Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Rabu, 28 Mac 2012

KAYU AKAR BALABAK


Ahhhh....inilah namanya Akar Kayu Balabak. Akar ni aku ambil sendiri dari pokoknya iaitu Kayu Balabak Api Lamjalalah yang aku up load tahun lalu. Akar ni kecil saja tapi seribu guna dan sememangnya berkhadam alami.Hanya ada satu sahaja yang berbentuk LAM ALIF . Jadi bagi yang memahami usul dan makna Lam Alif atau Lam Jalalah tu tentulah faham kegunaan akar seperti ini. Lam dan Alif dalam ilmu usul mewakili pernyataan Zat dan Sifat, justeru itu ramai ilmuan dan guru-guru lama ilmu kebatinan, guru silat  dan pengamal tasauf sangat memenafaatkan kegunaan dua huruf ini. Bagai mana menggunakannya dan apa kegunaannya, carilah sendiri dengan guru-guru yang arif dan tahu, cuma jangan cari pula Guru Yahya seperti dalam drama Guru Yahya tu.

BATU COMBONG LAUT


Batu Combong Laut ini bukannya batu biasa. Ianya adalah batu yang mempunyai nilai mistik dan antik yang tersendiri. Selalunya batu combong digunakan sebagai pelaris niaga dan tuah kerezekian. Batu Combong ini sebenarnya berasal dari karangan laut yang timbul ke permukaan laut bersama-sama dengan tumbuhan laut akibat selalu digigit dan dikerumuni oleh ikan-ikan. Ianya hanyut ke pantai diiringi oleh anak-anak ikan yang terus mengikutnya.

Ianya sebangsa dan sama fungsi dengan Batu Jilatan iaitu batu yang selalu dikerumuni oleh binatang hutan untuk dijilat. Kenapa dijilat hanya binatang yang tau, yang jelas semua haiwan akan terpanggil oleh Batu Jilatan.Jika Batu Jilatan dibuang ke dalam sungai, semua ikan dan makhluk air akan mendekati batu tersebut, demikian jugalah Batu Combong Laut.

Batu Combong ini berkhadam alami dan ianya berkhasiat untuk pelaris dagangan, pengundang tamu, penarik rezeki, pemanis diri, pengasih, penawar sakit kataguran jin dan hantu laut, penawar lemah-lemah badan dan ditakuti jin-jin jahat. Batu Combong Laut ini sesuai untuk dijadikan permata cincin. Insya Allah, lain hari aku akan canaikan sebahagiannya dan dipasak dengan kayu Balabak, mesti cantik punya.

KOLEKSI DUIT LAMA


Koleksi Duit Lama. Ini cuma sebahagian sahaja, ada banyak lagi yang nda dapat di up load. Ada siling North Borneo, Rajah Brooke, Brunei lama, Malaya dan macam-macam lagi. Jika ada yang minat sms atau email saja. Jika perlukan duit-duit lama untuk dijadikan koleksi dan minta dicarikan, bagi tau saja apa nama duitnya, jenisnya, tahunnya dan berapa harga kamu offer, ada 2 karung lagi di sini ( karung kecil saja ba ).

Selasa, 27 Mac 2012

PERMATA CINCIN BATU MINYAK BUMI




Batu Cincin ini adalah koleksi lama. Dah lebih 20 tahun disimpan, nda juga jadi-jadi dibuat cincin. Batu ni agak mistik dan ajaib kerana ianya melekat pada besi pisau. Dulu disimpan tempat kawan, lebih 5 tahun baru dapat kembali. Batu ni berbelang multi warna ada putih, hitam, kuning tanah dan kelabu. Sangat cocok dibuat permata cincin, sudah siap dicanai.

Di Borneo khususnya di Kalimantan, minyak bumi sememangnya terkenal untuk dibuat minyak pengasih, minyak penunduk yang dahsyat, pelaris, pendinding sihir dan buatan urang serta wibawa diri. Minyak ini melekat dan tidak akan tumpah walaupun diterbalikkan dan selalunya dijadikan minyak pengasih dan pendinding diri. Sangat sukar untuk mendapatkannya apa lagi dalam bentuk batu cincin.

