Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini bank in mahar ke akaun
No.336409990801 Standard Chartered Bank Saadiq atas nama Geliga Kinabalu atau No. 1-10112-0001706-8 RHB Bank dan SMS ke nombor 0128191941 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Rabu, 31 Oktober 2012

MANI GAJAH BEKU


Mani Gajah Beku. Khasiat semua orang sudah maklum sebagai pengasih dan pelaris, penunduk umum, pendinding diri dari niat jahat orang dan pendunduk manusia yang garang. Mani Gajah ini masih asli tetapi telah membeku jadi kristal, rapuh dan boleh dipatahkan.Dimaharkan dalam bentuk batang ketulan.

Mani Gajah Beku ini telah diaktifkan khadamnya dan dibangkitkan energi ghaibnya.

GELIGA KIMA PUTIH





Geliga Kima Putih diperolehi dari Kerang jenis Kima ( spesisi kerang terbesar di dunia ) yang banyak terdapat di perairan Sabah. Ada 3 biji sahaja dan bentuknya tidak sekata.

Geliga Kima Putih lebih kepada untuk pengasihan, pelaris perniagaan dan fengsui yang baik. Dalam bidang perubatan tradisional Geliga Kima Putih berkhasiat untuk mengubat orang yang tersampuk jin laut dan pendinding diri ketika menangkap ikan. Ada juga orang yang menggunakan geliga jenis ini untuk asbab mendapatkan hasil tangkapan ikan dan kerangan laut.

Geliga jenis ini boleh membesar jika diletakkan dalam air masin.

Selasa, 30 Oktober 2012

GELANG MUTIARA ASLI SABAH

                                                                        

Gelang Mutiara Sabah asli dari jenis mutiara laut atau mutiara air masin.Gelang telah diikat dengan logam salut keemasan. Sangat sesuai untuk dipakai oleh wanita dari semua golongan terutamanya jika waktu menari tarian Poco-Poco, nampak bergaya dan anggun. WOHHHH... ( harga boleh runding ).

RAJA MINYAK ( Raja Hitam dan Raja Kuning )


Raja Minyak ini terdapat dalam dua warna iaitu warna Hitam dan warna Kuning. Raja Minyak banyak dicari orang yang meminati dunia mistik kerana Raja Minyak dikatakan adalah IBU KUNCI bagi membuka pintu alam ghaib. Justeru itu, Raja Minyak amat diperlukan bagi ritual menarik harta karun, ritual menarik duit ghaib, ritual menghubungi alam ghaib dan apa-apa saja berkaitan alam ghaib.

Raja Minyak ini terdapat dalam dua jenis iaitu Raja Minyak Hitam dan Raja Minyak Kuning. Kedua-dua Raja Minyak ini telah disegel dalam kaca kristal dan kemudian disimpan dalam bekas berkaca. Raja Minyak ini juga ada pita keemasan sebagai bukti keasliannya.

CUCUK SANGGUL ANTIK

                                                                          RM350

Cucuk Sanggul Antik ini barang lama. Pakaian gadis dan puteri raja zaman dahulu. Terbuat dari logam kuning yang tahan luntur dan hanya ada satu sahaja.

Jika ada peminat sanggul antik ngam betul ni. Mana tahu ada pasangannya tampat kamu.Harga boleh runding lagi, maklumlah ba...barang lama, mestilah harganya pun agak tinggi.

BUTANG BAJU MELAYU ( BATU CAT EYES )





                                                                        RM 65
Butang Baju Melayu Batu Cat Eyes asli.Terdapat dalam pelbagai warna dan sangat sesuai untuk dipadankan dengan pemakai cincin Batu Cat Eyes.

Butang Baju Melayu Batu Cat Eyes ini berfungsi untuk sarana wibawa diri, pelaris diri, pengasihan umum, penyerlah aura wibawa kepemimpinan, membuka aura daya tarik dan memberi daya pemikat mata yang kuat kepada si pemakai.

Kalau bawa mengurat waktu Hari Raya atau waktu kenduri kahwin,ngam betul ni.Cincin Batu Cat Eyes, butang baju Melayu Batu Cat Eyes, baju Melayu warnanya sama dengan warna batu Cincin dan Batu Butang Baju Melayu Cat Eyes.Cuba kamu bayangkan betapa handsomenya kamu......

BATU LESUNG BUNIAN KALINDAHAU






Batu Lesung Kalindahau ini sangat sukar untuk diperolehi. Kalindahau ( bahasa Brunei dan Kadayan Sabah ) atau Kokok bilang orang Suluk dan Bajau adalah makhluk bunian yang suka menyembunyikan dan menyesatkan orang.

