Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Jumaat, 24 Februari 2012

CINCIN PUSAKA DATU PADUKA MAT SALLEH


Cincin Pusaka Datu Paduka Mat Salleh. Lambang perguruan dan pusaka yang amat mahal nilainya. Permatanya dari Batu Bintang Hijau dan ikatannya dari perak putih. Cincin ini berguna untuk menolak ilmu hitam, wibawa diri dan tuah badan.Koleksi Peribadi.

GELIGA BUTU



Geliga Butu. Kesian ....siapalah punya ni. Handsome boleh tahan, saiz pun ok juga, kerasnya jangan cakaplah batu..ba itu. Tapi derhaka kali benda ni..sebab itu dia jadi batu.Cuba kaamu liat di lehernya tu ada bekas air meleleh lagi, itupun jadi batu juga...kah..?.

Itulah akibatnya kalau talampau jajal, akhirnya jadi batu atau barangkali barang ni talampau mangamal ilmu Sulah Basing talabih amal makanya jadi batu. Batarak ba bilang orang Sabah. Tapi kan..dulu aku pernah guna barang ni kasi minum airnya ( air rendamannya bukan air barang ni ) sama kawan cuba-cuba saja. Dia mau tarai, ba kasi baca sikit kasi minum. Ba.. adui...dogoh...Satu hari satu malam dia karaja nda baranti. Sakarang kawan tu dah 4 bini.

GELIGA PETIR


Geliga Petir. Geliga ini adalah berasal dari panahan petir ke bumi. Banyak gunanya, antaranya ditakuti jin-jin jahat dan syaitan. Kalau digunakan untuk mengubat orang histeria memang mujarab.Tapi batu ini nda baik dipegang oleh orang panas baran, panas barannya akan bertambah.

Kalau dibuat mandi untuk mengamal ilmu Aji Gelap Ngampar ( Jawa ) atau ilmu Si Gantar Alam ( Sabah ) atau Doa Latteh ( Doa Guntur ) atau Olang Saidina Ali ( Ilmu Suara Saidina Ali ) ( Suluk-Bajau ) ngam betul ni. Kalau bikin garatak orang boleh talanjang orang lari lintang pukang nda cukup tanah.

Ada setengah orang boleh memanggil hujan dengan menggunakan Batu Geliga Petir ni, tapi belum aku cuba nanti kalau aku dah cuba aku kasi tau juga cuma aku takut banjir di KK ni kalau hujan nda baranti.

PUGAI BALABAK API


Pugai Balabak Api. Pugai ini sedia untuk berkhidmat terutamanya kepada mereka yang memerlukannya. Efeknya cepat dan kalau mengena macam api juga si dia kepanasan nda ketahanan mau jumpa di mana pun boleh.

MUSTIKA KETAM


Ketam Jadi Batu atau Mustika Ketam Batu. Ketam ni jenis ketam darat yang hidup dua alam, di darat dan di laut. Ianya telah menjadi batu, barangkali derhaka sama mamanya macam Si Tanggang atau macam Si Pirak ( di Teluk Marudu, Sabah ). Ianya asli tapi kasian ketam ni, kakinya abis kudung jadi OKU sudah. Tapi...Aman.. jangan kau  main-main sama ini barang.

Kata orang yang suka main Katam-Katam ( main judi ) ini kono barangnya boleh bikin manang, tapi nda pernah ku cuba, nda ku pandai main katam mangatam ni.

GELIGA LEMBU JANTAN


Geliga Lembu Jantan. Geliga ini diperolehi dari seorang hamba Allah yang tinggal di daerah Pitas. Diserahkan kepada saya dengan rela hati. Menurut ceritanya, hamba Allah ini dulu banyak piara lembu dan banyak lembunya disedekahkan kepada orang kampung yang hendak buat kenduri.

Suatu hari, seekor daripada lembu jantan yang didermakannya tidak dapat disembelih oleh orang kampung. Lembu ini kebal lehernya dan gagal ditembusi parang sembelih walaupun tukang sembelih berganti-ganti beberapa orang. Akhirnya si pemilik lembu terpaksa menyembelih sendiri lembu tersebut dengan parang pusaka yang digelar Si Buaya ( parang pusaka yang terbuat dari besi putih ) dan barulah leher lembu itu dapat dilukai oleh parang sembelih. Peliknya, ditemui sebiji batu di leher lembu yang telah disembelih dan ianya Geliga Lembu.


Geliga Lembu ini amat sesuai untuk jaga diri dan kekuatan tenaga, lebih-lebih lagi kalau dipadukan dengan amalan Aji Lembu Sekilan ( Jawa ) atau Doa Kudarat Lembu ( Sabah ). Jangan heran, kalau ianya kebal darurat.