Batu Cincin Minyak Bumi ini adalah berasal dari minyak bumi yang telah membeku dan sangat sukar untuk diperolehi. Khasiatnya sama dengan khasiat minyak bumi.

GAMBAR UJIAN KEASLIAN PUGAI BALABAK




Gambar ini menunjukkan anak kayu yang disapukan minyak Pugai Balabak akan bercantum,melekat dan mengejar pasangannya. Ujian dibuat dalam mangkuk Surah Yaasin yang berisi air mineral.Pugai Balabak yang digunakan sewaktu ujian ini ialah Pugai Balabak Ampopituk.

Kalau sumandak yang takana akan malakat, mamaluk dan membubut sampai ke rumah. Baranang melintas laut pun dia nda sudah paduli tu biarlah ditelan ikan jaws yang penting sinta sudah. Kalau guna bajualan, fahamlah kamu semua urang yang kena angin Pugai balabak akan malakat, nda sadap pun dibali juga.

UJIAN KEASLIAN DAN KEAJAIBAN PUGAI BALABAK AMPOPITUK


Inilah bukti keaslian dan keajaiban pusaka SiLampituk, tapi nda juga bagus kalau bulat-bulat namanya Pugai Balabak Silampituk, biarlah namanya Pugai Balabak Ampopituk baru ada keaslian dan brandnya tersendiri. Namanya sedikit berbeza tapi serupa. Bilang urang Sabah dia-dia juga ba itu.

Gambarnya nda barapa tarang, maklumlah ba urang Pulau baru balajar main video. Mangkuk ujian tu adalah Mangkuk Yaasin ( bertulisan penuh surah yaasin ) jadi kamu nilailah ba sendiri ini barang sihirkah, antukah atau apa.Yang penting semuanya dengan kuasa Allah, keampuhan minyak adalah dengan izin Allah jua. Semua yang ada di alam ini adalah bayangan semata-mata.

Jumaat, 23 Mac 2012

SANGGUL BUNIAN MARUDU


Sanggul Bunian ni aku dapat sendiri. Aku dapat dalam hutan di kawasan Sungai Bandau. Maklumlah ba, Kota Marudu ni dulunya adalah perkampungan orang bunian yang besar juga. Sebab tu orang-orang lama di Kota Marudu menamakan salah satu sungai di Kota Marudu ni dengan nama Sungai Kabanaran ( Maksudnya Sungai orang-orang Bunian ). Orang Bunian ni dipanggil Orang Kabanaran di Kota Marudu ni. Bagus juga ba ada jiran orang bunian ni.

Sanggul ni dulunya banyaknya segenggam, tapi ada kawan yang ambil bahagian yang banyak tu dan nda dikasi balik lagi. Sanggul atau rambut bunian ni berguna untuk buat ilmu pelaris niaga, buat minyak pugai, mengubat orang kataguran ( kena sampuk la ba itu ), buat berubat kana buatan urang atau sihir dan untuk jaga rumah simpan di luar pintu. Tapi, kalau orang tau caranya pemilik sanggul ni Puteri Bunian tu boleh dipanggil negoset sama dia minta harta atau wang atau geliga dari alam bunian.

Kalau mau kenalan sama Puteri Bunian macam dalam lagu P.Ramlee tu, bolehlah pakai sanggul ni panggil dia mesti datang punya.

BATU ORANG KENIT


Batu Orang Kenit. Batu ni kepunyaan orang kenit atau makhluk seakan manusia atau pari-pari yang bertubuh kecil. Batu ni kecil saja macam duit 50 sen malaysia. Ceritanya batu ni kawan dapat ketika berburu rusa di hutan. Kawan tu terjumpa beberapa orang kenit di hutan sedang masak, nta apa diurang masak akupun nda tau. Kawan tu intip dan apa lagi dia bubut mau tangkap orang kenit tu. Pendek cerita, orang kenit tu lari lintang pukang ghaib dari pandangan mata dan yang tinggal hanya seketul batu kecil.