Batu Lesung Kalindahau berguna untuk:

1. Penarik ikan yang sangat ampuh
2. Pelaris kuat
3. Pemanggil semangat orang yang hilang atau orang yang lari dari rumah
4. Perubatan akibat gangguan sihir
5. Pendinding gangguan Jin Hutan dan Jin Pesisir Air
6. Penglimunan dari mata musuh ( musuh santet dan musuh sewaktu perang )
7. Selisih ( memesongkan dan menghalang niat jahat orang )

GELIGA ULAR TEDUNG HITAM






Geliga Ular Tedung Hitam ini diambil dari sarang ular. Batu Geliga Ular Hitam ini dijumpai bersama-sama telur ular dalam sarang Ular Tedung Hitam.

Kegunaan :

1. Pemukau Ular
2. Penawar bisa gigitan haiwan berbisa seperti ular, kala,lipan dan sebagainya
3. Penunduk umum
4. Sarana Pengasihan umum
5. Pemancar aura kepemimpinan
6. Tolak sihir dan pendinding ilmu hitam

MINYAK BABUR RIZKY DUA PEDANG







Minyak Babur Rizky Dua Pedang ini adalah gabungan 5 jenis minyak yang disimpan dalam kaca segel bentuk Trisula yang dimasukkan dalam kaca fiber. Fiber kaca ini dituliskan dengan wafak kerezekian tulisan dakwat keemasan. Sangat sesuai untuk disimpan di premis perniagaan dalam laci meja kaunter simpanan duit atau di meja kaunter bayaran.

Kegunaan :

1. Sarana penarik rezeki yang tiada henti
2. Penarik Pelanggan
3. Anti Toyol dan Sihir

Tiada pantangan khusus, cuma tidak sesuai disimpan dalam tandas dan jangan dilangkah.

PERMATA MARJAN ASLI

                                                                        RM 150

Permata Marjan adalah sejenis batuan yang diambil dari dasar lautan yang berkarang. Batuan marjan adalah salah satu batuan yang dianggap mulia kerana ia menjadi pakaian ahli syurga dan menjadi perhiasan di syurga bagi orang-orang Islam.

Pemakaian Marjan ini sangat baik untuk memperbaiki kelancaran peredaran darah dalam badan, memperbaiki fungsi darah dan jantung, meningkatkan aura dan dapat menjadi pendinding daripada gangguan jin,sihir dan mimpi buruk.

Marjan adalah salah satu batuan hikmat yang ditakuti oleh golongan jin jahat dan hantu. Diriwayatkan bahawa Marjan ini adalah salah satu gabungan Cemeti Nabi Sulaiman yang digunakan untuk mengikat dan menghukum jin-jin jahat dahulu kala.

MINYAK PONIBASALWA JARUM LIMA







Minyak Ponibasalwa Jarum Lima ini adalah lima jenis minyak yang terdapat dalam  lima warna yang berlainan. Minyak ini telah disegel dalam kaca kristal khas untuk menjamin keaslian dan kemurnian minyak ini. Minyak ini disimpan dalam botol berwafak bertullis keemasan.

Wafak Minyak Ponibasalwa ini multifungsi dan minyak ini sangat sesuai disimpan di rumah atau premis perniagaan. Fungsi minyak ini adalah seperti berikut;

1. Penarik rezeki dan tuah
2. Pencegah dan anti kebakaran
3. Pencegah dan anti pencuri dan kecurian
4. Anti petir dan taufan
5. Anti sihir dan guna-guna
6. Pagar ghaib
7. Ketenteraman hati batin dan kerukunan rumahtangga
8. Pembuka mata batin
9. Penambah aura daya penarik dan pelarisan  premis perniagaan
10.Pendinding bisnis dan menghindar guna-guna saingan lawan bisnis

MINYAK APEL JIN







Minyak Apel Jin warna merah ini asli dari Turki.Minyak disimpan dalam kaca yang telah disegel ( bahasa Indon ) untuk menjamin mutu dan pemalsuan.

Fungsi Minyak Apel Jin ialah;

1.Sarana berhubung dengan alam ghaib
2.Sarana untuk tarik duit alam ghaib dan tarik harta karun
3.Merawat dan meningkatkan power barangan mistik, geliga dan barang berkhadam
4.Makanan kegilaan dan kegemaran jin

GELANG NAGA MELAT






Gelang ini dibuat daripada kuningan jawa. Motif ukiran adalah ular naga yang melingkar. Gelang Naga ini sangat cocok untuk dipakai bagi tujuan membangkitkan aura wibawa diri dan merangsang gandaan tenaga dalam bagi pesilat tenaga dalam. Gelang ini juga berfungsi untuk membuang aura negatif dan kesialan ( sengkolo bilang orang jawa ). Pemakai gelang akan menjadi yakin diri, berkarisma dan tenteram hati dan fikiran. Gelang ini juga berisi Pendinding Diri dan Ilmu Penunduk Naga.Sangat sesuai untuk dibuat koleksi mistik dan antik.

