Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 28 April 2012

KAKI RAJA ULAR



Kaki Raja Ular. Mesti kamu hairan, ular mana ada kaki. Macam juga kucing ba, mesti orang cakap kucing mana tanduk atau tunggu kucing batanduklah. Maknanya barang-barang begini mustahil ba ada, tapi wujud pula, itulah mistik ajaib kejadian Tuhan. Kaki Raja Ular ini mulanya sepasang, tapi kawan dah ambil satu jadi tinggal satu lagi. Cuba kamu lihat gambar tu, ada macam kuku keluar dari biji seakan kacang tu, itu adalah kuku atau tulang kaki ular. Mana kala yang bentuk lonjong macam biji kacang tu, itu adalah tulang seakan rawan tempat keluarnya kaki ular. Selalunya ular yang berkaki ni dari jenis ular sawa Sabah saja. Aku pernah nampak sendiri orang pernah membedah ular sawa Sabah untuk mencari kakinya, nasib 1000 tuahlah kalau jumpa, selalunya ghaib nda kadapatan tapi kawan tu dengan petua dan nasib tuahnya dia jumpa ba kaki ular tu nda sampat ghaib.

Bilang urang tua-tua Sabah, Kaki Raja Ular ini jika kita memilikinya, kita boleh ghaib halimunan jika ia dipakai sewaktu balawan atau menghadapi musuh sebab itu menjadi buruan orang-orang gagah pada zaman dahulu.Cara memakainya dan petuanya juga mesti kita tau.Bilang diurang Raja Ular inilah yang akan menjadi naga kelak sebab itu dia ada kaki, kalau nda ada kaki bukan naga namanya.Di kawasan Timur atau Asia ni, hanya negeri Sabah saja yang tercatat dalam buku sejarah kuno Kerajaan China Lama ada naga dan gemalanya. Naga legenda itu mendiami gunung Kinabalu dan gemala atau bilang urang Sabah, Kumala Naga tu telah diambil oleh anak Maharaja China. Jadi, nda heranlah ba kalau bibit ular naga masih ada di Negeri Sabah ini.

Jumaat, 27 April 2012

GELIGA KUCING BELANG



Geliga Kucing ini dimuntahkan oleh seekor kucing jantan berbulu tiga atau bilang urang Sabah,"Kucing Mullia" iaitu Raja Kucing. Raja Kucing atau Kucing Mullia berbulu tiga jika ia adalah jantan, jaga-jagalah kamu kerana ia akan bertanduk. Jika telah tumbuh tanduknya, Raja Kucing ini akan berkelana masuk dalam hutan atau ghaib dengan sendirinya.Maklumlah, dah ada penjaga ghaibnya.

Geliga Kucing sangat jarang didapati dan banyak kegunaannya.Antaranya ialah sesiapa yang memiliki Geliga Kucing akan disukai orang ramai, dikagumi dan disayangi orang. Jadi,rezekipun akan murah macam kucing juga ada saja makanan di manapun berada. Geliga Kucing juga jika diamalkan dibawa mandi, badan kita akan sihat, perawakan akan awet muda dan tahan badan.Cuba kamu buang tu kucing dari bangunan 10 tingkat, pasti dia tidak akan cedera.

Tapi kan, Geliga kucing ini ada rahsianya yang lebih mengagumkan, tapi jangan kamu kasi tau bini-bini abis rasia kita. Kalau kamu randam dan airnya diamalkan diminum....kamu taulah sendiri, kucing ba itu bikin petogor barang pusaka Adam tu, karas macam kayu jadinya. Satu lagi rasianya, kalau kamu simpan minyak sama geliga ni dan minyak tu bikin urut si kawan tu, adoi....na...awet karas, tahan balawan. Kalau dia mangana binipun hairan ba.. mesti dia cakap adoi...adoi...aduh wah..! apa kau pakai ni...? sadaaapnya.Ini betul-betul ni bukan aku baibun, banar ni tanganyah. Rasa nikmatnya ....kamu tinguk ba kucing jantan tu kalau dia naik sudah, apa bunyi kucing betina...?, tariak pun ada, geram pun ada, garigitan pun ada, bagagar pun ada, guyang-guyang ekornya tanaik... betulkah tidak...?