Menurut kawan tu batu kecil ni ada sepasang dibuat tungu dapur oleh orang kenit. Tapi yang dapat cuma satu, yang satu lagi orang kenit tu angkat gotong royong. Kesian juga ya orang kenit tu, dahlah nda dapat masak lagi kerna nda ada sudah tungku dapur, kelaparan lagi pula tu.Apa lah nasib anak-anak mereka nda dapat makan. Mangkali diurang ada stok lagi ba itu tungku dapur ni atau nda dapat sudah masak, jadi makan daun-daun sajalah macam payau.

Khasiatnya kono boleh bikin berubat, jika dipakai boleh ghaib dari pandangan musuh, boleh tarik duit ghaib kata guru-guru yang pandai tarik dan jika disimpan dalam peti beras boleh kono tarik rezeki, nda pandai kering tong beras tu. Wallahu Ahlam Bissawab.

KELAPA MATA SATU


Kelapa Mata Satu ni adalah koleksi simpanan lama. Dah lebih 10 tahun disimpan. Peliknya kelapa ni cuma bermata satu dan antara mata dan lubang mulutnya ada garis pembahagi melingkari tempurung kelapa ni. Kelapa ni masih dalam keadaan sempurna bulat sebiji tanpa cacat-celanya.Cuma isinya dah tak ada, ghaib dengan sendirinya setelah lama disimpan, hilang entah kemana. Waktu mula-mula dapat dulu kelapa ni ada isi dan airnya sekali. Isinya ghaib tanpa dibuang atau dikorek entah ke mana tak diketahui.

Kelapa ni berkhadam alami. Banyak khasiatnya antaranya cebisan tempurung kelapa jenis ni orang gunakan untuk pelengkap ilmu kebal dengan cara dibuat azimat penutup lubang pusat, ada lagilah campuran dan gabungannya. Ada juga gunakan tempurung jenis ni untuk teropong jin dan makhluk halus. kononya kita boleh nampak macam-macam alat kelengkapan jin dan makhluk halus seperti kain cindai jin, sanggul jin, baju pari pari,kain hantu bangkit dan senjata jin.Kalau berani, apa lagi ambillah benda-benda tu.Caranya nda payahlah kasi tau sebab nda barapa bagus nanti jin-jin marah atau orang salah guna.

Ada juga orang yang kaki sabung ayam mahukan tempurung kelapa jenis ni kononnya untuk teropong ayam sabung. Diorang telek ayam yang bersabung dalam tempurung ni dan kononnya boleh tau mana ayam yang menang. Nda ada pula ku trai. Macam-macam lagilah gunanya antaranya pelaris, penarik pelanggan dan dibuat cincin bikin tumbuk urang.Dunia......dunia....

TANDUK RUSA BERKALIMAH ALLAH



Tanduk Rusa ini adalah Tanduk Bungkus Rusa Betina. Rusa Betina ini adalah dari jenis Payau Timbang ( bilang orang Sabah ). Rusa jenis ini adalah jenis rusa yang saiznya besar seakan saiz lembu kampung dan biasanya menghuni kawasan hutan berhampiran hutan bakau.

Tanduk Rusa Bungkus ini mempunyai ukiran kalimah ALLAH. Pelik dan ajaib kerana asma Tuhan itu terukir dan tercatat di mana-mana sahaja.Kalau pada binatang, tumbuh-tumbuhan dan fenomena alam ada terukir nama ALLAH sudah tentulah pada badan manusia selaku khalifah Allah ada juga terukir nama ALLAH atau nama MUHAMAD cuma kita sendirilah yang kena mencari dan memahaminya. Insya Allah lain kali saya akan up load benda ni.