Isnin, 29 Oktober 2012

PANAH CAKRA SAKARGENI






Panah Cakra Sakargeni dikenali juga dengan nama Panah Cakra Dewa atau Panah Kala Cakra atau Panah 8 Sahabat atau Panah Rajuna ( Arjuna). Barang antik dari logam perunggu hitam yang mempunyai nilai mistik. Panah Cakra ini berkhadam dan auranya kuat, dapat dirasa langsung apabila kita memegangnya walaupun tanpa apa-apa zikir atau mantera.

Fungsi Panah Cakra ini adalah ;

1.Membangkitkan power dalam cakra tubuh yang terpendam
2.Daya pemikat lawan jenis
3.Pendinding dan Pagar diri
4.Membangkitkan aura Kepimpinan
5.Penolak aura jahat dan ilmu hitam
6.Menambah pukulan tenaga dalam

Di bahagian atas Panah ini adalah Rajah Kala Cakra dan di bawahnya berupa anak panah. Semua ini hanyalah sarana sahaja, makbul dan ketentuan mutlak milik Tuhan jua.

Rabu, 24 Oktober 2012

KERIS KUNINGAN NAGA SASTRA






Keris Kuningan Antik Naga Sastra ini adalah medium pendinding diri, wibawa diri,keberanian, anti sihir dan ditakuti oleh jin-jin jahat. Sangat sesuai untuk kegunaan perubatan alternatif,mengubat orang histeria dan pendinding rumah kediaman. Keris ini ada wafak di sarung dan bilahnya serta berkhadam.

BUAH KALUNG PELARIS DIRI,PENUNDUK DAN PENGASIH


Buah Kalung ini telah diisikan dengan ramuan kayu-kayu pelaris diri, penunduk dan pengasih yang terpilih seperti kayu balabak, bunga serai, kayu manang, kayu cintamani, mani gajah, buluh perindu, buluh kembar,kayu penunduk dan lain-lain. Semua kayu-kayu yang dipilih adalah berkhadam alami yang terpilih dan telah dibangkitkan untuk menyatu menjadi medium pelaris, penunduk, pekasih dan pembuka hati orang sehingga menjadi sayang, kasih, hormat, tunduk dan menutup serta membatalkan niat jahat orang tersebut.

PERMATA BATU JED BERKHADAM ALAMI


Permata Batu Jed Asli ini berkhadam alami. Sangat berguna untuk tuah penghisap datangnya kerezekian dan kekayaan dan membuang aura negatif atau sial badan. Medium fengsui yang paling kuat dalam kepercayaan orang-orang Cina.

Permata Batu Jed ini juga dapat menjadi penghalang ilmu jahat dan sihir serta menolak niat jahat orang. Pemakainya akan didatangi peluang-peluang hidup yang baik dan akan berasa tenang fikiran, mengurang dan meredakan stress dan pendinding ketika tidur yang sangat baik. Tidur akan lena, tenang dan terdinding dari gangguan sihir, ilmu jahat dan jin-jin jahat.Semuanya dengan izin Allah jua.

KETAM BUNTET







Ketam Buntet atau Buntat Ketam Batu ini berguna untuk anti pukau, pendinding ilmu hitam dan sangat baik di simpan dalam rumah untuk pelindung pencuri dan pemukau.Buntat ini juga berguna untuk menjadi media pelaris niaga dan penarik ikan ketika memancing.Ada juga orang yang menggunakan Buntat Ketam ini sebagai media menang perjudian.

Setengah orang pula menggunakan Buntat Ketam sebagai anti tembak dan pelias peluru.Ketam Buntet ini berkhadam alami berupa Penampakan Ketam Gergasi yang sangat besar. Wallahu ahlam.

Sabtu, 13 Oktober 2012

BATU TANGGILING


Batu Tanggiling ini diambil dari sarang tanggiling di dalam lubang sepohon pokok balak di hutan negeri Sabah. Batu ini sesuai untuk dicanai dibuat permata cincin dan banyak gunanya. Batu Tanggiling berkhasiat untuk dipakai sebagai anti atau pencegah sakit pinggang,anti mati pucuk,mengubati sakit pinggang, sakit sendi badan dan keracunan.

Batu Tanggiling ini berkhadam alami dan berfungsi sebagai penunduk orang, pemukau, pembungkam mulut orang,pendinding diri dan kebal darurat. Sangat sesuai digunakan untuk lawan bicara di mahkamah atau dibawa mengadap orang-orang besar.Jika dicanai buat permata cincin boleh dapat tiga atau empat ketul.