TANDUK KIJANG PUTIH BETINA


Tanduk Kijang Putih Betina. Tanduk Kijang ini berwarna putih dan berbentuk bunga. Kata orang Sabah, Tanduk Bungkus dan dipercayai banyak guna dan khasiatnya bagi yang mengerti. Kata orang, kalau tanduk jenis ini ianya adalah Tanduk Kijang Puteri konon. Jadi fahamlah ba kamu kalau namanya puteri, mesti disukai ramai dan ramai pengikut. Sesuai untuk orang wanita yang aktif berpolitik dan menjadi pemimpin.

BATU KURSANI ALAM GHAIB BERKALIMAH ALLAH



Batu Kursani Alam Ghaib. Batu ini ditarik dari alam sebelah hasil permohonan pada 22 Feb 2012, baru lagi masih panas. Alhamdulillah, batu ini di dalamnya ada besi kursani putih dan besi kursani kuning. Di bawahnya ada kalimah ALLAH ( Alif Lam Lam Ha ) dan di sudut kanan ada kalimah MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal ). Mistik, ajaib dan pelik tapi benar.

Inilah namanya rezeki dan kebesaran Allah itu ada di mana-mana hatta di batu, di kayu mahupun di badan kita  sendiri terpahat asma dan nama Allah. Betullah kata ahli tasauf " Alam itu cerminan Tuhan dan Kebesaran Tuhan ada di mana-mana".

Khamis, 23 Februari 2012

TANDUK PAYAU PUTIH BERAGAN



Tanduk Payau Putih Beragan. Rusa bilang orang Sabah adalah Payau. Beragan ni bilang orang Sabah Mati Budar. Tanduk berwarna putih dan amat jarang ditemui. Sudahpun putih, mati beragan lagi tu. Macam-macam gunanya bagi orang yang tahu.

Bagi yang tidak tahu, nda apa kamu boleh buat koleksi saja. Nda kamu mau pun nda apa, aku bikin koleksi mistik-ajaib. Kalau minat...RM 1000 ( itu pun kalau kawan-kawan boleh runding lagi ba ), berkhadam ni...boleh buat proses.

PUGAI BALABAK


Pugai Balabak ini diramu dari 17 jenis ramuan. Oleh itu ianya dikenali sebagai Pugai Balabak Ampopituh. Jadi kamu fahamlah ba itu kalau sudah 17 jenis, maknanya serba guna. Tapi kalau dah memiliki Pugai ini kenalah hati-hati sikit sebab binatang berbisa khususnya tebuan hitam dan tebuan (  Panyangat Surun kata orang Sabah ) sangat suka menziarahi kita, dia macam mau kis-kis sama kita. Si Boy sama Si Sumandak lagi la ba, nda ada hal pun mau jumpa saja, kalau nda jumpa termimpi-mimpi.

Kalau dah kena Pugai ni... siaplah tengok bumbung rumah pun jadilah, kalau nda jumpa atau tengok rumahnya boleh naik gila. Bukan gila apa, gila bayang macam Haji Bakhil dalam Filem Labu Labi tu, ingatkah....? gambar pun diajak menari. Dunia....dunia..

Kamu lihat botol tu...bungkus tanah lagi, bukan alang-alang tanah tu ( ramuan rahsia...). Baginilah ba kalau namanya Pugai Balabak kena selalu pakai selimut tanah, kalau nda ba..faham-fahamlah ba kamu macam-macam boleh terjadi. Ada 2 botol saja yang telah siap untuk digunakan.

PUGAI TUJUH ( 7 ) SERANGKAI ALAM GHAIB


Pugai Tujuh ( 7 ) Serangkai. Minyak Pengasih ini dibuat dari sejenis bunga hutan yang hanya terdapat di Negeri Sabah sahaja. Cara membuat minyak pengasih ini diajarkan oleh orang ghaib kepada seorang hamba Allah ( nda payahlah kasi tau ). Minyak ini sangat mujarab dalam soal memikat lawan jenis. Semua orang yang pernah memiliki minyak ini alamat akan menjadi seperti P.Ramlee dalam filem Madu Tiga.

Pemilik minyak ini kena banyak sabar dan kuat iman...kalau tidak gerentee... beristeri lebih. Pengguna minyak ini belum pernah kecewa semua dah lebih kuota. Wanita akan takluk menyerahkan segala...nya, jadi.. apa lagi kahwinlah jawabnya. Tapi... kalau dah bermadu tu, jagalah ba baik-baik anak orang tu. Kalau nda ngam bemadu kasi tau saja, kita kasi ngam dia.

