti rebung buluh,getah rengas,ulat bulu,air busuk ular dan beberapa campuran lain ) dan penyakit kulit akan dapat ditawar (diubati ) dengan Geliga Air Hujan.

Isnin, 19 November 2012

BATU PETIR MERAH






Batu Petir Merah memang sangat jarang diperolehi. Bagi peminat batu petir yang mungkin belum ada menyimpan batu petir merah, maka batu petir ini sedia untuk dilepaskan kepada sesiapa yang berminat.

Khasiat Batu Petir saya rasa kamu semua dah tahu dan tak payah lagi diulas panjang lebar, nanti kamu boring dan hilang minat. Batu Petir ini jika dioles dengan emas, calitan keemasan akan melekat di atas batu ini.

Ahad, 18 November 2012

TUMBAL PASAK RUMAH DAN HARTA BENDA


Tumbal Pasak Rumah ini telah diisikan dengan minyak khas, Wafak Tumbal Rumah dan Buluh Perindu yang diritualkan dan disimpan dalam botol khas. Sangat mudah digunakan, hanya tanam di halaman rumah atau simpan di atas pintu atau simpan dalam laci duit kedai atau simpan dalam kereta, Insya Allah akan banyak faedahnya.

Guna Tumbal Pasak Rumah ini adalah untuk menjaga rumah daripada bencana,malapetaka,kecurian,bala, angin ribut atau ganguan toyol, serangan jin dan ilmu sihir atau gangguan roh-roh yang gentayangan.

Cara guna :
1. Jika di tanam di halaman rumah depan ; rumah akan terhindar dari malapetaka,bencana,bala,gangguan
    yang disebabkan oleh jin, manusia atau roh gentayangan.
2. Jika dipasang di pintu masuk rumah; keluarga dan isi rumah akan diberkati dengan ketenteraman dan
    kebahagiaan, terhindar dari serangan santet.
3. Jika ditanam di depan toko, kedai,restoran,warung ; akan dapat menarik pembeli dan terhindar dari
    saingan lawan.
4. Jika dipasang di kereta, kapal laut, perahu ; akan selamat dari segala bentuk gangguan, selamat dari
    kecelakaan, bahaya dan kemalangan.
5. Jika dipasang di tempat simpan makanan ; akan berkah dan beroleh kerezekian yang melimpah ruah.
6. Jika disimpan di tempat simpan duit ; akan aman dari gangguan pencurian, toyol dan diberkahi wang yang
    disimpan, jadi ibu duit yang dapat memanggil rezeki/duit sehingga wangnya tidak mudah habis dengan
    syarat, jika mengambil duit mesti disisakan satu atau dua lembar jangan dihabiskan.

WAFAK PELARIS KIJANG PUTIH


Wafak Pelaris Kijang Putih ini buatan dari Indonesia. Kijang Putih dipercayai berasal dari alam sebelah jadi kulitnya sangat dicari untuk tujuan pelaris, pendinding dan menembus alam ghaib.

Kulit Kijang ini telah diritualkan dan ditulis Wafak Pelaris,Wafak Ibu Duit dan Pendinding. Fungsinya untuk pelaris perniagaan, tarik pelanggan, tarik rezeki, pendinding premis perniagaan dari serangan lawan saing, pendinding dari sihir dan meneutralkan aura negatif di sekitar perniagaan.

Bentuknya kecil saja, besar sedikit dari kotak mancis kayu api dan sangat sesuai untuk dibawa dalam poket waktu jualan Direct Selling atau waktu menemui pelanggan. Kalau di restoran atau kedai, simpan saja dalam laci duit kerana wafak ini ada Wafak Ibu Duit dan Kerezekian.

SAPU TANGAN WAFAK






Sapu tangan ini bukan untuk lap ingus atau lap tangan, tapi untuk kegunaan bersifat mistik ghaib. Kegunaan sapu tangan ini antara lain, Insya Allah;
1. Selamat dari segala musibah
2. Selamat dari Fitnah orang zalim
3. Selamat dari satru
4. Disegani orang dan dimuliakan
5. Memperolehi kepercayaan orang atasan
6. Akan unggul dalam segala perkara
7. Mempermudah jalan rezeki
8. Selamat dari ilmu sihir dan gangguan jin/syaitan
9. Jika dipakai wanita, akan cepat menemukan jodoh
10.Dijauhkan dari pencurian, kebakaran dan musibah lain jika di simpan di rumah, kedai dan pejabat
11. Jika dalam kecemasan, Insya Allah pemakai akan boleh bersilat batin.