TERAS GEMUNGGAL



Teras Gemunggal, bilang urang Sabah Lugu Barunggai atau Lugu Marunggai. Tau kamu pokok barunggai atau Marunggai?, yang buahnya panjang-panjang sedap dimakan bikin sayur tu daunnya macam daun kacang tanah tu kecil-kecil saja. Kalau masak lemak disapak ikan masin, Siti Nurhaliza limpas pun nda ku mau tinguk sadap ba... macam di KK.

Ada urang kasi up load yang dicanai bikin mata cincin ada yang hitam legam macam negro supaya nampak ori kono macam lugu, pada hal diurang randam dalam minyak hitam. Lugu ini aku ambil sendiri dari pokoknya jadi tataplah ba orijinal. Lepas itu, aku uji simpan bawa bantal, sebab maklumlah ba macam aku ni hampir tiap malam ditarai urang dikasi popol dan ilmu hitam. Yu...yu, kiriman sihir nda mau dakat macam jadi tawar. Butul-butul ini barang banyak gunanya.

Lepas tu kan, ada kawan tu dia pakai ilmu pelaris.Selain itu dia juga pakai ilmu pambanci waktu jualan di gerai. Bila pelanggan datang sama dia semua mau beli, tapi sama saingannya urang nda tinguk pun, macam nda paduli atau nda minat kana tutup nafsu diurang nda ditinguk macam tai saja. Jadi saingannya tu jumpa kadi aku mengadu masalahnya, akupun bikinkan ramuan beberapa kayu-kayuan termasuklah barang ani, aku tiup-tiup lah ba kasi baca-baca sama ramuan tu, aku bilang nah.. kau pakailah bawa jualan. Kamu tau kah? esoknya bila diurang jualan, pelanggan pun sanyum-sanyum tinguk diurang nda lagi nampak diurang macam tai saja.

Jadi, ini barang gunanya bikin tolak ilmu jahat dan kasi tawar ilmu hitam, kasi takut jin-jin jahat dan jin suruhan, bikin kebal dan tahan badan, pelindung zahir dan batin. Kalau urang ada papak atau susuk atau gimbaran dan susah mau mati,  inilah jadi barang bikin hapus ilmunya tu, mesti mati punya, kamu tarailah.

GELIGA MANI GAJAH


Geliga Mani Gajah ini berasal dari mani gajah jantan yang telah membeku dan mengeras menjadi batu. Kecil saja nda adalah ba macam di lain-lain tempat tu sampai berpuluh-puluh kilo berat mani gajahnya. Aku pun nda tau gajah apa yang maninya sampai berkilo-kilo tu, besar kali barang gajah tu. Bayangkan lah waktu dah keras pun berpuluh kilo, itu dah kena hakisan beratus tahun atau beribu-ribu tahun atau mungkin berjuta tahun tu kalau waktu mula-mula keluar penuh kali tong drum atau tangki air 800 gelen oleh air mani gajah tu, orang pun boleh lemas banyak air maninya.

Geliga Mani Gajah ni berasal dari daerah Kinabatangan, Sabah iaitu daerah yang terkenal banyak gajahnya di Malaysia. Jadi bukanlah ba diimpot dari Indonesia atau Thailand, asli produk Sabah.