Khasiatnya macam-macam la ba itu antaranya tuah kepimpinan bak Raja, dihormat orang dan disegani lawan mahupun kawan. Pendinding diri dari anasir jahat, sihir dan guna-guna. Penawar racun dan penawar penyakit dari buatan atau sihir orang, penawar penyakit dari gangguan jin dan syaitan, pelias dari ilmu jahat dan tuah kerezekian.

Rabu, 21 Mac 2012

KOLEKSI JENIS KAYU BALABAK



Inilah jenis-jenis Kayu Balabak yang aku jadikan ramuan Pugai Balabak. Semuanya berkhadam dan telah teruji. Semuanya nda boleh limpas laut sembarangan. Ini hanyalah perkongsian ilmu. Lain kali aku kasi up load macam mana kayu ni diuji setelah menjadi Minyak Pugai Balabak.Banyak sudah ni aku kasi dedah sama kamu, stop dululah lain kali lah.

KOLEKSI MINYAK PUGAI

Koleksi Minyak Pugai. Macam-macam ada, ini belum keluar semua ni. Yang tengkumus kain kuning tu, itulah ibu Minyak Balabak. Ada Pugai Tujuh Serangkai, ada Pugai Birahi Puteri 7, ada Balabak Perindu, ada Bulu Perindu Puteri Kinabalu, ada Minyak Bulu Perindu Pisang Sabah, ada Pugai Balabak Api, ada Pugai Balabak Mani Gajah, ada Pugai Si Lompat Pagar, ada Air Mata Duyung, ada Minyak Buluh Perindu, ada Pugai Sanggul Bunian, ada Pugai Balabak Puki, ada Minyak Kayu Sumbang dan macam-macam lagilah.

Pilih saja kamu, semuanya asli keluaran Geliga Kinabalu.

MINYAK BULU PERINDU PUTERI KINABALU

                                                       Minyak Bulu Perindu Puteri Kinabalu
                                                               Daun dan Bulu Perindu
                                                                   Bulu Perindu Kinabalu

Minyak Bulu Perindu Puteri Kinabalu. Minyak ini diramu dari Bulu Perindu Gunung Kinabalu. Ianya asli dari Pokok Bulu Perindu Gunung Kinabalu dan bukannya Bulu Perindu dari Sarang burung Helang seperti yang selalu orang perolehi. Tentu anda tertanya-tanya kenapa Bulu Perindu ini diperolehi langsung dan segar hidup dari pokoknya, wal hal orang lain bergadai nyawa memanjat sarang burung helang untuk mendapatkan beberapa helai Bulu Perindu.

Bulu Perindu seumpama ini digunakan oleh burung helang untuk memanggil anaknya kembali ke sarangnya. Justeru keampuhan Bulu Perindu ini mampu memanggil kembali anak-anak burung helang walaupun mereka jauh beratus batu terbang berkelana dari sarangnya. Kenapa mereka segera kembali sebaik saja ibu helang bersiul nyaring memanggil anak-anaknya?, jawapannya ada pada keampuhan Bulu Perindu ini yang bisa memanggil khadam angin untuk menyampaikan hasrat si ibu helang.

Pokok Bulu Perindu ini adalah asli tumbuh di bumi Sabah dan dijaga oleh seorang Puteri Bunian. Oleh itu, minyak Bulu Perindu ini agak ganjil kerana ianya mampu menembusi botol kaca dan penutup kaca yang terbuat dari kayu. Jadi terpaksalah botol minyak Bulu Perindu ini dibalut plastik jika tidak botol tu akan sentiasa mandi minyak.

Nak uji..?. Celupkan saja 2 helai Bulu Perindu ini dalam segelas air, Bulu Perindu akan bergerak dan bergelut melingkar antara satu dengan lain. Begitu jugalah orang yang terkena minyak Bulu Perindu akan merindu, sayang dan geram mau mamaluk si empunya minyak.