Jadi, kalau di Sabah ni ada yang mau pigi kawin sana Pitas, Bofot, Paitan, Padas, Kinabatangan yang pandai kasi ilang palir tu, nah...kamu pakai ni sapu tangan waktu kamu akad nikah tu ( di Sabah ni kalau kawin dulu-dulu pakai sapu tangan waktu gusti tangan sama imam kadi yang kasi kawin tu , adat kono ).Takut ba nanti ilang itu barang nda ada guna mau kahwin, kanapalah tunang kamu tu ratu cantik kalau barang tu sudah ilang apa guna lagi, idup pun nda ada arti. Mana parampuan mau kalau nda ada sudah barang pusaka tu, bikin apa mau kawin sama kamu. Jadi....jaga-jaga kamu.

QURAN ISTANBUL 33 LIPAT






Quran Istanbul ini ada 33 lipat. Tulisannya dakwat keemasan, ada lambang Pedang Zulfakar ( Pedang Saidina Ali ) bersilang dua. Setiap lipatan ada tulisan wafak terpilih dari ayat al quran dalam tulisan tanpa baris.

Banyak kegunaan Quran Istanbul ini, antaranya untuk pendinding diri dari sihir, ilmu hitam dan angkara jahat manusia, jin dan binatang, kebal darurat, pelias peluru, pemberani jihad fisabilillah, penunduk, pelimuanan darurat,tolak bala dan petaka dan 1001 kegunaannya denga izin Allah jua.

Boleh juga digunakan untuk perubatan sihir, gangguan jin syaitan, tawar bisa gigitan binatang berbisa dan sebagainya.

Boleh juga bikin tarik rezeki sehingga ada kaki-kaki tarik yang mencarinya untuk tujuan tarik dana ghaib.

KAYU PIKASIH ANAK BINI


Kayu Pikasih ini adalah khas untuk kegunaan rumah tangga.Amat besar khasiatnya dan cukup mudah untuk digunakan. Gunanya untuk merukunkan rumah tangga, menjadikan anak dan isteri yang degil, tubal, keras kepala, kuat melawan cakap dan seumpamanya akan menjadi penurut,akur dan tunduk hormat kepada ibu bapa. Jadi kalau ada anak yang derhaka sampai mau lari dari rumah tu atau adik beradik yang selalu mau batumbuk,bagogol dan batarik rambut, nah...ini habuannya.

Kalau ada bini kamu yang bamadu ( sheeet....jangan kasi tau bini-bini ku abis nanti rasia ku ) kasi diorang buat pakai kayu ni ( tapi ada campurannya....rasia nanti aku kasi tau kalau kan mambali ), Insya Allah nda bagaduh jadi basayang-sayang macam tu itik betina,cuba kamu liat, kanapa lah sepuluh ekor nda parnah bagaduh sedangkan lakinya seekong ja ( campur Kurapak Barunai siki-sikit ) tapi kalau ayam betina, kenapalah seekor, lakinya pun kadang-kadang ditaradahnya juga tapi lepas dia lawan dia lari, magandai bilang urang kaki sabung.


Khamis, 15 November 2012

GELIGA TABUAN TANAH


Geliga Asah atau Batu Asahan Tabuan Tanah ini dijumpai dalam sarang tabuan tanah atau urang Sabah kadang-kadang panggil Tabuan Surun yang hitam berjalur kuning badannya tu, kalau manggigit karabau pun tabirak-birak, bisanya nda katahanan buleh takancing-kancing kita kalau kana gigit.

Geliga jenis ini sangat sukar dijumpai dan digunakan oleh Tabuan Tanah untuk mengasah jarum senjatanya, jadi jangan heran kalau banda ni kan dibubut oleh tabuan.Auranya memang kuat dan ada khadam. Kalau bawa geliga ini alamat tabuan selalu mabubut kita.

Gunanya, Insya Allah sebagai asbab kebal darurat, pertahanan diri dari serangan zahir dan ghaib,pemberani terutamanya waktu mangadap orang basar atau waktu berucap, penarik urang dan pelaris diri, pembuka wibawa diri dan aura berani, bikin ubat urang gopoh dan gagap, bikin ubat urang panakut dan buleh bikin tarik bisa gigitan Tabuan Surun atau gigitan binatang berbisa.

CINCIN PERMATA KAYU BALABAK







Cincin Permata Kayu Balabak, baru saja siap dibuat dan diritualkan, ngam-ngam malam jumaat awal muharam, tahun baru. Cincin ini permatanya kayu Balabak dipasak dengan ramuan pengasih yang terpilih, antaranya kayu pitunduk,kayu cintamani bunian,kayu manang,kayu akar limau manis,tulang ikan kamee,unduk-unduk,buluh perindu,rambut bunian marudu, kain kelambu kaabah dan beberapa ramuan rahsia...

Permata cincin ni ada lubang di tengah-tengahnya, macam lubang pusat si kajol..atau macam lubang...ntahlah lubang apa, maklumlah kayu Balabak mesti ada lubang sebab sasaran utamanya juga lubang...

Setelah itu, cincin ini diritualkan dengan Doa Pugai Balabak dan diaktifkan aura dan khadam setiap ramuan rahsia tadi. Jadi memang Cincin ini berkhadam alami, bukan khadam isian.