Geliga Mani Gajah ni adalah ibu segala geliga pengasih dan pelaris. Zaman dulu ianya dicari oleh raja-raja dan pemerintah kerajaan besar. Kononnya, siapa yang memiliki geliga mani gajah atau geliga gajah, maka dia boleh menjadi raja atau pemerintah agung atau empayar.Bulih baparang raja-raja tu berebut geliga mani gajah.Ia boleh mengangkat martabat pemiliknya, wibawa kepimpinan dan kuasa, dihormat orang dan bos-bos, pelaris, pengasih yang ampuh dan penunduk orang yang garang, pendinding diri dari anasir jahat, dengkian orang dan kata urang kono geliga mani gajah ini bikin kuat tenaga batin dan tenaga lahir. Ngam betul kalau diamal sama-sama dengan Doa Gajah atau Amalan Penunduk Si Gajah Tunggal.

Geliga Mani Gajah ini kalau diamalkan dirandam selalu diminum... bikin karas barang laki-laki kono, kuat nafsu macam gajah, mangkali airnya pun jadi banyak macam air gajah juga.Geliga ni berkhadam alami, jadi sayang juga kalau dipotong-potong bikin cincin, ia masih asli belum dicanai.

Selasa, 17 April 2012

PAPAKAN TUNGGAL



Papakan Tunggal adalah minyak kebal orang-orang Sabah. Tidak diketahui suku mana yang mula-mula mencipta minyak ini, tetapi ianya banyak digunakan oleh orang-orang Dusun, Murut dan suku-suku asli yang lain. Papakan Tunggal dicipta daripada minyak kelapa tunggal ( Kelapa mata satu ) dan sejenis sarang serangga dan beberapa ramuan lain.

Minyak Papakan Tunggal, jika disapu dikulit, kulit akan menjadi kebal tidak lut senjata tajam dan kekebalan ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Ianya akan hilang setelah si pemakai membuang air kecil ( kancing bilang orang Sabah ). Minyak ini tidak kebal umum, tetapi hanya kebal lapisan kulit sahaja.

Jika selalu disapukan di kulit, lama-kelamaan kebalnya boleh bersifat kekal dan si pemakai akan kebal berterusan terutamanya ketika dalam keadaan darurat.

Pada zaman dahulu, minyak ini digunakan untuk peperangan atau ketika melawan orang-orang Sagaih ( pemotong kepala ) dan dimiliki oleh ketua-ketua kaum yang handal. Menurut pemilik asal minyak ini, bapanya yang mengamalkan Minyak Papakan Tunggal telah tertembak oleh kawannya ketika memburu payau di hutan.
Anehnya, bapanya tidak luka kulitnya sebaliknya peluru senapang menjalar dibadannya mengenai matanya dan sehingga sekarang mata bapanya buta. Ketika ditembak bapanya sedang memanjat pokok mengendap haiwan buruan. Setelah ditembak bapanya jatuh ke tanah dan matanya buta walaupun tidak luka.

CINCIN AKIK MATA BULAN BERPASAK KAYU BALABAK


Cincin Akik Mata Bulan ini telah dipasak dengan 4 jenis kayu Balabak, iaitu Kayu Balabak Api, Kayu Balabak Air, Kayu Balabak Tanah dan Kayu Balabak Emas. Lepas itu, dipasak lagi dengan Kain Kaabah, Kayu Penunduk Kinabalu, Bunga Serai, Buluh Perindu dan Kayu Manang Sabah. Jadi ndalah kamu manasal kalau kamu dapat cincin ini. Cuma saja, janganlah ba dibawa masuk dalam tandas sebab ia ada Kain Kaabah yang telah didoakan dengan Doa Nabi Yusuf dan Doa Lambaian Kaabah.

Kain Kaabah ni adalah pelaris, penunduk dan pengasih yang amat ampuh. Bayangkanlah, Kaabah ni sejak Nabi Adam hingga Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan seterusnya Nabi Muhammad telah menjadi tumpuan semua makhluk di alam ini sama ada manusia, jin dan malaikat. Setengah orang menggunakan Kain Kaabah ni sebagai Pelias ilmu hitam dan Pelias Peluru. Akupun dapat ilmu ni hasil ilham ghaib juga, jadi syer-syerlah ba kita anugerah Allah ini. Semoga ianya berguna untuk semua.