GELIGA SEDULUR PAPAT



Pernah kamu dengar Ilmu Sedulur Papat Lima Pancer?.Ilmu ni dalam bahasa Jawa, tapi kalau orang Suluk dan Bajau diorang panggil Ilmu Sahabat Empat. Ilmu ni adalah ilmu kuno orang-orang Nusantara ni dan merupakan ilmu tua yang sangat mistik dan merupakan inti ilmu kebatinan sejati atau bilang orang Bajau Suluk "Pasok Ilmu" atau inti segala ilmu batin.

Nda payah lah aku huraikan ilmu ini di sini, sebab satu hari satu malam satu bulan satu tahun pun nda abis dibalajar. Cuma ringkasnya, ilmu ini adalah ilmu kaji diri yang membuat kita kenal diri, kenal sahabat awal atau kembar kita ketika di alam rahim ibu kita.

Geliga diatas dinamakan Geliga Sedulur Papat ( pinjam bahasa Jawa ) kerana ia adalah berasal dari tali pusat seorang bayi yang akhirnya mengecut dan menjadi batu geliga. Maklumlah ba...tempatnya di pusat, sebab itu rupanya pun macam batu cincin yang sudah dicanai. Sebenarnya bentuknya semulajadi begitu kerana ia terbentuk dalam lubang pusat bayi tersebut.

Geliga ni banyak gunanya sejajar dengan fungsi sedulur kita dan antaranya ialah sebagai pendinding diri, tarik rezeki, pembuka pancaindera ghaib,kekuatan, kebal darurat, perubatan, silat batin, tahu sebelum sesuatu kejadian berlaku dan pelias peluru. Banyak gunanya barang ni.

Geliga ini ada kadam alami iaitu Sedulur Papat yang ada bersama-sama geliga ini.

AKIBAT MENYIMPAN PUGAI BALABAK DAN RAHSIA TABUAN HITAM


Inilah akibatnya kalau menyimpan Pugai Balabak di rumah. Tabuan Hitam sanggup menjadikan kayu tangki rumah sebagai sarangnya. Nda mau lari walaupun dikasi asap dan dipom dengan racun nyamuk dan racun Malation ( racun serangga). Kadang-kadang tasasat masuk dalam bilik.

Tabuan Hitam jenis ini mana ada bersarang di rumah manusia. Selalunya bersarang di hutan dalam tanah atau dalam kayu buruk.Dihalaupun nda mau lari. Tapi syukur juga sebab dia hurmat tuan rumah, nda juga aku digigitnya. Bisa tebuan jenis ini kalau menggigit kono boleh membunuh seekor kerbau, bayangkanlah bisanya tapi jarang menggigit urang, kalau gigit mati jawapnya..

Tabuan jenis inilah yang ada besi kuning dalam sarangnya. Besi Kuning Tabuan lah yang bikin kabal umum dan kalau dibuka di bawah lampu letrik, lampu akan padam atau malatop.Jadi mangkali lama-lama kalau ada besi kuning sudah dalam sarangnya tu, kadamnya akan kasi tau juga aku. Tebuan Hitam jenis ini akan mengasah jarumnya pada besi kuning yang ada dalam sarangnya.Palis-palis....janganlah kau manggigit.

Satu lagi rahsia yang orang tua-tua ajar aku, di sarang Tabuan Hitam ini ada sejenis kayu yang menjadi salah satu ramuan mujarab untuk menjadi campuran Pugai Balabak. Kalau sudah tabuan pun jadi ketagihan balik-balik datang nda mau lari, apa lagi urang.Tapi kayu tu mesti yang terpilih dan ada petua cara untuk tahu dan mengambilnya.Silap-silap ambil, nyawa jadi galang gantinya.Orang Bajau-Balabak ba yang ajar sama aku.

CINCIN PERMATA AKIK GUNUNG






Cincin Permata Akik Gunung. Cantik bergaya, kalau dipakai di jari nampak macam orang kaya-kaya. Ikat perak gaya moden ditatah permata Russian Diamond. Saiz ikat 19. Permatanya diambil dari seketul batu gunung di Sabah dan dicanai jadi permata cincin. Kalau dipakai di jari kiri nampak macam gaya ala-ala playboy, kalau di jari kanan macam papa hansom boy.

Kamu mau? harga RM 320 offer saja cincin baru diikat dan belum dipakai, cuba-cuba adalah.Di kedai, ikat saja dalam Rm300 ( harga Sabah ) belum masuk harga batu.Murah saja sebab kalau aku kasi mahal nanti kamu nda cukup duit. Kalau di kedai, minta maaf lah kamu dapat RM600.

Kalau di pakai kenduri kawin atau waktu mesyuarat sama bos-bos, gerentee orang jeling-jeling nda barani marah.Batu ini berkhasiat sebagai pemanis diri, kasi baik aliran darah dan bikin kasi sejuk hati orang pemanas.

