Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 15 Oktober 2011

BARUNG BAJAU-SULUK


Barung Bajau Suluk. Barung jenis ini dinamakan Barung Loangan dari jenis Shandigan, Ianya mempunyai lubang di tengah-tengah justeru itu ia dinamakan Barung Loangan. Asli buatan orang suluk Sabah. Barung ini hanya bilahnya sahaja dan dibuat dari besi spring Land Cruiser.Jika ada yang berminat dengan Barung jenis ini atau Barung lain-lain jenis hubungi saja penulis. Sarung dan ulu buat sendiri atau boleh juga ditempah dari penulis. Terdapat beberapa jenis ulu dan sarung antaranya ialah ulu suluk, ulu Bajau, ulu Yakan, ulu kakatua dan ulu Kota Belud. Barung ini dijual RM 250.

Khamis, 13 Oktober 2011

KAYU BALABAK LAM ALIF

Kayu Balabak Si Lampituk.Pernahkah anda mendengar legenda Pugai Balabak dan perempuan yang bernama Si Lampituk?.Si Lampituk adalah seorang perempuan di Pulau Balabak yang mempunyai 7 orang suami.Dialah yang mula-mula menemui kayu Balabak untuk dijadikan minyak pengasih sehingga siapa sahaja yang terkena minyak pengasih Pugai Balabak akan tunduk kasih dan sanggup mati demi orang yang mengenakan minyak pengasih ini.Kayu Balabak amat sukar didapati dan kayu ini penuh mistik dan seribu satu keajaiban.Pokok Kayu Balabak hanya tumbuh di Pulau Balabak dan di Pulau Banggi sahaja, itupun amat sukar untuk dijumpai kerana pokoknya tergolong dalam pokok ghaib seperti juga kunyit hitam.

Ciri-ciri Kayu Balabak ialah ia tumbuh menjalar dan pucuknya akan bertaut semula dengan pangkal akarnya seperti tunduk menyembah bumi  menjadi bentuk Lam Alif atau Lam Jalalah. Walaupun ia membesar dan menjalar tetapi pucuknya tetap diakarnya sehingga pokoknya mati. Pokok ini hanya berdaun di hujungnya dan daunnya bujur runcing dan berbunga putih. Pokok Kayu Balabak hanya akan berbunga sekuntum sahaja setiap 10 tahun sekali dan bunganya hanya berputik dan mekar cuma dalam tempoh satu malam sahaja ketika bulan mengembang penuh 15 haribulan. Keesokan harinya, bunganya akan ghaib dengan sendirinya ketika fajar mula menyinsing. Justeru itu, amat sukar untuk ditemui bunga Pokok Kayu Balabak dan sepanjang yang diketahui setakat ini hanya Si Lampituk sahaja yang berjaya memperolehi bunga tersebut dalam keadaan segar. Si Lampituk telah meramu bunga Kayu Balabak bersama akar dan batangnya menjadi minyak pengasih yang amat dahsyat. Ibu minyak Si Lampituk inilah yang diwarisi dari generasi ke generasi dan jika ada yang meminta minyak Pugai Balabak akan diberikan minyak dari ibu minyak Si Lampituk bersama-sama secebis keratan kayu Balabak.Minyak ini walaupun hanya setitis sudah memadai kerana ia akan bertambah dengan sendirinya setiap bulan mengambang penuh dengan syarat ada cebisan kayunya bersama-sama minyak tersebut.Menurut legenda, minyak pengasih yang dipanggil PUGAI BALABAK amat sukar dibawa menyeberang lautan. Jika dibawa menyeberang lautan, maka angin taufan dan ribut akan bertiup dan mengejar si pembawa minyak ini.Segala ikan dan burung juga akan mengikut si pembawa Pugai Balabak untuk merebut Pugai Balabak dan ini termasuklah ikan yu dan burung camar yang berpusu-pusu mengelilingi Pugai Balabak.