Minyak Bulu Perindu ini berkhasiat untuk pengasihan, pelaris, pemanggil pelanggan secara ghaib, penunduk, perukun suami isteri, menjadikan anak-anak taat, tunduk dan mengikut cakap ibu bapa, pemerdu suara, pidato dan juga untuk memikat pilihan hati.

KERIS SI BUAYA PUTIH



Keris Si Buaya Putih. Keris ini berlok 11, sarung dan ulu kayu Tomaha bermotif sampenar ala Jawa. Pamurnya Pucung Rebung atau Air Mengalir. Ada ketandaan GAT dan huruf ALIF di bilah pamornya. Pamornya lurus bak alur air hingga ke hujung bilahnya. Keris ini usianya sangat lama mencecah ratusan tahun.

Keris lama ni, dah dibersihkan sebab itu bilahnya agak berkilat sedikit. Ianya boleh berdiri di sisi sarungnya dan mempunyai Khadam penampakan seekor Raja Buaya Putih Tunggal. Keistimewaan keris ini, Insya Allah boleh mengapungkan si pemakai jika berada di atas air atau jelasnya teapung dan tidak tenggelam di air.

Berdasarkan pengertian pamornya, keris ini mempunyai tuah untuk menarik rezeki, dihormat orang, kekayaan dan juga ampuh untuk mempertahankan sipemakai/empunya dari serangan ilmu ghaib lawan. Ketandaan GAT ALIF beralur menunjukkan keris ini tidak akan menyerah kalah kepada apa-apa serangan ghaib dan nyata.

Keris ini juga berguna untuk jaga rumah daripada kebakaran, kecurian dan niat jahat orang. Ianya boleh juga digunakan untuk perubatan seperti mengubat buatan orang, terkena sihir, histeria dan lemah anggota badan.

Keris ini juga loknya mati di kanan dan ada 11 lok. Keris Ketandaan lok mati di kanan seperti ini selalunya digunakan untuk kerja-kerja menarik harta karun oleh orang-orang yang berkemahiran.

MENGESAN HARTA KARUN JEPUN



Harta Karun Jepun lagi. Kami mengesan harta karun Jepun ni di satu lokasi di Kota Marudu. Detector yang digunakan adalah Vector Trek Millenium 2000 Long Range Locator. Mesin Detector ini dapat mengesan keberadaan harta karun dalam tanah ( Emas, Diamond, Silver ) hingga lebih 1 batu jaraknya pada kedalaman hingga 300 kaki. Harganya ngam-ngam harga sebuah kereta Kancil dan keberkesanannya diakui oleh antarabangsa 100% positif. Kamu mau join...? Tempat yang kami kesan tu ada stok emas Jepun di 4 lokasi dalam anggaran bertan metrik beratnya. Kayalah kami ni. Ini kalilah...Bila lagi......

Yang si gemuk tu, Tukang Detek kawan lama.Pernah dulu aku bawa dia pigi Pulau Banggi waktu aku bawa balik Kayu balabak Api sampai sakarang dia jarah naik bot walaupun dikasi duit 5 ribu nda dia mau. Mana tidak, dua kali kami naik kapal tarik udang, dua-dua rosak. Satu tu sampai di Karakit Banggi rosak terus nda mau lagi menghantar kami ke Kudat. Satu bot lagi hampir karam di lautan Banggi, nasib baik kami semua pindah ke buritan kapal kalau nda, alamat buntung karam si gamuk ni.Kapal tu juga tercabut kipasnya sampai ke Kudat. Itulah sedikit kenangan membawa Kayu Balabak di lautan.

Tapi waktu operasi mencari Harta Karun Jepun di Pulau Banggi tu lain pula aku dapat, Kayu Balabak Api ( Kayu Balabak Lamjalalah yang telah aku up load tahun lalu ).

Lain kali aku akan cerita macam mana aku hanyut satu hari satu malam di lautan Banggi gara-gara Pugai Balabak.