KUNYIT HITAM DUA ALAM


Kunyit Hitam Dua Alam. Lain sikit namanya, tapi memang begitulah.Kunyit Hitam ini isi dan kulitnya kehitaman. Apabila ditanam kunyit ini akan mengeluarkan dua jenis ubi iaitu kunyit yang ubinya hitam macam arang dan ubi kunyit yang hitam kecolaklatan. Jadi sebab itu namanya dua alam.

Jika ubi warna hitam yang keluar, batangnya juga akan kehitaman atau coklat kehitaman mana kala daunnya hijau kecoklatan atau hijau kehitaman. Jika ubi kunyit yang dihasilkan berwarna hitam legam, baa... jaga-jagalah kamu, bunian akan mengintip dan mau merebutnya. Maklumlah Kunyit Hitam ni di alam bunian adalah harta kemewahan yang paling berharga, lebih bernilai dari intan berlian dan emas di alam kita. Kunyit Hitam di alam bunian adalah penanda sempadan kekuasaan wilayah bunian. Kononnya Kunyit Hitam bagi golongan bunian adalah melambangkan kekuasaan dan kesaktian alam bunian. Sebab itulah bunian tergila-gilakan Kunyit Hitam, macam kita juga ba maukan Kunyit Hitam kono untuk bikin proses tarik duit dan ibu duit.

Macam-macam saja manusia dan bunian ni. Tapi kannnn... kalau kunyit yang keluar ubi, daun dan batangnya keseluruhan warna hitam maka itulah Raja Kunyit yang paling berkuasa di alam bunian dan alam nyata. Raja Kunyit Hitam ini akan menjadi rebutan di alam bunian, sampai sanggup raja-raja bunian  berperang berebutkan seketul kunyit.Ada bunian yang sanggup bertukar harta alam bunian dengan  memiliki Kunyit Hitam yang dimiliki manusia.

Kunyit Hitam jenis ini pandai ghaib sendirinya jika kita tidak jaga, diambil oleh orang bunian. Jadi kalau tanam kunyit ini mesti ada kunci dan petuanya supaya jika yang keluar ubi hitam, bunian nda dapat curi atau rabut dari kita. Antara caranya ialah sewaktu menanam kunyit jenis ini tanam sedikit cebisan emas dan ada lagilah beberapa barang...Rahsia ba, nanti bunian marah sama aku. Kalau bunian merajuk...bukan senang mau pujuk, nda mau dikasi duit atau dikasi apa-apapun, kecuali kunyit....

Pernah kamu nampak Kunyit Putih?...cuba kamu tanam, apa yang keluar...? mesti ada Kunyit warna puple yang keluar di kalangan Kunyit Putih tu.. Nda percaya...? cuba kamu tanam.Macam ini juga baka Kunyit Hitam Dua Alam ini.

Kamu minat...? maharnya nda boleh cakap sini, kamu sms atau email takut bunian tau.


Rabu, 10 Oktober 2012

SHARIFF USMAN MARUDU DAN SANDOKAN

                                                        KUBU SHARIFF USMAN 1845
                                                      WATAK SANDOKAN 1847

Shariff Usman adalah Sultan Marudu yang berperang dengan British dan James Brooke, Raja Sarawak pada tahun 1845. Beliau dianggap Ketua Lanun Paling Bahaya di Asia. Pihak British menganggap Shariff Usman sebagai ancaman kepada Kerajaan British dan Raja Brooke Sarawak.

Shariff Usman juga adalah tokoh kontroversi yang dianggap Pejuang Pertama di Sabah yang berani menentang dan mencabar pertuanan British di Sabah.Beliau adalah pemerintah Marudu di Utara Negeri Sabah. Isterinya yang pertama bernama Dayang Cahaya iaitu kerabat atau anak Sultan Sulu, seorang wanita cantik yang putih melepak. Orang-orang Marudu menggambarkan Dayang Cahaya sebagai berikut " apabila dia makan nasi, nasi akan nampak lalu masuk dalam kerongkongnya". Bayangkanlah putihnya Dayang Cahaya ini.

James Brooke sewaktu berperang dengan Shariff Usman pernah meminta Shariff Usman agar memperlihatkan wajah Dayang Cahaya sebagai syarat damai gencatan senjata. Shariff Usman enggan dan sebaliknya hanya memperlihatkan tangan Dayang Cahaya dari sebalik dinding istananya.

James Brooke sebenarnya mencari seorang wanita Inggeris iaitu adik ipar Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) di India yang didakwanya disembunyikan oleh Shariff Usman.

Pangeran Yusop ( bapa mertua Sultan Brunei ) di Kimanis adalah sahabat baik Shariff Usman dan terlibat sama menentang penjajahan British di negeri Sabah bersama-sama Shariff Usman.