Jika disimpan di darat pula semua binatang sama ada burung, haiwan berbisa, semut, lipan dan bermacam-macam lagi binatang akan tertarik kepada Pugai Balabak. Jadi, pantang sekali minyak ini disimpan di rumah kerana ular dan lipan akan selalu menziarah. Si empunya Pugai Balabak jika minat beristeri lebih alamat penuh kuota empat  jawabnya. Namum begitu, Pugai Balabak sebenarnya adalah serba guna khasiatnya termasuklah sangat ampuh untuk menarik penyokong bagi ahli politik dan  pelaris yang amat dahsyat tergantung niat dan kecendeungan si pemakai. Justeru itu, ramai yang mencari Pugai Balabak untuk diproses Tarik Duit dan kekuatannya melebihi 7 kali ganda Kebal Umum.Keampuhan Pugai Balabak adalah mengikut angin. Justeru itu, Pugai Balabak boleh digunakan walaupun dari jarak jauh melintas lautan. Jika ia dikenakan kepada si mangsa, cukup hanya ambil minyaknya seru nama si mangsa menggunakan jampi Bahasa Balabak si mangsa akan merindu, menangis dan sanggup berenang menyeberang lautan untuk menemui si empunya pugai.

Kayu Balabak di atas adalah Koleksi Peribadi penulis.Ianya belum lagi diproses dibuat Minyak Balabak. Walaupun ianya adalah batang sahaja, tetapi Insya Allah jika kena gayanya..dahsyat juga. Kayu Balabak ini diperolehi sendiri oleh penulis di hutan belantara di Pulau Banggi, tapi silapnya penulis hanya mengambil batangnya sahaja kerana kelam kabut, itupun habis seluruh bulu badan meremang. Kalaulah hari tu aku ambil dalam keadaan hidup bersama-sama akarnya untuk disemai, alamat aku jadi Si Lan Pituk kalaupun bukan Si Lam Pituk...kah..kah..kah...enda maulah tambah-tambah kuota penuh sudah.

CINCIN BESI KUNING


Cincin Besi Kuning. Cincin Besi Kuning yang diikat perak. Besi Kuning ini jenis yang tidak melekat di magnet. Insya Allah, berkhasiat untuk pemais diri, wibawa dan jika dipakai terasa badan bersemangat, hilang lenguh-lenguh dan lemah badan, terasa cergas dan berketrampilan. Berminat, maharnya RM 300.

MUSTIKA PULAU BATU HAIRAN KUDAT


                                               MUSTIKA PULAU BATU HAIRAN

Mustika Pulau Batu Hairan. Mungkin ada pernah mendengar Pulau Batu Hairan, iaitu sebuah pulau kecil sebesar gelanggang bola keranjang yang tiba-tiba muncul di tengah-tengah lautan dalam di perairan Laut Sulu Kudat, Sabah.Fenomena ini pernah mengejutkan negara malahan menjadi berita hangat dalam akhbar di beberapa negara luar. Ajaibnya...pulau ini hanya muncul tiba-tiba cuma dalam satu malam sahaja di bulan ramadan ( kalau tidak silap pada tahun 1988 ) selepas angin ribut yang kuat di perairan Pulau Banggi, Kudat. Kemunculan pulau ini disedari oleh beberapa orang yang kebetulan kapal yang mereka tumpangi berlabuh betul-betul berhampiran dengan lokasi munculnya pulau ini. Ketika berlabuh, tiada sebuahpun anak pulau atau daratan di kawasan itu, tetapi siangnya pulau ini telah berada disitu. Sungguh ajaib dan mistik....

Di tengah-tengah pulau ini terdapat anak perigi yang airnya tawar dan pulau ini dipenuhi batu-batu karang laut yang cantik. Sebelum pulau ini tenggelam semula setelah timbul lebih kurang dua tahun setelah kemunculannya, ramai pengunjung dari dalam dan luar negara yang sempat mengunjungi pulau ini. Ada diantaranya mengambil air dari perigi kecil kerana dipercayai telah menyembuhkan beberapa orang yang mengalami sakit berat.Pengunjung dilarang mengambil sebarang objek kecuali air perigi dari pulau tersebut kerana ditakuti kapal yang meraka tumpangi akan dilanda ribut dan pengunjung ditimpa bahaya.Wallau ahlam bissawab...

Mustika yang dipaparkan di sini telah diperolehi oleh Guru Utama Persatuan Persaudaraan Seni Silat Awal ( Silat Awal ) Tuan Guru Adam Bin Yarija dan diberikan kepada penulis pada tahun 1989 sebagai koleksi peribadi. Khasiatnya ....nda payahlah dikasi tau di sini.