Cincin ini diikat dengan Perak Bali dan saiznya 20, ngam-ngam di jari manis. Kalau mau mangurat....kasi lap saja cincin ni di kening sambil niat..( banyak lagi gunanya dan ada cara guna....nanti dikasi tau kalau sudah jadi milik kamu )

Gunanya....faham-faham sajalah kalau Kayu Balabak. Cincin ini serbaguna, boleh bikin pugai sumandak, boleh bawa mangurat,bikin kasi tunduk mantua, kasi tunduk bos, kasi orang sayang sama kita, kasi baik orang bagaduh, kasi ngam madu ( P Ramlee salah ba, nda pakai cincin ni, itulah dalam Filem Madu 3 bini-bininya bagasak ), bikin melobi projek dan tender, bikin pujuk orang marajuk dan bikin bakempen waktu Pilihanraya ( PR ke-13 sudah dakat ba...), bikin karisma waktu berucap macam Tun Mustapha dulu, kasi buka aura, bikin buang pelalau nda mau kawin-kawin tu dan masma-masam lagi ba...

Pantang....jangan bawa lintas lautan, nanti parahu karam dibubut puting beliung dan angin ribut.Kalau kamu mau bawa juga....ba, kasi masuk dalam perut ayam cincin ni lepas tu kamu gendong ayam tu jangan kasi lapas, nanti tarabang abis cincin ni....Kalau ayam tu birak, tahan sajalah...padulilah janji cincin ni salamat mandarat.

Nda lama lagi gaji sudah dan ada yang baru gajian, jadi.....jangan lepaskan barang ni, hanya ada satu saja sempena bulan Muharam ni.

BATU TAPAK JIN COMBONG ALAM






Batu Tapak Jin ini ada bekas tapak kaki tiga jari melekat di batu. Batu ini ada ciri-ciri batu petir, jika digores dengan emas, kesan goresan emas akan melekat di batu ini. Batu ini berurat seakan berlapis-lapis dan ada tonjolan di atasnya. Bahagian atas batu tapak kaki ini ada combong berlubang yang diselaputi batuan kecil seakan intan/kristal dalam lubang batu ini.

Batu Tapak Jin ini telah diuji cuba khasiatnya seperti berikut;
1. Media tangkapan ikan yang banyak ( merambat/jala/memancing ikan )
2. Perubatan penyakit mistik dan gangguan jin
3. Media pelaris dan
4. Tarik dana ghaib

TASBIH RAJA LAUT






Tasbih Raja Laut ini adalah butiran biji tasbih pecahan 99 biji daripada mutiara yang telah menguning  seakan menjadi besi kuning. Tasbih ini ada selitan batu Mata Kucing ( Cat Eyes ) di hujung tasbih. Tasbih ini berbentuk kecil dan biji-biji mutiara asli kekuningan ini sangat antik,mistik dan ada aura ghaibnya yang tersendiri.

Khasiat Tasbih Raja Laut ini adalah seperti berikut;
1. Pengganda aura daya tarik dan wibawa ganda
2. Pengganda tenaga dalam dan ilmu kebatinan
3. Pukulan dan media ditakuti jin jahat
4. Anti sihir
5. Anti racun
6. Media pengubatan penyakit berkaitan mistik ghaib, hanya rendamkan baca fatihah dan salawat,Insya
    Allah.
7. Pendinding diri dan rumah kediaman/kenderaan
8. Pelaris dan penarik rezeki

TASBIH KAYU STIGI LAUT






Kayu Stigi Laut adalah kayu yang sangat berkhasiat dan tinggi nilai mistiknya. Sunan Nyampulangin anak Sunan Muria salah seorang Wali Songo di Jawa menggunakan kayu stigi sebagai tongkat keramatnya. Tasbih Kayu Stigi Laut ini pecahan 99 biji dan coklat kehitaman, usia kayunya sangat tua dan tasbih ini tenggelam dalam air.Tasbih ini memilik aura ghaib dan ada unsur mistiknya.

Khasiat Tasbih ini adalah seperti berikut;
1. Rumah yang memilikinya Insya Allah terlindung dari kejahatan makhluk ghaib
2. Untuk anak yang selalu menangis dan tidak mau tidur, letakkan di bawah bantal atau rendam dalam air
    dan beri minum
3.  Sakit urat/otot gosokkan ke bahagian yang sakit
4.  Sakit gigi, rendamkan dalam air hangat dan guna untuk berkumur dan diminum
5.  Terkena gigitan binatang berbisa, gosokkan ke bahagian yang terkena gigitan atau meminumkan air
     air rendaman tasbih.
6.  Jika dipakai pada bagian badan, Insya allah terhindar dari binatang liar,anjing ganas dan binatang berbisa
7.  Terhindar dari niat celaka orang dan keselamatan
8.  Jika digunakan untuk berzikir akan mudah mendapat ilham ghaib
9.  Dapat digunakan untuk melihat alam ghaib ( terawangan )
10.Dapat digunakan untuk melihat isi pusaka/batu geliga/barang berkhadam/tempat angker
11.Dapat digunakan untuk menambah pancaran aura dan menguatkan tenaga dalam
12.Pukulan bahaya kepada makhluk ghaib dan makhluk nyata
13.Tolak sihir dan gangguan makhluk ghaib
14.Anti racun dan santet
15.Jika dibawa berzikir akan dapat melipat gandakan tenaga dalam sehingga 70 kali ganda kekuatan zikir 
     tenaga dalam tanpa tasbih.