Shariff Usman dikatakan terbunuh di Kubu Marudu tetapi mayatnya gagal ditemui. Ada pendapat mengatakan beliau tidak terkorban sewaktu perang Marudu 1845 dan makam yang ada di Kubu Marudu adalah makam Shariff Merum, anak Shariff Usman. Laporan British hanya menyebutkan antara yang terbunuh di Kubu Marudu  ialah tiga orang keturunan Arab ( Syariff ) dan Syariff Usman hanya cedera. Pihak British mendakwa Shariff Usman akhirnya akan mati berdasarkan maklumat seorang perempuan yang  ditemui dalam keadaan lemah di Kubu Marudu. Perempuan itu mendakwa Shariff Usman cedera dan telah dibawa keluar dari kubu oleh pengikutnya.Hingga sekarang hanya ada tiga nisan lelaki dan satu nisan perempuan terpacak di Kubu Marudu.

Persoalannya? benarkah Shariff Usman terbunuh di Marudu? dan siapakah Dayang Cahaya? dan kenapa James Brooke beriya-iya ingin melihat wajah Dayang Cahaya ?

Sandokan pula adalah watak utama Novel Sandokan yang akhirnya difilemkan yang amat popular di Eropah khususnya di Itali, Jerman, Perancis dan negara-negara lain. Novel Sandokan ditulis oleh Salgari seorang penulis Itali pada tahun 1883-1884. Kisah Sandokan adalah berkisar kepada seorang hero yang akhirnya menjadi lanun kerana negerinya MALLUDU ( MARUDU ) telah dimusnahkan oleh Inggeris pada tahun 1845. Sandokan adalah anak kepada Sultan MALLUDER ( MALLUDU ).Sandokan juga dikenali sebagai The Tiger Of Malaya.

Sandokan mempunyai seorang sahabat karib yang sama-sama menentang Inggeris yang dianggap dalam novel ini sebagai penjajah dan watak jahat. Dalam novel ini, watak Raja James Brooke, Raja sarawak juga menjadi musuh utama Sandokan.

Sandokan mencintai seorang wanita Inggeris yang merupakan anak saudara kepada Raja James Brooke Sarawak. Banyak kisah-kisah pengembaraan Sandokan dan sahabatnya ke serata pelusuk dunia.

Persoalannya?, kenapa latar cerita kedua-duanya adalah merujuk kepada negeri yang sama iaitu MARUDU yang sekarang dikenali sebagai Kota Marudu. Jalan cerita, watak-watak, latar masa, latar tempat semuanya adalah sama atau hampir sama. Ini bererti Novel Sandokan adalah merujuk kepada watak Shariff Usman Marudu.

Justeru itu, kalau orang Eropah mendewa-dewakan dan mengagumi Sandokan, kenapa kita masih meminggirkan dan tidak mendaulatkan perjuangan Shariff Usman?. Shariff Usman masih dianggap lanun sehingga waris keturunannya pun menyembunyikan identiti diri.

Ramai waris Shariff Usman di Kota Marudu, di Sugut, di Kudat, di Kinabatangan dan di serata negeri Sabah seakan melupakan perjuangan moyang mereka.

Ada juga pihak di negeri Sabah mendakwa bahawa Sandokan adalah moyang mereka dan mereka mengakui bahwa watak dan nama Sandokan sebagai wujud dan benar-benar ada. Sandokan dipercayai berasal dari Marudu dan berhijrah ke Melapi, Kinabatangan. Peliknya novel ini memasukkan nama Limau-limauan di Teluk Marudu dalam Novel Sandokan yang menjadi Pusat Pemerintahan Marudu selepas era Shariff Usman.

Jadi?... adakah Sandokan itu adalah nama lain kepada Shariff Usman? tepuk dada tanya warisnya.
Adakah Shariff Merum atau Shariff Rum yang terkorban di Kubu Marudu adalah Shariff Usman yang sebenarnya?.Adakah Dayang Cahaya yang menjadi isteri Shariff Usman adalah orang yang sama iaitu wanita Inggeris yang menjadi isteri Sandokan?.

Kamu ah....budak-budak UMS, buatlah kajian betul-betul dan selongkar sejarah negeri Sabah ni. Siapa lagi kalau bukan kamu? kamu mau tunggu urang putih lagi buat kajian.

Banyak lagi aku mau cerita ni.... lain kalilah....

BATU TAIH BINTANG





Batu Taih Bintang atau Meteoret ini banyak gunanya bagi yang tahu. Antaranya ialah ditakuti antu jin syaitan, pendinding santau dan racun tarabang, pembisa pukulan ( pukulan KO muntah darah ). Bagus betul dibuat permata cincin atau kasi ancur bikin campuran besi keris dan parang.