BUNTAT KUNYIT HITAM

BUNTAT KUNYIT HITAM. Buntat ini diperolehi bulan syawal yang lalu dari celah-celah isi Kunyit Hitam yang ditanam di rumah penulis. Penulis telah mencari buntat ini setelah mendapat petunjuk ghaib agar diambil suatu barang sebelum ianya diambil orang.Setelah discan secara batin bayangan kunyit hitam kelihatan dengan jelas.Esoknya penulis mencari benda yang dimaksudkan dan menemui buntat ini. Bila dipegang auranya meresap keseluruh badan dan ada jalaran mengalir dari jari yang memegang memenuhi badan . Khasiatnya... boleh pandang tembus dan melihat orang halus.Disimpan sebagai kenangan dan koleksi peribadi.

Rabu, 12 Oktober 2011

KETURUNAN DATU PADUKA MAT SALLEH

Keturunan Datu Paduka Mat Salleh. Semua orang Sabah kenal Datu Paduka Mat Salleh, tapi tahukah anda siapa nama sebenar Datu Paduka Mat Salleh. Ke manakah perginya keturunan beliau? benarkah bapanya cuma Ketua Kampung? dan ibunya orang Bajau?.Kenapa pemberontakan Datu Paduka Mat Salleh menguasai 90% Negeri Sabah. Benarkah beliau terkorban di Tambunan?, siapakah gurunya?.

Sejarah Sabah banyak dikelirukan dan disembunyikan fakta sebenarnya. Beliau juga disebut Datu Ahmad Salleh dan menggunakan nama timangan atau nama samaran  Tuan Syeikh Abdul Salam. Ayahandanya adalah anakanda Sultan Iskandar Qudratullah Untong Muhammad Jamalul Azam (1830-1854) Sultan Magindanao. Ibunda Datu Paduka Mat Salleh ialah Pangeran Siti Aishah Binte Pangeran Abdul Rauf ( Raja Karambunai iaitu cicit Sultan Omar Ali Saifuddin 1 (1740-1778) Sultan Negara Brunei ). Ibunya dipelihara oleh orang Bajau Inanam.

Ayahanda Paduka Mat Salleh adalah Datu Butoh@ Haji Abdul Salleh bin  Untong. Datu Untong kemudiannya menaiki takhta dengan gelaran Sultan Iskandar Qudratullah Untong Muhamad Jamalul Azam.

Isteri Datu Paduka Mat Salleh ada 3 atau 4 orang. Antaranya ialah sepupunya sendiri iaitu Dang Bandang binti Datu Makbul yang mempunyai kaitan dengan Sultan Jamalul Alam dan Sultan Syakirullah Sultan Sulu, moyang kepada Tun Datu Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah. Oleh itu, Datu Paduka Mat Salleh adalah keturunan 3 kesultanan besar dari pancar 3 orang daripada Shariff 7 ( Wali Tujuh penyebar agama Islam pertama di Brunei, Sabah, Sulu, Mindanao, Sulawesi dan Kalimantan ).

Keturunan Datu Paduka Mat Salleh daripada isterinya yang pertama hingga terakhir banyak terdapat di Kampung Parapat Laut Kudat, di daerah Kudat, di Kota Marudu, di Pitas dan di Kota Kinabalu. Kesemua anak-anak Datu Paduka Mat Salleh telah disembunyikan dan dipelihara oleh sanak saudara terdekat untuk mengelakkan mereka diburu oleh pihak penjajah British.Malahan kesemua anak-anaknya tidak lagi memakai gelaran DATU atau SHARIFF dan bersembunyi hingga beberapa keturunan bercampur dengan orang kebanyakan dan orang ramai.

Sejarah dan pihak British telah mengakui Datu Paduka Mat Saleh telah  terbunuh di Tambunan. Sebaliknya orang-orang Sabah mempercayai bahawa beliau telah ghaib dan tidak terbunuh.Sejauhmana kebenarannya biarlah ia menjadi cerita dan rahsia. Bagi yang mempercayainya tidak menjadi satu kesalahan kerana sejarah membenarkan kematian Datu Paduka Mat Salleh di Tambunan. Sebaliknya bagi yang mempercayai ia telah ghaib dan pernah bertemu dengannya sama ada secara life atau di alam halus juga tidak menjadi kesalahan kerana majoriti rakyat Sabah mempercayainya. Bagi hamba, kedua-duanya adalah logik tetapi jika dibuat undian hamba akan memilih yang kedua.