Jumaat, 17 Februari 2012

PINGAT PASIFIC STAR GERILA TUN MUSTAPHA



Pingat Gagah Berani "Pasific Star" atau Bintang Pasifik. Pingat ini dianugerakah oleh King George Britain kepada pejuang-pejuang Gerila Tun Mustapha yang telah berjuang menentang penjajahan Jepun di Negeri Sabah pada tahun 1945 dan 1946.

 Ramai gerila ni yang terdiri dari beberapa suku di Sabah iaitu suku Bajau, Suluk, Kagayan, Sungai, Brunei dan sedikit orang Dusun Tambanua terbiar begitu saja. Nda kana paduli oleh Karajaan, sudahpun nda dikanang, penghargaan Kerajaan Sabah satu biji pun nda ada hingga ramai yang sudah mati bagitu saja.

Kanapalah kita nda manghargai pejuang kita sandiri, tapi kalau urang putih tiap tahun kita baris tarpacak macam tunggul, siap kaluar air mata lagi nangis kunun...buat acara rasmi manganang jasa pengorbanan mereka di Sandakan. Siap ada tugu peringatan lagi yang dicatatkan nama-namanya, tapi gerila kita jangankan nama atau buku peringatan, gaji pencen atau penghargaan, disebut pun nda ada ba. Nama-nama diurang pun nda kamu tau kan....! butul tidak..?. Kalau mau tau.., tanya Datu Sangkula.

Teruk betullah pemimpin kita ni..".Kera di hutan di susukan, anak di rumah kelaparan.". Sedih aku langsung generasi kita sekarang buta sejarah sudah, buta jasa, buta hati dan barangkali buta mata, sebab nda nampak ba semua ini. Kata papatah "Tikus di Sabarang nampak, gajah di dapan nda nampak". Pada hal rata-rata pemimpin kita terdiri daripada suku-suku pejuang gerila di Sabah. Mangkali datuk-nenek diorang nda ada bajuang jaman jipun atau jaman british dulu sebab itu nda mau ambil kisah. Sibuk kali jual kain atau lari masuk utan waktu jaman jipun dulu...

Tiap tahun kita tariak mardika...mardika...sambut hari mardeka, tapi gerila pejuang nda parnah pun kana panggil waktu Hari Merdeka untuk dikenang atau diberi anugerah..

Mau tunggu Tun Mustapha atau Mat Salleh lagi kah....? barulah kamu sadar. Kapada para intelek Sabah, bukalah mata dan pena kamu jangan jadi dungu dan tungu.

KALIMAH ALLAH DI PUNCAK GUNUNG KINABALU


Kalimah Allah di Puncak Gunung Kinabalu. Butul kah ini...? cuba kamu lihat butul-butul di kamuncak gunung tu dan bayangkan huruf kalimah Alif Lam Lam Ha di situ, jadikah atawa pun tidak...?. Aku tarparasan banda ni beberapa tahun dulu, seakan ada bisikan halus memberitahu di telingaku. Jadi baru-baru ini baru ada kasampatan ambil gambarnya, ngam-ngam pula tu cuaca cerah. Jadi kita urang syer-syer lah ba banda ni..

Aku kasi tinguk sama kawan-kawan banda ni, diorang sakap butul memang jadi Kalimah ALLAH kalau kita amati. Jadi bayangkanlah keagungan ciptaan tuhan ini. Di mana-mana pun ada bayangan bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Besar. Jadi kanapalah ba manusia ni nda pandai mangarti-mangarti. Ini belum lagi aku kasi tinguk Kalimah Allah dan Muhammad huruf penuh di bibir mulut seorang manusia. Lain kali ku kasi up load biar kamu urang lihat dan basa sandiri.

KAYU BALABAK PITUNDUK PISAMBAH


Kayu Balabak Pitunduk Pisambah. Inilah dinamakan Kayu Balabak Pitunduk Pisambah, siapa tunduk akan manyambah, siapa manyambah akan manyarah. Jadi..fahamlah ba kamu kalau sudah manyarah tu, kantut kita pun dia kata wangi minyak silky girl. Tinggal sikit lagi, abis sudah..Aku kira mau ambil di Pulau balabak, tapi yu..yu.. angin ribut taupan di KK ni, pokok pun guyang-guyang, abis kain sumandak tarabang. Jadi kalau kamu...minat..Buleh ba kalau kau..!!.