CINCIN FIRUS BIRU


Cincin Batu Firus Biru asli yang telah diikat perak suasa. Buatannya kukuh, permatanya tebal, saiz batu besar macam ibu jari. Saiz cincin 19.

Isnin, 12 November 2012

PAYUNG DEWA


Payung Dewa ini adalah berupa keris tusuk yang dibuat dari kuningan sari. Ulu keris berupa kepala naga dan sarungnya bentuk payung.Keris seperti bentuk payung ini berfungsi sebagai pelindung diri, pagar ghaib dan pelias dari ilmu jahat dan sihir, wibawa dan kepimpinan.

Keris Payung Dewa juga merupakan senjata sulit yang diselitkan di bahagian badan yang tersembunyi dan akan digunakan jika keadaan terdesak. Banyak digunakan oleh Body Guard yang terdiri dari dayang-dayang istana untuk melindungi puteri-puteri raja Jawa masa silam. Sasaran utama keris ini ialah bahagian mata, perut dan kemaluan.

KERIS KECIL KELABANG IRENG






Keris Kelabang Ireng ( kecil dan bersarung ) dibuat dari kuningan sari dan pada bilah keris dan sarungnya diukir ayat al Quran dan kalimah Allah. 

Keris Kelabang Ireng berfungsi untuk;

1. Pendingin suasana keluarga yang sedang bertikai
2. Meningkatkan wibawa dan kepercayaan diri
3. Medium penarik rezeki
4. Proteksi diri dan keluarga
5. Pengasihan umum

KERIS SANGGUL RATU COMBONG


Keris Sanggul Ratu Combong ini dibuat dari perunggu hitam kuno,antik dan mistik. Sanggul Ratu dipercayai berguna untuk tujuan kepangkatan, penaik aura ketinggian darjat, tarik tuah dan kerezekian dan penyerlah aura pemikat dan kecantikan. Sanggul Ratu juga berfungsi sebagai senjata selit yang boleh digunakan untuk menikam musuh dalam keadaan terdesak.

Sanggul Ratu menjadi senjata sulit yang disembunyikan oleh Puteri-puteri istana Jawa masa lampau di sanggul rambut mereka atau di tempat yang tersembunyi seperti dalam baju dan lipatan kain sarung.

Sanggul Ratu ini berkhadam dan beraura kuat.Jika ada yang minat mau proses cuba-cubalah ba, mana tau manyangkut.

CINCIN PERMATA KAYU SUKANG 1000



Kayu Sukang 1000 adalah sejenis kayu yang sangat rahsia dan popular di negeri Sabah. Sukang 1000 yang ertinya pendinding atau pengubat atau pembatal ilmu seribu guna sangat banyak gunanya. Menurut orang-orang Sabah, Kayu Sukang 1000 berfungsi seribu guna dalam dunia mistik,perubatan tradisional dan perkayuan, antaranya pendinding diri, pembatal ilmu orang, pendinding dari racun, racun terbang, santet, guna-guna, ilmu hitam dan segala macam ilmu sihir dapat dipampan oleh kayu Sukang 1000.

 Kayu Sukang 1000 juga berguna untuk mengubati gigitan binatang berbisa seperti ular, kala,lipan, sengatan binatang berbisa, ikan berbisa,penawar racun, lontong, kelulut, sihir, gangguan hantu syaitan dan jin jahat, keracunan, sakit perut dan macam-macam lagi penyakit yang berkaitan mistik.

MINYAK MANI GAJAH LAMPUNG + KAYU BALABAK


Minyak Mani Gajah Asli dari Lampung,Sumatera, Indonesia ini telah dicampurkan Kayu Balabak Asli agar power gabungan dua jenis minyak pugai ini bersatu dan lebih mantap. Kegunaan adalah untuk memudahkan urusan,menundukkan atasan dan bawahan, menambah pelanggan, menarik penumpang supir dan pelanggan restoran,menarik rasa cinta lelaki dan perempuan.

MINYAK MISIK TURKI ASLI






Minyak Misik Turki ini asli dari Turki dan disimpan dalam bekas kaca untuk menjamin pemalsuan. Misik Turki ini sangat diperlukan dalam upacara menembus alam ghaib, mengembalikan power barang berkhadam, memelihara geliga, keris dan barang berkhadam,kegunaan urusan dana ghaib dan tarik harta karun.