Sebenarnya batu ni telah aku kasi masuk Doa Ilmu Pancah ( Ilmu Gusti Tangan ) macam dalam filem Over The Top, lakunan Sylvester Stallone tu. Jadi kalau kamu guna batu ini, kasi masuk saja dalam poket waktu kamu pertandingan Mipansah ( Gusti Tangan ) waktu Pesta Menuai dan lawanlah kamu bagusti. Gerentee 2 orang bagantung di tangan kamu nda dapat dikasi jatuh tangan kamu.

Batu hikmat ini aku kasi kamu dengan mahar RM 220 saja. Saiz batu ini besar sikit dari duit siling 20 sen.

Selasa, 9 Oktober 2012

CINCIN BATU KECUBUNG PUTIH HUJAN EMAS


                                                                     RM 250

Cincin Batu Kecubung Putih Hujan Emas diikat dengan perak tulen. Cincin saiz 19. Sangat cantik dan menawan. Batu sangat jernih dan di dalamnya ada jaluran besi kursani dan bintik-bintik hujan emas.
Mahar RM 250 sahaja.

GELIGA BADAR BESI KURSANI PUTIH

                                                             Geliga Badar Besi ini ada besi Kursani Putih di dalamnya. Geliga ini sangat kuat melekat pada magnet. Geliga ini bukannya besi tetapi batu geliga yang bertindak balas dengan magnet.Masih asli dan sesuai untuk dicanai dibuat permata cincin. Badar besi berguna untuk asbab kebal kulit ( darurat ), pendinding diri dari sihir, pelias, wibawa diri, memperbaiki aliran darah dan pengasihan.

Mahar tebus : RM 260

BATU MATA HARIMAU ASLI





                                                                        RM 200
Batu Tiger Eyes asli belum dicanai lagi. Jalurnya pandai jalan-jalan, macam berkedip-kedip saja kalau batu ni digerakkan. Maklumlah ba, namanya pun Mata Harimau.Warnanya coklat bersinar dan kalau batu ni dicanai boleh buat 2 atau 3 permata cincin bergantung kepada kepakaran tukang mencanai batu.

Nda dapat aku cari tukang kasi canai, nda ada masa. Jadi kasi jual saja bulat-bulat begini. Tiger Eyes ni banyak gunanya antaranya penunduk orang, wibawa kepimpinan dan penawar keseimbangan darah si pemakai. Macam-macam lagilah guna batu ni.Mangkali kalau kita pakai jadi macam harimau kita urang tingok, garang dan bergaya macam mau makan urang saja.

RM 200 saja, jual murah tapi barang gerentee ori dan cantik. Kalau sudah canai ni boleh jual RM 200 satu biji, tapi kalau di kedai, tiger eyes dijual sampai RM 500 - RM 1000 satu biji batu yang sudah dicanai.Jadi kamu bayangkanlah jauh bezanya.

AKIK PERMATA CINCIN KALIMAH ALLAH






Akik Permata Cincin Kalimah Allah ini terhad dua butir sahaja. Fungsinya nda payahlah dikasi tau, kalau sudah ada Kalimah Allah tu serbagunalah ba tu. Sangat baik untuk dibawa berzikir dan sesuai dipakai oleh pengamal perubatan tradisional atau alternatif. Kalau kamu sentuhkan kepada orang yang kerasukan atau histeria gerenti jin kafir akan takancing-kancing. Sangat sesuai untuk dipakai sebagai cincin dan digunakan untuk menarik penyakit atau menarik dan menangkap jin yang merasuk, kasi masuk dalam botol, jin nda tabagarak kana ikat oleh kalimah Allah ini.

Batu akik pula adalah salah satu batu cincin kegemaran Nabi Muhamad S.A.W, jadi kalau kamu pakai kira ikut sunnah nabi lah ba itu, dapat pahala selagi pakai cincin ini. Bayangkanlah kalau kamu tidur pakai cincin ini, selain terpelihara dari sihir dan aniaya orang, pahala kamu mengalir dikira saja walaupun kamu tidur. Ada juga saham kamu untuk hari akhirat walaupun tidur, saham bejalan. Betulkah.....?Indahkan Islam ni...tidurpun dapat pahala, berak pun kalau ikut sunnah dapat pahala tapi jangan lama-lama dalam tandas tu, nanti dapat dosa.

Sebutir RM 100 saja saguhatinya.

BATU GELIGA COMBONG TERAS PISANG TEMBAGA







Batu Geliga Combong Teras Pisang Tembaga. Batu ini keluar dari umbi pokok pisang tembaga yang telah ditebang. Hairan bin ajaib, umbi pisang menjadi batu atau geliga teras pisang tembaga muncul dari dalam batang pisang.