BULUH PERINDU GUNUNG KINABALU


Buluh Perindu Gunung Kinabalu. Cuba lihat rumpun buluh kecil di bawah pokok bambu besar tu....nampak kah nda....? itulah namanya Buluh Perindu. Kamu ingat gunung ledang sajakah ada buluh perindu...? apa kurangnya Gunung Kinabalu ( Gunung Membiru ) gunung tertinggi di Asia tenggara.

Buluh ni masih asli tumbuh di hutan pergunungan Kinabalu di Ranau-Kundasang sana, tapi kalau dicari nda kamu jumpa. Aku terjumpa buluh ni waktu trip ke Ranau 15 januari 2012 yang lalu. Konon-konon kata orang-orang pandai ilmu ghaib di Sabah ni, Datu Paduka Mat Salleh ada kono di Gunung Kinabalu, menjadi penghulu Kerajaan Ghaib di Gunung Kinabalu, ntahlah ba..Labu..Nantilah aku tanya dulu baliau atu..

PUGAI BALABAK PUKI


Pugai Balabak Puki. Lain....sikit namanya, tapi mau buat macam mana lagi. Pugai ni dinamakan demikian kerana ianya adalah campuran minyak Balabak yang ditapakan di dalamnya Geliga Puki dan Kayu Sumbang.

Geliga Puki ni aku dapat dari Pulau Banggi dari orang suku Kagayan-Suluk. Kayu Sumbang ni hadiah dari seorang Guru Ilmu Pugai suku Bajau beristeri 5, nda payahlah kasi tau siapa.Minat....? minyaknya boleh bagi-bagi ba kalau ngam carita.

BULU PERINDU PISANG SABAH


Bulu Perindu Pisang Sabah. Hairannn....bin ajaib.... Adakah bulu atau rambut atau janggut boleh keluar dari sulur pisang Sabah?. Tapi, inilah namanya Mistik-Ajaib dan keajaiban ciptaan Allah. Benda ni aku tarik di lokasi di mana aku menarik Cincin Batu Ambar dulu. Aku tarik waktu cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni ( 23 Januari 2012 ). Bulu-bulu tumbuh dari sulur pisang lama dan ianya sejenis bulu perindu atau rambut perindu.

Koleksi ini adalah koleksi ku yang paling ganjil dan ajaib. Bulu-bulu ni masih melekat di sulur pisang dan panjangnya setiap sehelai lebih kurang 6/8 inci dan ada yang bercabang. Ketika ia menjelma cuma sehelai saja yang telah tertanggal yang lain-lain masih melekat dan tumbuh di batang sulur pisang. Yang sehelai tu aku tapakan dalam minyak....untuk buat Ilmu Pugai dan  Pelaris/Penakluk. Auranya....woi..nda payahlah cakap.

Rabu, 8 Februari 2012

PUGAI BALABAK ...( STOK TERHAD )

Di sini aku kasi tau kamu jenis-jenis Pugai Balabak yang ada dalam Stok sebab ramai yang tanya-tanya dan ramai paminat. Tapi gambar belum dapat aku siar atas sebab-sebab keselamatan Hak Cipta Salampituk.

1. Pugai Balabak Api    

Untuk bikin bagirl pren sama baboy pren saja. Aku tau budak-budak di U dan di Kolej sama guru-guru Maktab suka ini barang, janganlah kamu tapuk-tapuk, aku tau juga.Kata Si Abu Bakar Ellah " Menggatal Talipok, Kalau Kau Suka Janganlah Kau Batapuk ". Aku dulu masa muda-muda ada juga pijak pintu U, ada lagi ku tulis nama di dinding sama dalam lemari bilik ku.Pugai ni effeknya cepat, maklumlah api...cepat membakar dan terbakar. Kalau kana...mamaluk tarus, bagindong kita.

2. Pugai Balabak Puki   

Lain sikit namanya, jadi minta maaflah sama kaum sumandak dan inai-inai, tapi itulah ba namanya jadi mau buat macam mana lagi. Untuk Pelaris Kadai, Jualan dan Pelaris Diri, kasi ramai peminatbos suka dan disenangi orang dan kasi ketagihan rindu, bikin ramai penyokong. Kalau dipakai waktu Unduk Ngadau atau Ratu Ubi Kayu di Banggi atau Ratu Lepa-Lepa di semporna atau Ratu Jagung di kota Marudu ngam butul ni.Maklumlah ba.. P..u..k...siapa yang nda suka, ayam saja yang nda suka itu barang, anjing pun sukaa sium.