SUKANG RACUN


Sukang Racun tu adalah bahasa Sabah yang seerti dengan Penangkal Racun. Maksudnya benda ni adalah penawar dan pelibas racun. Racun akan jadi hilang powernya jika kita bawa atau selitkan kayu ni di badan kita. Orang Sabah yang ngerti selalu gunakan banda ni untuk belawan singgarung ( singgarung tu bahasa Dusun yang ertinya minum tapai atau minum arak hingga mabuk ). Diurang selitkan sikit dalam poket dan di celah-celah gigi baru pigi minum tapai. Diorang cakap dari pagi hingga pagi besoknya nda pandai mabuk kono, kancing-kancing saja macam ada hos dari calana.

Ada kawan tu dia gunakan untuk kasi minum air rendaman kayu ni sama urang muda yang mau bunuh diri dengan minum gromokson ( Racun rumput rumpai ) akibat putus cinta. Kamu taulah ba kalau  minum gromokson tu, nda ada arapan lagi mau hidup doktor pun sarendah sudah. Waktu dia kana tahan di wad, si kawan kasi suri-suri kasi minum air kayu ni. Pagi ni minum, tangahari tu dia sudah buang kancing di tandas ospital sambil nyani-nyanyi lagu "Manasal Aku" dan "Aku Tanak Misikin Aiso Nunu-Nunu ". Hairan juga kawan tu siapa yang nyanyi kuat-kuat tu macam urang mabuk saja. Tau-tau kawannya si Jon.

Kamu mau kah...? murah saja ba RMnya sms saja barapa kau sanggup. Lepas tu kau testlah tapi janganlah ba minum rasun, minum montoko saja 20 botol cukup sudah tu.

KAYU BALABAK EMAS 3 LINGKIT



Kayu Balabak Emas. Kayu Balabak ini adalah jenis Balabak Emas dan merupakan antara jenis kayu balabak yang paling sukar untuk diperolehi. Mistik dan ajaibnya kayu ini, selain jenis emas ianya berpulas 3 pula atau dalam bahasa Sabah 3 Lingkit. 


Kayu ini adalah koleksi tulen yang diperolehi asli dari Pulau Balabak. Sewaktu membawanya dari Pulau Balabak, khadam kayu ini terpaksa ditinggalkan dan hanya diseru kembali sebaik-baik sahaja kayu ini berjaya sampai ke Tanah Besar Sabah. Sewaktu membawanya dari Pulau Balabak, kayu ini terpaksa dibalut dengan tanah, dibungkus dengan tiub basikal dan dimasukkan dalam seekor ayam hidup dan disimpan dalam peti ais kecil macam bawa udang dalam tong ais saja.

Itupun, nda juga terkecuali dibubut angin dan dipukul ombak. Nasib baiklah yang membawa kayu ni adalah bot laju bukannya kapal layar macam zaman dulu, jadi cuma lebih kurang sejam setengah sampailah ke Pulau Banggi. Enjin Sangkut bot tu dua ganding dan dalam pertengahan jalan sebuah daripada enjin tu rosak dan nda dapat hidup. Bot tu pula sentiasa disambar ombak, jadi nda ada karaja lain asyik menimba air saja pakai baldi dari Pulau Balabak hingga ke Pulau Banggi. Alhamdulillah selamat juga.

Dari Pulau Banggi keesokannya naik feri lagi ke Kudat. Feri tu besar macam feri Pulau Labuan, lajunya dalam sejam sampai ke Kudat ( Tanah Besar ). Jadi, walaupun angin dan ombak macam bunyi pecah saja feri tu, padulilah janji barang ani salamat sampai. Feri tu kan dibubut Puting Beliung, nasib baik laju.Linggarnya nda baranti miring ke kanan dan ke kiri, ramai yang mabuk macam minum todi. Ada yang takameh kana antak lambungan feri. Ada juga yang menyindir katanya " Mangkali ada urang ni bawa Pugai Balabak". Aku do no saja macam nda kan paduli.

Akhirnya sampai juga ke jeti Kudat.  Tapi..esoknya feri tu cuti seminggu.,doking kerana enjinnya tiba-tiba rosak, nasib baik ngam-ngam sampai di jeti jadi selamatlah Kayu Balabak aku ni.