Bagi semua keturunan Datu Paduka Mat Salleh yang telah terputus susur galurnya, bolehlah menghubungi penulis. Darah keturunan anda selain boleh diuji dengan ujian DNA ( buat sendiri ), jika anda benar-benar waris yang sah datanglah berjumpa penulis. Insya Allah  aura, darah, bulu roma, sinar wajah dan gerak tingkah laku anda akan memberitahu sama ada anda adalah keturunan Datu Paduka ataupun bukan.Jika perlu, rujuk kepada yang empunya keturunan......Ingatlah apakah ciri-ciri Ahlul Bait yang telah disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Selasa, 11 Oktober 2011

BARUNG PUSAKA " SAMPANG MANGAYAU" PANDAI BERDIRI





Barung Pusaka Pandai Berdiri. Barung adalah senjata ikon orang-orang Suluk dan Bajau. Barung ini dinamakan BARUNG SAMPANG MANGAYAU dan barung ini pernah digunakan dalam beberapa siri peperangan terbuka oleh pemilik asal senjata ini.Keistimewaan barung ini ialah Pandai Berdiri di lantai Meja Batu Mar-Mar.Ia juga boleh bergerak sendirinya dalam masa-masa tertentu. Matanya sangat tajam dan boleh memutuskan paku 2 inci. Hanya untuk tatapan mata sahaja.Koleksi Peribadi.

Isnin, 10 Oktober 2011

BATU GELIGA LANDAK HITAM DAN PUTIH


                                                                Geliga Landak

Batu Geliga Landak.Geliga ini sangat banyak khasiatnya.Antaranya boleh menjadi penawar bagi penyakit-penyakit kronik seperti reumatisme, ampus ( sesak nafas ), anti kanser, luka-luka dalaman dan berbagai macam penyakit. Geliga ini asli diambil dari perut landak hutan mati beragan yang diperolehi dari kawasan pergunungan Crocher Negeri Sabah. Jika ada yang berminat sila sms saya. Pat-pat siku lipat, Siapa cepat dia dapat.

Ahad, 9 Oktober 2011

HARTA KARUN KAPAL TENGGELAM




Harta Karun Kapal Tenggelam.Ini adalah antara beberapa contoh tembikar dan pinggan mangkuk yang diperolehi dari kapal purba yang tenggelam di perairan Negeri Sabah. Tembikar ini adalah bukti adanya hubungan dagang antarabangsa antara Negeri Sabah ( Borneo/Brunei ) dengan Negara China  antara 500 hingga 1000 tahun yang silam. Cuba anda bayangkan berapakah kapal dagang dan kapal perang yang telah tenggelam di perairan Sabah dalam tempoh tersebut. Dalam sejarah disebutkan bahawa angkatan laut Laksamana Zheng He ( Cheng Ho ) mempunyai lebih 10,000 buah kapal laut yang saiznya macam padang bola sepak dan angkatan ini pernah singgah sekurang-kurangnya dua kali di perairan Sabah ( di mana mereka singgah nda perlulah disebutkan di sini nanti ramai pula orang cari kapal tenggelam di sana ). Ini tidak termasuk kapal-kapal barat seperti Ferdinand Magellan dan Marco Polo dan kapal-kapal dari Arab dan India.

Jika anda mahu tahu di mana ada kapal purba yang tenggelam di lautan, tanyalah orang-orang Laut seperti orang Bajau pasti mereka tahu. Malangnya, kita  terlalu memandang remeh perkara ini sehinggakan tidak sedikit khazanah silam Negeri Sabah yang rosak akibat aktiviti pengeboman ikan, aktiviti pencarian  harta karun secara haram dan aktiviti scuba haram oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab.

Contoh tembikar di atas diperolehi dari sekumpulan nelayan di salah satu kawasan perairan daerah di Negeri Sabah ( nda payahlah sebut nanti ramai orang pigi sana ). Nasib baiklah ada MARITIM kalau tidak, habislah harta Sabah.

Walau bagaimanapun, jika ada pihak yang mahu menerokai khazanah lautan di Negeri Sabah secara sah sangatlah dialu-alukan. Kerajaan pasti akan memberikan anda  permit dan kebenaran sah asalkan anda mempunyai kepakaran, modal, peralatan dan memenuhi syarat-syarat kerajaan Malaysia. Daripada khazanah ini dicuri baiklah diambil secara sah. Datanglah... ke Sabah saya boleh tunjukkan lokasi-lokasi di mana adanya kapal-kapal tenggelam di Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Pulau Banggi, Pulau Balambangan, Sandakan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Labuan, Lahad Datu dan Semporna tetapi...anda mesti ada permit yang sah dari pihak Muzium Negeri Sabah.