Selalunya Misik ini menjadi pasangan kembar bagi Minyak Zafaron Asli Tembus Daging. Barang sangat terhad, jika ada yang berminat cepat-cepatlah tebus, susah mau dapat dan ada lima botol sahaja.

Jumaat, 9 November 2012

CINCIN PERMATA JARUM EMAS

Cincin Permata Jarum Emas yang diikat perak Bali berukir. Batu Jarum Emas sesuai sebagai pakaian harian. Ada yang percaya jarum keemasan dalam batu cincin boleh membiak dan boleh bertambah jika serasi dengan si pemakain. Batu Jarum Emas membawa fungsi sebagai asbab tuah kekayaan dam kesenangan orang media.

Rabu, 7 November 2012

MINYAK BUMI PELIBAS


Minyak Bumi Pelibas ini telah dipaking khas dalam botol. Pati Minyak Bumi ini hanya ada di tanah Borneo dan banyak kegunaannya. Minyak Bumi ini khusus untuk menjaga rumah daripada kiriman sihir, ilmu hitam, gangguan jin jahat, tuju-tuju dan pelumpuh niat jahat orang, ditakuti Toyol.Ilmu hitam yang dihantar akan libas ( menjadi tawar dan musnah ) dengan sendirinya jika kita menyimpan Minyak Bumi ini.

Sangat mudah untuk digunakan, cuma gantung saja di mana-mana bahagian rumah tetapi sebaik-baiknya di tiang tengah rumah atau di atas pintu utama, Insya Allah kiriman ilmu jahat akan mati dan musnah dengan sendirinya apa bila mengenai rumah pemilik Minyak Bumi ini.

Minyak ini tiada isian jampi atau zikir hanya keampuhan alami yang dimiliki oleh minyak ini, tiada pantang larang dan boleh dibawa ke mana sahaja serta boleh digunakan oleh semua bangsa dan agama.

GELIGA DONGOR ( GELIGA MEMERANG )


Geliga Dongor atau Geliga Memerang ini sangat banyak fadhilatnya terutamanya untuk memancing ikan. Kamu tahukah....? memerang menggunakan geliga ini untuk menjadi scanner mencari ikan. Tanpa geliga ini memerang tidak akan dapat mencari makanan. Sewaktu memakan ikan di darat, memerang akan memuntahkan batu geliga ini dan selepas memakan habuannya, ia akan menyimpan semula geliga ini di dalam mulutnya. Pelik, ajaib dan mistik tapi itulah hakikatnya.

Justeru itu, jika kamu kaki pancing atau kaki rambat udang, Geliga Dongor ini mempunyai power untuk membanyakkan hasil tangkapan dan dapat mencari lubuk ikan, lubuk udang atau lubuk ketam. Nah....cuba...?

Ada juga orang yang menggunakan Geliga Dongor ini sebagai media kebal. Cuba kamu tatak pakai parang badan memerang atau Dongor tu sewaktu geliga ini ada dalam mulutnya, Insya Allah tidak lut senjata, parang akan melantun dan Dongor macam kasi main-main kamu saja.

Ada juga orang menggunakan Geliga Dongor ini sebagai media untuk mengamalkan Ilmu Kekuatan dan penambah power sewaktu beramal ilmu-ilmu Kanuragan.

Ada pula yang menggunakan Geliga Dongor ini sebagai Media Kuat Seks di ranjang. Cuba kamu subuk ( intai ) Dongor tu sewaktu mandi pasir dengan bininya, apa yang jadi....? abis pasir tu tempat begolek-golek macam-macam stail diorang buat waktu diorang baromen, mengalahkan hero dan heroin filem Hindi. Aku tau ba ini...sebab aku yang intai Dongor tu waktu beromen....punya lah lama..... aku menunggu, mau bejam-jam diorang bagogol. Siok-siok diorang bagogol diorang pigi makan ikan, ba...aku sergah kasi takajut, balarian diorang tarajun sungai, apa lagi aku ambil geliganya. Kasian pula aku sama Dongor tu... macam manalah diorang mau cari makanan, mangkali marabut saja kawan punya makanan baru dapat hidup.

PERMATA CINCIN TERAS KAYU TAS

                                                                       RM 160

Permata Cincin Teras Kayu Tas sangat jarang diperolehi, mungkin satu dalam sejuta. Permata cincin ini dibuat sendiri dan dijamin keasliannya. Teras Kayu Tas ini berkhadam alami dan sangat banyak fadhilatnya kepada makhluk Allah.

Teras Kayu Tas ini media penunduk umum yang ampuh, ditakuti haiwan berbisa dan penunduk manusia garang. Jika binatang berbisa seperti ular, lipan, kala, tokek lalu di bawah Teras Kayu Tas, Insya Allah akan lemah dan akhirnya mati budar dengan sendirinya ( telah diuji kemujarabannya ). Jika di simpan di rumah binatang berbisa akan takut dan menjadi kepantangan mereka mendekati rumah yang menyimpan teras kayu tas ini. Aura dan powernya akan dapat dirasai oleh binatang berbisa yang melata walaupun dari jarak 50 meter.