Ampunnn...puan ku banyak-banyak, janganlah kamu marah pasal ini barang pusaka. Tapi...lebih sangat-sangatlah  mujarab ini Pugai kalau sumandak yang pigang. Cuba kamu tanya orang tua-tua kita di Sabah parnahkah diorang dingar nama amalan Doa Puki. Kalau nda parnahlah dingar, nda sah dia jadi Urang Kita ( Kau tanya si Abu Bakar yang nyanyi Lagu Urang Kita tu, jangan kau saman ah geng, kita bakawan ba sama-sama piara Antu Kokok dulu ). Jangan kamu katawa...ini butul-butul ni, bunyinya saja bikin katawa tapi... he.. pukulannya bacarai aku sama P..u...k. barulah kau dapat lari, benci kau sama P..u..k barulah kau benci aku.
               
3. Ibu Duit Kayu Balabak -  Untuk Ibu Duit dan Penarik Rezeki. Simpan di kadai atau dalam dompet saja Insya Allah murah rezeki. Ibu Duitnya ada yang RM 10 dan RM 1 saja. Tapi ibu duit ni lepas kamu ambil, nda bole bikin beli lagi, simpan saja bikin ajimat.

4. Kayu Balabak Pelaris 

Untuk Pelaris Kadai, Penarik Rezeki dan kasi ramai peminat, kasi suka bos-bosMenteri-menteri, bikin bapolitikbikin melobi projek. Baru diorang tau itu bos-bos dan menteri-menteri tu..siaplah kamu oleh Kayu Balabak, sedangkan Si Salampituk boleh dapat 7 urang, kamu lagi satu urang nda kacundang. Ini kayu Tuhan telah ciptakan dengan seribu satu macam khasiatnya.

Khasiat kayu-kayuan Tuhan yang turunkan, kalau kita menidakkan ciptaan Tuhan, fahamlah kamu apa hukumnya nda payahlah aku terangkan bukan aku ni usstad atau ulama.

5. Pugai Balabak Ampo Pituk 

Serbaguna ba ini barang. Tapi... Attuk Oi...kau niat apa saja yang bakaitan sinta manyinta, suka manyuka, pugai mamugai, tunduk manunduk, rindu marindu. Lagilah bagus kalau kau kana ludah atau kana oloh-oloh. Lain ini barang, makin dioloh makin mangoloh ni.

6. Kayu Balabak Pitunduk Pisambah

Ini baranggg ah....Pusaka Salampituk. Jantan sama Parampuan sebab itu dia kuat. Kasi Tunduk laki-laki sampai tujuh orang, kamu bayangkanlah 7 lawan 1 nda kau tabirak..full tujuh hari karaja, ndaa ada cuti. Ampunnn-ampunn jangan katulahan.Tapi lain juga bamain ah, ini barang nda bole bikin main-main, pukulannya sampai mati sehidup semati.

Kasi suka sampai mati macam Romeo-Juliet, kasi ngam madu , kasi tunduk laki-laki yang geteh dan garang mamukul bini, kasi nangis bini-bini yang Queen Kontrol dan nda kasi duit. Inilah barangnya, ini bukan nasi tangas, bikin apa itu Nasi Tangas kotor ba itu, kalau mati jadi Antu Bangkit kata oranglah kono..Tapi ini bersih sebersih-bersihnya macam sabun breeze. Nda bikin buduh macam Pugai Idung Kerbau, Nda bikin tongong macam Pugai Kura-Kura. Ini.... best !!! laki-laki atau bini-bini boleh pakai, free sais. Cuma janganlah ba dua-dua pakai ini kayu nanti dua-dua tunduk Macam Jipun pula...,dua-dua nangis susah kita..

Semua masih ada stok tapi terhad dua ( 2 ) saja. Tunggu dulu kurang sikit ini angin ribut barulah aku sari lagi. Sms saja kalau mau jangan telefon...sibuk ba karaja bikin Pugai. Janganlah kamu malu-malu, hidup memang beginilah Agi Idup Agi Ngelaban ( pinjam kata-kata Kannang Anak Langkau, Wira Sarawak tu ), tapi kalau bahasa Bajau Sampulna ( Semporna ) nda bagus ba Ngalaban tu tapi orang suka. Tapi stok terhad..sebab jauh ba kawan Pulau Balabak tu, masuk utan lagi cari, itupun kalau bajumpa, silap-silap jumpa ular sama baruang. Sudahlah limpas laut, lepas itu limpas bukit lagi, masuk utan kaluar utan nasib-nasiblah kalau kena kasi oleh Salampituk. Mau bawa balik Sabah lagi satu hal. Jadi Fikirlah kamu sendiri kapanatan ku mansari ini barang yang urijinal.

Apa macam pun ah.. kita hanya berusaha Tuhan yang ampunya Kuasa. Ok lah ah, Bai..Bai lah Gaman..Aku Tanak Misin Aso Nunu-nunu.