TANDA LAMBANG HARTA KARUN JEPUN

                                                         Lambang SEGITIGA
                                                       Lambang TAPAK KAKI

Pernahkan anda melihat lambang seperti ini...?.Tahukah anda apa maknanya...?.Jika tidak tahu maknanya dan tidak pernah melihatnya cuba-cuba anda search di goggle atas nama YAMASHITA TREASURE atau YAMASHITA SIGN.

Lambang ini diScan sendiri oleh penulis menggunakan Ilmu Tapak Tangan Ghaib. Ilmu ini adalah milik asli penulis dan diajar secara ghaib oleh seorang Guru Ghaib yang menguasai dan mengetuai alam ghaib di negeri Sabah.Ilmu ini diperolehi pada tahun 1996 dan ianya mampu mengesan keberadaan harta karun di sesuatu lokasi, mampu mendetek benda-benda ghaib dan bermacam lagi kegunaannya. Ketika menemui lambang di atas penulis telah terdetek suatu timbunan harta di sebuah Pulau ketika penulis dan rakan-rakan membuat trip mengembara di lautan menggunakan bot nelayan. Penulis mengarahkan bot mendarat di pulau tersebut dan tapak tangan penulis bergetar membawa penulis mengarah ke sebuah anak bukit sehinggalah  tangan penulis berhenti betul-betul di atas Lambang Tapak Kaki. Penulis belum pernah berkunjung ke Pulau ini dan trip hari itu adalah yang pertama kali penulis menjejakkan kaki di situ.Masya Allah, Allah itu maha besar penulis dan rakan-rakan yang membontot di belakang menemui pula lambang Segitiga di bawah sedikit lambang Tapak Kaki. Lokasi pulau tersebut biarlah rahsia ....( kata Datuk Siti Nurhaliza ).

Sebenarnya peristiwa di atas adalah sebahagian dari pengalaman penulis. Penulis pernah membawa GOLD DETECTOR ke beberapa lokasi yang sebelumnya telah discan oleh penulis menggunakan Tapak Tangan Ghaib. Sungguh mengejutkan... semua lokasi yang dikenalpasti oleh penulis disahkan secara tepat dan benar mengandungi simpanan emas atau emas dan intan oleh mesin pengimbas emas. Saya berani bertaruh dengan anda dua ekor karabau ( kata lagu si John ) negeri Sabah banyakkkkkk lokasi harta karun Jepun dan harta karun tenggelam di lautan.Nak dibuktikan..? kau datanglah bawa Gold Detector saya kasi tunjuk satu saja.

Mungkin anda bertanya, kalau kau tahu di situ ada emas kenapa kau tidak korek?.Jawapannya..... mampukah tenaga empat kerat mengorek lubang yang dalamnya berpuluh kaki ?, bagaimana ongkosnya...?, bagaimana halangan-halangan dari dalam tanah seperti air, tanah runtuh, halangan ghaib, kesepakatan hati..?. Jika anda bersedia dengan COBAAANN yang disebutkan dan saanggggaatlah berminat, ayuhhh Join-Venture dengan saya. Ada rezeki dari Allah, anda akan kayaaaaa.

Mungkin juga anda bertanya, kalau kau pandai kenapa tidak kau tarik kasi timbul saja harta itu.?..Jawapannya, kepada Kiai-kiai dan guru-guru yang dia rasa mempunyai kebolehan untuk menimbulkan harta karun Jepun, mari-mari....bergabung dengan saya mencari rezeki dari Allah Yang Maha Kuasa. Saya memerlukan bantuan dari anda guru-guru, kiai-kiai, sepuh-sepuh, bomoh-bomoh dan seumpamanya. Cuma, kalau pakai jalan syirik minta maaflah saya nda mau bersekongkol.

Maaflah... ye.. macam-macam pula saya cakap. Tapi jika anda serius dan ada modal yang mencukupi, jangan segan-segan dan malu-malu. Kita jumpa di sana...