CINCIN PERMATA CAT EYES BERPASAK KAYU BALABAK





Cincin ini permatanya Batu Cat Eyes dan diikat perak. Di dalamnya telah dipasak dengan 7 jenis kayu Balabak iaitu Kayu Balabak Api, Kayu Balabak Tanah, Kayu Balabak Air dan Kayu Balabak Emas. Kayu Balabak ini juga telah dicampur dengan Bunga Serai, Kayu Penunduk Kinabalu dan Kayu Menang Borneo.
Jadi fahamlah ba kamu khasiatnya batu Cat Eyes tu kan. Demikian juga Kayu Balabak ( Pengasih,Penunduk, Pelaris, Pembuka Aura, Kerezekian dan Pembuka Aura Kepimpinan dan lain-lain lagi ), Kayu Penunduk pula berkhasiat menundukkan orang, binatang dan membuat orang menurut kata dan hormat pada kita. Kayu Menang pula berkhasiat untuk menjadikan si pemakai sentiasa jadi pemenang atau Leading dalam apa-apa hal, Penunduk, Penurut Kata, Pemukau dan kata-kata kita didengar orang. Bunga Serai pula berkhasit jadi Pelaris Sekampung, Pengasih Umum,Penarik Rezeki dan Pembuka Aura Pemikat dan Pengasihan. Cuba kamu cari di mana-mana blog, adakah kamu pernah jumpa Kayu balabak dan Bunga Serai dibuat cincin?.Nda ada kan.

Terdapat 2 unit saja. Kalau kamu minat, sms saja berapa agak-agak mahar yang kamu sanggup untuk menebusnya. Kamu nilailah sendiri keunikan, kemistikan dan khasiat cincin ini.Siapa cepat dialah ba dapat.

Khamis, 1 Mac 2012

KAYU BALABAK


Kayu Balabak ni lain sikit rupanya dari Kayu Balabak yang aku telah up load sebelum ini. Maklumlah ba.., macam manusia dan binatang juga, ada yang jantan dan ada yang parampuan. Mana satu jantan dan mana yang parampuan itu nda payahlah kamu tau, biar aku sajalah yang tau.

Kayu Balabak jenis ni salah satu dari pusaka turunan Salampituk juga. Kecil saja macam cacing di bawah kulung, tapi keras dan melengkung, kalau mangana urang ikut bagulung macam mangkarung masuk dalam karung. Kalau kamu bawa ikut laut, ombak akan datang bagulung-gulung macam tinggi gunung, silap haribulan  parahu karam lantung-lantung, semua orang lemas buntung.

Ada orang kata, Minyak Pugai Balabak kunun, nda boleh dibawa ke Sabah dari Pulau Balabak dibubut oleh umbak ribut taupan.Bikin karam parahu, jadi mustahil kunun dapat di bawa ke Tanah Besar. Betul juga tu..., nda salah.Tapi itu bagi urang yang nda tau caranya bagi yang tahu, buleh ba... tapi mesti tahan cobaaaan, macam dalam Filem Bujang Lapuk tu.

Kita kan ada utak, gunalah ba utak kamu, jangan jadi buduh. Ini urang kata taih sapi tu kutur dan nda ada guna kau sukung seratus persen, pada hal taih sapi tu kan jadi baja, sekarang buleh keluar gas lagi bikin masak nasi. Ada utak Tuhan sudah kasi, gunalah ba utak tu. PALUI...bana sab jomo eh..

BUNGA TUJUH SERANGKAI


Bunga Tujuh Serangkai. Bunga inilah yang aku bikin ilmu Pugai Tujuh ( 7 ) Serangkai Alam Ghaib. Pokok bunga ini cuma berbunga sekali saja seumur hidupnya, lepas berbunga dan semua bunganya layu, ia akan mati dan ghaib dengan sendirinya. Nasib baiklah aku jumpa bunga yang masih hidup, kalau nda seumur hiduplah nda kamu nampak.