Teras Kayu Tas ini juga ditakuti hantu jembalang, jin jahat, toyol dan anti ilmu sihir. Jika ada yang histeria cuba kamu tekan Teras Kayu Tas ini di ibu jari pesakit, takancing-kancing teriak jin yang merasuk.

Awas....Teras Kayu Tas ini jangan digunakan untuk memukul orang atau anak kecil, orang akan lumpuh anggota badannya dan boleh memudaratkan yang membawa kecacatan atau kematian.

Istimewanya.... Teras Kayu Tas ini berkhadam alami, mempunyai power alami dan tidak perlu pengisian apa-apa ilmu atau zikir.

Jika ada yang mau dengan ikatan sekali, masih boleh diatur. Saiz cincin boleh tempah dan jenis ikatan adalah perak atau tembaga kuning. Jika dengan siap ikatan maharnya RM 310 termasuk Pos Laju.

Permata Teras Kayu Tas sangat terhad dan hanya ada 3 butir sahaja.

BESI KURSANI HITAM MELEKAT MAGNET

                                                                       RM 110

Besi Kursani Hitam Mengkilat yang melekat pada magnet. Kalau besi mana karatnya, kalau magnet mana tariknya, kalau batu ada pula kilatnya, itulah unik dan mistiknya Besi Kursani Hitam. Besi Kursani Hitam ini dalam bentuk ketulan seakan telur, sangat sesuai untuk dibuat permata cincin atau sebagai campuran besi kebal.Terdapat juga Besi Kursani Kuning, Besi Kursani Putih, Besi Kursani Merah tetapi yang di atas adalah Besi Kursani Hitam. Jadi kepada peminat besi kursani, jika Besi Kursani Hitam belum ada dalam simpanan kamu cepat-cepatlah ambil, ada dua biji sahaja.

Besi Kursani Hitam ini sangat kuat auranya, meremang bulu roma jika digenggam erat dan meresap ke sekujur tubuh badan, maknanya ada power la ba itu.Hanya Jauhari mengenal Maknikam.

Khasiat Besi Kursani Hitam ini adalah sebagai media kebal darurat,pembisa pukulan, tahan badan dari pukulan, media ilmu pengasihan dan kewibawaan. Sangat sesuai dibuat permata cincin atau sebagai campuran besi-besi kursani yang lain untuk dibuat Besi Kebal atau campuran besi keris.

CINCIN GADING GAJAH ANTIK





Cincin Gading Gajah Antik ini adalah koleksi lama yang telah ditukar ikat cincinnya. Permata Gading Gajah ini pusaka lama yang berusia ratusan tahun ( bukan buruan gajah secara haram ) dan banyak faedahnya. Fungsi permata Gading Gajah ini adalah sebagai sarana anti racun, anti sihir dan ilmu hitam dan pendinding dari sebarang racun dan media penunduk serta wibawa yang sangat ampuh.

Ikatnya agak mengkilat, bukan kerana tidak cantik tetapi kerana ada kilauan kamera yang menjadi refleksi putih dan mengaburkan gambar.

GELANG LENGAN ANTIK ( TEMBAGA KUNINGAN)

                                                                         
Gelang Tembaga Antik ini dipakai di lengan oleh suku-suku Pemotong Kepala di Borneo. Jadi gelang seumpama ini memang antik dan usia gelang ini telahpun melebihi ratusan tahun. Gelang Lengan ini dipakai sebagai azimat oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu, jadi tentunya gelang ini ada isian tertentu. Gelang Kuningan ini diperbuat daripada tembaga kuning ( campuran emas,besi kursani dan beberapa logam lain )  berfungsi sebagai sarana kekebalan, pelias ilmu hitam, wibawa kelelakian, lambang kegagahan dan keperkasaan, pelancar aliran darah, kekuatan tenaga dalaman dan kecepatan gerakan silat.

Gelang ini mempunyai isi dalaman dan beraura kuat.

PEMBUKA SURAT ANTIK MOTIF PEDANG ARAB

                                                                   RM 260

Pembuka Surat Antik ini dibuat dari tembaga yang berukir di bilahnya. Pembuka surat ini adalah bermotifkan Pedang Arab berukir bunga menjalar dan berulu tembaga, sangat rare dan antik dan telahpun berusia ratusan tahun. Jika ada yang mempunyai hobi untuk menyimpan benda ini, kamu belilah sebagai koleksi peribadi.