Geliga ini fungsinya macam juga Batu Manang, iaitu dibawa untuk berurusan dan lawan bicara di mahkamah, pelaris untuk perniagaan dan pelias peluru dan ilmu hitam. Boleh juga digunakan untuk perubatan dan pendinding diri dari kejahatan sihir dan jin jahat. Geliga ini masih dalam bentuk asal dan belum dicanai jadi permata cincin.

Di tengah-tengahnya geliga ini ada lubang, macam lubang....anu.....dan jika dititiskan air ke dalamnya akan tembus ke bawah. Jadi ia juga berfungsi sebagai batu combong yang kononnya dipercayai sebagai medium pelaris dan pelancar urusan. Macam-macam dunia ni, mistik....dan ajaib....

CINCIN PERMATA GALIH KELOR



Cincin Galih Kelor. Buatan Indon, jadi aku kekalkan namanya Galih Kelor. Ikatnya tembaga loyang. Galih Kelor ni kalau di Sabah teras Remunggai juga, tapi kalau di Semenanjung kadang-kadang dipanggil teras Gemunggal dan ada yang panggil Keluat atau gemunggal hutan. Entahlah mana-mana saja, tapi fungsinya macam gemunggal juga pendinding sihir, racun tarabang, ditakuti jin jahat dan bikin buka ilmu urang kabal.

Jadi kalau Polis atau Askar pakai cincin ni dan mau tembak urang Kabal, pakai cincin ini mesti tambus urang kabal tu oleh peluru.Cincin ini aku sudah kasi max up dia punya power, aku kasi pasak dibawahnya dengan beberapa kayu-kayu mistikdan berkhasiat iaitu teras Gemunggal Marudu, Kayu Penunduk Sabah, Buluh Tumpat Berduri Shariff Usman, Kayu Sukang Racun,Buluh Perindu,Bunga Serai, Kayu Kemuning Bunian, Kayu Cintamani Bunian dan Kayu Balabak.

Jadi fungsinya banyak selain pendinding, ia juga bikin penunduk bos, bikin pengasih umum, bikin kabal darurat, bikin pendinding racun, bikin tawar racun, bikin tawar urang kana histeria, bikin tawar kana buatan urang ( sihir ), bikin buka kabal urang, kasi takut antu syaitan ( bukan kita yang takut ),bikin libas ilmu urang, bikin pugai, bikin lancar urusan nda payah pakai pelincir, bikin naik dan tambah wibawa.

Kalau kita bawa tidur dan urang kasi sindaat ( sihir ), tabangun sandirian kita nda kana, jadi libas pamandai urang. Cincin ni satu saja, nda ada duanya.

BATU BADAR BESI KURSANI


Batu Badar Besi Kursani.Batu ini asli batu badar besi dan akan bertindak balas dengan magnet. Hairan juga, batu tapi kalau badakatan sama magnet dikissnya magnet tu. Warnanya macam ada emas atau tembaga dalam batu ni, tapi kalau emas sama tembaga nda bertindak balas dengan magnet. Jadi, yg kuning-kuning tu itulah besi kursani alami, bukan dibuat di makmal sebab itu kana tarik magnet, besi ba.

Bilang urang yg pandai, badar besi ni kono boleh bikin kabal kulit, dinding sihir dan antu syaitan. Ada juga cakap boleh bikin pemanis muka dan penarik urang. Kalau kita tau mengusul besi kursani dalam badan, batu badar besi kursani akan bertindak balas dengan besi kursani dalam badan kita terutamanya bermula di sulbi kita.Besi kursani ini kalau dalam badan manusia ada sudah sewaktu mula-mula Adam diciptakan, jadi kalau kena aktif sudah tentulah aliran darah sistem badan akan menjadi lancar. Bila darah lancar mesti muka jadi cerah dan ensom, bila ensom mesti urang tertarik.Kalau aliran darah lancar, sistem pertahanan badan jadi kuat, maka antu syaitan pun takut, tenaga jadi kuat, gagahlah ba kono.

Batu ni masih asli dan belum dicanai jadi permata cincin. Hari tu ada batu macam ini, aku kasi pacah kasi campur sama macam-macam besi dan batu. Bila aku test cucuk kulitku sama jarum jahit sambil pegang batu besi tu, nda tambus jadi kabal kulitku.

Kalau urang tau ilmu Petogor Ali ( ilmu bikin karas yang dalam saluar tu ) salah satu yang dibangkitkan ialah unsur besi kursani dalam badan. Jadi jangan kamu hairan kalau ada yang pakai cincin besi kursani, kawan dalam seluar tu selalu canggar togor-togor, sensitif banar, sikit-sikit maradang bikin resah gelisah betul, muka jadi merah saja...