HARTA KARUN JEPUN

                                                    Harta Karun Jepun di Gua

Harta Karun Peninggalan Tentera Jepun. Percayakan anda......?.Tapi benda ini adalah nyata dan benar-benar wujud. Ianya bukan COBAAN ( meminjam kata-kata Pendekar Bujang Lapuk ). Walau bagaimanapun, lokasi dan siapa yang berjaya mendapatkannya BIARLAH RAHSIA ( Siti Nurhaliza yang cakap ). Cuma hanya dapat dikatakan timbunan emas ini dijumpai dalam gua di sebuah kawasan pergunungan di negeri.....S.....Jika ada buyer berminat atuuuuur...ba..tapi jangan lupa sediakan helikopter.

TANDUK RAJA PELANDUK

                                                                  Tanduk Raja Pelanduk

Tanduk Raja Pelanduk.Tanduk ini adalah asli dan alami.Ianya mempunyai khasiat Kebal (Izinullah), Pelias atau anti tembak dan anti sihir serta mampu menawarkan air garam dalam gelas yang direndamkan dengan tanduk ini. Tanduk ini juga Insya Allah berhikmah untuk penunduk,wibawa raja dan ketua pemimpin serta gedung sandang pangan.Ianya telah diuji sendiri oleh penulis. Tanduk ini ada satu sahaja. Hanya untuk tatapan mata dan ianya Koleksi Simpanan Penulis.Walau bagaimanapun, jika berminat sediakan RM 100 ribu....( acah...je ).

Sabtu, 8 Oktober 2011

LIMAU PURUT KEMBAR SIAM


Limau Purut Kembar. Limau Purut ini agak ganjil kerana ianya KEMBAR SIAM dan kini limau ini mengeras seperti kayu.Insya Allah ianya berkhasiat untuk menakutkan makhluk halus, menawarkan kiriman sihir dan sangat ditakuti oleh Makhluk jadi-jadian BALAN-BALAN. Hanya untuk Koleksi Peribadi sahaja.

GELIGA BURUNG TEKUKUR

Geliga Burung Tekukur. Diperolehi sendiri oleh penulis hasil zikir khafi di sebuah lokasi di Kota Marudu, Sabah. Geliga ini muncul di atas tanah beberapa ketika sewaktu penulis berjalan sambil melakukan zikir khafi beberapa ayat al Quran. Ketika diperolehi, geliga ini masih disaluti secebis bulu halus dan berdasarkan pengamatan batin, geliga ini adalah geliga burung tekukur dan ianya memang sejenis telur tetapi ianya kosong dan tidak seperti telur biasa.Ianya untuk Koleksi Peribadi sahaja.

BAMBU TUMPAT BERDURI ( BAMBU GERENG)

Bambu Tumpat Berduri. Bambu Berduri dikenali sebagai "PRING GERENG" di Indonesia atau Bambu Harimau kerana pohonnya akan mengeluarkan bunyi NGAUMAN HARIMAU apabila ditiup angin. Bambu ini selalunya ditanam di kubu perang zaman Kesultanan Melayu Lama. Ianya dipercayai mempunyai khasiat untuk melukakan orang kebal, penggerun dan ditakuti oleh makhluk halus, Penanggalan dan Balan-Balan ( Makhluk jadi-jadian yang banyak terdapat di Negeri Sabah dan Kepulauan Filipina ). Bambu Berduri ini agak LUAR BIASA dan ganjil kerana selain berduri ianya juga Tumpat atau tidak berlubang. Bambu tumpat pula berkhasiat untuk kebal kulit, pelaris, anti sihir dan racun. Banyak lagi khasiat lain Bambu Tumpat Berduri ini.

Bambu Tumpat Berduri ini diperolehi sendiri oleh penulis hasil petunjuk ghaib dan ianya seratus peratus asli dan alami. Jika berminat maharnya RM 330 untuk setiap 3 inci.RM 30 daripada mahar ini akan disedekahkan untuk Masjid atas nama pemahar, penulis dan arwah pahlawan yang terkorban syahid yang dimakamkan di lokasi Bambu Tumpat Berduri ini diperolehi. Mahar boleh runding jika penebus benar-benar berminat.

BUNTAT ANAI-ANAI

Buntai Anai-anai ini dijumpai sendiri dalam Busut Anai-anai yang terbakar di Kota Marudu Sabah.Walaupun busut anai-anai habis terbakar tetapi buntat ini tidak terbakar.Buntat ini bukannya batu dan bukan juga kayu. Jika berminat sila buat tawaran mahar.Berkhasiat untuk Pelaris Perniagaan ( Insya ALLah).