BULUH PERINDU SIMPUL RUAS BERKHADAM ALAMI


Buluh Perindu Simpul Ruas ini sangaaat jarang diperolehi, mungkin satu dalam sejuta. Ini adalah koleksi peribadi tapi kalau ngam tawaran maharnya boleh runding juga ba. Mana kamu mau cari buluh perindu begini, nasib baiklah ada bunian yang sanggup kasi kalau tidak, nda mungkin boleh ketemu.

Khasiatnya, nda payahlah aku kasi tau sebab dalam up load yang lalu sudah ku terangkan kegunaan Buluh Perindu. Buluh Perindu Simpul Urat ini berguna untuk pelaris, pengasih, penunduk, perindu, penarik peminat, media penarik ikan ( kalau dibawa memancing, ikan pun jadi minat sama umpan kita berpusu-pusu kerinduan gila umpan ),media pugai untuk lawan jenis, pemudah urusan, disenangi orang banyak dan sebagainya.

Buluh Perindu Simpul Ruas ini berkhadam alami, jadi nda perlu dijampi-jampi atau dikasi baca apa-apa ilmu, automatik ada isi sedia, ada aura alami.

CINCIN GEMUNGGAL TERAS KILO PUTIH BERKHADAM




Cincin Gemunggal Teras Kilo Putih ini asli dari Sabah. Teras Gemunggal asli, bukannya gemunggal hutan yang mudah diperolehi. Teras Gemunggal Putih ini sangat jarang dijumpai dan uniknya teras gemunggal ini selain memiliki kelebihan sebagai teras gemunggal asli seperti anti sihir, pendinding racun terbang, santet,gangguan jin, guna-guna, tikam roh dan ilmu guris ( nda kira guris api, guris kura-kura, guris pangkah atau guris ular dan sebagainya semua jadi tawar ) teras ini juga berkhadam alami.Jadi Teras Berkhadam ini boleh bikin mengubat orang histeria, kena antu syaitan, kena guris, kena pugai, kena sihir dan seumpamanya.

Teras Gemunggal Putih ini juga anti kebal, jadi kalau orang yang ada ilmu kebal jangan cuba-cuba, kebal akan hilang dan lut ditikam senjata. Sangat baik untuk menjadi pakaian anggota Tentera, Polis, RELA atau Pengawal Keselamatan sebab kalau kamu tembak orang kebal mesti tembus peluru.

Teras Gemunggal berkhadam ini bukannya diperolehi dari pokok yang telah mati ditumbang, tetapi induk pokoknya masih hidup dan terus membesar, sebab itu ia sangat power. Petua orang tua-tua kalau sesuatu itu diperolehi dari benda yang masih hidup, maka aura dan powernya tidak luntur. Ini rahsia yang saya kongsi bersama dengan kamu peminat teras gemunggal. Keasliannya saya jamin 100%.

Kalau kamu zoom gambar cincin tu, gambarnya agak berkilat pada ikat cincin dan permatanya agak kabur. Jangan bimbang cincin tetap cantik itu, hanyalah kilauan cahaya dik aura cincin ini. Permata cincin ini masih asli belum dipolish atau divarnish untuk menjaga keasliannya.

APEL JIN DAUN TUJUH


Apel Jin Daun Tujuh lebih tinggi tahapnya dari Apel Jin Daun lima, tetapi dalam proses menarik khazanah ghaib,harta karun dan pertukaran dana ghaib kedua-dua apel jin ini diperlukan dan kadang kala saling melengkapi. Jadi, kepada mereka yang minat dan berkecimpung dalam arena tarik menarik atau proses atau yang sewaktu dengannya, ingatlah...Apel Jin mesti ada kalau tidak hasil yang diperolehi hanya kenyang mata saja akan ghaib semula. Inilah sandiwara alam ghaib yang selalu dihadapi oleh peminat kerja-kerja ini.

Oleh itu, kamu kena simpan Apel Jin sebegini untuk kelanjutan kerja-kerja kamu dan geng-geng bagi kegunaan tiket untuk berurusan dengan alam ghaib. Barang sangat terhad, jadi kepada siapa yang berminat sms saja, barang sukar diperolehi mau pigi Turki atau agen benda ghaib baru boleh dapat.

Selasa, 6 November 2012

SET GELANG DAN CINCIN CAT EYES UNTUK WANITA



Set gelang Cat Eyes dan cincin Cat Eyes untuk wanita. Set ini adalah batu Cat Eyes asli yang bertatahkan Russian Diamond bersalut warna  keemasan sangat sesuai untuk dijadikan hadiah hari jadi atau sebagai tanda ikataan cinta pasangan yang sedang di lamun asmara. Murah saja, nda mahal harganya memang mampu milik. Nda percaya....? cuba kamu sms tanya harganya jika kamu minatlah, gerentee budak kampus kolej dan universiti mesti mampu beli.