Bunganya cuma 7 kuntum saja nda lebih, nda kurang. Jadi powernya pun, macam Pugai Balabak juga nda baranti kalau nda takawin sampai tujuh, jadi kalau ada angan-angan kamu mau macam P Ramlee dalam Filem Madu Tiga inilah caranya.

Ilmu Pugai Tujuh Serangkai ni diajar oleh orang ghaib, nda payahlah kasi tau siapa dan di mana. Tapi bunga ni di Negeri Sabah ni, cuma ada di satu tempat saja iaitu di bukit.... saja dan cuma 2 orang yang tahu di mana nak dapatkan bunganya. Lepas dapat bunga dan daunnya barulah diproses dan dibacakan Ilmu Pengasih Ghaib 7 Serangkai yang diajar orang ghaib tu dan ditapakan selama 7 hari 7 malam.

Mau dapat bunganya pula satu hal, mau tunggu sampai batahun-tahun baru dapat, itupun nasib-nasiblah. Jadi, kalau kamu dah dapat Pugai ni simpan baik-baik, susah mau cari ni, mau masuk utan kaluar utan, limpas laut lagi. Tapi..kan, ada yang nda sanggup lagi simpan Minyak Pugai Tujuh Serangkai ni sebab balik-balik ada yang mau minta kawin. Setakat ini kan, 100% yang ambil minyak pugai ni jadi P Ramlee...Baru kamu tau...siapa suruh kamu. Jadi, kalau dah takawin tu, dan nda mau bamadu lagi, simpanlah ba kono minyak Pugai ni di tampat lain.

ORANG BONGGI


Orang BONGGI atau Banggih adalah suku orang asal yang paling sedikit bilangannya di Sabah. Suku ini juga agak unik dan mistik kerana mereka hanya terdapat di Pulau Banggi sahaja dan bilangan mereka cuma lebih kurang seribu ( 1000 ) orang sahaja. Suku ini tidak terdapat di Tanah Besar Borneo.

Gambar ini diambil pada tahun 1996 sewaktu lawatan Y.B Tan Sri Pandikar Amin Mulia ( Yang Dipertua Dewan Negara pada masa ini ) ke Pulau Banggi. Suku Bonggi selalunya memakai pakaian tradisi yang dipanggil "Santut" atau cawat dan sentiasa membawa sumpitan. Suku ini juga terkenal dengan ilmu menyumpit yang dipanggil "Sandal Sumandal" iaitu ilmu sumpit yang mana bisa racunnya boleh membunuh hingga tujuh ( 7 ) orang cuma dengan satu jarum sumpitan. Adalah dipercayai orang pertama yang terkena racun sumpitan Sandal Sumandal apabila dipegang oleh orang kedua maka orang yang memegangnya akan turut terbunuh. Begitulah seterusnya bisa sumpitan itu akan mengalir dan membunuh hingga 7 orang.

Jadi, jangan kamu kasi katawa orang Bonggi ni, banyak ilmu ni. Diorang juga ada yang memiliki Pugai Balabak. Ba.. awas kamu para sumandak, jangan kasi katawa orang Bonggi yang pantatnya ( punggungnya ) hitam bakilat tu, kadang-kadang kaluar biji lagi dari calah-calah santutnya. Kalau kamu kasi katawa....., alamat nangislah kamu itu, minta kawin sama orang Bonggi. Kamu...maukah...? Susah hatiku kalau kamu yang cantik tu jadi bini si Tiah ( Tiah tu nama panggilan untuk lelaki Bonggi, macam juga istilah si Tompinai ( Dusun ) atau Si Utuh ( Suluk ) nanti simburu pula aku sama yang basalam dengan Tan Sri Pandikar tu ( Sorry ah Pagari, aku kasi masuk gambar mu dalam blog ).

 Aku ada juga dalam gambar tu tapi sudah ghaib, nda kamu nampak.