Isnin, 5 November 2012

APEL JIN DAUN LIMA


Apel Jin Daun Lima ini sangat susah untuk diperolehi. Media untuk berhubungan dengan alam ghaib yang paling diperlukan untuk menembusi alam ghaib dan berhubung dengan khadam. Apel jin jenis ini adalah dalam bentuk ketulan dan bukannya minyak. Fungsinya selain untuk media menembusi alam ghaib juga digunakan untuk tujuan media pertukaran dengan alam ghaib, tukar harta ghaib, tarik harta karun, tarik menarik dana ghaib dan sebagainya.

MINYAK ZAFARON ASLI TEMBUS DAGING


Minyak Zafaron Asli ini kewangiannya boleh menembusi tapak tangan ke belakang, jika dicalitkan di tapak tangan dan di hidu di belakang tapak tangan. Asli dan mistik. Minyak zafaron jenis ini boleh menembusi alam ghaib dan media paling baik untuk tujuan proses tarik, menjaga dan menambah power atau memulihkan kembali barangan berkhadam.

Barangan ghaib berkhadam yang telah kurang powernya boleh diaktifkan dengan Minyak Zafaron Asli ini.

CINCIN PERMATA KAYU MANANG JADI BATU

                                                                        RM 360
Kayu Manang jadi batu yang telah dicanai jadi permata cincin. Cincin telah diikat dengan kuningan dengan motif ukiran api menyala. Fungsi kayu manang jadi batu telahpun saya up load dalam keluaran yang lalu. Jika ada yang berminat, tempahan boleh dibuat.Cincin di atas telahpun ditebus, tapi tempahan masih boleh dibuat.

LIGHTER ROKOK DUNHILL WORL CUP 1998 ANTIK


                                                                        RM 280

Lighter rokok kenang-kenangan World Cup 1998 jenama Dunhill. Masih elok dan sangat sesuai sebagai koleksi antik Dunhill atau koleksi bola sepak World Cup.Lighter diperbuat dari tembaga keemasan dan ada gambar peta dunia dan tulisan WORLD CUP 1998 dan perkataan DUNHILL tulisan timbul pada muka depan lighter.

Jumaat, 2 November 2012

BATU JED ASLI


                                                                         RM 210
Batu Jed Asli belum dicanai lagi. Cuba kamu zooom gambar batu ni, apa kamu nampak?. Besarnya macam mouse komputer saja, kalau dicanai bikin permata cincin boleh dapat 20 butir permata batu jed.

BARUNG HARIMAU



                                                            ( TEMPAHAN KAWAN )
                                                         
Barung Harimau ini sarung dan ulunya dibuat daripada Kayu Harimau. Bilahnya besi padu yang diukir motif ukiran tradisional Sabah.Ketajaman mata bilahlah boleh bikin cukur janggut Kalau bikin manatak orang dengan gaya tetakan Suluk Bajau yang digelar " SABLAI BABA AN " boleh terbelah dua orang yang ditetak, tapi itu dulu-dulu sakarang bikin hiasan dan koleksi saja barung seperti ini. Ulunya motif kakatua yang digelar " PUHAN KAKATUA" atau "PUHAN DATU" yang hanya dikhususkan untuk menjadi pakaian para Datu, Shariff dan orang berpangkat seperti Panglima dan Maharajah di kalangan orang-orang Suluk dan Bajau.Sarungnya pula adalah jenis sarung barung yang digelar " TAGUBAN JUNGKUNG ".Sarungnya berukir dengan ukiran yang dikenali sebagai " UKIL SIABIT".

Barung ini dibuat atas permintaan seorang peminat Barung Suluk dan apabila siap. Woooh..... bagagar hatiku, kalau masuk pertandingan senjata kategori Barung dan Parang memang Johan punya.

BULUH TEMU RUAS BUNIAN



                                                                 
Bambu  Temu  Ruas Bunian ini memang ajaib, unik dan mistik. Sudahpun ketemu buku dan ruasnya, di dalamnya pula ada seakan benih seperti padi yang melekat dalam bambu dan butiran seakan biji padi dalam bambu ini adalah sejenis Bambu Perindu.Bambu sebegini adalah jenis Buluh Perindu juga dan memang banyak khasiatnya.

Fungsi bambu ini adalah sebagai pelaris yang power, pembuka aura kepimpinan,penunduk, pelancar urusan, fengsui, kata-kata dihormat dan diturut orang, penarik rezeki dan tuah ( dengan izin Allah jua ). Bambu ini sesuai dibawa berurusan bisnes makanan, melobi kontrakan pada orang-orang besar, mengadap orang-orang berpangkat dan sebagai media ahli politik yang ampuh, serta sesuai juga dimilik oleh artis dan penyanyi. Pemilik bambu ini akan diminati dan disenangi oleh orang.

Bambu ini berkhadam alami dan auranya memang power. Jika ada yang minat, maharnya offer sendiri dan jika dirasakan berbaloi dan sesuai dengan anda, maka ia menjadi rezeki dan milik anda. Aku pun suka juga ba bambu ni....dan menjadi koleksi kesayangan pemberian bunian.